Monday, August 31, 2026

Ada Pintu Yang Tidak Perlu Dibuka Semula ...


Boleh tak kalau hari ini Patung Beruang bercerita sedikit tentang masa lalu? 

Sekadar untuk mengeluarkan apa yang terperangkap di minda ini.


Bukan tentang sesiapa. 

Bukan juga tentang apa yang pernah berlaku. 


Cuma tentang satu perkara yang Patung Beruang pelajari beberapa hari lepas  - 

"Adakalanya, manusia perlu cukup berani untuk berdepan semula dengan sesuatu yang pernah ditinggalkan. Untuk berjumpa kembali dengan seseorang dari masa lalu. 

Bukan untuk membuka kembali luka lama. 

Bukan untuk menghidupkan semula cerita yang telah selesai. 

Tetapi supaya kita benar-benar sedar bahawa kita sudah berubah, sudah dewasa, dan sudah berada di tempat yang berbeza."


Ada masa dalam hidup, kita memilih untuk menutup sesuatu begitu rapat sehingga kita sendiri tidak lagi mahu menyentuhnya. 

Kita terus berjalan.

Tahun berganti tahun.

Kita menjadi dewasa, membina kehidupan, mengumpul pengalaman, belajar tentang kehilangan, tentang kasih sayang, tentang manusia dan akhirnya tentang diri sendiri. 

Sehinggalah..

Pada suatu hari, tanpa dirancang, masa lalu itu muncul semula di hadapan kita.

Dan anehnya..

Kali ini, ia tidak terasa seperti dahulu. 

Mungkin kerana lukanya sudah sembuh. Mungkin kerana kita sudah belajar memandangnya dari perspective yang berbeza. 

Atau mungkin.. kerana akhirnya kita sedar, kita sudah tidak berada di tempat yang sama. 


Begitulah kehidupan. 

Ada insan yang pernah begitu dekat dengan kita, tetapi akhirnya menjadi sebahagian daripada sejarah. Bukan kerana segala yang pernah berlaku itu tidak bermakna. Tetapi kerana hidup membawa kita ke persimpangan yang berbeza. 

Dan apabila sampai di persimpangan itu, kita perlu cukup matang untuk menerima bahawa tidak semua jalan perlu kita tempuh bersama. 


Patung Beruang percaya, ada perpisahan yang tidak memerlukan permusuhan. Ada penutup yang tidak memerlukan sesiapa menjadi penjahat. Dan ada janji yang terlalu bernilai untuk dimungkiri hanya kerana masa telah mengubah banyak perkara. 

Terima kasih untuk segala ilmu selama berpuluh-puluh tahun ini. 

Untuk segala pengalaman. Untuk segala perkongsian. Untuk segala cerita tentang kehidupan. Dan untuk kenangan yang terbina di waktu dahulu. 

Kita akhirnya belajar bahawa tidak semua keputusan harus tunduk kepada kehendak hati. Ada ketika akal perlu menjadi compass yang menunjukkan arah. Dan iman menjadi sauh yang menahan kita daripada hanyut.  



Jika suatu hari nanti takdir menemukan kita kembali, tanpa dirancang dan tanpa diduga, mungkin kita boleh bertegur sapa sebagai sahabat lama. 

Duduk sebentar. Bercerita tentang kehidupan yang telah membawa kita ke jalan masing-masing, sambil menikmati secawan kopi. 

Dan apabila kopi itu selesai, begitu juga cerita kita. 

Kita bangun. Tersenyum. Kemudian melangkah pergi. Masing-masing menuju destinasi sendiri. Tanpa perlu menoleh kembali. 

Bukan kerana kita lupa. Tetapi kerana kita sudah berdamai. 



Ada perkara yang cukup untuk dikenang tanpa perlu dimiliki semula.

Ada janji yang tidak perlu diulang untuk membuktikan bahawa kita masih memegangnya. Cukup dengan menunaikannya. 

Dan yang terakhir sekali..

Ada pintu yang apabila telah ditutup dengan baik, tidak perlu kita buka lagi....

Book Review: The Journey - Big Panda and Tiny Dragon


Tajuk: The Journey - Big Panda and Tiny Dragon

Penulis: James Norbury

Menariknya Naskah Ini: 

Naskah ini Patung Beruang beli beberapa hari lepas ketika terjumpa book fair Bookxcess. Sebenarnya, Patung Beruang tidak bercadang pun untuk membeli buku. Hanya datang untuk melihat-lihat, jika ada buku yang menarik. 

Entah mengapa bila ternampak naskah ini, hati tertarik untuk membelinya. Lemahhh... hehehe.. 

Dan ternyata pilihan Patung Beruang adalah tepat. 

Naskah ini habis dibaca dalam masa 2 hingga 3 hari saja. Bukan kerana ceritanya panjang atau penuh plot yang mendebarkan, tetapi kerana ia begitu mudah dibaca dan dihadam. Setiap kali membuka halaman, ada sahaja sesuatu yang membuat Patung Beruang terhenti seketika, tersenyum, atau termenung.

Buku ini dibaca santai-santai sebelum tidur, sambil peluk Dak Yot...


 

The Journey is a mindful, beautifully illustrated tale about an unlikely friendship between Big Panda and Tiny Dragon, and their journey through changing seasons, day and night, rain and sunshine. 

Namun, pada Patung Beruang, perjalanan mereka sebenarnya lebih daripada sekadar perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Ia adalah perjalanan tentang kehidupan. Tentang bertemu, kehilangan, perubahan, ketakutan, kesunyian, persahabatan, dan tentang bagaimana kita belajar untuk terus berjalan walaupun kita sendiri tidak tahu apa yang menunggu di hadapan. 

 

Tema yang paling menonjol dalam naskah ini: 

Friendship - 

Persahabatan Big Panda dan Tiny Dragon mengingatkan kita bahawa kita tidak semestinya perlu melalui segala-galanya seorang diri. Kadang-kadang, yang kita perlukan hanyalah seseorang yang berjalan disebelah kita - tidak semestinya memberikan jawapan, tetapi cukup sekadar menemani. 

Kerana ada perjalanan yang terasa lebih ringan apabila kita tahu ada seseorang berjalan bersama. 


Mindfulness and Acceptance - 

Buku ini mengajar tentang menerima perubahan dan belajar berdamai dengan perkara yang kita tidak mampu kawal. Ada masa kita perlu melepaskan sesuatu yang kita sayang. 

