Monday, June 29, 2020

Hi Bye, Mama! ... Mata Yang Bengkak Di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya Patung Beruang ada buku yang pending Book Review. Tapi.... rasa malas pula nak memerah otak malam-malam ini, walaupun tangan ni gatal je nak menaip di sini. Kita cerita santai-santai je lah ye..


Semalam pagi, Patung Beruang berjaya habiskan drama Korea di Netflix yang bertajuk Hi Bye, Mama!. Patung Beruang ambil masa hampir sebulan juga lah untuk habiskan 16 episod ini. 

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Cha Yu Ri yang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Kemalangan berlaku ketika hari-hari terakhir Yu Ri sebelum melahirkan anak sulungnya. 

Di hospital, doctor bertungkus lumus menyelamatkan pasangan ibu dan anak ini. Malangnya, hanya anak saja yang selamat. Maka, lahirlah seorang bayi perempuan bernama Cho Seo Woo. 

Ketika di hospital, para petugas kesihatan berusaha untuk memaklumkan kepada suami Yu Ri, Dr Cho Gang Hwa tentang keadaan isterinya yang parah. Sayangnya, Gang Hwa sedang sibuk menjalankan satu pembedahan terhadap seorang pesakit yang kritikal. Gang Hwa hanya mengetahui keadaan Yu Ri setelah pembedahan tersebut selesai. Malangnya ketika itu Yu Ri sudah meninggal dunia. 

Kematian Yu Ri benar-benar meninggalkan kesan kepada Gang Hwa. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas kematian tersebut. Dari seorang pakar bedah yang terbaik di hospital, Gang Hwa berubah menjadi seorang doctor yang sangat trauma dengan bilik pembedahan. Setiap kali Gang Hwa ingin menjalankan pembedahan ke atas pesakit, Gang Hwa akan diserang anxiety sehingga memaksanya meninggalkan dewan pembedahan dengan serta-merta. 

Kini, setelah 5 tahun kematian Yu Ri, keadaan mula berubah sedikit demi sedikit. Gang Hwa telah berkahwin dengan Oh Min Jung, seorang jururawat yang bertugas sama hospital dengannya. Selepas perkahwinan mereka, Min Jung berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga Gang Hwa, terutama anak Gang Hwa dan Yu Ri, iaitu Seo Woo. 

Di usia 5 tahun, zahirnya Seo Woo seperti kanak-kanak comel yang lain. Hakikatnya, Seo Woo dikategorikan sebagai underdeveloped child. Seo Woo kurang bercakap, kurang berinteraksi dan lebih senang bermain sendiri berbanding dengan rakan sekelasnya. Keadaan Seo Woo menjadikan kanak-kanak comel ini bahan gosip ibu bapa lain di tadika tersebut. 

Rupa-rupanya, selepas kematian Yu Ri, rohnya masih lagi berada di dunia ini. Ini kerana roh Yu Ri keberatan untuk meninggalkan Seo Woo. Maka, sejak hari pertama kematiannya, Yu Ri berada di samping Seo Woo, suaminya, ahli keluarga terdekat Yu Ri serta sahabat karib mereka iaitu Hyun Jung dan suaminya, Dr Geun Sang. 

Dan disebabkan Yu Ri sentiasa berada di samping Seo Woo, anak kecil ini juga boleh melihat roh-roh lain yang berada disekelingnya, yang tidak dapat dilihat oleh orang dewasa. Kasihannya Seo Woo, oleh kerana dia masih kecil, dia tidak mampu membezakan yang mana satu roh dan yang mana satu manusia. 

