Sunday, March 29, 2020

Book Review : Cometh The Hour

Tajuk : Cometh the Hour

Penulis : Jeffrey Archer 

Menariknya Naskah Ini : 

Alhamdulillah, Patung Beruang berjaya menghabiskan Volume ke-6 dalam siri Clifton Chronicles iaitu Cometh the Hour malam semalam. Sekarang tinggal satu buku saja lagi untuk Patung Beruang tahu kesudahan kisah keluarga Clifton dan Barrington ini. 

Mari kita flasback sekejap ye..

Clifton Chronicles ini mempunyai timeline yang panjang dimana kisahnya bermula dari tahun 1920 sehingga lah ke tahun 1980 atau 1990.. 

Jeffrey Archer telah menyiapkan 7 volume untuk siri ini iaitu:
  • Cometh the Hour; dan akhir sekali adalah
  • This Was A Man
Kalau nak baca book review untuk Volume 1 - Volume 5, click saja di tajuk diatas. Patung Beruang dah letakkan link di setiap tajuk itu.. 


Untuk volume ke-6 ini, Jeffrey Archer membawa pembaca kepada surat dari mendiang Major Fisher yang dihantar ke mahkamah ketika di akhir perbicaraan  kes saman Lady Virgina dan Emma. 

Hakim memberi peluang kepada Emma untuk membaca surat tersebut dan mendedahkan kepada pihak juri. Adakah Emma akan mengambil peluang tersebut untuk kepentingan kes nya? 

Atau mungkin Emma kekal dengan prinsip untuk melawan Lady Virginia secara adil? 

Tetapi bukan saja Emma dan Lady Virginia yang terkesan dengan surat dari mendiang Major Fisher. Sir Giles Barrington juga turut terpalit dan kerana surat itu juga lah kerjaya politik Giles terpaksa dikorbankan. 



Hubungan Giles dan Karin semakin rapat. Malangnya Karin terperangkap di Moscow dan adalah mustahil untuk dia keluar dari sana. Dengan dorongan Pengelly, ayah tiri Karin, Giles nekad untuk membawa Karin keluar dari Iron Curtain dan seterusnya menetap di England. 

Harry bukanlah seorang yang prejudis tetapi sikapnya yang dingin terhadap Karin menimbulkan persoalan kepada Emma. 

Harry teringat ketika dia diminta oleh pihak Britain untuk menyeludup keluar senarai nama agen perisik Russia, antara nama yang tersenarai adalah Pengelly. Oleh itu, Harry agak ragu-ragu dengan identiti Karin dan motif wanita itu menjalinkan hubungan dengan Giles. 

Adakah keselamatan Giles terancam? 
Atau mungkin keselamatan England juga terancam? 

Sayangnya Harry tidak mampu meluahkan keraguannya itu kepada Emma apatah lagi Giles. 



Lady Virginia sedang berdepan dengan risiko bankrap dan dia tidak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya. Namun, pada suatu hari Lady Virginia diperkenalkan dengan Cyrus T. Grant III, orang ke-28 terkaya di Amerika. 

Menyedari yang Cyrus T. Grant III masih bujang, Lady Virginia mula mengatur rancangan bagi memastikan lelaki itu menjadi miliknya. Sayangnya rancangan Lady Virginia tidak berjalan lancar apabila Cyrus menghilangkan diri keesokkan harinya tanpa berita. 

7 bulan selepas itu, akhbar menyiarkan berita tentang majlis perkahwinan antara Cyrus T. Grant III dan Ellie May, yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kali ini, Lady Virginia berpura-pura mengandungkan anak Cyrus demi menuntut wang pampasan dari lelaki tersebut. 



Sebastian Clifton kini memegang jawatan Chief Executive of Farthings Bank. Dalam kesibukan menguruskan Farthings, Sebastian jatuh cinta dengan Priya, seorang analyst yang bekerja di London.

Priya adalah anak tokoh korporat terkenal di India, Mr Ghuman. Percintaan Sebastian dan Priya tidak berjalan lancar apabila Priya diculik dari apartmentnya di London, dan dibawa pulang ke India untuk dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. 

Sebastian nekad terbang ke India untuk membawa pulang Priya. Malangnya, ketika mereka berdua hampir menaiki kapal terbang, Priya ditembak mati oleh salah seorang pengawal Mr Ghuman. 

Dalam masa yang sama, musuh ketat Sebastian iaitu Adrian Sloane dan Desmond Mellor sedang merancang untuk menjatuhkan Sebastian dan Hakim Bishara, iaitu Pengerusi Farthings Bank bagi membolehkan mereka take over Farthings. 

