Saturday, May 16, 2020

Book Review : Call Upon Him

Tajuk : Call Upon Him

Penulis : Mizi Wahid

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah kedua karya Mizi Wahid ini Patung Beruang selesai membaca beberapa hari lepas. Bermula dari The Art of Letting God, Patung Beruang mula selesa dengan tulisan Mizi Wahid. Gaya penyampaian yang simple tetapi masuk terus ke dalam hati. 

Call Upon Him ini menyenaraikan 21 cara yang boleh kita aplikasikan untuk lebih dekat dengan Allah terutama dalam soal meletakkan sepenuhnya kebergantungan kita kepada-Nya. 

Antara point-point penting yang boleh kita dapat dari naskah ini adalah:
  • Solat adalah sebaik-baik cara yang boleh kita gunakan untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Solat adalah tiang agama. Ramai yang menyedarinya tetapi berapa ramai yang benar-benar memahaminya. Ramai orang bersolat kerana merasakan itu lah tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Benar, mengerjakan solat kerana tanggungjawab. Namun, adakah solat itu hanya sebagai medium penyembahan semata-mata atau kita berusaha memberi lebih makna dan tambah nilai kepada aktiviti solat kita itu?  
  • Solat sepatutnya menjadi satu proses komunikasi yang istimewa dan bermakna antara kita dengan Allah SWT. Kita menikmati setiap detik ritual tersebut baik dari segi fizikal dan mental, dari segi jasad dan rohani, dari segi luaran dan dalaman. 
  • Kita sering bertanya, "Mengapa Allah SWT tidak menjawab doa kita? Mengapa Allah SWT tidak memakbulkan permintaan kita?"  Tetapi... pernah tak kita bertanya kepada diri sendiri, "Bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT? Adakah kita berusaha sehabis baik untuk lebih dekat dengan Allah SWT?"    
  • Letakkan Allah SWT sebagai main priority kita. Bila kita datang dan meminta kepada Allah sedari awal lagi, kita akan sedar bahawa Allah adalah tempat utama dan paling pertama untuk kita menggantungkan harapan, bukannya sebagai our last resort. 
  • Jangan sekali-kali limitkan permintaan kita pada Allah. Kerana jika begitu, ia bermakna kita limitkan kemampuan Dia, Yang Agung. 
  • Tiada yang mustahil dengan Allah SWT. Apabila memohon sesuatu dari-Nya, sedarlah yang kita sedang memohon dari unlimited source of abundance and mercy, not a source of scarcity and limitation. 
  • Allah SWT telah berjanji yang Dia akan memberi selagi mana kita memohon dari-Nya. Allah sentiasa menunggu hamba-Nya yang sanggup bangun di tengah malam demi mencari-Nya, mencari keredhaan-Nya. Jadi, apa lagi?  Ayuhlah bertahajud demi merebut tempat yang istimewa di sisi-Nya. 
  • Kadang kala sifat was-was atau keraguan kita tidak terlihat dari kata-kata yang diucapkan dalam doa. Tetapi, ia wujud dari uncertainty that we feel in our heart.  Jika meminta dari-Nya, tetapkan hati kita. Mengapa mesti ada keraguan sedangkan kita sedang meminta dari Dia, Yang Maha Berkuasa?
  • Jalan paling cepat untuk doa kita dijawab adalah apabila kita berdoa untuk orang lain seperti yang tercatat dalam hadis Rasulullah SAW, "Apabila kita mendoakan orang lain, Malaikat akan mengaminkan doa tersebut dan juga berdoa agar kita juga dikurniakan perkara yang sama." 
  • Apabila kita mendoakan orang lain, it is a sign of selflessness and care. It displays love for others beyond our own personal needs and wants. Jadi, jangan kedekut untuk mendoakan orang lain. 


Seperti biasa, tulisan Mizi Wahid ada soothing effect pada Patung Beruang. I don't know why but rasa macam diri dan hati ini dipujuk agar lebih berlapang dada, apabila membaca tulisannya. Mungkin sebab tulisan dia berkisar kehidupan seharian kita, apa yang kita hadapi, apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, apa yang terlintas dalam hati kita and so on..

After 2 books from him,  no doubt that he qualified to enter into My List of Favorite Authors, same group with Teme and Muharikah..hehehe... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...