Saturday, May 9, 2020

Book Review : No One Ever Told Us That : Money and Life Letters to My Grandchildren

Tajuk : No One Ever Told Us That - Money and Life Letters to My Grandchildren 

Penulis : John D. Spooner


Menariknya Naskah Ini : 
Sebenarnya sudah hampir seminggu Patung Beruang selesai membaca buku ini. Tapi disebabkan sibuk dengan kerja, Patung Beruang tak sempat nak dokumenkan book review nya lebih awal. 

John D. Spooner adalah salah seorang investment advisor yang terkemuka di Amerika. Mempunyai client korporat dan individu dari hampir seluruh pelusuk dunia, Spooner mengetuai firma Wall Street yang berpengkalan di Boston. 

Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan dunia pelaburan dan kewangan, dan berdepan dengan jatuh bangunnya portfolio kekayaan, kini Spooner merasakan sudah sampai masanya untuk beliau memberi serba sedikit panduan atau tips kehidupan dan kewangan kepada generasi keduanya yang semakin membesar. Maka, terhasillah buku ini. 

Naskah ini mengandungi 59 pucuk surat Spooner yang ditujukan kepada 2 orang cucunya iaitu Alyssa dan Wesley. Surat-surat yang ditulis agak simple tetapi mengandungi nasihat yang berguna dan adakalanya disertakan dengan cerita atau pengalaman kehidupan yang menarik buat tatapan pembaca. 

Antara initipati yang menarik dari naskah ini adalah: 

  • Jangan sekali-kali mengharapkan orang lain untuk membuat sesuatu demi kita. Kita sendiri lah yang kena bertindak.
  • Kebanyakkan buku-buku berkenaan kewangan dan pelaburan yang ada di pasaran ditulis oleh economists ataupun ghost writers untuk mana-mana CEO. Namun, sangat jarang untuk kita berjumpa dengan buku-buku genre tersebut yang ditulis oleh seseorang yang sebenarnya memang walk the walk, yang benar-benar melabur dan menguruskan duit mereka sendiri dan juga duit orang lain. Oleh itu, jika terjumpa dengan buku-buku sebegini, ambillah peluang untuk menelitinya kerana ia akan bercerita kisah sebenar suka duka dalam dunia kewangan dan pelaburan berdasarkan pengalaman mereka sendiri. 
  • Spooner sentiasa mempunyai 5 "key" clients dan mereka ini terdiri daripada multimillion-dollar households. Senarai 5 key clients ini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan mereka adalah foolproof indicators of market behavior. Kenapa? Sebab mereka sentiasa initially gone in the wrong direction, hehehe... Jika diteliti background kumpulan clients ini, kebiasaannya mereka adalah berpelajaran tinggi atau sekurang-kurangnya mempunyai ijazah. Tetapi mengapa mereka gagal menjadi pelabur yang berjaya???  Jawapannya adalah kerana mereka ini telah diajar yang segala-galanya dalam alam ini adalah rational. Hakikatnya dalam pasaran saham, tiada yang rasional. Dinamiknya atau magicnya pasaran saham ibarat seperti berurusniaga di Alice in Wonderland. 
  • Jika anda tidak mampu melangsaikan hutang kad kredit sekaligus setiap bulan, sekurang-kurangnya letakkan had penggunaan yang realistic dan berpadanan dengan pendapatan bulanan anda. 
  • Terdapat 3 Peraturan yang patut anda ketahui dalam alam rumahtangga. Pertama: Sebelum anda mengahwini seseorang, tanyakan soalan ini kepada diri sendiri; "Jika saya melepaskan dia sekarang, adakah suatu hari nanti saya akan menoleh ke belakang dan berkata 'Ia adalah satu kesilapan yang besar'?"       Kedua: Jika rumahtangga anda dikurniakan dengan cahaya mata, pastikan sekurang-kurangnya setahun sekali anda bercuti berdua saja bersama dengan pasangan. Tiada anak-anak. Just go away alone together, even if it's a long weekend.       Ketiga: Keep a little private for yourself, where no one can ever get in. 
  • Ramai orang diluar sana yang kelihatan seperti intellectually brilliant tetapi sayangnya tiada common sense. Dan sila berhati-hati untuk menerima sebarang nasihat dari individu sebegini, walaupun mereka sentiasa mempunyai jawapan untuk setiap persoalan anda. 
  • Jangan sekali-kali menyerahkan tanggungjawab untuk membuat keputusan yang besar kepada peguam atau accountant anda kecuali apabila mereka mampu menerangkan kepada anda berkenaan strategi mereka dalam bahasa yang simple dan anda benar-benar faham penerangan tersebut. 
  • Dalam dunia perniagaan, terdapat satu atau dua major atau giant client yang digelar "800 pound gorila".  Client ini biasanya membayar komisen atau fee yang besar dan menyumbangkan significant amount of revenue kepada kita. Disebabkan itu, kita sentiasa atau terpaksa memberi layanan sangat istimewa kepada client ini.  
  • Berhati-hati dengan wonderful business relationship kita dengan "800 pound gorila" sehingga kita mengabaikan customers lain yang sudah lama dan setia dengan kita, hanya kerana kita terlalu melayan kehendak "gorila" ini. Kesudahannya, customers lain itu akhirnya meninggalkan kita. Maka, andai satu hari nanti "gorila" tersungkur, kita juga bakal tersungkur sama, huhu...
  • Jangan jadi headline reader dan jaga emosi kita. Baca dahulu keseluruhan berita atau artikel sebelum kita memberi sebarang pendapat.  
  • Dalam perhubungan cinta, never say anything in haste or anger that will stick forever in the memory of this loved one. Orang yang berkata akan sentiasa lupa tetapi orang yang mendengar akan sentiasa ingat. 


