Monday, January 15, 2018

Beriani Dan Berani

Assalamualaikum wbt..

Rindu betul rasanya hati ini untuk menulis disini. Tangan Patung Beruang ini rasa gatal je nak menaip tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.. huhu..

Hari Sabtu lepas Patung Beruang mencatat sejarah untuk rekod diri sendiri, hehe. Apakah dia???
Untuk pertama kalinya Patung Beruang memasak nasi beriani dirumah, berseorangan, tanpa bantuan sesiapa pun.. Cewah...

Puncanya, hari Jumaat malam itu, Patung Beruang show off dengan Abang pasal stove dan rice cooker baru. Terima kasih Ibu dan Ayah sebab bermurah hati menghadiahkan new set of stove dan rice cooker untuk kediaman baru Patung Beruang. Belum pindah lagi tapi hadiah dah dapat, hehe..

So, malam itu Patung Beruang pun cakap lah dengan Abang,  
"Awak nak makan apa? Just name it. I'll cook tomorrow."

And out of nowhere, Abang request nak nasi beriani. 
OMG!!!!! 
Manalah Patung Beruang pernah masak nasi beriani.. Kalau setakat nasi ayam ke, nasi lemak ke, or pasta ke, boleh lah.. 

Selepas puas negotiation session, finally he said, 
"Ala.. Iman yang dekat UK tu pun boleh masak nasi beriani tau. Takkan lah Akak tak boleh? Tak tercabar ke?"

Ceh.. dia pakai psikologi pula... 
Hm.. oklah.. 
Demi adik tersayang, Patung Beruang turutkan lah juga. Lagipun, bila ada perkakas baru ini, semangat untuk memasak itu lain macam sikit. 

Jadi, Sabtu tu, pagi-pagi lagi Patung Beruang dah pergi pasar. Sebelum itu, dah Google siap-siap resepi dan cara masak nasi beriani ini. Balik je dari pasar, apalagi, terus lah Patung Beruang bersilat dekat dapur.


Finally, menjelang tengahari siaplah operasi memasak dan mengemas dapur sekali. 

Menu untuk hari itu adalah nasi beriani, ayam masak merah dan sayur kobis campur carrot. 

Jadilah, untuk kami makan berdua sampai ke malam. 

Abang puji nasi beriani tu sedap, berasa kat tekak dia. Alhamdulillah.. terima kasih atas pujian tersebut. 

Menjelang malam, licin semua nasi dan lauk, selamat masuk dalam perut.   
Siap pesan pula untuk masak lagi macam ini pada lain kali.. 
Amboi.. Ada permintaan lagi nampaknya, hehe..

Begitulah kami. Bila sesekali berjumpa, seronok je Patung Beruang melayan kerenah masing-masing. Sedar yang susah untuk kami berkumpul bersama. Jadi, bila ada peluang tu, tak nak lah disia-siakan. 

Macam minggu sebelum itu, Kak Chik balik. Jumaat malam, Abang dan Kak Chik sampai rumah lebih kurang pukul 8 malam. Patung Beruang pula sampai lebih kurang pukul 9 malam, kerana banyak kenderaan di Highway Plus pada malam itu. 

Dalam kepenatan tu, pukul 10.30 malam, kami bertiga keluar semata-mata untuk menonton Insidious. Jika difikirkan, kalau ikut penat, memanglah rasa macam nak tidur je. Tapi bila fikir kali ke-2, dah lama rasanya kami tak menonton cerita hantu bersama-sama. So, korbankanlah sebentar masa rehat demi masa berkualiti bersama. 

By the way, Insidious kali ini tak seram pun. Patung Beruang pernah menonton yang lebih seram daripada ini. Hm.. agak mengecewakan lah juga... 



Tengahari tadi Patung Beruang lunch dengan Finas di Jom Bali. Masa lunch tu, kami bersembang tentang kerja dan kehidupan. Tup-tup terkeluar cerita yang seorang rakan yang kami kenali ini sebenarnya sedang dalam kesusahan. This girl baru je grad, tak sampai setahun pun lagi. Datang ke sini semata-mata untuk berkerja bagi menyara keluarga. 

Ayahnya ditimpa bencana sehingga menjejaskan ekonomi keluarga mereka. Selain itu, this girl mempunyai seorang adik yang cacat, dan tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Maka, ibu nya terpaksa sentiasa berada dirumah bagi menjaga si adik. 

Apabila difikirkan semula, rasa sebak pula. Patutlah this girl sangat berhati-hati apabila berbelanja termasuklah untuk makan. Baginya, duit yang ada ditangan, adalah hak keluarga. Maka, daripada dibelanjakan untuk diri sendiri, lebih baik diperuntukkan untuk perbelanjaan keluarga. 

Dalam usia yang sangat muda, iaitu baru berumur 22 atau 23 tahun, beliau sudah memikul tanggungjawab yang sangat besar. Usia dan jantina bukan penghalang. Beliau berani merantau tercampak ke negeri orang, jauh dari keluarga, tiada saudara mara semata-mata untuk mencari rezeki yang lebih baik. 

Sedangkan kita, mungkin pada usia 22 atau 23 tahun, masih lagi bersuka ria, duit dihabiskan ke tempat yang tidak sepatutnya, belanja yang bukan-bukan, malah tidak terfikir pun untuk berkongsi rezeki yang ada dengan mak ayah, apatah lagi adik beradik. 

Sehingga kini Patung Beruang masih lagi teringat tentang this girl. Keberanian dia datang kesini tanpa ada apa-apa atau siapa-siapa, semata-mata untuk mencari sesuap nasi dan menyara keluarga. Dia melupakan cita-citanya untuk belajar lebih tinggi, dia melupakan segala aktiviti dan kehidupan yang menyeronokkan sebagai seorang remaja. Gajinya tidaklah besar manapun namun cukuplah untuk menyara mak ayah dan adik-adiknya dikampung. Mungkin itulah namanya keberkatan, atas keberaniannya berkorban.

Itulah cerita kehidupan. Ada manusia diuji dengan kesusahan. Namun tidak kurang juga yang diuji dengan kesenangan. Terpulanglah untuk kita melihat samaada gelas itu separuh kosong atau pun separuh penuh....

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...