Dan juga, getting lost itu sendiri bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. 

Mungkin, kita perlu tersesat terlebih dahulu untuk menemukan tempat yang sebenarnya kita cari. 


Resilience - 

Antara mesej yang paling Patung Beruang suka ialah tentang ketahanan hati. 

Musim sejuk tidak akan selamanya menjadi musim sejuk. Malam yang gelap juga akhirnya akan berganti pagi. 

Spring will always return. 

Selepas hari-hari yang sukar, akan ada hari yang lebih baik. Mungkin bukan seperti yang kita bayangkan, tetapi tetap akan datang pada waktunya. 



Beberapa quotes yang Patung Beruang suka dari naskah ini adalah: 

  • "Change, even if you don't know where it will lead, is better than stagnation. 
  • There is nothing wrong with enjoying the fruits of the world, we just need to make sure we do not lose ourselves in them. 
  • Fear will not stop you dying, but it may stop you from living.
  • It's funny, how simple things, when seen with fresh eyes, can often bring the most happiness. 
  • It's not always the situation that is making us unhappy, but the way we think about it. 
  • As long as we're alive, we will keep making mistakes and end up getting lost; that is the nature of things."


Apa yang membuat Patung Beruang suka naskah ini ialah ia tidak cuba memberikan jawapan kepada semua persoalan hidup. Sebaliknya, ia mengajak kita untuk "berjalan". 
Perlahan-lahan.
Satu langkah pada satu masa. 

Kita tidak perlu tahu seluruh jalan. Tidak perlu tahu apa yang ada di selekoh seterusnya. Tidak perlu mempunyai semua jawapan sebelum berani meneruskan perjalanan. 

Cukup tahu bahawa kita masih mahu melangkah. 


Mungkin... hidup memang begitu. 

Ada orang yang datang dan menemani kita untuk satu musim. Ada yang berjalan bersama kita lebih lama. Ada yang pergi ketika kita belum bersedia. Ada jalan yang kita pilih dengan penuh yakin, dan ada jalan yang kita lalui hanya kerana hidup membawa kita ke situ. 

Dan adakalanya... kita hanya akan faham mengapa kita perlu melalui sesuatu itu setelah kita sampai di penghujungnya. 


Seperti tajuk buku ini sendiri - "The journey" 
The journey is not merely about finding where we are going.
Sometimes, it is about discovering who we become along the way.... 

Wednesday, August 26, 2026

Book Review: Sons of Fortune


Tajuk: Sons of Fortune

Penulis: Jeffrey Archer

Menariknya Naskah Ini: 

Akhirnya, Patung Beruang dapat melepaskan rindu dengan Archer... Dramatic sangat kan? hehehe.. 

Sebenarnya Patung Beruang memang rindu nak menyelam ke dalam tulisan Archer. Rindu dengan adrenalin rush, rindu dengan jantung yang berdebar-debar, rindu dengan perasaan tak senang duduk selagi buku di tangan belum sampai ke mukasurat terakhir.

Patung Beruang pernah terfikir untuk mula membaca The William Warrick Series. Tapi dengan keadaan workload dan personal schedule sekarang, Patung Beruang rasa ragu-ragu. 

Yelah, karya itu terlalu panjang dan sekarang sudah masuk buku ke-8. Cuma Patung Beruang tak pasti adakah buku ke-8 itu merupakan naskah terakhir dalam siri ini atau masih ada sambungan lagi.  

Ketika Archer keluarkan The Clifton Chronicles, Patung Beruang mengambil masa hampir 2 tahun untuk menghabiskan keseluruhan siri itu. Itu pun rasa tak senang duduk selagi belum habis kesemua 7 buah buku. 

Habis sahaja buku terakhir dalam The Clifton Chronicles, iaitu This Was a Man, kepuasannya hanya Tuhan saja yang tahu. 

Bayangkan kita mengikuti perjalanan hidup Harry Clifton, daripada dia kecil sehinggalah dia meninggal dunia pada usia 80 tahun, melalui 7 buah buku. Dasyat...

Haish.. Jauh pula Patung Beruang melencong, hehehe. 


Oklah, let's back to Sons of Fortune. 

Blurb: 

In the late 1940s in Hartford, Connecticut, a set of twins is parted at birth. Nat Cartwright goes home with his parents, a schoolteacher and an insurance salesman. But his twin brother is to begin his days as Fletcher Andrew Davenport, the only son of a multi-millionaire and his society wife.

During the years that follow, the 2 brothers grow up unaware of each other's existence. Nat leaves college at the University of Connecticut to serve in Vietnam. He returns as a war hero, he finishes school and becomes a successful banker. Fletcher, meanwhile, has graduated from Yale University and distinguishes himself as a criminal defense lawyer before he is elected to the Senate. 

Even when Nat and Fletcher fall in love with the same girl, they still don't meet. They continue on their separate paths until one has to defend the other for a murder he did not commit. But the final confrontation comes when Nat and Fletcher are selected to stand against each other for governor of the state. 



Bagaimana Fletcher boleh menjadi ahli keluarga Davenport? 

Tragedi ini bermula apabila bayi lelaki yang dilahirkan oleh Ruth Davenport sangat lemah. Ruth sebelum itu telah mengalami 2 kali keguguran. Dan kandungan yang ketiga ini merupakan peluang terakhirnya untuk mendapatkan seorang anak. 

Di hospital, Ruth ditemani oleh Miss Nichol, pembantu rumah yang mempunyai pengalaman luas menjaga bayi dan kanak-kanak. 

Selepas bayi Ruth dilahirkan, bayi lelaki itu terus diletakkan di Special Care Unit. Beberapa jam kemudian, Ruth meminta Miss Nichol melihat keadaan bayinya.

Ketika berada di Special Care Unit, Miss Nichol menyedari bahawa bayi lelaki yang baru dilahirkan oleh majikannya itu sangat tidak sihat dan mungkin tidak mampu bertahan hidup. Atas dasar kasihan kepada majikannya, Miss Nichol nekad melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. 

Dia menukar bayi majikannya dengan salah seroang daripada pasangan kembar lelaki yang baru dilahirkan oleh Susan Cartwright, yang kebetulan baby crib mereka berada bersebelahan dengan bayi Ruth Davenport. 


Dan seperti dijangka, beberapa minggu selepas ketiga-tiga bayi lelaki itu dilahirkan, salah seorang pasangan daripada kembar Cartwright, yang sebenarnya merupakan bayi asal Ruth Davenport,  meninggal dunia. 

