Assalamualaikum wbt...
Hari ini 14 Syawal 1441.
Allah...
Sudah 2 minggu rupanya umat Islam meraikan Hari Lebaran. Cepat sungguh masa berlalu.
Semalam, ketika dalam lif untuk pulang dari kerja, Patung Beruang berbual dengan office mates. Antara perbualan kami adalah betapa kami terlupa yang sekarang ini masih lagi dalam bulan Syawal. Dek kerana kesibukan tugas, ditambah dengan perubahan corak kehidupan disebabkan oleh MCO, masing-masing terlupa mengenai kemeriahan bulan Syawal.
Jujurnya, sebelum Syawal pun Patung Beruang sudah tunggang-langgang. Dengan Audit Committee meeting, Board meeting, finalisation of AR, ad hoc assignments yang mencurah-curah, pelbagai bom yang timbul satu demi satu, ditambah pula dengan kalut menguruskan 2 buah rumah lagi, segala-galanya haru-biru. Dan haru-biru ini bersambung sehinggalah sekarang, di bulan Syawal.
Ada waktunya, Patung Beruang menangis ketika sedang memandu atau sedang solat. Terasa lelah sangat sehingga tidak mampu untuk bercerita dengan sesiapa pun.
Benarlah kata Ibu, disaat kita tidak mampu untuk meluahkan pada sesiapa, kita luahkan saja pada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Mohon agar dipinjamkan kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.
Sebelum ini, ada beberapa kali kami tidak beraya di rumah. Cuti raya adalah waktu yang kami boleh berkumpul satu keluarga. Maka, kami lebih selesa untuk pergi bercuti bersama ketika hari raya, instead of menyambut hari raya di rumah seperti orang lain.
Tetapi, kali ini suasananya lain. Masing-masing dirumah sendiri. Bersendirian menguruskan diri dan keluarga. Terpisah di 3 buah negeri yang berbeza.
Hari Raya tahun ini kami sibukkan diri dengan mencari rezeki. Itu saja cara terbaik untuk melupakan kesedihan. Memanglah duit tidak boleh memberi kebahagiaan dan kegembiraan secara total, tetapi sekurang-kurangnya kami terlupa yang ia adalah Hari Raya....
Malam tadi Patung Beruang telefon rumah untuk bertanya khabar. Mendengar suara insan yang sangat Patung Beruang rindukan. Ikut hati, mahu saja terbang pulang ke sana. Apakan daya, Patung Beruang tidak mempunyai sayap...
Masing-masing sedang berdepan dengan ujian Allah. Masing-masing saling mendoakan satu sama lain, saling memberi semangat antara satu sama lain. Dalam keadaan sekarang, Patung Beruang hanya mampu sub kan tanggungjawab untuk melindungi mereka sehabis baik, pada Allah SWT.
Bersangka baik saja pada Allah yang setiap apa yang berlaku sekarang ini ada hikmahnya. Sudah banyak nikmat yang Allah berikan pada kita selama ini. Jadi adillah bila kali ini Dia datangkan pula ujian. Bukankah Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya itu melebihi kemampuannya?
Seperti kata Ibu dulu, Syurga Allah itu sangat mahal harganya.
Benar...
Kita tidak tahu apa amalan atau perbuatan kita yang mendapat keredhaan Allah, sehingga Allah izinkan kita untuk mendiami Syurga-Nya kelak. Jadi, teruskan buat amal kebaikan. Ikhlaskan hati. Kuatkan semangat.
Insya-Allah, Allah nampak semua usaha kita...
Tidak sabar rasanya untuk dapat peluang pulang ke rumah seperti biasa. Home sweet home. Kediaman yang sangat mendamaikan dan menenangkan. Berjumpa dengan parents dan siblings. Duduk bersembang sambil makan-makan sehingga tidak sedar masa berlalu dengan pantas.
Kami dah plan, once kami dapat berkumpul semula, we will have our reunion lunch or dinner. Selain tu, kami juga nak buat BBQ waktu malam di balcony tingkat atas. Duduk makan, lepak sambil menikmati keindahan malam. Melihat bulan dan bintang-bintang.
And the most important, Patung Beruang nak bawa my special girlfriend dating di luar. Pergi Popular untuk belek-belek buku dan selepas itu, kami duduk lepak di Secret Recipe atau Old Town macam dulu-dulu. Spend time together, just two of us. Have a girls talk.
Allah.. Bilalah ia nya boleh menjadi kenyataan??
Sabar lah wahai Patung Beruang........
No comments:
Post a Comment