Hakim Bishara dituduh cuba menyeludup masuk dadah yang bakal menyebabkan dirinya dipenjara bertahun-tahun jika didapati bersalah. 



Harry Clifton nekad berusaha untuk membebaskan Anatoly Babakov dari penjara Russia. Naskah tulisan Anatoly iaitu Uncle Joe mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa sehingga diterjemahkan ke banyak bahasa. 

Disebabkan itu, Anatoly dianggap sebagai pejuang dan dianugerahkan dengan Nobel Prize for Literature. Kerajaan Russia bersetuju untuk membebaskan Anatoly demi menghadiri majlis penyampaian anugerah tersebut. Sayangnya, suatu kejadian yang tidak diduga berlaku beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Dan Harry Clifton tidak pernah menyangka beginilah pengakhiran episod perjuangannya demi membela sahabatnya itu. 




Akhirnya.....Baru sekarang Patung Beruang dapat siapkan book review untuk Volume ke-6 ini. Mencabar juga sebab Patung Beruang terlupa untuk update Volume ke-4 dan ke-5. Itu yang sampai 3 Book Review Patung Beruang tulis hari ini. 

Untuk Volume ke-6 ini, isu banyak berkisar tentang survival of Lady Virginia. Sebagai seorang yang sangat licik, dia sanggup buat apa saja asalkan dia dapat hidup senang tanpa perlu bersusah payah.

Selain itu Patung Beruang geram  juga dengan 2 partner in crime Lady Virginia iaitu Adrian Sloane dan Desmond Mellor. Mereka bertiga ini memang tidak boleh hidup dengan tenang selagi keluarga Barrington dan Clifton tidak jatuh. Pelik betul dengan manusia yang ada perangai macam ini, huhuhu...

Oh ye, kesian juga pada Sebastian Clifton kerana watak Priya terlalu singkat umurnya. Yang pasti, di akhir Volume ke-6 ini, kisah cinta Sebastian akan berakhir dengan gembira. Bagaimana? Dengan siapa? Jeng jeng jeng.. 



Baiklah, jam pun dah pukul 12.15 AM ini. Patung Beruang pun dah mengantuk sangat.

Esok Patung Beruang bolehlah baca buku yang lain pula. Patung Beruang dah beli Volume ke-7 aka Final Volume untuk Clifton Chronicles ini. Cuma tak rasa nak baca lagi sebab Patung Beruang takut nak membayangkan apa kesudahan kisah 2 keluarga ini....Jadi, buat masa ini Patung Beruang berehat sebentar dari Archer ye.. 

Selamat malam... 

Saturday, March 28, 2020

Book Review : Mightier Than the Sword

Tajuk : Mightier Than the Sword

Penulis : Jeffrey Archer

Menariknya Naskah Ini : 

Baiklah, ini adalah Volume ke-5 dalam Clifton Chronicles. Naskah yang mempunyai 493 mukasurat ini bermula dengan adegan letupan bom ketika pelayaran MV Buckingham, kapal persiaran mewah terbaru milik Barrington Shipping Company.

Dengan kepantasan dan kecekapan officer dan pihak berkuasa di atas kapal, bom tersebut berjaya diletupkan di tengah laut instead of diatas kapal. Tindakan ini telah menyelamatkan nyawa semua yang berada diatas kapal.

Pihak berkuasa, ahli lembaga pengarah Barrington Shipping Company serta kedua-dua  keluarga Barrington dan Clifton sedaya upaya menyembunyikan kejadian letupan bom ini dari diketahui public. Mereka sedar jika kejadian ini mendapat liputan, ia akan merosakkan reputasi Barrington Shipping Company, sekaligus boleh menyebabkan harga saham syarikat jatuh merudum. 

Namun, tindakan untuk melindungi peristiwa tersebut dari liputan awam tidaklah semudah disangka. Lady Virginia Fenwick yang memang berdendam dengan Emma, berusaha sedaya upaya untuk membongkarkan kisah itu. Kemuncaknya adalah apabila mereka bertikam lidah di Annual General Meeting (AGM) dimana Emma mendedahkan muslihat keji Lady Virginia memanipulasi harga saham Barrington, dihadapan semua pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Barrington.

Justeru, Lady Virginia memfailkan saman keatas Emma diatas statement yang dikeluarkan wanita itu ketika AGM.



Harry Clifton dilantik sebagai President English PEN, sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh barisan penulis di seluruh dunia yang bermula sejak 1920-an. Dengan menggunakan jawatan President, Harry memulakan kempen pembebasan penulis Rusia yang bernama Anatoly Babakov. 

