Monday, January 15, 2018

Beriani Dan Berani

Assalamualaikum wbt..

Rindu betul rasanya hati ini untuk menulis disini. Tangan Patung Beruang ini rasa gatal je nak menaip tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.. huhu..

Hari Sabtu lepas Patung Beruang mencatat sejarah untuk rekod diri sendiri, hehe. Apakah dia???
Untuk pertama kalinya Patung Beruang memasak nasi beriani dirumah, berseorangan, tanpa bantuan sesiapa pun.. Cewah...

Puncanya, hari Jumaat malam itu, Patung Beruang show off dengan Abang pasal stove dan rice cooker baru. Terima kasih Ibu dan Ayah sebab bermurah hati menghadiahkan new set of stove dan rice cooker untuk kediaman baru Patung Beruang. Belum pindah lagi tapi hadiah dah dapat, hehe..

So, malam itu Patung Beruang pun cakap lah dengan Abang,  
"Awak nak makan apa? Just name it. I'll cook tomorrow."

And out of nowhere, Abang request nak nasi beriani. 
OMG!!!!! 
Manalah Patung Beruang pernah masak nasi beriani.. Kalau setakat nasi ayam ke, nasi lemak ke, or pasta ke, boleh lah.. 

Selepas puas negotiation session, finally he said, 
"Ala.. Iman yang dekat UK tu pun boleh masak nasi beriani tau. Takkan lah Akak tak boleh? Tak tercabar ke?"

Ceh.. dia pakai psikologi pula... 
Hm.. oklah.. 
Demi adik tersayang, Patung Beruang turutkan lah juga. Lagipun, bila ada perkakas baru ini, semangat untuk memasak itu lain macam sikit. 

Jadi, Sabtu tu, pagi-pagi lagi Patung Beruang dah pergi pasar. Sebelum itu, dah Google siap-siap resepi dan cara masak nasi beriani ini. Balik je dari pasar, apalagi, terus lah Patung Beruang bersilat dekat dapur.


Finally, menjelang tengahari siaplah operasi memasak dan mengemas dapur sekali. 

Menu untuk hari itu adalah nasi beriani, ayam masak merah dan sayur kobis campur carrot. 

Jadilah, untuk kami makan berdua sampai ke malam. 

Abang puji nasi beriani tu sedap, berasa kat tekak dia. Alhamdulillah.. terima kasih atas pujian tersebut. 

Menjelang malam, licin semua nasi dan lauk, selamat masuk dalam perut.   
Siap pesan pula untuk masak lagi macam ini pada lain kali.. 
Amboi.. Ada permintaan lagi nampaknya, hehe..

Begitulah kami. Bila sesekali berjumpa, seronok je Patung Beruang melayan kerenah masing-masing. Sedar yang susah untuk kami berkumpul bersama. Jadi, bila ada peluang tu, tak nak lah disia-siakan. 

Macam minggu sebelum itu, Kak Chik balik. Jumaat malam, Abang dan Kak Chik sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam. Patung Beruang pula sampai lebih kurang pukul 9 malam, kerana banyak kenderaan di Highway Plus pada malam itu. 

Dalam kepenatan tu, pukul 10.30 malam, kami bertiga keluar semata-mata untuk menonton Insidious. Jika difikirkan, kalau ikut penat, memanglah rasa macam nak tidur je. Tapi bila fikir kali ke-2, dah lama rasanya kami tak menonton cerita hantu bersama-sama. So, korbankanlah sebentar masa rehat demi masa berkualiti bersama. 

By the way, Insidious kali ini tak seram pun. Patung Beruang pernah menonton yang lebih seram daripada ini. Hm.. agak mengecewakan lah juga... 



Tengahari tadi Patung Beruang lunch dengan Finas di Jom Bali. Masa lunch tu, kami bersembang tentang kerja dan kehidupan. Tup-tup terkeluar cerita yang seorang rakan yang kami kenali ini sebenarnya sedang dalam kesusahan. This girl baru je grad, tak sampai setahun pun lagi. Datang ke sini semata-mata untuk berkerja bagi menyara keluarga. 

Ayahnya ditimpa bencana sehingga menjejaskan ekonomi keluarga mereka. Selain itu, this girl mempunyai seorang adik yang cacat, dan tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Maka, ibu nya terpaksa sentiasa berada dirumah bagi menjaga si adik. 