Selain itu, Spooner juga berkongsi tentang tips untuk kita sebagai pelanggan atau pelabur, mencari financial advisor yang bagus. Antaranya dengan bertanya 3 soalan ini kepada bakal financial advisor tersebut: 
  • Apa falsafah pelaburan anda? Dan bagaimana anda aplikasikannya dalam your management style?  Jika individu yang kita interview itu tidak mampu menjawab soalan ini dengan bahasa yang simple, sila lah cari orang lain untuk menjadi financial advisor anda. 
  • Apakah kejayaan terbesar dalam pelaburan yang pernah anda kecapi? Apa pula kegagalan terbesar dalam pelaburan yang pernah anda hadapi? Apa pengajaran yang anda perolehi dari kedua-dua peristiwa tersebut?  Jawapan dari soalan-soalan ini boleh memberi gambaran kepada kita berkenaan pengajaran yang diperolehinya dari event lepas dan pemikirannya untuk memperbaiki prestasi pelaburannya di masa hadapan. 
  • Apakah jenis portfolio yang anda bina untuk diri sendiri? Apakah jenis stocks yang ada sendiri miliki? 
  • Jangan risau untuk bertanya soalan yang luar dari kebiasaan kepada orang yang bakal penjadi penasihat kewangan kita. Ini kerana, kebiasaanya unusual questions can lead to the right answers. 


Naskah No One Ever Told Us That ini menarik dibaca untuk kita short cut dalam memahami dunia kewangan dan pelaburan. Dalam dunia ini kita tidak mampu untuk menjadi expert dalam semua perkara. Oleh itu, kita perlukan bantuan dari mereka yang pakar dalam sesuatu bidang. 

Same goes to investment. Ada orang mungkin sangat mahir menguruskan pelaburannya sendiri. Tetapi, ramai juga mereka di luar sana yang tidak mahir dan mengikut membuta tuli. Akhirnya, duit habis tetapi pulangannya tidak nampak. Dan bertambah malang jika orang yang dipanggil "penasihat"  itu sebenarnya tidak mahir atau lebih teruk jika penipu. Aduhai.... 

Apapun, yang penting cari ilmu dahulu sebelum mula melabur tidak kira lah apa pun jenis pelaburannya. Dalam zaman sekarang, banyak sumber yang boleh kita gunakan untuk mencari ilmu. Faham betul-betul, all the pros and cons, then barulah kita bertindak.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...