Sebagai seorang yang berkerja bertahun-tahun bersama Comrade Stalin, Anatoly melihat sisi sebenar lelaki itu yang disembunyikan dari pandangan umum. Selama bertahun-tahun, setiap malam Anatoly akan menulis segala yang berlaku pada hari tersebut sebagai simpanan dirinya dan juga khazanah masa depan. Setelah bersara, Anatoly cuba untuk menerbitkan tulisannya itu yang bertajuk Uncle Joe. 

Sayangnya tulisannya itu tidak diterima oleh pihak berkuasa Rusia. Kesemua buku cetakan Uncle Joe telah dirampas dan dimusnahkan. Anatoly pula ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan menyebarkan cerita palsu tentang Stalin. 


Harry diperkenalkan kepada Yelena, isteri Anatoly. Dari Yelena, Harry mula tahu bahawa terdapatnya satu salinan naskah Uncle Joe yang berjaya disembunyikan di sebuah kedai buku lama di Russia. Dan itulah satu-satunya naskah fizikal Uncle Joe yang masih wujud. Maka, Harry ditugaskan untuk membawa keluar naskah tersebut dari Rusia dan  menerbitkannya seperti yang dihajati oleh Anatoly. 

Malangnya Harry ditangkap oleh pihak berkuasa Rusia ketika sedang cuba membawa keluar naskah Uncle Joe dan Harry dihukum penjaraBagi menunjukkan betapa seriusnya kesalahan Harry, kerajaan Rusia telah meletakkan Harry dalam satu sel yang sama dengan Anatoly.  

Di dalam penjara, setiap hari Anatoly akan berkongsi setiap isi kandungan naskah Uncle Joe kepada Harry. Sehingga akhirnya Harry berjaya menghafal keseluruhan naskah tersebut. 

Selepas dibebaskan dari penjara, Harry terus dihantar pulang ke England. Sejurus saja kapal terbang yang dinaiki Harry keluar dari ruang udara Rusia, Harry mula menulis setiap patah perkataan yang dihafalnya dari naskah Uncle Joe. Misinya hanya satu, ingin memastikan naskah Uncle Joe sampai ke tangan masyarakat agar mereka mengetahui keadaan sebenar regim Soviet ketika itu. 



Sir Giles Barrington kini adalah menteri di Crown dan mula memasang impian untuk menjawat jawatan lebih tinggi di dalam politk. Namun, lawatan rasmi Giles ke Berlin yang pada asalnya adalah atas tujuan kerja telah menjadi sebaliknya apabila Giles terpikat pada Karin, wanita yang ditugaskan untuk menjadi penterjemahnya. 

Tetapi adakah Karin juga jatuh hati pada Giles ataupun dia mempunyai misi tersendiri? Apatah lagi apabila seorang lelaki bernama Pengelly menghubungi Giles dan mengaku dirinya adalah ayah Karin. 


Sebastian Clifton yang sedang berkhidmat di Farthings Bank semakin seronok dengan kerjaya bankers sehingga mampu mendaki ke jawatan tinggi dalam tempoh yang singkat. Namun, ada harga yang perlu dibayarnya. 

Sebastian dan Samantha berpisah. Sayangnya perpisahan tersebut berlaku ketika Samantha sedang mengandungkan anak mereka, Jessica. 

Tatkala Sebastian menyedari kesilapannya meninggalkan Samantha, Sebastian terbang ke Amerika dengan misi memujuk wanita tersebut. Sayangnya ketika itu Samantha dilihat sudah berkahwin dengan lelaki lain. Tetapi suami barunya sedang koma dan Samantha setia menjaganya. 

Jessica membesar sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan sangat berbakat dalam seni lukisan. Secara senyap-senyap, Sebastian menghubungi sekolah Jessica dan menawarkan untuk menanggung kesemua perbelanjaan persekolahannya termasuklah kelas tambahan sehingga Jessica tamat persekolahan. 

Kejayaan Sebastian di Farthings Bank menimbulkan rasa cemburu pada Adrian Sloane yang menganggap Sebastian sebagai seterunya. Persaingan antara dua bankers ini menyebabkan Adrian menggunakan taktik keji untuk menjatuhkan Sebastian. 

Adakah taktik Adrian berjaya atau taktiknya itu memakan dirinya sendiri?



Untuk Volume ke-6 ini banyak adegan yang mendebarkan seperti kejadian bom di atas MV Buckingham dan proses Harry menulis semula Uncle Joe diatas kertas BOAC di dalam flight, di belakang inflight menu kad sehinggalah ke bergulung tisu tandas. Ternyata bakat photographic memory yang dimiliki Harry benar-benar membantunya untuk menyelamatkan master piece Anatoly Babakov. 