Kini yang tinggal hanyalah 2 bayi lelaki yang merupakan dizygotic twins, tetapi dibesarkan oleh 2 keluarga berbeza, tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah kembar. 

Beberapa tahun kemudian, Miss Nichol pula meninggal dunia. Pergi dengan membawa bersamanya rahsia pertukaran bayi yang sengaja dilakukannya, kononnya demi memulihkan hati dan jiwa pasangan Cartwright. 



Naskah Archer, seperti biasa, penuh dengan kejutan yang membuatkan kita rasa tak senang duduk. Naskah yang 597 mukasurat ini juga tidak terkecuali. 

Patung Beruang mula membaca naskah ini ketika di KLIA, dalam perjalanan ke Jakarta. Oleh sebab ceritanya sedap, kemana-mana sahaja Patung Beruang pergi, buku ini akan ikut sekali. 

Breakfast - bawa buku.

Bersantai di taman pada waktu malam - bawa buku. 

Dalam Whoosh - bawa buku. 

Pergi shopping - bawa buku.

Ada masa terluang walaupun hanya beberapa minit, Patung Beruang akan baca. Walaupun dapat satu mukasurat pun jadilah, hehehe... 


Cuma apabila pulang ke KL, momentum membaca itu jatuh sedikit sebab sibuk dengan urusan kerja. Sempatlah curi-curi baca ketika lunch hour atau sebelum tidur. Itu yang lebih kurang 3 minggu juga baru habis naskah ini. 

Tapi...

Memang berbaloi. 


Ada beberapa babak yang membuatkanPatung Beruang rasa macam tercabut jantung.


Babak pertama ialah ketika Nat diserang gerila di Vietnam dan helicopter yang dinaikinya terhempas. 

Berhari-hari media di America menyiarkan berita mengenai misi mencarinya di Vietnam yang menemui jalan buntu. Ramai yang beranggapan Nat sudah meninggal dunia kerana agak mustahil seorang anak muda yang dibesarkan di bandar besar, yang tidak pernah bertempur di medan perang, mampu bertahan dalam hutan belantara di negara asing tanpa bekalan makanan, minuman dan ubat-ubatan. 

Fletcher yang berada di Connecticut turut mengikuti perkembangan pencarian Nat melalui media. 

Apabila media melaporkan bahawa 3 mayat askar mereka telah dijumpai hanya mayat Nat sahaja yang masih hilang, National Security Advisor mencadangkan agar seluruh negeri berkabung atas pengorbanan wira-wira tersebut. 

Tetapi peliknya, Fletcher memberitahu Jimmy, sahabat baiknya, bahawa Nat masih hidup. 

Bagaimana Fletcher tahu? 

Dia sendiri pun tiada jawapan. 

Dia cuma yakin bahawa Nat masih hidup. 



Babak kedua pula ketika Fletcher menjadi peguam bela Nat yang dituduh membunuh Ralph Elliot. 

Disinilah bermulanya ikatan erat antara pasangan kembar ini. 

Bagaimana Fletcher membuktikan bahawa Nat tidak bersalah sedangkan Mrs Elliot bertegas bahawa dia sendiri melihat Nat menembak suaminya? 

Babak ini memang buat Patung Beruang tak senang duduk... 



Dan akhirnya..

Babak ketiga dan yang paling mengejutkan Patung Beruang ialah apabila kebenaran tentang hubungan mereka sebagai kembar terbongkar selepas berpuluh-puluh tahun. 

Kita sangkakan selepas Miss Nichol, pembantu rumah pasangan Cartwright, meninggal dunia, rahsia pertukaran bayi itu turut lenyap bersamanya. 

Rupanya....tidak.

Ada seseorang yang mengetahui kebenaran tersebut. 

Dan lebih mengejutkan, segala yang berlaku pada hari itu telah didokumentasikan. 

OMG!!!

Yang ini memang.. Wow!!!



Kesimpulannya, naskah ini memang best. 

Momentum ceritanya laju dan setiap watak mempunyai peranan masing-masing. 

Archer berjaya membawa kita mengikuti perjalanan hidup Nat dan Fletcher dengan begitu kemas, sambil perlahan-lahan membuka rahsia yang selama ini tersembunyi. 

Dan seperti biasa, dengan karya Archer ini kita sentiasa rasa macam:

"Okay, apa pula yang akan berlaku selepas ini?"


Sampai kita tak boleh letak buku, huhuhu...



Habis saja mukasurat terakhir, Patung Beruang terus rasa macam tak sabar nak mula membaca The William Warrick Series. 

Tapi....

Bila mengenangkan yang BAC is coming dan Patung Beruang ada report yang perlu masuk dalam meeting tersebut..

Kita tangguhkan dulu niat itu ya. 



Kerja dulu.

William Warrick kemudian, hehehe..

Walaupun hati ini sudah mula berbisik:

"Ala.. satu chapter saja.." huhu.. 


Monday, August 17, 2026

Life Is Hard. Press Play.


Patung Beruang jarang bercerita tentang music dengan orang lain. Entah kenapa, music is something quite personal to myself. 

Some people that close to me know I am a huge fan of Afgan, hehehehe.. 

Ya, sampai sanggup terbang ke Jakarta just to make sure that we fulfill our promise to meet each other once a year. 

But nobody really knows why Afgan has such a sentimental value to me. 

And.. it is ok. 

Patung Beruang tidak berhasrat untuk bercerita tentang sebabnya di sini. Some stories are meant to stay quietly in our hearts, cewahhhh...


Ada juga yang tahu Patung Beruang suka orchestra. 

Betul... 

Every orchestra that I've attended gave a completely different experience. The music may be the same. The orchestra may be familiar. But somehow, every performance feels different. The atmosphere is different. The interpretation is different. The conductor is different. The audience is different. 

And that feeling when hundreds of people sit quietly in a concert hall, waiting for the first note to be played..... priceless.

Kalau dilihat dari segi matematik, harga tiket orchestra mungkin nampak mahal untuk a two-hour performance. 

But if you ask me? 

The satisfaction is irreplaceable. 

Because, we don't pay for the 2 hours. We pay for the feeling that stays with us long after the 2 hours are over. 


Maybe that is why music means something to me. 

It is not merely sound. 

It carries memories. It carries people. It carries places. And sometimes, it carries us through days when we don't quite know how to carry ourselves. 



A few weeks ago, someone was away from his office for a while. 