Pada suatu hari, Seo Woo leka bermain dengan roh seorang kanak-kanak yang merupakan bekas pelajar tadika tersebut. Kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia tetapi rohnya masih terperangkap di tadika tersebut. Ketika bermain bersama, Seo Woo telah tertidur di dalam peti sejuk. Kehilangan Seo Woo mencetuskan panik semua pekerja tadika. Dalam masa yang sama, Yu Ri melihat situasi tersebut namun rohnya tidak mampu untuk membuat apa-apa, apatah lagi untuk menyelamatkan Seo Woo. Mujur seorang kakitangan tadika tersedar yang pintu peti sejuk tersebut agak renggang dan ternampak Seo Woo sedang tertidur di dalamnya. Mereka bergegas membawa Seo Woo ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Yu Ri sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan mula menyedari yang dialah punca bagaimana Seo Woo mampu melihat roh-roh lain. Disebabkan terlalu sedih, Yu Ri terlepas cakap seolah-olah seperti mempertikaikan kematian dirinya. Bagi Yu Ri, jika dia masih hidup, pasti Seo Woo tidak akan berkeadaan seperti sekarang. 

Keesokkan harinya, tiba-tiba Yu Ri hidup semula dan mempunyai jasad seperti seorang manusia. Rupa-rupanya Yu Ri diberi peluang untuk hidup selama 49 hari. Dalam tempoh 49 hari ini, jika Yu Ri berjaya mendapatkan semula tempatnya sebagai isteri Gang Hwa dan ibu Seo Woo, maka Yu Ri boleh kekal hidup. Jika tidak, Yu Ri akan mati sekali lagi dan rohnya perlu meninggalkan dunia ini.

Dalam tempoh 49 hari ini, pelbagai peristiwa berlaku. Kehidupan semula Yu Ri menggembirakan Gang Hwa, ahli keluarganya serta rakan karib mereka. Namun persoalan lain juga mula timbul terutama berkenaan perkahwinan Gang Hwa dan Min Jung. 



Baiklah.... Drama ini memang mengarut pun sebab mana lah ada orang dah mati, boleh hidup semula kan?? huhu.. 

Tema drama ini adalah tema keluarga dimana dia menunjukkan bila seseorang itu mati, kematiannya memberi kesan kepada orang disekeliling, terutama ahli keluarga dan sahabat terdekat. Sakitnya rindukan orang yang telah mati ini, tidak mampu digambarkan. 

Ada satu babak tu, di sebuah kuil. Selepas mak Yu Ri melawat kuil, dia duduk disebuah bangku bersama dengan beberapa orang wanita yang juga kematian ahli keluarga. Kebetulan, salah seorang wanita tersebut adalah mak kepada pelajar tadika yang rohnya selalu bermain dengan Seo Woo. Antara dialog yang paling terkesan sekali untuk adegan itu adalah, 

"A woman who lost her husband is called a widow. A man who lost his wife is called a widower. And a kid who lost his parent is called an orphan. But there's no word for a parent who lost their kid. Why? Because there is no word can describe parent's pain due to that." 


Drama ini sebenarnya drama sedih. Setiap episod, Patung Beruang akan menangis. Itu sebabnya Patung Beruang ambil masa lama sangat untuk habiskan semua 16 episod. 

Sedih melihat bagaimana sukarnya Gang Hwa untuk bangkit semula selepas kematian Yu Ri. Hidupnya sangat kosong. Struggle seorang diri untuk menjaga dan membesarkan Seo Woo, sebelum dia berkahwin dengan Min Jung. Dirinya seperti zombie, tiada perasaan, tiada jiwa. Ada kalanya, dia berhenti di tepi jalan ketika pulang dari hospital, semata-mata untuk menangis, melepaskan segala kesedihan, kekesalan, kerinduan dan rasa bersalah yang ditanggungnya sehari-hari. 

Sedih melihat bagaimana mak Yu Ri berpura-pura kuat dan tabah. Tidak sekali-kali menangis di depan suami dan anak bongsunya (adik Yu Ri). Namun, apabila keseorangan, dia melepaskan segala perasaannya. Setiap hari, dia datang ke kuil dan berdoa agar dia diberi peluang untuk berjumpa dan menatapnya anak perempuannya untuk sekali lagi, walaupun dia sedar itu adalah perkara yang mustahil. 