Selain itu, kes saman antara Lady Virginia Fenwick dan Emma juga menarik untuk diikuti. Kemuncaknya apabila salah seorang boneka Lady Virginia menulis sepucuk surat kepada mahkamah sebelum menembak dirinya sendiri. Apa kandungan isi surat tersebut? 
Dan adakah surat tersebut memberi kelebihan kepada Lady Virginia ataupun Emma? ......

Book Review : Be Careful What You Wish For

Tajuk : Be Careful What You Wish For

Penulis : Jeffrey Archer

Menariknya Naskah Ini : 



Sebenarnya Patung Beruang sedang tulis book review untuk Volume ke 6 dalam Clifton Chronicles. Ketika sedang masukkan hyperlink, Patung Beruang baru perasan yang book review untuk Volume 4 dan 5 tiada di sini, huhuhu....


Maaf ye sebab Patung Beruang betul-betul terlupa untuk document kan disini. Rasanya selepas habis baca tu, Patung Beruang terus busy dengan kerja ataupun excited start baca buku baru. Tu yang tertinggal terus.

Be Careful What You Wish For adalah volume ke-4 dalam Clifton Chronicles selepas:




Patung Beruang ada insert link di setiap tajuk diatas. Jadi kalau nak baca book review, klik saja tajuk-tajuk yang berkenaan ye.



Untuk Volume ke-4 ini, Harry dan Emma bergegas ke hospital setelah mengetahui anak lelaki tunggal mereka, Sebastian Clifton dan sahabat baiknya, Bruno Martinez terbabit dengan kemalangan. Malangnya Bruno Martinez mati ditempat kejadian. 

Kemalangan tersebut sebenarnya sengaja dirancang oleh Don Pedro Martinez demi membunuh Sebastian. Malangnya, dia tidak menyangka Bruno juga ada didalam kenderaan tersebut. Kegagalan rancangan menambahkan lagi kemarahan dan dendam Don Pedro Martinez kepada seluruh keluarga Clifton dan Barrington.



Selepas Ross Buchanan dipaksa untuk melepaskan jawatan Chairman di Barrington Shipping Company, Emma berhasrat untuk menduduki jawatan tersebut. Dalam masa yang sama, oleh kerana dendam, Don Pedro Martinez merancang untuk meletakkan Major Alex Fisher sebagai bonekanya, didalam ahli lembaga pengarah Barrington Shipping Company.

Dalam masa yang sama, Barrington Shipping Company akan memulakan pembinaan kapal baru dalam kategori luxury liner, yang dinamakan MV Buckingham. Disebabkan itu, Don Pedro dan Major Alex Fisher mula merancang cara untuk menggagalkan pembinaan kapal tersebut yang bakal membuatkan Barrington Shipping Company menanggung kos yang sangat tinggi dan berpontensi menyebabkan syarikat tersebut tersungkur.

Jatuhnya Barrington Shipping Company bermakna jatuhlah legasi keluarga Barrington.



Jessica, anak angkat Harry dan Emma menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Slade Academy of Art. Ia tidak menghairankan memandangkan bakat seni Jessica sangat mengagumkan. Di Academy, Jessica jatuh cinta dengan Clive Bingham, yang merupakan salah seorang pelajar di Academy yang sama.

Clive melamar Jessica dan kedua-dua keluarga iaitu Bingham dan Clifton sangat gembira dengan berita ini dan mula membuat persiapan perkahwinan. Namun, segala-galanya bertukar apabila Priscilla Bingham, bakal mertua Jessica, didatangi oleh kawan lamanya iaitu Lady Virginia Fenwick.

Lady Virginia, bekas isteri Sir Giles Barrington mula meracun keluarga Bingham dengan dongeng cerita-cerita buruk keluarga Barrington dan Clifton. Kemuncaknya, hubungan Clive dan Jessica ditentang hebat oleh Priscilla Bingham yang akhirnya menyebabkan Jessica nekad membunuh diri.



Selain itu, seorang lelaki dari Yorkshire bernama Cedric Hardcastle menyertai ahli lembaga pengarah Barrington Shipping Company. Kehadirannya yang tiba-tiba menimbulkan persoalan siapa sebenarnya Cedric dan dia mewakili kem yang mana? Adakah kem Emma Barrington ataupun kem Alex Fisher dan Don Pedro Martinez?




Archer dan kejutan memang tidak dapat dipisahkan.