Honestly, Patung Beruang rasa bersalah sebab sebelum itu, diri ini jarang checking on him. Sampai Patung Beruang sendiri tak tahu yang he was actually not feeling well.

Thank you for letting me know that you were under the weather. 

And thank you for opening up to me about the struggles that you have been going through. 


One the 1st day he came back to the office, that morning, Patung Beruang shared one of my favourite songs with him. 

Nothing dramatic. 

Just a song. 

With a small hope that perhaps, it might lift his motivation a little to go through a tough day. Or perhaps a tough week. 


That was actually the 1st time I gave a song to someone, hehehe... Funny, right? 

For someone who loves music, Patung Beruang rupanya jarang berkongsi lagu dengan orang. 


As I mentioned before, I wish I could help you, but truthfully, I don't know how.

Perhaps, by simply keep checking on you and keep you in my prayers, it may somehow ease your burden. 

And at the very least, let you know that you're not battling these storms alone. 


We may not have the right words. We may not have the solution. We may not even know how to make things better. 

But....

We can still be there. We can still listen. We can still check in. And we can still pray. Maybe, that is enough for now. 


And to that someone, if you ever happen to read this: 

Thank you for still fighting.

I know it hasn't been easy. 

I may not know how difficult it has been for you, but thank you for doing your best and for continuing to show up, even on the days when it feels incredibly hard. 

Thank you for still fighting...

Maybe, for now, that's all I want you to know....



Then, last week, another story happened. 

My junior contacted me. 

He voiced out his frustration, sadness, anger and burnout. I've offered to meet him personally. Eventually, we decided to meet the following day, after work. 

So on that day, habis saja kerja, Patung Beruang terus rush ke my favourite Nasi Arab restaurant in Cyberjaya. 


He actually has no issue in terms of work. His current problems are mostly about the people surrounding him.

Well.. 

Dimana-mana pun akan ada makhluk yang pelik. 

Percayalah. Even if he works in the best company in the world, he will still meet some makhluk pelik there. Corporate life is like that. 

We cannot choose everyone we have to work with. We cannot control everyone's behaviour.  We cannot expect everyone to have the same values, work ethics, emotional maturity, or moral compass as us. 

What we can control is ourselves. 

Manage our expectations. Learn not to be overly influenced by people around us. Don't allow someone else's toxicity to corrupt our own values. And most importantly, make sure our morale compass remains pointed in the right direction. 

Surviving corporate life is not about becoming tougher. 

It is making sure that while surviving, we don't become the very thing we once disliked. 


The saddest part was when he said, 

"Kak Ily, I need to survive in that office because I just bought a house. My wife and kid are so happy with this new house. I'm the sole bread winner. I have to be strong and face everything, for the sake of my family."


That sentence stayed with me. 

Because sometimes, behind a person's "I'm ok", there is a whole family depending on him to keep going. 


Long story short, he asked Patung Beruang for some words. 

He wanted to know how Patung Beruang copes with all the craziness in a day-to-day life.  

The answer was actually very simple. I told him: 

"Umur 30 ke 40 tahun adalah waktu paling mencabar. Waktu ini, Tuhan akan uji kita berkali-kali sampai kita jatuh terduduk. 

Be it in career, personal life, health, financial, relationship and everything in between.  

Why? Because Tuhan is preparing a better version of yourself. 

Trust me. When you reach your 40s, you'll feel different. More mature, more wiser, more patient, and hopefully, a better hamba Allah. 

So hang in there. You're not alone. 

Al-Quran dah cakap, setiap kesusahan akan diikuti kemudahan. Tuhan ulang 2 kali berturut-turut ayat ini. This is His promise. So, hang in there." 


For me, telling him to do more solat, read more Al-Quran, wake up for more Tahajjud, give more sedekah, and do more good deeds would have been too cliche. 

Not because I ignores religion. Quite the opposite. He already does all of that. 


Sometimes, when someone is already trying their best spiritually, what they need is not another reminder that they should do more. 

Maybe they just need someone to sit beside them and say,

"I know. This is hard." 


At the end of our meeting, he thanked me for sparing the time, and more importantly, for listening to him without judgement. 

Then he said something that made me smile:

"Kak Ily dah jaga saya sejak umur saya 20-an." 


Patung Beruang hanya tersenyum. 

The truth is....

I feel responsible to look after him. 

Because I was the one who pursued him to leave Big 4 and enter the corporate world. 

Not because he was not suitable for Big 4. He was. 

But purely because I could see his potential in the corporate. 


And today, looking at where he is, I can only say: Alhamdulillah... 

My instinct was correct. 


Maybe that is also part of growing older, hehehe...  Older lah sangat kan? Ilyana, you just 43 years old... 

We don't just take care of ourselves anymore. 

We also carry a little responsibility for the people we once believed in. We simply need to remind them that they are still the person we believed in. 


So, after all the serious conversations that evening, Patung Beruang decided to release some tension. With music.

Patung Beruang shared with him my newly created Spotify playlist.

Monday Survival Mode, namanya.. hehehe.. 


The name itself says everything. It is not exactly a motivational playlist. In fact not all the songs are about motivation. 

Some songs are loud. Some are dramatic. Some are romantic. Some are melancholic. Some make you want to drive faster. Some make you want to stare outside the window dramatically like you're in a music video. Some make you want to sing. Some make you want to scream. And some songs... you simply don't know why they are there. But somehow, they belong there.

What a complicated Ilyana, right? 

(Soalan yang sama Patung Beruang tanya pada Engineer Bear malam tadi ketika kami bercakap tentang what are we in next 5 years, 10 years, 20 years. Kehidupan yang complicated untuk 2 Beruang yang complicated, yang terpisah oleh jarak dan luka, huhuhu...) 


Basically, Monday Survival Mode is a life soundtrack. 

A soundtrack for Monday. Tuesday. Wednesday. Thursday. Friday. 

A soundtrack for traffic jams. For difficult meetings. For deadlines. For dealing with makhluk pelik. For days when your inbox seems to reproduce by itself. For days when you are tired but still have to show up. For days when you are angry. For days when you miss someone. For days when you feel like giving up. And for days when you simply need something to remind you:

"Come on. One more day. You can do this."


That is what Patung Beruang hopes to feel when listening to Monday Survival Mode.

Not necessarily motivated. Sometimes, just less alone. 

Maybe 1 song will make you smile. Another might make you remember someone. Another might make you roll your eyes and say,

"What the hell is this song doing in my playlist?"