Sedih ketika pertama kali Yu Ri berpeluang memeluk Seo Woo. Anak yang dikandungnya selama 9 bulan, tetapi dia tidak mampu menyentuhnya. Air muka dan emosi Yu Ri ketika pertama kali memeluk Seo Woo jelas memperlihatkan kerinduan seorang ibu terhadap anak kandungnya. 

Paling sedih bila semua orang menyedari yang selama ini Yu Ri berada disamping mereka. Tatkala mereka menangis, bergelut dengan emosi, Yu Ri ada disebelah mereka dan tidak putus-putus meminta maaf diatas kematiannya. Yu Ri meraskan kematiannya telah menyusahkan dan membebankan orang-orang yang disayanginya. 

Makin penghujung, makin sedih cerita ini. Stress pula Patung Beruang, adoi hai... Level sedihnya drama ini dah sama dengan drama Jepun yang bertajuk 1 Litre of Tears

Bila dah menangis-nangis ni, yang jadi mangsa mestilah Bibi. Sebab itu lah pagi semalam, habis saja episod 16, Patung Beruang terus ambil Bibi, sembur Febreeze dan jemur dia. Mana taknya, tangan, kaki, perut dan kepala Bibi dah basah dengan air mata Patung Beruang. Nasib baiklah cuaca cerah semalam. By tengahari, Bibi dah kering dan wangi semula. Alhamdulillah, hehehe... 

Kalaulah Bibi tu boleh bercakap, mesti dia dah marah Patung Beruang. Tengok cerita Korea pun boleh nangis sambil basah lencun. Hati tisu betul, huhuhu... 

Oh ye, ending Hi Bye, Mama! ini sedih tapi itulah ending yang terbaik untuk semua orang. Dan Episod 16 ini juga lah paling banyak makan air mata, huhu..

Apapun, nasib baiklah Iman takde kat rumah hujung minggu yang baru ini. Jadi, takde lah Patung Beruang malu bila seharian mata ni bengkak sebab menangis. Kalau tak, memang kena bahanlah.. hehehe.. 

Itulah serba sedikit kisah Patung Beruang menonton Hi Bye, Mama!... 

Lepas ni, Patung Beruang tak nak lagi tengok Netflix. Penat tau nangis ni. 

Lepas ni Patung Beruang nak baca buku je.. 
Tapi, tu lah.. Baca buku pun sedih juga. Contohnya novel Mitch Albom, The 5 People You Meet in Heaven yang Patung Beruang habiskan 2 minggu lepas. Tu belum campur buku-buku Hamka lagi. Level sedih yang tak boleh nak bawa berbincang. 
Adoiiiii.....

Tuesday, June 23, 2020

Kisah MCO #5 : Belated Raya Celebration

Assalamualaikum wbt... 

Alhamdulillah.. berakhir sudah bulan Syawal tahun 2020. Adakah kita berpeluang untuk berjumpa lagi di tahun hadapan? Hanya Allah SWT saja yang tahu jawapannya. 

2 minggu yang lepas ini sangat membahagiakan Patung Beruang.. 

12 June 2020, finally, kami berpeluang untuk merentas negeri dan pulang ke rumah untuk menziarahi keluarga. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Patung Beruang dan Iman bertolak selepas Maghrib. Abang pula, habis saja waktu kerja, teruslah dia gerak pulang ke Melaka. Traffic pada malam tersebut agak sesak. Ditambah lagi dengan hujan yang turun hampir di sepanjang perjalanan. Tetapi, apa pun halangannya, kami sanggup tempuh asalkan dapat sampai ke rumah dengan selamat. 

Akhirnya, kami selamat sampai di rumah ibu ayah pada pukul 10.30 malam.. Hooray.... Macam tidak percaya saja, hehe..

Setelah berminggu-minggu tidak dapat pulang, kepulangan kali ini benar-benar menjentik emosi ini. Yelah, bukannya kami ini tinggal di berlainan negara pun. Hanya dipisahkan oleh 2 buah negeri saja. Tetapi disebabkan Covid-19, jarak yang hanya 1 jam lebih perjalanan, menjadi sesuatu yang sangat sukar. 



