Tajuk : Infitar
Penulis : S.M.Noor
Menariknya Naskah Ini :
Lamanya Patung Beruang tidak update Book Review di sini. Too many things happened sampai langsung tidak berkesempatan untuk menjengah blog ini. Maaflah ye, huhu..Baiklah, kali ini Patung Beruang nak update book review karya S.M. Noor. Untuk makluman, ini adalah naskah ketiga karya S.M.Noor yang ada dalam koleksi Patung Beruang.
Pertama kali meneliti naskah penulis ini adalah karya Pasir Lintang. Dan sejak itu jika Patung Beruang berjumpa dengan karyanya, Insya Allah, Patung Beruang akan beli.
Infitar yang bermaksud "terbelah", adalah satu karya yang mengankat kisah perjuangan orang Melayu menentang Inggeris di Terengganu pada awal abad ke-20.
Wan Derus, anak muda yang lahir dari keturunan orang besar seperti yang sering diingatkan oleh ibunya. Datuknya adalah keturunan pembesar Aceh dan berhijrah ke Pahang untuk memulakan kehidupan baru. Ayah Wan Derus, Wan Ali pula bersahabat dengan Tuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah.
Wan Derus membesar dengan cerita-cerita tentang kehebatan dan keberanian ayahnya, Wan Ali. Ini menambahkan lagi keinginannya untuk bertemu dengan lelaki tersebut. Sayangnya, penantiannya setiap hari berakhir ketika umurnya 15 tahun. Pada suatu petang, Tuk Bahaman dan Mat Kilau muncul di halaman rumahnya, membawa khabar yang Wan Ali meninggal dunia di Pattani, ketika sedang bersolat jemaah Subuh.
Selang beberapa bulan, ibunya pula meninggal dunia. Kini dalam usia begitu muda, Wan Derus menjadi yatim piatu.
Selepas kematian ibunya, Wan Derus menyusur keluarga sebelah ibunya, di Pulau Duyung. Di sana, dia bertemu dengan Haji Musa, yang akhirnya menjada sahabat karibnya.
Wan Derus melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari pengalaman dan juga sesuap nasi. Ketika lapang pula dia akan belajar silat dengan Haji Musa. Adakalanya dia mengikuti pengajian agama Tukku Sayyid di Paluh. Ketika ini juga Wan Derus memperolehi seorang lagi sahabat karib iaitu Haji Abdul Rahman.
Wafatnya Tukku Sayid meninggal kesan yang mendalam bukan saja kepada Wan Derus dan sahabat-sahabatnya, tetapi juga kepada Baginda Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu. Baginda Sultan sedar yang ketika hayatnya Tukku Sayyid, guru agama yang tersohor ini sangat terkilan dengan sikap baginda yang berbaik-baik dengan British. Rasa terkilan itu terlihat dengan jelas apabila Tukku Sayyid menulis surat yang penuh dengan nasihat tentang kelicikan pemerintah British dan kesannya kepada baginda sultan dan rakyat jika British tetap dibiarkan bermaharaja lela di Terengganu.
Segala-galanya bermula daripada perjanjian Siam dan Inggeris, yang berlaku diluar pengetahuan baginda sultan. Pada suatu hari, kapal Sea Belle dari Singapura tiba dan berlabuh di muara. Kapal ini rupanya membawa perutusan dari Kerajaan Siam dan juga surat dari Gabenor Negeri-Negeri Selat. Mereka ini akhirnya bertemu di Istana Maziah. Rupa-rupanya pertemuan itu bagi memberitahu yang Terengganu telah diserahkan oleh Siam kepada Great Britain.
Penyerahan ini ditentang keras oleh baginda sultan dengan menyatakan walaupun Terengganu selalu membayar ufti kepada Siam, namun mereka tidak pernah meneriam Residen Siam. Oleh itu, tiada sebab juga untuk Terengganu menerima Residen British. Sayangnya, penentangan baginda sultan belum cukup kuat untuk menggagalkan usaha British bagi menempatkan pegawai mereka di Terengganu.
Pegawai-pegawai British yang ada di Terengganu mula membuat pelbagai peraturan dan undang-undang yang tidak mesra dan menindas masyarakat. Antaranya larangan menebas dan menebang pokok serta sistem cukai tanah.
Selain itu, pegawai-pegawai ini juga sangat bernafsu untuk mengusai Terengganu dan melakukannya dengan sesuka hati. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang tempatan terhadap pemerintah Inggeris yang akhirnya menyaksikan berlakunya pertumpahan darah yang cukup meruntun perasaan.
Naskah Infitar ini membawa pembaca tentang perjuangan orang-orang tempatan di Terengganu menentang penjajah yang rakus dan zalim. Suka duka, jerih perih pembesar dan pemimpin Melayu berjuang bagi mempertahankan tanah air tercinta, bagi melindungi maruah Islam dan Melayu. Naskah yang berat namun diolah dengan menarik sehingga kita leka menelitinya sampai ke penghujung naskah.

No comments:
Post a Comment