Another might suddenly make you sing at the tops of your lungs in the car. And perhaps, somewhere between the 3rd and 10th song, you realise that your mood has changed. 

The problem is still there. The traffic is still terrible. The boss is still the boss. The meeting is still tomorrow. The workload is still waiting. 

Life is still life.

But somehow... 

You feel a little more ready to face it.


Maybe that is what music does. 

It doesn't solve our problems. It doesn't change the situation. It doesn't make the difficult people disappear. It doesn't pay our bills. It doesn't magically fix a broken heart. 

But music can sit beside us while we go through all of that. It can keep us company. It can give us a little courage. It can make us remember that we are still alive, still feeling, still capable of laughing, still capable of hoping.

And, that is enough...

Just a little survival kits for ordinary people trying to get through extraordinary days. 



So...

Life is hard. Press play. 

Sing your heart out until your lungs scream.

And if Monday is still terrible after that...

Well, 

There is always Tuesday, hehehe...

Friday, July 31, 2026

Tentang Si Putih Yang Tercalar

Rabu, 29 July - Petang 

Patung Beruang pulang dari pejabat dengan hati yang masih sarat. Marah, geram, kecewa. Fikiran melayang entah ke mana. 

Mungkin kerana terlalu sibuk melayan emosi sendiri, Patung Beruang terlupa bahawa memandu juga memerlukan hati yang hadir. 

Ketika hendak keluar dari parking office, Si Putih bergesel dengan ramp parking. 

Bunyi geseran itu cukup untuk membuatkan Patung Beruang sedar bahawa diri ini baru melakukan kesilapan.. Adoiii...


Keluar saja dari parking office, hujan turun dengan lebat. Patung Beruang terus memandu pulang.

Tibanya di rumah, barulah Patung Beruang turun dan melihat keadaan Si Putih. 


Ada kesan calar. Ada juga kemek kecil di bahagian bawah pintu belakang sebelah pemandu. 

Patung Beruang hanya memandang seketika. 

Anehnya...
Diri ini tak marah.

Bukan kerana Si Putih ini tidak berharga. 
Tetapi kerana Patung Beruang tahu bagaimana ia berlaku.



Bukan salah ramp parking.
Bukan salah hujan. 
Dan bukan salah sesiapa. 

Ia berpunca dari diri sendiri yang memandu tanpa focus. 


Patung Beruang ambil gambar lalu hantarnya kepada Engineer Bear. He asked me, "Marah tak?"

Patung Beruang tersenyum sendiri. 
"Tak marah pun."


Kerana kadang-kadang, apabila kita tahu kesilapan itu berpunca daripada diri sendiri, marah tidak akan mengubah apa-apa. Yang tinggal hanyalah menerima. Menerima bahawa setiap pilihan ada akibatnya. Menerima bahawa setiap emosi yang tidak dijaga mungkin akan meninggalkan kesan. 

Sama seperti calar pada Si Putih.
Ia mungkin boleh dibaiki. Tetapi ia juga menjadi peringatan. 
Bahawa ketika hati sedang berkecamuk, mungkin perkara terbaik yang boleh kita lakukan bukanlah memaksa diri untuk terus bergerak. 

Sebaliknya... 
Berhenti seketika. 
Tarik nafas. 
Dan pastikan hati sudah kembali tenang, barulah kembali memegang stereng. 


Malam itu, perbualan kami bersambung.
Engineer Bear pula menghantar sekeping gambar SUV miliknya. Ada kesan kemek. Ada juga calar kecil. Katanya, sehingga hari ini masih belum sempat dihantar ke bengkel. 

Patung Beruang pula bertanya sama ada dia marah? 

Engineer Bear menjawab dengan tenang; 
"Tak juga. Sebenarnya, saya pun tak tahu siapa yang langgar. It happened bila kereta ini diparking di luar rumah. Mungkin Allah nak lindungkan daripada sesuatu yang lebih besar."


Diri terdiam seketika. Betapa berbezanya manusia melihat sebuah musibah. 
Ada yang hanya nampak calar. Ada yang memilih untuk melihat perlindungan di sebalik calar itu. Kadang-kadang, kita terlalu cepat melihat apa yang hilang, sehingga terlupa mensyukuri apa yang masih Allah pelihara. 


Entah mengapa, selepas itu topik perbualan berubah begitu saja. 
Daripada cerita tentang kereta... 
Engineer Bear bertukar cerita pula tentang kisah ekonomi, steel industry, hot and cold commissioning, furnace, water circulation dan pelbagai lagi istilah teknikal. 
Patung Beruang tersenyum sendiri dan hanya menjadi pendengar yang baik. 

Mujur kami hanya berbual melalui telefon. 
Kalau berdepan, dan kebetulan ada white board di sebelah, rasanya Engineer Bear sudah pun capai marker dan mula melukis rajah demi rajah dengan penuh semangat, hehehe...

Begitulah manusia. 
Apabila bercakap tentang sesuatu yang benar-benar diminatinya, sukar untuk menyembunyikan keterujaan itu.
Patung Beruang dapat membayangkan semangatnya ketika bercerita. 


Manusia memang aneh. Hidup juga aneh. 
Kadang-kadang kita memulakan perbualan dengan kisah sebuah calar pada kereta. Namun akhirnya, kita pulang dengan sebuah pelajaran tentang kehidupan. 

Barangkali....
Yang membuatkan hidup terasa berat bukanlah kerana terlalu banyak perkara yang berlaku. 
Tetapi kerana terlalu banyak perkara yang kita harapkan berlaku mengikut kehendak kita. 

Manusia dan expectation memang sukar dipisahkan.
Kita mengharapkan perjalanan yang lancar. Kereta yang sentiasa elok. Rancangan yang menjadi. Kerja yang dipermudahkan. Hubungan yang sentiasa baik. 
Sedangkan...
Hidup tidak pernah berjanji begitu. 


Semakin dewasa, Patung Beruang belajar bahawa salah satu kemahiran yang paling sukar adalah manage expectation. 
Bukan bermaksud no expectation. 
Tetapi... 
Belajar meletakkan expectation pada tempatnya. 
Kerana apabila kita meletakkan expectation terlalu tinggi terhadap sesuatu, kita juga sebenarnya sedang membuka ruang untuk kekecewaan yang sama besarnya. 

Tidak salah untuk ada expectation. 
Tetapi jangan sampai expectation tersebut membuatkan kita lupa bahawa Allah SWT  sentiasa mempunyai perancangan yang lebih baik daripada apa yang mampu kita fikirkan. 