Keesokan harinya, 13 June 2020, kami sudah berpakat untuk menyambut Raya Aidilfitri sekali lagi. Semuanya berpakaian baju raya termasuklah Hannah. 

Yang lelaki lengkap dengan bersampin. Yang wanita pula lengkap dengan tudung dan berdandan seadanya. 

Seperti biasa kami memulakan pagi Raya dengan acara memohon maaf, diikuti dengan sesi memberi duit raya . 

Paling seronok mestilah Hannah. Oleh sebab dia satu-satunya bayi dalam keluarga kami, maka, semua orang hadiahkan duit raya padanya, hehe... 

Dan acara terakhir adalah sesi photo shoot...cewahhh... 
Siapa model utama dalam photo shoot tersebut?
Of course lah Hannah...  :)

Selain itu, kami juga menghidangkan juadah raya pada hari tersebut. Ada ketupat, sambal sotong dan rendang ayam. Cukup sekadar untuk kami makan sekeluarga. 

Akhirnya tercapai lah hajat kami untuk menyambut Raya seisi keluarga. Alhamdulillah.. Walaupun terlewat beberapa minggu, tidak mengapalah. Yang penting dapat berkumpul semula satu keluarga. 


Hari Ahad tengahari, kami semua beransur pulang ke negeri / rumah masing-masing. Adoi... sekejap saja dapat bersua. Sangat tidak puas. Apakan daya, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing, huhuhu...



Hujung minggu yang baru ini, 20 June 2020, kami berpeluang untuk berkumpul semula. Semuanya ada kecuali Kak Chik sekeluarga. Tetapi bukan di rumah Melaka, sebaliknya, di rumah Patung Beruang disini... 

Mereka adalah tetamu pertama yang berpeluang menjejakkan kaki ke rumah baru Patung Beruang ini. Alhamdulillah... Tercapai lah hasrat mereka untuk melihat sendiri keadaan rumah baru ini. 

Seperti Patung Beruang, mereka juga jatuh cinta dengan kediaman ini tatkala menatapnya untuk kali pertama. Pemandangan yang sangat cantik, sejauh mata memandang, suasana yang sangat senyap dan mendamaikan, susun atur yang simple tetapi moden, sangat privacy, full of security, dan yang paling seronok, hawanya nyaman dan sejuk walaupun tanpa air-cond. 

Patung Beruang masih ingat lagi ketika pertama kali berjumpa dengan rumah ini selepas diperkenalkan oleh agen hartanah. Memang love at the first sight😍😍. Sebab itulah Patung Beruang berusaha keras untuk pastikan ia menjadi milik diri ini. Sentiasa berdoa pada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah... Akhirnya, Allah makbulkan keinginan Patung Beruang. 

Sayangnya, MCO pula menjelma. Oleh itu, Patung Beruang tidak dapat pindah dengan sempurna, huhu.. Bila ada kelonggaran sedikit, barulah Patung Beruang lega. Urusan perpindahan selesai. Selepas itu, membeli serba sedikit perabot dan kelengkapan baru. And now, Patung Beruang boleh katakan it almost complete. Although is not 100%, but almost done.. Alhamdulillah.. 


Malam tu, kami dinner bersama di rumah ini. Simple dish but full of happiness. 

My two brothers yang siapkan hidangan dinner selepas mereka selesai solat Maghrib. Seronok juga lihat mereka di dapur. 

Luckily, berkat didikan ibu ayah dan pengalaman hidup berdikari menyebabkan mereka tidak pernah kekok untuk masuk ke dapur. Siapa kata dapur adalah kawasan jajahan wanita semata-mata? Ramai  saja lelaki yang lebih handal memasak berbanding wanita. 