Apabila difikirkan semula, rasa sebak pula. Patutlah this girl sangat berhati-hati apabila berbelanja termasuklah untuk makan. Baginya, duit yang ada ditangan, adalah hak keluarga. Maka, daripada dibelanjakan untuk diri sendiri, lebih baik diperuntukkan untuk perbelanjaan keluarga. 

Dalam usia yang sangat muda, iaitu baru berumur 22 atau 23 tahun, beliau sudah memikul tanggungjawab yang sangat besar. Usia dan jantina bukan penghalang. Beliau berani merantau tercampak ke negeri orang, jauh dari keluarga, tiada saudara mara semata-mata untuk mencari rezeki yang lebih baik. 

Sedangkan kita, mungkin pada usia 22 atau 23 tahun, masih lagi bersuka ria, duit dihabiskan ke tempat yang tidak sepatutnya, belanja yang bukan-bukan, malah tidak terfikir pun untuk berkongsi rezeki yang ada dengan mak ayah, apatah lagi adik beradik. 

Sehingga kini Patung Beruang masih lagi teringat tentang this girl. Keberanian dia datang kesini tanpa ada apa-apa atau siapa-siapa, semata-mata untuk mencari sesuap nasi dan menyara keluarga. Dia melupakan cita-citanya untuk belajar lebih tinggi, dia melupakan segala aktiviti dan kehidupan yang menyeronokkan sebagai seorang remaja. Gajinya tidaklah besar manapun namun cukuplah untuk menyara mak ayah dan adik-adiknya dikampung. Mungkin itulah namanya keberkatan, atas keberaniannya berkorban.

Itulah cerita kehidupan. Ada manusia diuji dengan kesusahan. Namun tidak kurang juga yang diuji dengan kesenangan. Terpulanglah untuk kita melihat samaada gelas itu separuh kosong atau pun separuh penuh....

Book Review: Miles To Go

Tajuk : Miles To Go

Penulis : Richard Paul Evans

Menariknya Naskah Ini: 

Nampaknya tahun ini sekali lagi Patung Beruang berjaya memiliki koleksi The Walk Series, karya Richard Paul Evans, hasil membeli-belah di Big Bad Wolf 2017. Alhamdulillah... 

Untuk rekod, Patung Beruang telah memiliki buku ke-3 iaitu The Road To Gracehttps://patungberuang.blogspot.my/2016/08/book-review-road-to-grace.html  ),  


buku ke-5 yang juga terakhir didalam The Walk Series iaitu Walking on Water  (https://patungberuang.blogspot.my/2016/10/book-review-walking-on-water.html  ). 


Dan kini buku yang baru sahaja Patung Beruang habiskan pembacaanya adalah buku ke-2 iaitu Miles To Go

Untuk buku ke-2 ini, Alan Christoffersen memulakan cerita dengan memperkenalkan dirinya dan punca mengapa beliau ingin berjalan kaki dari Seattle ke Key West, Florida. 

Namun, perjalanan Alan tidak semudah yang disangka. Pada ketika ini, Alan menulis catatan hariannya ketika beliau masih berada di wad hospital di Spokane, Washington. Alan telah dirompak dan ditikam sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk. 

Di hospital, Alan berkenalan dengan Angel, seorang wanita yang baik hati, yang pernah beliau tolongi sebelum kejadian rompakan tersebut. Angel melawat Alan setiap hari selepas waktu bekerja dan tatkala Alan dibenarkan keluar dari hospital, Angel membawanya pulang ke rumah. 

Di rumah, Alan mula berkenalan dengan Bill, tuan rumah Angle dan Nicole, jiran yang baik dan peramah. Alan dan Angel semakin rapat dan Alan menyedari yang Angel menyimpan rahsia besar didalam hidupnya. Angel seolah-olah seperti mempunyai 2 personaliti dan kehidupan yang berbeza. Adakalanya dia menjadi sweet girl dan dimasa lainnya Angel seperti bergelut dengan depression dan kehidupan disekelilingnya.

Bill adalah seorang tuan rumah yang baik. Sentiasa mengambil berat penyewa-penyewa yang ada. Bill tinggal sebatang kara selepas kematian anak dan isterinya beberapa tahun dulu. Dan bagi mengisi masa lapangnya, Bill gemar menghabiskan masa dengan koleksi model keretaapi yang dimilikinya. Namun, takdir Tuhan mengatasi segalanya. Bill akhirnya pergi meninggalkan dunia selepas beberapa hari mereka menyambut Krismas. Namun, pemergian Bill telah memberi kejutan yang besar kepada Angel tatkala Angel didatangi oleh peguam yang menguruskan wasiat Bill. 