Mungkin hari ini kita diuji dengan sebuah calar. Mungkin esok kita diuji dengan sesuatu yang lebih besar. Dan mungkin juga, apa yang kita anggap musibah hari ini sebenarnya adalah cara Allah melindungi kita daripada sesuatu yang jauh lebih berat. 


Akhirnya, kita hanya mampu berdoa semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan kita. 

Dipermudahkan setiap amanah yang sedang kita pikul.
Dipermudahkan segala urusan mereka yang setiap hari berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga, organisasi, dan orang disekeliling. 

Semoga Allah mengurniakan kesabaran ketika berdepan dengan cabaran. 

Melapangkan dada apabila sesuatu tidak memenuhi expectation kita. 
Menguatkan hati untuk terus berusaha tanpa berputus asa. 
Dan mengurniakan kita kebijaksanaan untuk melihat hikmah di sebalik setiap ketentuan-Nya. 

Kerana boleh jadi...

Apa yang tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sebenarnya adalah yang terbaik menurut perancangan Allah...

Ayat 216, Surah Al-Baqarah:
"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 


Monday, July 27, 2026

Retrospektif: Tentang Jakarta, Masa dan Sebuah Kepulangan

Ada perjalanan yang berakhir apabila pesawat mendarat. Ada pula perjalanan yang secara teknikalnya sudah selesai, tetapi sebahagian daripada kita masih belum benar-benar pulang. 

Jakarta kali ini rasanya begitu. 

Patung Beruang sudah kembali ke Kuala Lumpur. Luggage sudah dikosongkan. Baju-baju sudah dibasuh dan dikeringkan. Laptop sudah kembali dibuka. Alarm pagi kembali berbunyi dan kehidupan seorang corporate slave pun kembali seperti biasa. 

Tapi entah kenapa, rasanya seperti ada sebahagian kecil jiwa yang masih tertinggal di Jakarta. Mungkin kerana terlalu banyak yang dilihat, dirasakan, dan difikirkan sepanjang beberapa hari disana. Jauh berbeza ketika Patung Beruang pulang dari bercuti di Marriott Resort & Spa, Pulau Perhentian di bulan May hari itu. 


Jakarta dan Dua Wajah Kehidupan


Sepanjang beberapa hari berada di Jakarta, Patung Beruang menginap di Shangri-La. Selesa. Cantik. Mewah. Warm hospitality. 

Kemudian berjalan-jalan dan membeli-belah pula di Plaza Indonesia. Disitu, satu sisi Jakarta dipamerkan dengan begitu sempurna - butik-butik mewah, restoran cantik, manusia berpakaian kemas dan golongan berada yang menjalani kehidupan mereka seperti masyarakat kelas atasan dimana-mana kota metropolitan dunia. 

Sehingga ada masanya diri ini terlupa yang kita sedang berada di sebuah kota yang turut dihuni jutaan manusia dengan realiti kehidupan yang sangat berbeza. Kerana sebaik sahaja keluar dari hotel dan pusat membeli-belah, wajah Jakarta berubah. 

Di situlah wajah masyarakat marhaen terserlah dengan begitu jelas. Ada yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan. Ada yang bekerja di bawah panas matahari. Ada yang mencari rezeki dengan apa sahaja yang mereka mampu lakukan. Di celah-celah bangunan tinggi dan kereta mewah, ada kehidupan lain yang berjalan serentak - lebih sederhana, lebih keras dan mungkin lebih rapuh. 

Dua darjat kehidupan berada dalam kota yang sama. Kadang-kadang cuma dipisahkan oleh pintu kaca sebuah pusat membeli-belah. 

Patung Beruang tidak mahu menghakimi kekayaan. Dan tidak juga mahu meromantiskan kemiskinan. Rezeki setiap manusia memang tidak pernah sama. 

Tetapi perjalanan kali ini mempunyai cara tersendiri untuk memaksa diri ini melihat sesuatu yang selama ini mungkin hanya dibaca dalam laporan ekonomi dan statistik. 

Ketidaksamarataan mempunyai wajah. 

Dan apabila kita melihat wajah itu sendiri, angka-angka tiba-tiba terasa jauh lebih manusiawi. 


139 Kilometer dan 30 Minit


Dari Jakarta, Patung Beruang menaiki Whoosh ke Bandung. Return trip yang berlaku pada satu hari saja. Satu pengalaman yang cukup menarik. 

Jarak perjalanan itu sekitar 139 kilometer sehala. Lucunya, angka tersebut hampir sama dengan jarak dari pejabat Patung Beruang di Menara PNB ke rumah Ayah di Melaka. 

Bezanya? 

Perjalanan menaiki Whoosh mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit. Perjalanan ke rumah Ayah pula selalunya mencecah 2 hingga 2 jam setengah, hehehe.. 

Tiba-tiba 139 kilometer terasa begitu relatif. 

Duduk di dalam Whoosh membuatkan Patung Beruang terfikir betapa teknologi boleh mengubah persepsi manusia terhadap jarak dan masa. Sesuatu yang selama ini memerlukan berjam-jam perjalanan boleh dipendekkan kepada beberapa puluh minit sahaja. 

Mengagumkan.

Tetapi seperti banyak perkara tentang Jakarta yang Patung Beruang lihat sepanjang perjalanan kali ini, kekaguman itu datang bersama satu persoalan lain. 

Siapa sebenarnya yang mampu menikmati kemajuan tersebut?

Harga tiket Whoosh tidak membebankan kepada pelancong atau golongan berpendapatan selesa. Tetapi untuk masyarakat biasa yang Patung Beruang lihat mencari rezeki di jalanan Jakarta, teknologi sehebat itu belum tentu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka. 

Di situlah paradoks pembangunan terasa begitu nyata. 

Kita boleh membina teknologi yang membawa manusia hampir 140 kilometer dalam masa setengah jam. Tetapi cabaran pembangunan bukan sekadar tentang seberapa pantas kita mampu bergerak ke hadapan. Mungkin persoalan yang lebih penting ialah:

Berapa ramai yang mampu bergerak bersama-sama? 


Afgan dan Sebuah Mesin Masa Bernama Lagu


Tujuan utama ke Jakarta kali ini sebenarnya jauh lebih sederhana. 

Afgan dan Erwin Gutawa Orchestra Concert. 