Lepas makan, we watched movie together. Bukan cerita apa pun. It was filem Hantu Jerangkung yang hitam putih itu, hehe.. Filem Melayu lama yang diterbitkan pada tahun 1957, kalau tak silap. Pelakonnya yang Patung Beruang kenal adalah Aziz Jaafar, Aziz Sattar dan S. Shamsudin. 

Macam mana kami boleh pilih filem tu?
Hm... Asalnya nak tengok cerita P. Ramlee. Tapi rasa bosan pula sebab kata mereka asyik2 cerita P.Ramlee. So Patung Beruang pun carilah kat You Tube, filem Melayu apa lagi yang ada. Itu yang terjumpa filem Hantu Jerangkung ini. 

Macam tak percaya pula yang kami menonton filem tersebut sampai habis. Rasanya, dah lama kami tak menonton TV bersama-sama satu keluarga macam ini..  Really sweet moment for me... 


And finally, esoknya hari Ahad, 21 June 2020, semua orang beransur pulang, huhu..

My parents pulang ke Melaka dan abang pula pulang ke Johor. Again, rasa tak puas berjumpa mereka. 

Ketika mereka pulang, Patung Beruang bekalkan nasi lemak dan sambal udang, air tangan sendiri. Selepas Subuh, Patung Beruang dah mula bersilat di dapur tau... Patung Beruang minta maaf jika ada terkurang atau terlebih rasa. Maklumlah dah lama tak masak untuk portion yang besar. Selalunya Patung Beruang masak untuk makan seorang dua saja, hehe..


Now, although things back to normal, continuously busy mencari rezeki, kami tetap menghitung hari untuk berkumpul semula satu keluarga. Semoga Allah permudahkan keinginan kami, Aamiin.... 

Monday, June 22, 2020

Book Review : The Five People You Meet in Heaven

Tajuk : The Five People You Meet in Heaven

Penulis : Mitch Albom

Menariknya Naskah Ini : 

Lamanya Patung Beruang tidak menatap karya Mitch Albom. Terakhir dulu adalah The First Phone Call From Heaven. Selepas itu, Patung Beruang terlalu focus pada Jeffrey Archer sehingga terlupa untuk memiliki naskah Mitch yang lain. 

Naskah The Five People You Meet in Heaven ini Patung Beruang selesaikan pembacaannya malam semalam. Naskah ini membawa kita kepada watak utama iaitu, Eddie, seorang maintenance guy di sebuah taman tema di tepi pantai. 

Yang menyedihkan di permulaan naskah ini adalah ketika pembaca menyedari yang Eddie meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-83, ketika beliau ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dari kemalangan di Ruby Pier... 

Baiklah, cerita masih belum tamat lagi...
Kematian Eddie adalah permulaan kepada cerita ini. 

Eddie dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Eddie mempunyai seorang abang bernama Joe. Rumah mereka berdekatan dengan sebuah taman tema yang dikenali sebagai Ruby Pier. 

Selama berpuluh-puluh tahun, ayah mereka berkerja di Ruby Pier sebagai maintenance guy. Eddie juga membesar disana. Waktu terluang dihabiskan dengan belajar serba-sedikit kerja - kerja membaikpulih dan menyelenggara peralatan dan permainan di Ruby Pier. 

Eddie jatuh cinta dengan Marguerite ketika mereka membesar bersama-sama. Pasangan remaja ini akhirnya berkahwin, sayangya tidak dikurniakan anak.

Di pertengahan usia remaja, Eddie dipanggil untuk menyertai tentera. Perkhidmatan dalam tentera membawa Eddie sehingga ke Philippines. Namun, tuah tidak menyebelahinya apabila Eddie tercedera sehingga kakinya menjadi cacat kekal. 

Selepas pulang dari perkhidmatan tentera, Eddie dilanda kemurungan kerana merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi. Kakinya yang cacat telah merampas keyakinan hidupnya. 

Suatu hari, selepas bertengkar dengan ayahnya, Eddie nekad untuk keluar rumah. Akhirnya Eddie bangkit untuk meneruskan hidupnya. Selepas kematian ayahnya, Eddie menggalas tugas sebagai maintenance guy di Ruby Pier, tugasan yang dilakukannya sejak remaja lagi. 



