Tajuk : Kelopak Yang Gugur
Penulis : Mohd Fauzi Abdul
Menariknya Naskah Ini :
Naskah ini membawa pembaca kepada kisah kemiskinan Awang dan keluarganya yang sering dicemuh oleh kebanyakkan orang kampung hanya kerana keluarganya miskin, dirinya tidak berpelajaran dan tidak mempunyai kerja tetap.
Lelaki berusia penghujung 40-an dan buta huruf ini tinggal di Kampung Teluk Sembilang mencari rezeki dengan cara memungut kerang-kerang di laut, mencari besi buruk, memungut tin minuman kosong, mengumpul barangan kitar semula atau mengambil upah menebang dan menebas.
Pasangan Awang dan Saemah mempunyai 5 orang anak iaitu Haryati, Arman, Hasan, Ani dan Saufi. Usia perkahwinan Awang dan Saemah hampir 17 tahun, seusia dengan anak sulung mereka, Haryati. Ini juga bermakna sudah hampir 17 tahun Awang berpindah ke Kampung Teluk Sembilang, sebuah perkampungan nelayan yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai.
Sebelum berkahwin, Awang tinggal bersama dengan bapa dan ibu tirinya. Ketika berusia 5 tahun, bapanya Majid bercerai dengan ibu kandungnya. Setelah itu, dia dan bapanya membawa diri, menumpang lori keluar dari utara dan akhirnya berhijrah ke Sekinchan, Selangor. Awang seorang saja yang dipelihara oleh ayahnya. Abang dan adik perempuannya dipelihara oleh ibu mereka di Perlis.
Selain kemiskinan, keluarga Awang juga diuji dengan kecacatan anak kedua mereka, Arman yang kini berumur 15 tahun. Anak ini lumpuh sejak lahir dan mengalami kecacatan dari pinggang hingga hujung kaki. Namun begitu, otot lengannya besar dan kuat.
Arman sudah berhenti sekolah seawal usia 13 tahun demi memberi laluan kepada Haryati dan Hasan meneruskan persekolahan. Arman seorang yang tidak banyak bercakap. Jika berkata, suaranya agak keras. Jiwanya sukar dibaca. Kadang-kadang dia hanya berinteraksi melalui ekspresi wajah, gerakan kepala dan jelingan mata saja.
Sejak akhir-akhir ini Arman menunjukkan sikap yang agresif seperti menghempas pinggan nasi dan menumbuk pintu bilik air sehingga pecah. Semuanya berpunca kerana Saemah menegurnya dengan cara yang melampau. Ada saja perkara yang dirungutkan Saemah. Apa saja kelakuan dan tindakan Arman pasti tidak disenangi Saemah. Sehingga kini Saemah seolah-olah tidak memahami kesusahan dan kepayahan anak keduanya itu dalam menguruskan diri sendiri seharian.
Saemah, walaupun berbelas-belas tahun hidup didalam kemiskinan, sikap dan perangainya masih tidak berubah. Sering meminta-minta dari Awang, suka membuang masa tidak tentu hala, bermulut lancang dan tahi judi. Agak pelik bunyinya tetapi suri rumah yang seorang ini suka membeli nombor ekor walaupun sudah ditegah berkali-kali oleh Awang. Semuanya kerana Saemah terpengaruh dengan Zahari dan Ameran, kutu di kampung mereka.
Tragedi keluarga Awang bermula apabila Awang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menebang di kawasan hutan simpan kekal dengan upah RM30 sehari. Setelah itu, Awang ditangkap sekali lagi kerana menyimpan barang-barang curi. Kedua-dua kejadian berlaku disebabkan sikap Awang yang mudah percaya pada orang lain menyebabkan dirinya diperangkap oleh mereka yang jahat.
Ketika polis datang untuk menangkapnya, Awang hilang pertimbangan sehingga menyerang anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Awang dijatuhkan hukuman penjara.
Kini keluarga Awang hilang tempat bergantung. Perangai tahi judi Saemah semakin menjadi-jadi sehingga sanggup meminjam wang dari along. Namun wang tersebut akhirnya lenyap apabila ditipu oleh Zahari dan Ameran.
Sebagai anak sulung, Haryati rasa tertekan. Apatah lagi apabila mereka adik-beradik terpaksa berpisah setelah dibawa pergi oleh Jabatan Kebajikan.
Masih adakah sinar untuk keluarga ini bersatu?
Atau mungkin kemiskinan yang melanda menyebabkan mereka sekeluarga terumbang-ambing dan akhirnya terpisah membawa haluan sendiri?
Naskah Kelopak Yang Gugur ini menggambarkan realiti kehidupan masyarakat kampung, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jauh dari kemajuan, sikap orang kampung yang suka menghukum, kecuaian pemimpin untuk membantu pengikut mereka, sikap malas dan suka berjudi segelintir manusia, miskin yang membawa kepada kekufuran dan 1001 kisah yang sangat "tense" bila kita membacanya.
Patung Beruang faham ini lah yang berlaku di luar sana. Ye, kejadian itu tiada dihadapan mata kita tetapi itu tidak bermakna ia tidak berlaku atau tidak mungkin berlaku. Cuma kita saja yang tak nampak atau tidak pernah terserempak kerana perbezaan taraf hidup dan sosial, juga perbezaan lingkungan persekitaran.
Naskah ini sedap sebab berpijak di bumi nyata, cuma again, it tense... Sehingga I keep on asking myself, why this things happen? Why nobody cares? Why? Why? and Why?....

No comments:
Post a Comment