Tajuk : Cendekiawan Perang Dinasti Han
Penulis : Zamir Al-Muallif
Menariknya Naskah Ini :
Naskah yang baru saja Patung Beruang selesaikan pembacaannya malam tadi ini berkisar tentang seorang cendekiawan perang yang sangat hebat, bernama Zhuge Liang.
Kisah bermula di China pada tahun 190 Masihi. Zhuge Liang adalah anak ke-4 dari 5 orang adik beradik. Mereka adalah anak yatim piatu dan dibesarkan oleh bapa saudaranya bernama Zhuge Xuan.
Zhuge Liang berasal dari keluarga Jeneral Zhuge Feng. Ayahnya, Zhuge Gui, adalah Pemangku Gabenor Taishan sebelum beliau meninggal dunia.
Sedari kecil, Zhuge Liang sangat cintakan ilmu. Tabiatnya yang suka membaca dan mengkaji sesuatu perkara membuatkan Zhuge Liang sering dijadikan bahan rujukan oleh ahli keluarganya dan juga masyarakat sekeliling.
Pada suatu pagi, Zhuge Xuan dan 5 orang anak saudaranya ini kelam kabut berpindah dari rumah mereka di bandar Yangdu ke wilayah Jing. Perpindahan yang secara tiba-tiba itu berpunca daripada sekumpulan pemberontak yang diketuai oleh Cao Cao telah datang menceroboh wilayah mereka. Kegilaan Cao Cao yang mengetuai Kerajaan Cao Wei meluaskan empayar taklukannya adalah demi merampas takhta Maharaja Shao. Disebabkan gabenor wilayah Jing iaitu Liu Bao adalah sahabat lama Zhuge Xuan, maka dia merasakan adalah lebih selamat seandainya mereka sekeluarga berpindah ke sana.
Kedatangan Zhuge Xuan dan anak-anak buahnya ke wilayah Jing disambut mesra oleh gabenornya, Liu Bao. Seterusnya, keluarga malang ini diberikan kediaman baru yang selesa oleh gabenor. Sayangnya Zhuge Xuan tidak panjang umur untuk melihat kejayaan anak-anak buahnya.
Beberapa tahun selepas kematian Zhuge Xuan, dua orang kakak Zhuge Liang telah mengahwini orang ternama. Adik - beradik lelaki yang lain iaitu Zhuge Jin, Zhuge Liang dan Zhuge Jun pula telah berpindah ke luar bandar kerana tidak mahu terjebak dalam perang politik yang melibatkan hulubalang-hulubalang di setiap wilayah pada ketika itu.
Sebenarnya, pada waktu itu Empayar Han di China terbahagi kepada 3 kerajaan.
Pertama, Kerajaan Cao Wei yang diperintah oleh Cao Cao. Kerajaan ini dikatakan yang paling berkuasa. Cao Cao berhasrat untuk merampas takhta maharaja dan seterusnya mengetuai seluruh China.
Kedua, Kerajaan Wu atau Sun Wu yang diperintah oleh Keluarga Sun, diketuai oleh Sun Quan.
Ketiga, kerajaan yang diperintah oleh keluarga Maharaja iaitu Keluarga Liu dan diketuai oleh Maharaja Shao. Kerajaan ini sepatutnya mempunyai hak dan kuasa mutlak ke atas negara China pada masa itu. Selepas kematian Maharaja Shao, takhta maharaja diduduki oleh Maharaja Xian, warisnya yang masih muda. Disebabkan itu, ramai hulubalang termasuklah Cao Cao ingin mengambil kesempatan untuk merampas takhta maharaja. Situasi ini menggusarkan Liu Bei, bapa saudara Maharaja Xian. Liu Bei sedaya upaya berusaha untuk melindungi takhta tersebut agar Dinasti Han berkekalan.
Meskipun ada 3 kerajaan berbeza di China, Maharaja Xian tetap mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran Empayar Han.
Liu Bei mempunyai 2 orang sahabat karib bernama Guan Yu dan Zhang Fei. Ketiga-tiga mereka sangat akrab dan mereka telah bersumpah di Taman Pokok Pic sebagai adik-beradik walaupun mereka dilahirkan pada tahun yang berbeza dan dari keluarga yang berbeza.
Guan Yu adalah seorang pahlawan yang handal bermain tombak, sangat digeruni oleh kawan dan lawan. Zhang Fei juga seorang pahlawan. Malah, Zhang Fei dikatakan mempunyai kekuatan 10,000 tentera dan kehadirannya di medan perang sering menimbulkan kegusaran pihak lawan.
Guan Yu mencadangkan agar Liu Bei mencari seorang ahli strategi yang berbakat di wilayah Jing untuk dijadikan penasihat bagi membantu Liu Bei dalam merangka strategi pentadbiran dan juga peperangan. Ini kerana, walaupun Guan Yu dan Zhang Fei adalah pahlawan yang handal, namun mereka tidak pintar dalam mengatur strategi peperangan.
Pada mulanya nama Xu Shu seorang ahli strategi perang, dicadangkan sebagai penasihat. Xu Shu pernah membantu Liu Bei menewaskan tentera Cao Cao ketika peperangan di daerah Xinye.
Disebabkan kepintaran Xu Shu, Cao Cao telah menculik ibu Xu Shu dan memaksa dia untuk bekerja dengan Kerajaan Cao Wei. Oleh itu, Xu Shu terpaksa menolak pelawaan Liu Bei. Namun Xu Shu sedar ada orang lain yang berkali ganda lebih hebat dan pintar darinya untuk menjadi penasihat Liu Bei iaitu Zhuge Liang.