Tetapi siapa sangka sebuah orchestra concert boleh menjadi mesin masa yang membawa Patung Beruang kembali hampir 18 tahun ke belakang? 

Ada lagu yang apabila dimainkan, kita bukan sekadar mendengar melodinya. Kita teringat siapa diri kita ketika pertama kali mendengarnya. Teringat impian yang pernah kita ada. Insan-insan yang pernah hadir. Perkara yang pernah membuat kita tertawa. Dan perkara yang pernah membuat kita menangis. 

18 tahun. Banyak betul yang berubah dalam tempoh itu. 

Ada insan yang pernah kita fikir akan kekal, tetapi akhirnya menjadi kenangan. Ada impian yang tidak pernah menjadi kenyataan. Ada doa yang Allah jawab dengan cara yang langsung tidak kita jangka. Ada kehilangan yang pernah membuatkan kita fikir kita tidak akan mampu berdiri semula. 

Tetapi anehnya manusia, kita tetap berjalan. 

Malam itu, di tengah ramainya penonton, sambil mendengar lagu-lagu yang pernah menemani beberapa fasa kehidupan, Patung Beruang tiba-tiba terfikir: 

"Eh, jauh juga rupanya kita sudah berjalan."


Ilyana yang mendengar lagu-lagu Afgan 18 tahun dahulu tidak mungkin tahu apa yang bakal dilaluinya. Dan Ilyana yang mendengar lagu yang sama hari ini, sudah bukan lagi Ilyana yang sama. Ada lebih banyak luka. Ada lebih banyak kehilangan. Tetapi yang pasti, ada juga lebih banyak keberanian. Terima kasih Ilyana kerana masih bertahan.

"Gan, terima kasih kerana sudah menemani aku selama 18 tahun. Untuk kali ke-4, aku datang menikmati persembahan kamu. Aku mengenali kamu dari Singapura, bukannya Indonesia, bukannya Malaysia. Aku mengenali kamu disaat tiada siapa percaya pada bakat kamu, percaya pada genre yang kamu bawakan. Tapi aku tahu, kamu tidak mudah putus asa. And look at you now. All your hard work has paid off."


Jasad di Kuala Lumpur, Jiwa Masih di Jakarta

Kemudian tibalah hari pertama kembali bekerja. Dan untuk pertama kalinya sepanjang bekerja di sini, Patung Beruang tertinggal access card pejabat, hehehe..

Rupa-rupanya ketika menukar beg, Patung Beruang tertukar dengan beg yang menyimpan passport antarabangsa. Passport ada. Access card pejabat tak ada. Entah ke negara mana agaknya Patung Beruang bercadang hendak masuk pagi itu, huhu..

Maka berdirilah seorang Ilyana di hadapan pejabat sendiri sambil cuba memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan fungsi otaknya. 

Kesimpulannya mudah.

Jasad sudah kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi jiwanya masih belum melepasi imigresen Jakarta, hehehe... 


Kemudian Hidup Kembali Menjadi Serius

Tetapi kehidupan mempunyai cara yang sangat pantas untuk membawa kita kembali ke bumi. 


Daripada konsert orchestra, percutian, Whoosh dan access card pejabat yang tertinggal, hari yang sama juga, Patung Beruang bersama Boss petang itu pergi ke Hospital Putrajaya untuk melawat ayah kepada salah seorang staff kami.

Hospital sentiasa mempunyai suasana yang membuatkan manusia melihat kehidupan daripada perspektif yang berbeza. 

Di situ, pangkat tidak penting. Jawatan tidak penting. Berapa banyak meeting dalam calendar pun tidak penting. 

Kerana apabila berhadapan dengan sakit dan kemungkinan kehilangan, kita semua akhirnya kembali menjadi manusia biasa. Seorang anak tetap seorang anak apabila melihat ayahnya sakit. Tidak kira berapa umur kita. 

Patung Beruang tahu perasaan itu. Mungkin kerana pernah berada di tempat yang sama, setiap kali melihat seseorang menjaga ayah atau ibunya yang sedang sakit, ada bahagian kecil dalam hati ini yang masih terusik. 

Ada pengalaman yang sudah berlalu. Tetapi tidak pernah benar-benar meninggalkan kita.


Bantuan Yang Tidak Sempat Sampai

Usai keluar dari bangunan Hospital Putrajaya, ketika di parking lot, Patung Beruang dapat text dari Husna, seorang sahabat yang aktif membuat kerja-kerja kebajikan di Utara. 

Text Husna sangat ringkas. Tentang seorang warga emas yang berada dalam senarai penerima bantuan kami. Kami sudah merancang untuk membantu. Namanya sudah ada. Keperluannya sudah dikenalpasti. Cuma bantuan itu belum sempat sampai. Kerana beliau terlebih dahulu pergi mengadap Yang Maha Pencipta.

Patung Beruang terkaku di dalam kereta. Lama memandang mesej tersebut. 

Kadang-kadang kita hidup seolah-olah masa sentiasa berada di pihak kita. Esok boleh. Minggu depan boleh. Nanti kita uruskan. Nanti kita telefon. Nanti kita datang. Nanti kita bantu. 

Tetapi kehidupan tidak pernah berjanji untuk menunggu sehingga segala perancangan kita selesai. 

Hari ini namanya tinggal sebuah ingatan. 

Dan tiba-tiba perkataan "nanti" terasa sangat mahal. 


Hujung Minggu dan Seorang Doctor Berusia 82 Tahun

Hujung minggu bersua kembali. Dan seperti rutin bulanan, Patung Beruang menemani Ibu bertemu Dr Tan. 


Cuma kali ini ada sedikit kelainan. 

Patung Beruang turut menyerah diri sebagai pesakit. Demam, batuk dan selesema yang dibawa pulang dari Jakarta nampaknya enggan berpisah dengan tuannya. 

Souvenir dari Jakarta, barangkali.

Tapi bukan jenis yang Patung Beruang minta, hehehe..


Dr Tan sekarang sudah berumur 82 tahun. Namun dia masih berada di kliniknya, merawat pesakit dan bertanya khabar seperti yang dilakukannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.

Selepas pemeriksaan Ibu selesai, tiba pula giliran Patung Beruang.

Ketika hanya kami berdua di dalam bilik consultancy dan pemeriksaan sudah selesai, Dr Tan tiba-tiba berkata: 

"Your mother looks happier. Could be you children always with her every weekend." 

Patung Beruang tersenyum.

