Tajuk : The Five People You Meet in Heaven
Penulis : Mitch Albom
Menariknya Naskah Ini :
Lamanya Patung Beruang tidak menatap karya Mitch Albom. Terakhir dulu adalah The First Phone Call From Heaven. Selepas itu, Patung Beruang terlalu focus pada Jeffrey Archer sehingga terlupa untuk memiliki naskah Mitch yang lain.
Naskah The Five People You Meet in Heaven ini Patung Beruang selesaikan pembacaannya malam semalam. Naskah ini membawa kita kepada watak utama iaitu, Eddie, seorang maintenance guy di sebuah taman tema di tepi pantai.
Yang menyedihkan di permulaan naskah ini adalah ketika pembaca menyedari yang Eddie meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-83, ketika beliau ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan dari kemalangan di Ruby Pier...
Baiklah, cerita masih belum tamat lagi...
Kematian Eddie adalah permulaan kepada cerita ini.
Eddie dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Eddie mempunyai seorang abang bernama Joe. Rumah mereka berdekatan dengan sebuah taman tema yang dikenali sebagai Ruby Pier.
Selama berpuluh-puluh tahun, ayah mereka berkerja di Ruby Pier sebagai maintenance guy. Eddie juga membesar disana. Waktu terluang dihabiskan dengan belajar serba-sedikit kerja - kerja membaikpulih dan menyelenggara peralatan dan permainan di Ruby Pier.
Eddie jatuh cinta dengan Marguerite ketika mereka membesar bersama-sama. Pasangan remaja ini akhirnya berkahwin, sayangya tidak dikurniakan anak.
Di pertengahan usia remaja, Eddie dipanggil untuk menyertai tentera. Perkhidmatan dalam tentera membawa Eddie sehingga ke Philippines. Namun, tuah tidak menyebelahinya apabila Eddie tercedera sehingga kakinya menjadi cacat kekal.
Selepas pulang dari perkhidmatan tentera, Eddie dilanda kemurungan kerana merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi. Kakinya yang cacat telah merampas keyakinan hidupnya.
Suatu hari, selepas bertengkar dengan ayahnya, Eddie nekad untuk keluar rumah. Akhirnya Eddie bangkit untuk meneruskan hidupnya. Selepas kematian ayahnya, Eddie menggalas tugas sebagai maintenance guy di Ruby Pier, tugasan yang dilakukannya sejak remaja lagi.
Selepas kematian Eddie, keesokkan harinya dia tersedar semula di suatu tempat yang asing. Ianya seolah-olah seperti di syurga. Disana, Eddie berjumpa dengan seorang lelaki bernama the Blue Man. Blue Man adalah seorang lelaki yang kulitnya berwarna biru disebabkan terlalu banyak bahan kimia yang telah ditelannya selama bertahun-tahun. Perjumpaan Eddie dan the Blue Man adalah bagi menyedarkan Eddie yang kematiannya tidak sia-sia. Setiap kematian itu adalah kehidupan bagi manusia yang lain. Dan tiada juga kehidupan yang sia-sia, selagi seseorang itu masih bernafas.
Selepas the Blue Man, Eddie bertemu pula dengan Captain.
Captain adalah lelaki yang mengetuai unit Eddie ketika beliau di dalam perkhidmatan tentera. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperolehi Eddie ketika berkhidmat di bawah Captain.
Motto yang menjadi pegangan Captain adalah "No man left behind." Oleh itu, bagaimana getir pun situasi ketika itu, Captain akan memastikan ahli pasukannya cukup dan bergerak bersama-sama.
Tetapi, pertemuan Eddie dan Captain pada kali ini adalah sangat berbeza. Kedua-duanya sudah meninggal dunia. Namun, ada satu rahsia masih disimpan kemas oleh Captain yang melibatkan Eddie. Rahsia siapa sebenarnya yang menembak kaki Eddie sehingga kaki beliau cacat untuk selamanya....
Selepas Captain, Eddie bertemu pula dengan 3 orang insan yang berbeza. Dan setiap dari mereka mempunyai rahsia dan cerita yang tersendiri, namun kisahnya masih lagi bersangkut-paut dengan Eddie.. Kisah yang akhirnya benar-benar menyedarkan Eddie betapa dia perlu melepaskan semua kekesalan dan persoalan kehidupan yang dipikulnya selama ini, agar dia boleh melepaskan dunia ini dengan tenang untuk selamanya.
Selain itu, antara quote menarik yang Patung Beruang kutip dari naskah ini adalah:
- No life is a waste. The only time we waste is the time we spend thinking we are alone. (the Blue Man)
- Holding anger is a poison. It eats you from inside. We think that hating is a weapon that attacks the person who harmed us. But hatred is a curved blade. And the harm we do, we do to ourselves. (Ruby)
- Lost love is still love. It takes a different form, that's all. (Marguerite)
Naskah ini sangat menarik, susunan ayatnya cantik dan jalan ceritanya juga cantik. Seperti biasa, Mitch sangat pandai menyentuh emosi pembaca.
Spoiler alert, ending naskah ini sangat sedih dan di luar jangkaan Patung Beruang...huhuhu..
Selamat tinggal Mitch. Semoga berjumpa di naskah yang lain....
No comments:
Post a Comment