Dalam Volume ke-4 ini, antara perkara yang mengejutkan adalah apabila Archer mematikan watak Jessica. Mungkin Archer tidak mahu menambahkan lagi konflik yang sedia ada dalam keluarga Barrington dan Clifton.

Status Jessica sebagai anak  luar nikah mendiang Sir Hugo Barrington dan Olga hanya akan merumitkan keadaan. Ini bermakna secara tidak langsung Jessica adalah adik kepada Sir Giles dan Emma. Tetapi bagi Sebastian, Jessica adalah adiknya instead of ibu saudaranya.

Patung Beruang paling sakit hati dengan watak Lady Virginia Fenwick. Harap muka saja cantik, tapi perangai hodoh. Sangat sombong, kurang ajar, suka berlagak, hati busuk dan sangat licik. Pelik juga, macam mana lah Sir Giles boleh jatuh cinta dengan wanita ini. Nasib baiklah family members Barrington yang lain nampak true colours Lady Virginia ini, huhu...  Kalau tidak, mungkin dah lama merempat keluarga Barrington ini.... 

Thursday, March 26, 2020

Book Review : Corporate Fraud, The Human Factor

Tajuk : Corporate Fraud, The Human Factor

Penulis : Maryam Hussain 

Menariknya Naskah Ini : 

Patung Beruang baru saja sudahkan pembacaan buku ini malam tadi. Kiranya fresh from oven lah ni, hehe.. 

Naskah Corporate Fraud ini Patung Beruang jumpa ketika melawat Pasar Buku di Perpustakaan Awam Bangi. Kenapa nama dia Pasar Buku? Sebab ia memang literally macam pasar. Buku-buku di letakkan di atas tikar, or diatas meja untuk para pembeli memilih dan jika berkenan, duit bertukar tangan dan pembeli boleh membawa pulang buku yang dihajati. 

Di Pasar Buku itu terdapat buku-buku baru, buku-buku prelove dan juga buku-buku lama yang boleh dimiliki untuk dijadikan koleksi. Malah buku Corporate Fraud ini Patung Beruang beli dengan harga RM20 sahaja. Sangat murah kan.. 



Corporate fraud bukanlah satu benda yang alien untuk kita. Di mana-mana saja, di negara mana sekalipun pasti akan ada kes corporate fraud. Cuma antara kita tahu atau tidak, antara kita sedar atau tidak. 

Apa yang dimaksudkan dengan fraud? Apa pula bezanya dengan corruption? Basically, definisi yang sering digunapakai untuk kedua-dua term ini adalah:

  • A corrupt practice is the offering, giving, receiving or soliciting, directly or indirectly, of anything of value to influence improperly the actions of another party. 
  • A fraudulent practice is any act or omission, including a misrepresentation, that knowingly or recklessly misleads, or attempts to mislead, a party to obtain a financial or other benefit or to avoid an obligation. 
See, ada perbezaan antara keduanya kan? 

Selain itu, ada juga kes yang diklasifikasikan sebagai fraud, walaupun mempunyai monetary impact yang kecil tetapi kekerapannya sangat tinggi. Contohnya pemalsuan invoice, fabrication of small claims or small token (or kickbacks) to secure contracts.  These "ordinary" frauds may be committed by individuals at any level in the organisation. 


Siapa yang berpontensi untuk jadi fraudster (orang yang melakukan fraud)? Atau adakah terdapat profiling for these "ordinary" fraudster? 

Berdasarkan kajian dari Association of Certified Fraud Examiner ("ACFE"), profiling fraudster itu boleh dilihat dari beberapa dimensions iaitu:
  • Umur : Kebanyakkan fraudster adalah dikalangan mereka yang berumur 31 - 45 tahun. Selain itu, kejadian juga menunjukkan lagi tinggi umur seseorang fraudster itu, lagi besar kesan kerosakan akibat fraud yang dilakukannya. Ini mungkin disebabkan oleh semakin berusia seseorang pekerja, keinginan dan komitmen kewangan mereka juga semakin tinggi. Dan ini adalah antara factor (bukan satu-satunya) yang menyebabkan mereka menjadi fraudster. 
  • Tempoh berkhidmat : Sangat sedikit fraud dilakukan oleh mereka yang  berkhidmat kurang dari setahun di organisasi tersebut. Kebanyakkan yang melakukan fraud adalah mereka yang telah berkhidmat 3 tahun dan keatas. Malah, lagi lama mereka berada di organisasi tersebut, lagi besar fraud yang dilakukan. Ini disebabkan oleh mereka sudah sangat mahir dengan selok belok process dan control yang ada, oleh itu mereka mempunyai ample time untuk mencari jalan bagi divert the process, atau avoid the control. Selain itu, kemungkinan juga mereka mempunyai authority yang membolehkan mereka bypass the system / control, sekaligus menyembunyikan salah laku mereka. 
  • Jantina : Ok, ini bukan tuduhan tetapi ia adalah berdasarkan kajian ye. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ACFE, 70% fraud kes adalah dilakukan oleh lelaki. Statistic ini mungkin boleh berubah kerana pada masa ini terdapat peningkatan terdapat kaum wanita yang memasuki alam pekerjaan, sama ada di peringkat bawahan, eksekutif biasa, middle management ataupun top management. 
  • Tahap pendidikan : Kajian menunjukkan lebih dari separuh fraudster mempunyai sekurang-kurangnya ijazah. 


