Sunday, March 15, 2020

Book Review : Ngeteh Di Kubur Ayah

Tajuk : Ngeteh Di Kubur Ayah

Penulis : Hamka Kereta Mayat

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah ini dibeli pada bulan February hari itu dan Patung Beruang selesai menelitinya pada 2 minggu lepas. Apa yang membuatkan Patung Beruang tertarik untuk memiliki naskah ini? 

Tajuknya dan nama penulisnya..

Yes.. dua (2) perkara itu yang menarik perhatian Patung Beruang.

Jujurnya, Patung Beruang mempunyai perception yang naskah ini adalah bacaan santai, penuh dengan cerita lucu, tidak memberatkan kepala bila menelitinya.

Tetapi ternyata persepsi Patung Beruang itu silap.
Kenapa? 

Let's check it out...

Naskah ini mendokumenkan berpuluh-puluh surat yang kononnya ditulis oleh seorang ayah kepada anak-anaknya, untuk mereka baca setelah beliau meninggal dunia.

Biasanya orang tinggalkan harta untuk diwarisi..
Tapi dalam kes ini, ia adalah berpucuk-pucuk surat..hehe.. Macam dalam novel P/S. I Love You pula... 

Puluhan surat-surat ini pula terbahagi kepada tujuh (7) bahagian dimana si ayah menyarankan anak-anaknya untuk meneliti surat-surat tersebut di waktu dan ketika yang dinyatakan seperti: 
  • Pasca Kematian
  • Hal Anak di Bangku Sekolah
  • Bersama Remaja
  • Dunia Pekerjaan
  • Dunia Perkahwinan
  • Hal Agama
  • Di Hujung Usia 
Apa yang menarik tentang puluhan surat-surat yang ditulis oleh sang ayah? 
Ia mengandungi nasihat kepada anak-anak bagaimana dan apa yang anak-anak akan tempuh pada waktu-waktu tersebut. 

Jika dulu, ketika hayat masih ada, sang ayah sentiasa bersedia berkongsi perasaan, kata-kata malah tempat mengadu jika anak-anak memerlukan. Namun kini, beban tersebut hanya terpikul di bahu bonda seorang. Maka, sang ayah merasakan betapa pentingnya untuk menyiapkan surat-surat ini sebagai panduan untuk anak-anak di kemudian hari. 

Isi kandungannya tidak lah terlalu santai. Ada beberapa bahagian dimana surat-surat yang ditulis agak berat content nya seperti:
  • Baca Ini Sebelum Mayat Ayah Dimandikan
  • Baca Ini Untuk Tahu Tentang Tuhan
  • Baca Ini Sebelum Ada Kemurungan 
  • Baca Ini Bila Umur 40 Tahun
  • Surat Terakhir : Talkin Dari Mayat Ke Mayat

Selain itu, surat-surat sang ayah juga boleh disesuaikan dengan keadaan semasa seperti cabaran menjadi remaja, sukarnya untuk mencari identiti sendiri, pentingnya bersungguh-sungguh menuntut ilmu terutama dalam bidang sains dan matematik, penguasaan Bahasa Inggeris, alam rumahtangga yang akan ada pasang surutnya, pengurusan kewangan apabila sudah bekerja, kemurungan yang sering berlaku atau berpotensi berlaku di dalam kehidupan seorang manusia, kematangan seiring dengan pertambahan usia dan juga persediaan untuk menghadapi kematian. 

Antara perkara yang menarik dari naskah ini adalah 40 Pesanan Kepada 40 yang terkandung didalam surat Baca Ini Bila Umur 40 Tahun. Antara pesanan sang ayah di dalam surat ini adalah: 
  • Rajinkan diri ke masjid dan jagalah solat berjemaah sedaya upaya. Jika di umur 40 ini, kita masih lagi jauh dari masjid ditakuti hati menjadi keras dan susah dilentur apabila ajal semakin hampir. 
  • Jangan simpan semua benda sehingga rumah dipenuhi "sampah". Kononya ada sentimental value. Jika kita menyimpan semua benda, ia bukan saja memenuhkan rumah tetapi juga ruang kepala kita. Oleh itu, sila jual, hadiah, sedekah atau buang saja barang yang tidak perlu. 
  • Jangan berhenti belajar menggunakan teknologi. Ia akan memudahkan kehidupan kita. 
  • Jangan suka bertangguh. Jika sudah merancang untuk melakukan sesuatu atau menuju ke sesuatu destinasi, proceed saja. 
  • Pastikan sudah berjaya menulis sekurang-kurangnya sebuah buku. Ia adalah hadiah yang tidak ternilai dan bukti kita pernah wujud di muka bumi ini. 
  • Banyakkan membantu orang lain mengikut kemampuan diri. Ia boleh menjadi saham akhirat kita kelak. 
  • Jangan suka berdebat kerana banyak perdebatan berakhir dengan pergeseran atau ketidakpuasan sesuatu pihak. Tenang-tenang saja dan raikan perbezaan. 
  • Bersyukurlah dengan nikmat umur. Jangan jadi orang tua yang cemburu melihat orang muda. Sebaliknya bersimpatilah kepada mereka yang muda kerana mungkin usia mereka tidak akan sepanjang usia kita. 
  • Buat persiapan mati. Sebelum tidur, anggaplah esok kita tidak akan bangun lagi. Jangan jemu untuk melakukan kebaikan dan saling bermaafan. Buat sehabis baik bagi menikmati hari terakhir di dunia ini. 
  • Kita tidak boleh menyelamatkan orang yang tidak mahu diselamatkan walaupun mereka adalah orang yang kita sayangi. Isu murtad, pasangan sejenis, dadah dan sebagainya memang ada orang yang sengaja membiarkan diri mereka berterusan terjebak disitu. Jadi, move on. Jangan buang masa dengan mereka yang tidak mahu diselamatkan. 
  • Jika ada perasaan dendam, benci, mengeluh dan penyakit hati lain, buang semua perasaan itu. Perasaan negative itu boleh menjadi kanser sekaligus merosakkan diri kita. Hidup ini sangat singkat untuk dibazirkan dengan aura negative. 
  • Kebahagiaan adalah pilihan. Dan ia ada didepan mata kita. Samada kita yang memilih untuk mengabaikannya atau kita masih tidak nampak kelibatnya. Sentiasa bersyukur walau apa pun keadaan kita. Dari bersyukur itu lah akan timbul perasaan bahagia. 

Ok, itu antara serba sedikit nasihat yang ada dalam naskah ini. Generally, ia adalah naskah yang menarik. Tidak membosankan dan  gaya penceritaan umum menyebabkan naskah ini rasa dekat dengan kehidupan kita. 



p/s: Penulis ini ada menyatakan yang beliau sudah menulis 11 buah buku. Wow, hebatnya. Next time kalau Patung Beruang jumpa naskah beliau yang lain, Insya Allah Patung Beruang akan beli. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...