Tajuk : Mightier Than the Sword
Penulis : Jeffrey Archer
Menariknya Naskah Ini :
Baiklah, ini adalah Volume ke-5 dalam Clifton Chronicles. Naskah yang mempunyai 493 mukasurat ini bermula dengan adegan letupan bom ketika pelayaran MV Buckingham, kapal persiaran mewah terbaru milik Barrington Shipping Company.
Dengan kepantasan dan kecekapan officer dan pihak berkuasa di atas kapal, bom tersebut berjaya diletupkan di tengah laut instead of diatas kapal. Tindakan ini telah menyelamatkan nyawa semua yang berada diatas kapal.
Pihak berkuasa, ahli lembaga pengarah Barrington Shipping Company serta kedua-dua keluarga Barrington dan Clifton sedaya upaya menyembunyikan kejadian letupan bom ini dari diketahui public. Mereka sedar jika kejadian ini mendapat liputan, ia akan merosakkan reputasi Barrington Shipping Company, sekaligus boleh menyebabkan harga saham syarikat jatuh merudum.
Namun, tindakan untuk melindungi peristiwa tersebut dari liputan awam tidaklah semudah disangka. Lady Virginia Fenwick yang memang berdendam dengan Emma, berusaha sedaya upaya untuk membongkarkan kisah itu. Kemuncaknya adalah apabila mereka bertikam lidah di Annual General Meeting (AGM) dimana Emma mendedahkan muslihat keji Lady Virginia memanipulasi harga saham Barrington, dihadapan semua pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Barrington.
Justeru, Lady Virginia memfailkan saman keatas Emma diatas statement yang dikeluarkan wanita itu ketika AGM.
Harry Clifton dilantik sebagai President English PEN, sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh barisan penulis di seluruh dunia yang bermula sejak 1920-an. Dengan menggunakan jawatan President, Harry memulakan kempen pembebasan penulis Rusia yang bernama Anatoly Babakov.
Sebagai seorang yang berkerja bertahun-tahun bersama Comrade Stalin, Anatoly melihat sisi sebenar lelaki itu yang disembunyikan dari pandangan umum. Selama bertahun-tahun, setiap malam Anatoly akan menulis segala yang berlaku pada hari tersebut sebagai simpanan dirinya dan juga khazanah masa depan. Setelah bersara, Anatoly cuba untuk menerbitkan tulisannya itu yang bertajuk Uncle Joe.
Sayangnya tulisannya itu tidak diterima oleh pihak berkuasa Rusia. Kesemua buku cetakan Uncle Joe telah dirampas dan dimusnahkan. Anatoly pula ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan menyebarkan cerita palsu tentang Stalin.
Harry diperkenalkan kepada Yelena, isteri Anatoly. Dari Yelena, Harry mula tahu bahawa terdapatnya satu salinan naskah Uncle Joe yang berjaya disembunyikan di sebuah kedai buku lama di Russia. Dan itulah satu-satunya naskah fizikal Uncle Joe yang masih wujud. Maka, Harry ditugaskan untuk membawa keluar naskah tersebut dari Rusia dan menerbitkannya seperti yang dihajati oleh Anatoly.
Malangnya Harry ditangkap oleh pihak berkuasa Rusia ketika sedang cuba membawa keluar naskah Uncle Joe dan Harry dihukum penjara. Bagi menunjukkan betapa seriusnya kesalahan Harry, kerajaan Rusia telah meletakkan Harry dalam satu sel yang sama dengan Anatoly.
Di dalam penjara, setiap hari Anatoly akan berkongsi setiap isi kandungan naskah Uncle Joe kepada Harry. Sehingga akhirnya Harry berjaya menghafal keseluruhan naskah tersebut.
Selepas dibebaskan dari penjara, Harry terus dihantar pulang ke England. Sejurus saja kapal terbang yang dinaiki Harry keluar dari ruang udara Rusia, Harry mula menulis setiap patah perkataan yang dihafalnya dari naskah Uncle Joe. Misinya hanya satu, ingin memastikan naskah Uncle Joe sampai ke tangan masyarakat agar mereka mengetahui keadaan sebenar regim Soviet ketika itu.
Sir Giles Barrington kini adalah menteri di Crown dan mula memasang impian untuk menjawat jawatan lebih tinggi di dalam politk. Namun, lawatan rasmi Giles ke Berlin yang pada asalnya adalah atas tujuan kerja telah menjadi sebaliknya apabila Giles terpikat pada Karin, wanita yang ditugaskan untuk menjadi penterjemahnya.
Tetapi adakah Karin juga jatuh hati pada Giles ataupun dia mempunyai misi tersendiri? Apatah lagi apabila seorang lelaki bernama Pengelly menghubungi Giles dan mengaku dirinya adalah ayah Karin.
Sebastian Clifton yang sedang berkhidmat di Farthings Bank semakin seronok dengan kerjaya bankers sehingga mampu mendaki ke jawatan tinggi dalam tempoh yang singkat. Namun, ada harga yang perlu dibayarnya.
Sebastian dan Samantha berpisah. Sayangnya perpisahan tersebut berlaku ketika Samantha sedang mengandungkan anak mereka, Jessica.
Tatkala Sebastian menyedari kesilapannya meninggalkan Samantha, Sebastian terbang ke Amerika dengan misi memujuk wanita tersebut. Sayangnya ketika itu Samantha dilihat sudah berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi suami barunya sedang koma dan Samantha setia menjaganya.
Jessica membesar sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan sangat berbakat dalam seni lukisan. Secara senyap-senyap, Sebastian menghubungi sekolah Jessica dan menawarkan untuk menanggung kesemua perbelanjaan persekolahannya termasuklah kelas tambahan sehingga Jessica tamat persekolahan.
Kejayaan Sebastian di Farthings Bank menimbulkan rasa cemburu pada Adrian Sloane yang menganggap Sebastian sebagai seterunya. Persaingan antara dua bankers ini menyebabkan Adrian menggunakan taktik keji untuk menjatuhkan Sebastian.
Adakah taktik Adrian berjaya atau taktiknya itu memakan dirinya sendiri?
Untuk Volume ke-6 ini banyak adegan yang mendebarkan seperti kejadian bom di atas MV Buckingham dan proses Harry menulis semula Uncle Joe diatas kertas BOAC di dalam flight, di belakang inflight menu kad sehinggalah ke bergulung tisu tandas. Ternyata bakat photographic memory yang dimiliki Harry benar-benar membantunya untuk menyelamatkan master piece Anatoly Babakov.
Selain itu, kes saman antara Lady Virginia Fenwick dan Emma juga menarik untuk diikuti. Kemuncaknya apabila salah seorang boneka Lady Virginia menulis sepucuk surat kepada mahkamah sebelum menembak dirinya sendiri. Apa kandungan isi surat tersebut?
Dan adakah surat tersebut memberi kelebihan kepada Lady Virginia ataupun Emma? ......

No comments:
Post a Comment