Dalam Fraud Triangle, penulis menceritakan mengapa dan bagaimana seseorang itu boleh melakukan fraud. Triangle pertama dipanggil Motivation. Motivasi untuk melakukan fraud ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada, ataupun untuk mengekalkan peluang pekerjaan kepada pekerja sedia ada, di zaman kemelesetan (yang ini walaupun niat dia macam "baik", tapi niat tidak menghalalkan cara ye..


Triangle kedua adalah Opportunity. Peluang untuk fraudster to make changes, decisions or transactions necessary to achieve his aims. Peluang ini mungkin disebabkan oleh preventive controls that does not work properly, or he has the designated authority in that area, or a board places such trust in one individual that he is able to bypass every control and make entirely autonomous decisions. See, the key word here is  "entirely autonomous decisions"..  Buatlah due diligence ke, tender eveluation, price comparison, proposal comparison or whatever lah but at the end, kuasa veto atau final decision hanya ada pada 1 orang ini saja..  So what the point having all those evaluation, right?? Sangat bahaya sebenarnya, huhuhu..


Triangle ketiga dan terakhir adalah Rationalisation. Sesetengah pihak berpendapat ini adalah key elemen mengapa berlakunya fraud, walaupun ia sukar untuk dikenalpasti. Jika motivation dan opportunity itu kita boleh nampak, tapi rationalisation ini lebih kepada fraudsters itu percaya yang dia mempunyai alasan tersendiri diatas kelakuannya itu. Contohnya, dia beranggapan yang dia hanya meminjam sebentar wang syarikat dan akan bayar balik di kemudian hari. Atau, dia merasakan dia telah berusaha keras untuk membawa contract masuk ke dalam syarikat. Oleh itu wajarlah jika dia mengambil sesuatu (sedikit) sebagai imbuhan untuk diri sendiri. 

Secara ringkasnya, fraud berpotensi berlaku apabila fraudster ada keinginan yang perlu dilunaskan dan dia melihat terdapat peluang atau ruang yang membolehkan dia melaksanakan rancangannya tanpa dicekup. Dan dia merasakan setiap tindakannya itu adalah justifiable. 



Naskah ini juga membincangkan tentang fraud detection, how we need to build the intelligent company to stay ahead fraud, fraud investigation and what problems we should anticipate during the investigation process, asset tracing as a tools to recover the money that they stole, how if we facing with corporate irresponsibility, cybercrime and their challenges, and finally is the future of fraud. 


Selain itu, ada beberapa real fraud case yang dibentangkan di dalam naskah ini antaranya adalah Satyam yang berlaku di India. 

Ok, case Satyam ini sangat famous sebenarnya. Malah sesiapa yang attend course on Corporate Liability Provision Under Section 17A Malaysian Anti Corruption Commission ("MACC") Act 2009 majoritnya akan nampak case study Satyam dalam training material mereka. 

Basically, Satyam adalah sebuah syarikat terkemuka di India yang diasaskan pada tahun 1987 dan diketuai oleh Raju brothers. Pada tahun 2001 saham Satyam diniagakan di New York Stock Exchange. Hebat kan???

Pada January 2009, Ramalinga Raju telah membuat satu pengakuan that he manipulating the reported financial performance of Satyam by systematically overstating revenues, assets and even its number of employees. 

Subsequent investigations, they found that Satyam's revenues had been overstated by a total of more than $840 million, supported by a complex system of forged invoices, forged bank statements and manipulated accounting entries. 

Besides, they also fabricated board resolutions in order to obtain $260 million of bank loans and acquire land and property with a value of $74 million through shell companies. 

Eventually, Raju resigned from the board, arrested and charged with criminal conspiracy, breach of trust and forgery, among other offences..... 




Generally, buku ini sangat menarik sebab ia dekat dengan bidang kerja Patung Beruang, hehe.... 