Seperti kebiasaannya, The Walk Series penuh dengan kejutan dan tidak jemu untuk memberi inspirasi kepada pembaca. Untuk Miles To Go ini, pembaca dihidangkan dengan kisah perkenalan Alan dan Angel, bagaimana Alan berusaha untuk mengeluarkan Angel dari deperession dan trauma yang dialaminya, memberi detik-detik manis didalam kehidupan Bill, seorang lelaki tua yang kaya-raya namun keseorangan, memberi harapan kehidupan kepada Kalaimai, seorang gadis yang lari dari keluarga angkat demi mencari masa depan yang lebih baik dan bagaimana ayah Alan iaitu Mr Christoffersen mula memahami betapa pentingnya Alan untuk meneruskan misi berjalan kaki ini. Dan dalam naskah ini juga menjadi titik permulaan bagaimana Angel mengupah Mr Christoffersen, seorang akauntan bertauliah untuk menguruskan kewangannya. 

Perkara yang membuatkan Patung Beruang jatuh cinta dengan Richard Paul Evans adalah momentum The Walk Series ini sangat laju. Sama seperti karya-karya Jeffrey Archer. Apabila mula menatap naskah The Walk Series, Patung Beruang tidak sedar masa yang berlalu. Tahu-tahu sahaja, dah separuh buku. Dan akhirnya kurang dari 24 jam, Patung Beruang berjaya menghabiskan Miles To Go ini. Hooray...

Baiklah.. misi selepas ini adalah Patung Beruang kena cari buku pertama didalam The Walk Series iaitu The Walk. Tak sabar rasanya hati ini untuk melengkapkan set ini. Doakan Patung Beruang ye.. 

Book Review: Hanya Batu Nisan

Tajuk : Hanya Batu Nisan

Penulis: Mad Sakiran Sulaiman

Menariknya Naskah Ini:

Wah.. lamanya Patung Beruang tidak menulis book review disini. Maafkan lah diri ini ye. Senarai buku-buku yang berjaya dihabiskan dari sehari ke sehari semakin meninggi. Namun, agak sukar untuk Patung Beruang mencuri sedikit masa untuk menulis book review disini, dek kerana tuntutan kerja, urusan peribadi dan keluarga. 

Baiklah... Kita tinggalkan sebentar cerita Patung Beruang, dan kita teruskan ke book review yang pertama untuk tahun 2018 ini ye.


Basically, naskah Hanya Batu Nisan ini adalah kumpulan cerpen terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang mengandungi 17 cerpen hasil nukilan Mad Sakiran Sulaiman.

Penulis memulakan naskah dengan cerpen bertajuk Badai Berpanjangan yang mengisahkan Fazri, seorang wartawan yang datang ke sebuah kampung dengan tujuan untuk mengetahui perkembangan kampung tersebut bagi dimuatkan didalam akhbar. Dikampung itu, Fazri terserempak dengan Mery, seorang wanita yang tinggal berseorangan. Melalui perbualan antara Mery dan Fazri, dapatlah diketahui bahawa wanita ini telah beberapa kali melalui kegagalan alam rumah tangga sehingga menyebabkan beliau membawa diri ke kampung yang terasing ini. Perbualan yang berlaku membawa pembaca kepada konflik perkahwinan campur antara seorang lelaki Muslim bersama seorang wanita yang bergelar saudara baru. Namun, perkahwinan yang terjadi tidak memberikan kebahagiaan buat si isteri tatkala suaminya gagal menjalankan tanggungjawab serta turut gagal membimbing si isteri untuk bersama-sama menjadi umat Islam yang terbaik di sisi Allah. 

Gejala sosial yang semakin membimbangkan menyebabkan berlakunya lambakan anak luar nikah. Dan sudah menjadi kebiasaan, anak luar nikah tersebut akan dibin atau dibinti kan kepada Abdullah, walau pun pada hakikatnya si ibu dan si bapa itu sanggup bernikah dan melayari alam rumahtangga bersama. Lantas, nama Abdullah di penghujung itu seringkali menyebabkan si anak merasa tersisih, malu, terhina tatkala menyedari yang ayah kandungnya bukan bernama Abdullah. Beban emosi dan psikologi ini kebiasaannya terpaksa ditanggung oleh anak tersebut selama seumur hidupnya terutama sekali jika dia seorang perempuan. Pandangan sinis dari masyarakat, jiran-jiran, rakan-rakan disekolah, guru-guru serta saudara-mara amat menyesakkan jiwa mereka. Adakah memang termaktub didalam undang-undang atau perintah mahkamah yang mewajibkan agar mereka ini dibin atau dibintikan kepada Abdullah? Persoalan yang ditimbulkan oleh Sidek dan Koda didalam cerpen ke-3, Binti Abdullah.