Selepas kematian Eddie, keesokkan harinya dia tersedar semula di suatu tempat yang asing. Ianya seolah-olah seperti di syurga. Disana, Eddie berjumpa dengan seorang lelaki bernama the Blue Man. Blue Man adalah seorang lelaki yang kulitnya berwarna biru disebabkan terlalu banyak bahan kimia yang telah ditelannya selama bertahun-tahun. Perjumpaan Eddie dan the Blue Man adalah bagi menyedarkan Eddie yang kematiannya tidak sia-sia. Setiap kematian itu adalah kehidupan bagi manusia yang lain. Dan tiada juga kehidupan yang sia-sia, selagi seseorang itu masih bernafas. 

Selepas the Blue Man, Eddie bertemu pula dengan Captain. 

Captain adalah lelaki yang mengetuai unit Eddie ketika beliau di dalam perkhidmatan tentera. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperolehi Eddie ketika berkhidmat di bawah Captain. 

Motto yang menjadi pegangan Captain adalah "No man left behind." Oleh itu, bagaimana getir pun situasi ketika itu, Captain akan memastikan ahli pasukannya cukup dan bergerak bersama-sama. 

Tetapi, pertemuan Eddie dan Captain pada kali ini adalah sangat berbeza. Kedua-duanya sudah meninggal dunia. Namun, ada satu rahsia masih disimpan kemas oleh Captain yang melibatkan Eddie. Rahsia siapa sebenarnya yang menembak kaki Eddie sehingga kaki beliau cacat untuk selamanya.... 



Selepas Captain, Eddie bertemu pula dengan 3 orang insan yang berbeza. Dan setiap dari mereka mempunyai rahsia dan cerita yang tersendiri, namun kisahnya masih lagi bersangkut-paut dengan Eddie.. Kisah yang akhirnya benar-benar menyedarkan Eddie betapa dia perlu melepaskan semua kekesalan dan persoalan kehidupan yang dipikulnya selama ini, agar dia boleh melepaskan dunia ini dengan tenang untuk selamanya. 


Selain itu, antara quote menarik yang Patung Beruang kutip dari naskah ini adalah:
  • No life is a waste. The only time we waste is the time we spend thinking we are alone.   (the Blue Man)
  • Holding anger is a poison. It eats you from inside. We think that hating is a weapon that attacks the person who harmed us. But hatred is a curved blade. And the harm we do, we do to ourselves.  (Ruby)
  • Lost love is still love. It takes a different form, that's all.   (Marguerite)

Naskah ini sangat menarik, susunan ayatnya cantik dan jalan ceritanya juga cantik. Seperti biasa, Mitch sangat pandai menyentuh emosi pembaca. 

Spoiler alert, ending naskah ini sangat sedih dan di luar jangkaan Patung Beruang...huhuhu..

Selamat tinggal Mitch. Semoga berjumpa di naskah yang lain.... 

Wednesday, June 17, 2020

Book Review : Hujan Hujung Januari

Tajuk : Hujan Hujung Januari

Penulis : Rebecca Ilham

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah ini Patung Beruang selesaikan pembacaannya semalam. Yelah, kalau lambat habis baca, lambatlah Patung Beruang boleh baca buku baharu pula, huhu..

Hujan Hujung Januari menghimpunkan 16 buah cerpen yang mengangkat tema kekuatan dan perjuangan wanita baik dari segi kehidupan peribadi, kerjaya, keluarga malah termasuk juga perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara. 