"Yes, Dr. We rotate every weekend to make sure there'll always be someone accompanying her." 

Dr Tan mengangguk.

"Could be she's done with her grieving?"

"Hopefully Dr. Like you said before, it is a process and we have to go through it."

"Young lady, you need to take care of yourself too. Stay healthy physically and mentally. So you can look after her."


Patung Beruang hanya tersenyum dan mengangguk. 

Entah kenapa, ayat yang begitu sederhana terasa lain. 

Pada ketika itu, insan berusia 82 tahun yang berada di hadapan Patung Beruang bukan lagi sekadar seorang doctor yang sedang merawat pesakitnya. Dia seorang doctor yang sudah terlalu lama mengenali sebuah keluarga. Seorang sahabat kepada Ayah dan Ibu. Dan untuk beberapa ketika, terasa seperti seorang ayah sedang menasihati seorang anak:

"Jaga diri baik-baik."


Sebuah Cerita Yang Bermula 43 Tahun Dahulu

Tiba-tiba Patung Beruang teringat sesuatu yang pernah Ibu ceritakan. Kali pertama Ayah membawa Ibu bertemu Dr Tan adalah untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan bahawa Ibu sedang mengandung. Mengandungkan anak pertama mereka. Anak itu ialah Patung Beruang. 

43 tahun dahulu. Knowing Dr Tan, Patung Beruang boleh bayangkan lelaki itu pada suatu ketika dahulu memandang seorang wanita muda yang baru mengetahui dirinya mengandung lalu berpesan;

"Jaga diri baik-baik. Jaga kandungan baik-baik." 

Ayah, Ibu dan Dr Tan juga tidak mungkin tahu bahawa bayi kecil di dalam kandungan itu akan membesar, melalui bermacam-macam cerita kehidupan dan, 43 tahun kemudian, duduk pula di hadapan doctor yang sama. 

Bezanya kali ini, Ayah sudah tiada.

Dan bayi yang dahulu Dr Tan minta Ibu jaga baik-baik itu kini sudah menjadi seorang wanita berusia 43 tahun yang menjaga Ibu. 

Lucu betul perjalanan masa. 

Seolah-olah sebuah bulatan yang akhirnya bertemu semula pada titik yang sama. 

Dahulu Dr Tan berpesan kepada Ibu supaya menjaga Patung Beruang. 

43 tahun kemudian, doctor yang sama berpesan pula kepada Patung Beruang supaya menjaga dirinya sendiri agar dia mampu terus menjaga Ibu.

Betapa cepatnya masa berlalu....


Ada insan yang hadir dalam kehidupan kita bukan kerana pertalian darah. Tetapi apabila mereka berada di situ cukup lama, mereka akhirnya menjadi sebahagian daripada sejarah sebuah keluarga. 

Terima kasih, Dr Tan. 

Kerana menjadi family doctor kepada Ibu dan Ayah selama berpuluh-puluh tahun. Kerana menjaga kesihatan mereka. Kerana bukan sekadar menjadi doctor, tapi turut menjadi sahabat mereka. Bertukar-tukar cerita tentang anak-anak. Tentang kehidupan. Tentang kebun durian. Tentang perkara-perkara kecil yang mungkin tidak pernah tercatat dalam mana-mana rekod perubatan, tetapi menjadi sebahagian daripada sebuah persahabatan yang panjang. 

Dan apabila Ayah akhirnya pergi, Dr Tan masih berada di situ. 

Menemani Ibu dan kami melalui episod kehilangan itu. Memerhatikan proses dukanya. Dan sesekali mengingatkan anaknya bahawa untuk menjaga seorang ibu yang sedang belajar meneruskan kehidupan tanpa suaminya, anak itu juga perlu menjaga dirinya sendiri. 

Barangkali itulah bezanya seorang doctor yang sekadar mengetahui sejarah perubatan pesakit dengan seorang doctor yang mengetahui sejarah kehidupan pesakitnya. Yang satu membaca rekod. Yang satu lagi pernah berada di dalam sebahagian daripada ceritanya. 


Barangkali Inilah Erti Pulang

Apabila difikirkan kembali, mungkin perjalanan ke Jakarta kali ini bukan sekadar sebuah percutian. 

Bukan sekadar Afgan dan Erwin Gutawa. Bukan sekadar Shangri-La Jakarta, Plaza Indonesia, muzium-muzium, Whoosh, Bandung atau makanan yang sedap. 

Barangkali perjalanan ini datang untuk mengingatkan Patung Beruang tentang satu perkara:

Masa.

18 tahun boleh berlalu dalam beberapa buah lagu. 

139 kilometer boleh dipendekkan menjadi setengah jam dengan teknologi. 

43 tahun boleh terasa seperti sekelip mata apabila seorang doctor yang pernah memeriksa seorang ibu mengandung, kini merawat anak yang berada dalam kandungan tersebut. 

Sebuah kota boleh menunjukkan 2 kehidupan yang begitu berbeza hanya beberapa meter antara satu sama lain. 

Seorang ayah yang dahulunya kuat boleh suatu hari terbaring di hospital. 

Dan seseorang yang kita rancang untuk bantu boleh pergi sebelum tangan kita sempat sampai kepadanya. 


Mungkin itulah sebabnya sesekali kita perlu bermusafir. Bukan semata-mata untuk melihat tempat baharu. Tetapi supaya apabila kita pulang, kita melihat kehidupan lama kita dengan mata yang baharu. 

Lebih menghargai insan yang masih ada. Menemani selagi sempat. Membantu selagi boleh. Menghubungi selagi ada waktu. Memaafkan perkara yang tidak lagi berbaloi untuk dibawa. Mensyukuri rezeki tanpa membandingkan.


Patung Beruang sudah kembali ke Kuala Lumpur. Kembali kepada reality. Kembali kepada rutin dan kehidupan yang menunggu untuk diteruskan. 

Walaupun nampaknya jiwa masih mengambil masa sedikit lama untuk menyusul. 

Tak apa. Biar dia berjalan perlahan-lahan. 

Kerana akhirnya, perjalanan bukan sekadar tentang sejauh mana kita pergi, berapa banyak tempat yang kita lihat atau berapa banyak kenangan yang kita bawa pulang.

Tetapi perjalanan adalah cara untuk kita belajar melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. 

Dan akhirnya kita akan sedar, sejauh mana pun kaki ini melangkah, perkara yang paling berharga adalah segalanya masih menunggu kita di rumah... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi, Bunny and Dak Yot...