Kalsum, seorang wanita berumur 30-an diuji dengan kesihatan yang tidak menentu, sehingga merampas kekuatan tubuh dan seri wajahnya. Dek kerana sakit itu juga Kalsum dipandang jijik dan dipulaukan oleh saudara-mara. Perniagaannya musnah menyebabkan ikatan keluarga yang kukuh juga terlerai. Namun, Kalsum tidak pernah menyalahkan takdir. Setiap hari, tanpa jemu dia memohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kehidupan dan ekonomi keluarganya. Bagi Kalsum, hanya Allah sahaja tempat dia mengadu tanpa jemu dan tanpa mengira masa. Pada suatu hari, anak Kalsum ditimpa kemalangan jalanraya. Kecederaannya agak parah. Pulang ke rumah, Kalsum didatangi oleh dua orang pegawai bank yang telah berusaha lama untuk menjejaki beliau. Hairan dan debar menghuni dihati Kalsum tatkala menerima tetamu yang tidak disangka-sangka. Apakah tujuan dua pegawai bank tersebut berusaha untuk berjumpa dengan Kalsum? Cerpen ke-9, Kendur Menegak


Secara umumnya naskah Hanya Batu Nisan ini membawa pembaca kepada kisah kehidupan masyarakat yang ada disekeliling kita. Kisah mereka yang diuji dengan kesakitan dan akhirnya pergi menemui Yang Maha Pencipta, meninggalkan anak kecil yang tidak pernah mengerti erti sebuah kehilangan, meninggalkan ibu ayah yang telah uzur dan tidak pernah menyangka untuk melihat anak tersayang pulang untuk selama-lamanya. Permainan politik kampung yang diketuai oleh pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan diri sentiasa berada di puncak. Serta, ikatan kekeluargaan yang terputus dek kerana kejahilan dan keegoan diri dan 1001 lagi cerita kehidupan yang boleh diteliti didalam naskah ini...

Monday, January 1, 2018

Rindunya Hati Ini..

Assalamualaikum wbt...

Hari ini 1 January 2018. Sekejap sahaja masa berlalu dan tanpa dapat ditahan, tahun baru menjelma semula. 

Ada kalanya, diri ini terfikir, alangkah baiknya jika kita mempunyai kuasa untuk menghentikan masa. Agar kita dapat menikmati detik-detik istimewa dengan lebih lama, agar kita dapat berfikir sejenak dengan lebih mendalam setiap kali ingin membuat keputusan, agar kita dapat mengelak dari melakukan kesilapan dan sebagainya. Namun.. ia hanya terjadi didalam The Time Keeper, karya Mitch Albom. Bukannya di alam nyata. 

2017 membawa pelbagai cerita. Kehilangan insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya, buah tangan terindah buat keluarga tercinta, perubahan kehidupan, perubahan corak pekerjaan, kehadiran makhluk comel penghibur hati dirumah dan pelbagai lagi. 

Kehidupan Patung Beruang pada penghujung 2017 ditemani oleh Abang. Menghabiskan masa bersama, meluah perasaan dan cerita membuatkan kami sedar betapa masa yang dikongsi itu sangat berharga. 

Jumaat malam terasa sangat panjang. Walau masing-masing kepenatan, namun digagahkan juga untuk keluar, mengisi perut dan jiwa yang kurang tenang. Abang menghadapi dilema dan merasakan betapa perlunya meluahkan segala yang terbuku dihati itu, pada seseorang. As usual, Patung Beruang selesa menjadi pendengar yang setia, menyelami situasi yang berlaku sebaik mungkin dan cuba meletakkan diri ini dikedudukan yang sama. 

Dilema yang Abang hadapi hampir sama dengan apa yang pernah Patung Beruang alami dahulu. Cuma, sayangnya Patung Beruang tersilap langkah. Keputusan yang sampai kini, masih terasa penyesalannya. Again.. How I wish I can turn back time... 