Baiklah, menarik sebab banyak perkara yang ditulis sebenarnya adalah apa yang berlaku di luar sana. Realitinya kita memang tidak boleh lari dari corporate fraud. Buat lah macam mana pun, selagi ia melibatkan manusia pasti risiko untuk berlaku fraud itu tetap ada. 

Oh ye, naskah ini juga ada menyentuh sedikit tentang Corporate Liability. Basically, it is a good practice. 

Di Malaysia, Section 17A MACC Act 2009 akan dikuatkuasakan pada 1 June 2020. Maknanya, selepas ini jika berlaku fraud atau corruption, si pelaku dan organisasi termasuk ahli lembaga pengarah juga akan didakwa di mahkamah. Melainkan organisasi dapat membuktikan yang mereka sudah mengambil langkah yang sewajarnya to avoid that kind of conduct. Langkah yang sewajarnya could be asset declaration, conflict of interest declaration, proper procedure in place, proper due diligence, awareness etc....




p/s: Maaf sebab entry kali ini Patung Beruang banyak campur adukkan bahasa Melayu dan Inggeris. Sebenarnya untuk naskah ini Patung Beruang lebih selesa tulis dalam bahasa Inggeris tapi takut jadi macam audit report pula nanti, hehe... maaf kan lah kekurangan dan kelemahan bahasa saya.... huhu.. 

Tuesday, March 24, 2020

Book Review : Orkes Masyarakat Manusiawi

Tajuk : Orkes Masyarakat Manusiawi 

Penulis : Dr Maszlee Malik

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah Orkes Masyarakat Manusiawi ini Patung Beruang selesai membaca pada petang tadi, just nice before azan Maghrib. Naskah setebal 300 mukasurat ini mengambil masa beberapa hari juga lah untuk Patung Beruang habiskan. 

Naskah yang dibeli di Big Bad Wolf pada bulan December 2019 mengandungi 31 artikel yang menarik dan dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu:


  • Persoalan Metod
  • Masyarakat Madani : Satu Pandangan
  • Isu-Isu Kemasyarakatan Dan Sudut Pandang Islam Madani
  • Fiqh Kewarganegaraan Dan Islam Madani
  • Isu-Isu Politik Semasa Dan Islam Madani
  • Pendidikan Dan Islam Madani


Antara artikel yang menarik perhatian Patung Beruang adalah artikel ke-3 bertajuk Dimensi Madani Melalui Fiqh Taysir (Fiqh Yang Memudahkan), Dalam artikel ini penulis menyentuh tentang realiti hari ini yang menyaksikan ramai umat Islam sudah tidak berminat dengan Islam, apatah lagi yang bukan Islam. Sebab utamanya adalah kerana kejahilan dan kelemahan iman mereka. Tetapi faktor doktrin agama yang sempit juga turut menyumbang kepada trend tersebut. 

Ramai kalangan umat Islam moden yang bosan melihat Islam yang disempitkan dengan hukum-hakam lama yang bersifat rigid, yang diwarisi dari zaman lampau. Akibatnya, Islam tidak dilihat sebagai penyelesaian kepada kehidupan manusia moden. 

Didalam buku Taysir al-Fiqh karya al-Qaradawi ada menyatakan mengapa fiqh pada zaman moden ini perlu dimudahkan dan apa yang dimaksudkan dengan kemudahan tersebut adalah: 
  • Memudahkan metod yang dibawa oleh al-Quran. Sebagai contoh, ayat mengenai bersuci, Allah berfirman dalam surah al-Ma'ida ayat ke-6: "Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur."
  • Memudahkan fiqh bertepatan dengan petunjuk daripada Nabi Muhammad SAW. Meneliti keperibadian Rasulullah SAW, kita akan menyedari bahawa beliau adalah manusia yang paling memudahkan dan paling keras melawan pelampauan dan berlebih-lebihan dalam agama. 
  • Memudahkan fiqh adalah metod para sahabat. Contohnya, sejarah Islam telah mengenali sifat tegar Ibn Umar dan juga sifat mudah Ibn 'Abbas. Namun tiada sahabat lain yang mengingkari Ibn Abbas dan memaksanya supaya mengikuti sikap Ibn Umar.   Selain itu, para sahabat memilih manhaj yang memudahkan dan meringankan kerana mereka mendapati ia ialah manhaj al-Quran dan manhaj agama ini. Seperti contoh manhaj yang mensyariatkan rukshah (keringanan) ketika sakit dan pelayaran. Juga mengharuskan tayammum bagi sesiapa yang tidak mempunyai air. 