Ada beberapa cerpen yang menarik perhatian Patung Beruang. Antaranya adalah Seribu Burung Jenjang. Dalam cerpen ini, pembaca dibawa mengenali Sophia, gadis kacukan Melayu Jepun yang dibesarkan di Kuala Lumpur. Kini Sophia berada di Jepun untuk melanjutkan pelajaran serta dalam masa yang sama merapatkan semula ikatan kekeluargaan dengan keluarga mamanya, yang berasal dari Jepun. Di sini, Mak Cik Masako melantik dirinya sendiri sebagai pengganti mama Sophia di Jepun. Keghairahan wanita ini terserlah apabila dia berusaha menerapkan budaya warisan turun-temurun bangsa Jepun termasuklah kepercayaan terhadap dewa-dewa dan kebergantungan kepada burung jenjang. Sebagai seorang gadis yang dibesarkan dalam persekitaran Islam, tindakan Mak Cik Masako terang-terang menyalahi pegangan agama Sophia. Namun, adakah Sophia cukup kuat untuk menolak permintaan Mak Cik Masako untuk mengizinkan wanita itu memuja seribu burung jenjang demi Sophia? 


Kerana Aku Seorang Perempuan membawa pembaca kepada konflik kerjaya yang dihadapi oleh Dr. Tunku Soraiya, pakar bedah terkemuka di hospital juga merangkap calon ketua residen di hospital. Cita-cita Dr Soraiya sangat tinggi. Dia ingin mempelajari selok-belok pentadbiran sesebuah institusi kesihatan agar mudah untuk dirinya mendaki ke jawatan yang lebih tinggi. 

Namun, langkahnya kini berdepan cabaran apabila tanpa disangka-sangka, suaminya sendiri, Dr. Lucentio tiba-tiba sahaja juga menghantar pencalonan, untuk turut sama merebut jawatan ketua residen tersebut. Tambah menyakitkan hatinya apabila berita pencalonan Dr Lucentio itu diperolehi dari Marcella, rakan sejawat yang terkenal dengan kaki gosip. 

Dr Soraiya berteka-teki dimanakah silapnya sehingga dirinya dicabar oleh suami sendiri? Sedangkan selama ini, sebagai isteri, dirinya sudah meminta keizinan suami untuk memberi tumpuan kepada kerjaya dan mendaki setinggi mampu. Apa tujuan sebenar Dr Lucentio bertindak sedemikian? Adakah jantinanya menjadi penghalang untuk Dr Soraiya mengemudi hospital tersebut? 




Walaupun naskah ini adalah kumpulan cerpen, jujurnya Patung Beruang bergelut untuk menghabiskan pembacaannya. Kisah yang dipaparkan menarik. Mengambil pelbagai latar belakang sama ada di Malaysia atau di luar negara. Memaparkan konflik yang dihadapi oleh kaum wanita, dan mungkin juga kita sebagai pembaca mengalami situasi yang sama.

Tetapi, perkara yang memperlahankan momentum pembacaan Patung Beruang adalah kerana susunatur ayat dan perkataan yang digunakan oleh penulis boleh dianggap sebagai Bahasa Melayu aras tinggi. Banyak perkataan yang baru pertama kali Patung Beruang jumpa dan bergelut untuk memahami maksud sebenarnya. Yang pasti, penulisan begini menampakkan sisi intelektual penulis ini. 

Selain itu, ia juga petanda untuk Patung Beruang memperbaiki kualiti Bahasa Melayu diri ini. Perlu lebih banyak membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti, agar mudah sesuaikan diri dengan laras bahasa yang betul. Hm...Baiklah... 

Saturday, June 6, 2020

Kisah MCO #4 : Cerita Syawal 2020

Assalamualaikum wbt... 

Hari ini 14 Syawal 1441. 
Allah...
Sudah 2 minggu rupanya umat Islam meraikan Hari Lebaran. Cepat sungguh masa berlalu. 

Semalam, ketika dalam lif untuk pulang dari kerja, Patung Beruang berbual dengan office mates. Antara perbualan kami adalah betapa kami terlupa yang sekarang ini masih lagi dalam bulan Syawal. Dek kerana kesibukan tugas, ditambah dengan perubahan corak kehidupan disebabkan oleh MCO, masing-masing terlupa mengenai kemeriahan bulan Syawal. 