Akhirnya berkat kesungguhan Liu Bei, Zhuge Liang bersetuju untuk menjadi penasihatnya serta merangka strategi agar takhta Dinasti Han kekal berkuasa.
Pemilihan Zhuge Liang sebagai penasihat Liu Bei ternyata tidak sia-sia. Kepintaran Zhuge Liang telah menghasilkan banyak kemenangan apabila mereka berperang dengan Kerajaan Cao Wei.
Antara strategi yang paling menarik perhatian Patung Beruang adalah Zhuge Liang diminta untuk menyediakan 100,000 anak panah dalam masa 3 hari. Anak panah ini seterusnya akan digunakan untuk memerangi tentera Cao Cao.
Namun Zhuge Liang tidak bercadang untuk mengarahkan pasukannya berpenat lelah menyiapkan 100,000 anak panah tersebut. Sebaliknya, beliau mengarahkan agar setiap sisi kapal-kapal mereka diikat dengan jerami. Pada hari ketiga, ketika waktu senja, kapal-kapal yang dipimpin oleh Zhuge Liang mula belayar ke arah pengkalan tentera Cao Cao. Cuaca ketika itu sangat berkabus sehingga tentera Cao Cao tidak menyedari kehadiran mereka sedari awal.
Apabila sampai di hadapan pengkalan tentera Cao Cao, kapal-kapal Zhuge Liang membuat barisan dan menghadap ke sisi. Kemudian mereka memukul gendang dan berteriak dengan penuh semangat untuk menunjukkan kehadiran mereka kepada tentera lawan.
Tatkala tentera laut Cao Cao menyedari kehadiran mereka, pasukan pemanah pun melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kapal-kapal Zhuge Liang. Tentera Zhuge Liang pula terus memukul gendang sambil bersembunyi di dalam kapal mereka yang telah diikat dengan jerami. Tiada langsung tindak balas dari pasukan Zhuge Liang.
Tembakan dari tentera laut Cao Cao menyebabkan hampir kesemua anak panah terpacak pada jerami yang telah diikat di kapal. Bagi memastikan kapal mereka sentiasa seimbang, tentera Zhuge Liang pun memusingkan kapal ke arah sisi yang satu lagi. Oleh itu, jerami yang terikat di kedua-dua sisi kapal tentera Zhuge Liang kini penuh dengan pacakan anak panah dari tentera Cao Cao.
Akhirnya tentera Zhuge Liang pun pulang semula ke pengkalan mereka. Setiap kapal memperolehi 5,000 hingga 6,000 anak panah "sumbangan" dari tentera Cao Cao. Oleh kerana Zhuge Liang menghantar 20 buah kapal, maka kini mereka telah memperolehi antara 100,000 ke 120,000 anak panah percuma yang akan digunakan untuk memerangi kembali tentera Cao Cao.
Impian Liu Bei dan Zhuge Liang untuk memastikan kelangsungan pemerintahan Dinasti Han tidak kesampaian apabila Cao Pi, waris dan pemimpin Kerajaan Cao Wei berjaya merampas takhta maharaja.
Disebabkan itu, pemimpin lagi 2 buah kerajaan yang lain juga mengistiharkan diri masing-masing sebagai maharaja.
Kini Era 3 Kerajaan pun bermula. China diperintah oleh 3 orang Maharaja pada satu masa yang sama iaitu Maharaja Liu Bei, Maharaja Sun Quan dan Maharaja Cao Pi.
Naskah Cendekiawan Perang Dinasti Han ini mempunyai 315 muka surat. Walaupun ia adalah karya sejarah yang bersumberkan fakta, gaya penyampaian yang menarik membuatkan pembaca tidak rasa bosan. Malah momentum pembacaan sangat smooth dari awal sehingga penghujung naskah.
Banyak perkara yang menarik perhatian Patung Beruang dalam naskah ini terutama melibatkan kepintaran Zhuge Liang. Mereka berperang bukan sekadar menyerang dengan pedang dan tombak buta-buta tetapi ada strategi tersendiri yang ada kalanya kita sendiri pun tidak terfikir wujudnya ketika zaman tersebut, contohnya menggunakan perang psikologi.
Antara kata-kata Zhuge Liang yang menarik adalah:

- Bagi komander yang mahir dalam penggunaan taktik-taktik luar biasa, akalnya seluas langit dan sentiasa mengalir seperti sungai.
- Perubahan strategi perang beredar terus menerus seperti peredaran matahari dan bulan serta kitaran 4 musim.
- Memahami 5 faktor dalam medan pertempuran akan menghasilkan pelbagai strategi yang berbeza. 5 faktor tersebut adalah doktrin, cuaca, bentuk muka bumi, pemimpin dan undang-undang.
- Apabila pemerintah dan rakyat saling mempercayai, negara akan makmur. Apabila pemerintah dan rakyat saling tidak mempercayai, negara akan hancur. Apabila pemerintah mempercayai rakyat, tetapi rakyat menyalahgunakan kepercayaan itu, pemerintah hanyalah boneka semata-mata. Apabila rakyat mempercayai pemerintah, tetapi pemerintah menyalahgunakan kepercayaan itu, rakyat akan menderita.
Cuma, ending naskah ini agak sedih, huhuhu...
But still Patung Beruang rasa puas selepas menelitinya sebab penamatnya adalah suatu realiti.
Terima kasih kepada penulis kerana menghasilkan karya yang sangat sedap...
No comments:
Post a Comment