Untuk kali ini, Patung Beruang memberikan pros and cons untuk setiap pilihan serta apa yang akan Patung Beruang lakukan jika berada didalam dilema tersebut. Kini, terpulang pada kebijaksanaan Abang untuk membuat keputusan. Hanya Abang dan Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat masa kini dan akan datang. Semoga Abang berjaya membuat keputusan yang tepat.. Aamiin. 

Bila diingat semula, menghabiskan masa bersama adik beradik adalah moments yang sangat indah buat kami. 


Patung Beruang masih teringat beberapa bulan lepas ketika Kak Chik pulang. Didalam kereta, out of nowhere, kami decide untuk menonton wayang pada malam itu. We do marathon, 1 Hollywood movie and 1 Malay movie. The funny thing was Patung Beruang bukanlah peminat industri filem tempatan kecuali cerita genre seram yang betul-betul seram. Bukannya hantu mainan or hantu yang hanya memperbodohkan penonton. Genre lain, hm.. not in my list. 

But, because of Kak Chik really wants to watch that Malay movie, ok lah.. Patung Beruang ikut saja. Plus movie tersebut adalah adaptasi dari novel yang hebat, buah tangan penulis yang hebat. Dan penghujungnya, yes.. I said thank you Kak Chik. That movie was damn good movie. It may not the best movie that I ever watched but it really outstanding from normal Malay movie cliche'. Brilliant and out of the box.  

Generally, we willing to sacrifice our time, our interest just to spend time with love ones. And at the end, all the good memories will remain in our heart. 


Setiap kali pulang ke rumah, selain tak sabar untuk menatap wajah ibu dan ayah, Patung Beruang juga tidak sabar untuk jumpa dengan Putih. Seekor kucing jantan yang sangat manja dan sopan, hehe. Kenapa Patung Beruang cakap dia sopan? Sebab... Pertama, dia tidak pernah masuk ke dalam rumah. Putih hanya akan duduk di porch, balcony atau pun sekadar di area wet kitchen. Tidak pernah sekali pun dia cuba untuk masuk dalam rumah. Dia sangat sedar diri, hehe..  Kedua, Putih tidak pernah buang najis kecil atau besar didalam kawasan rumah kami. Honestly, Patung Beruang pun tak tahu kat mana tandas dia. Sebab hidung ini langsung tak pernah tercium bau yang kurang menyenangkan. Pelik kan? 

Pertama kali kami jumpa Putih adalah pada waktu raya. Waktu itu dia seperti takut dengan manusia. Kami letakkan makanan dan air serta cepat-cepat beredar. Dan bermula pada hari itu lah, Putih mula datang ke rumah kami. 

Mulanya, hanya datang untuk makan dan minum saja. Setiap kali kami ingin sentuh, dia akan lari. Lama-kelamaan, mungkin merasakan yang kami ini tidak berniat jahat, Putih mula bersikap manja, membiarkan diri disentuh dan dibelai. Yang paling Patung Beruang seronok, dia akan datang setiap kali dipanggil. 

Putih menjadi kesayangan semua orang. Sampaikan Iman yang jauh pun selalu minta gambar Putih just untuk melepaskan rindu dan melihat perkembangannya. 

Dari seekor kucing yang kurus kering, kini menjadi seekor kucing yang gumukss... Beruntung sungguh jadi Putih ini. Menjadi buah hati semua orang, hehe.. 

Melihat Putih pasti akan teringatkan Iman. Entahlah, macam ada pertalian pula mereka berdua itu. Kedua-duanya manja dan kedua-duanya ada tempat yang istimewa dalam hati Patung Beruang. 

Ingat lagi, masa Iman nak pulang ke UK hari itu, Iman sempat lah spend a few minutes untuk say goodbye dengan Putih. Just two of them, duduk berdua di balcony, entah apa lah yang dibualkannya. Sadly, itulah kali terakhir kami nampak Putih. Selepas itu, Putih hilang selama 2 minggu. Semua orang tercari-cari dan risau. Entah hidup entahkan mati. Mungkin Putih juga sedih bila Iman pergi...  


Itulah keluarga kecil kami. Hati ini berat sangat menanggung beban rindu pada adik-adik semua. Tapi Patung Beruang sedar, teruk-teruk rindu ini, berat lagi rindu Ibu dan Ayah pada anak-anak. Betapa mereka sangat kuat, mengharungi setiap detik dan hari tanpa kelibat anak-anak dihadapan mata. Semoga Allah sentiasa memberi hati yang sabar dan kuat buat mereka. Aamiin... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...