Jujurnya, sebelum Syawal pun Patung Beruang sudah tunggang-langgang. Dengan Audit Committee meeting, Board meeting, finalisation of AR, ad hoc assignments yang mencurah-curah, pelbagai bom yang timbul satu demi satu, ditambah pula dengan kalut  menguruskan 2 buah rumah lagi, segala-galanya haru-biru. Dan haru-biru ini bersambung sehinggalah sekarang, di bulan Syawal. 

Ada waktunya, Patung Beruang menangis ketika sedang memandu atau sedang solat. Terasa lelah sangat sehingga tidak mampu untuk bercerita dengan sesiapa pun. 

Benarlah kata Ibu, disaat kita tidak mampu untuk meluahkan pada sesiapa, kita luahkan saja pada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Mohon agar dipinjamkan kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini. 


Pertama kali beraya tanpa parents and siblings, rasanya sangat sakit. Allah saja yang tahu. 

Sebelum ini, ada beberapa kali kami tidak beraya di rumah. Cuti raya adalah waktu yang kami boleh berkumpul satu keluarga. Maka, kami lebih selesa untuk pergi bercuti bersama ketika hari raya, instead of menyambut hari raya di rumah seperti orang lain. 

Tetapi, kali ini suasananya lain. Masing-masing dirumah sendiri. Bersendirian menguruskan diri dan keluarga. Terpisah di 3 buah negeri yang berbeza. 

Hari Raya tahun ini kami sibukkan diri dengan mencari rezeki. Itu saja cara terbaik untuk melupakan kesedihan. Memanglah duit tidak boleh memberi kebahagiaan dan kegembiraan secara total, tetapi sekurang-kurangnya kami terlupa yang ia adalah Hari Raya.... 



Malam tadi Patung Beruang telefon rumah untuk bertanya khabar. Mendengar suara insan yang sangat Patung Beruang rindukan. Ikut hati, mahu saja terbang pulang ke sana. Apakan daya, Patung Beruang tidak mempunyai sayap...

Masing-masing sedang berdepan dengan ujian Allah. Masing-masing saling mendoakan satu sama lain, saling memberi semangat antara satu sama lain. Dalam keadaan sekarang, Patung Beruang hanya mampu sub kan tanggungjawab untuk melindungi mereka sehabis baik, pada Allah SWT. 

Bersangka baik saja pada Allah yang setiap apa yang berlaku sekarang ini ada hikmahnya. Sudah banyak nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini. Jadi adillah bila kali ini Dia datangkan pula ujian. Bukankah Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya itu melebihi kemampuannya? 

Seperti kata Ibu dulu, Syurga Allah itu sangat mahal harganya. 
Benar... 
Kita tidak tahu apa amalan atau perbuatan kita yang mendapat keredhaan Allah, sehingga Allah izinkan kita untuk mendiami Syurga-Nya kelak. Jadi, teruskan buat amal kebaikan. Ikhlaskan hati. Kuatkan semangat. 
Insya-Allah, Allah nampak semua usaha kita...



Tidak sabar rasanya untuk dapat peluang pulang ke rumah seperti biasa. Home sweet home. Kediaman yang sangat mendamaikan dan menenangkan. Berjumpa dengan parents dan siblings. Duduk bersembang sambil makan-makan sehingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas. 

Kami dah plan, once kami dapat berkumpul semula, we will have our reunion lunch or dinner. Selain tu, kami juga nak buat BBQ waktu malam di balcony tingkat atas. Duduk makan, lepak sambil menikmati keindahan malam. Melihat bulan dan bintang-bintang. 

And the most important, Patung Beruang nak bawa my special girlfriend dating di luar. Pergi Popular untuk belek-belek buku dan selepas itu, kami duduk lepak di Secret Recipe atau Old Town macam dulu-dulu. Spend time together, just two of us. Have a girls talk. 

Allah.. Bilalah ia nya boleh menjadi kenyataan??

Sabar lah wahai Patung Beruang........ 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...