Penulis juga membincangkan Konsep Madani Daripada Sahifah Madinah (Piagam Madinah) seperti yang terkandung didalam artikel ke-17. Umat Islam tidak akan pernah lupa tentang Piagam Madinah yang merupakan dokumen politik pertama yang dihasilkan oleh Rasulullah SAW seawal hijrah Baginda dan juga para Muhajirin ke Madinah. Terdapat beberapa prinsip yang boleh difahami daripada Piagam Madinah antaranya seperti: 
  • Penegasan terhadap konsep ummah. Muslim daripada kalangan Muhajirin yang dianggap sebagai pendatang, dan kaum peribumi Madinah iaitu Ansar bolehlah dianggap sebagai satu ummah, iaitu ummah satu akidah.
  • Negara Madinah merupakan negara terbuka yang menerima sesiapa saja yang ingin menjadi warganya, dengan syarat mereka bersama mendiami Madinah dan mempertahankannya bersama-sama dengan warga Madinah yang lain.
  • Pengiktirafan terhadap realiti masyarakat majmuk. Ini dapat dilihat apabila setiap pihak yang terlibat daripada kabilah-kabilah penduduk Yathrib dan juga golongan Muhajirin disebut satu persatu dalam Piagam ini. Golongan Musryik juga diberikan pengiktirafan dan tidak pun dipaksa meninggalkan agama mereka, dengan syarat mereka perlu memberikan kesetiaan untuk membela dan mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. 
  • Pengiktirafan terhadap perbezaan agama dan juga kumpulan atau pada hari ini disebut sebagai kebebasan beragama dan berkumpulan. 
  • Pengiktirafan terhadap konvensyen atau 'urf setempat yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Bermakna setiap pihak dibenarkan untuk mengekalkan budaya atau adat dalam urusan sesama mereka selagi ia tidak menyalahi prinsip-prinsip Islam. 
  • Penetapan ketua negara sebagai asas kepada sesebuah perlembagaan, yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan kepada penduduk Madinah sekiranya timbul sebarang pertelingkahan. 
  • Penegasan bahawa al-Quran dan sunnah merupakan sumber rujukan perundangan negara. 
  • Hubungan dan kerjasama diplomatik dengan pihak luar adalah urusan negara dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadi warga Madinah.  Ini sebenarnya adalah satu peringatan kepada kabilah-kabilah agar menghormati prinsip bernegara dan tidak hidup dalam kepuakan. 
Walaupun begitu terdapat beberapa komentar berkenaan Piagam Madinah seperti ia hanyalah dokumen ringkas berkaitan negara kota dan tidak menyediakan perbincangan komprehensif mengenai konsep bernegara seperti mana-mana perlembagaan negara moden sekarang. 

Namun, Piagam Madinah yang terhasil 1400 tahun yang lalu ini sebenarnya adalah sesuatu yang unik pada zamannya, menjadi pencetus ke arah kehidupan masyarakat bertamadun yang ditegakkan atas konsep kontrak sosial dan keluhuran perlembagaan. 



Selain konsep fiqh dalam Islam, kewarganegaraan dan politik, penulis juga turut menyentuh tentang sistem pendidikan di Malaysia, cabaran yang dihadapi oleh para guru dan kesannya kepada para pelajar atau generasi muda masa kini. 

Penulis menegur tentang situasi hari laporan yang diadakan oleh pihak sekolah dimana ibu bapa dijemput untuk mendengar pembentangan ataupun diskusi tentang prestasi anak mereka di sekolah. Namun sedihnya, hari laporan ini seringkali dijadikan sebagai medium para guru dan ibu bapa untuk mendedahkan 1001 kelemahan dan kekurangan pelajar dihadapan pelajar tersebut. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak segan silu meluahkan kemarahan mereka kepada si anak, dihadapan guru dan mungkin juga dihadapan ibu bapa pelajar lain. 

Kesannya?? Ia hanya menjatuhkan self esteem pelajar itu. Seolah-olah dirinya tiada harga diri, sangat tidak berguna sehingga menyusahkan guru-guru disekolah. Secara tidak langsung, pendekatan ini terlihat sebagai kita iaitu ibu bapa dan para guru meletakkan beban kesalahan dibahu pelajar itu semata-mata. 

Ini bukanlah mentaliti dan sikap masyarakat negara maju. Di negara maju, adalah sangat tidak berintegiriti apabila guru menceritakan perkara negative tentang pelajar kepada ibu bapanya dihadapan pelajar itu sendiri. Serta sangat tidak bertamadun apabila ibu bapa memarahi apatah lagi menengking atau memukul pelajar dihadapan guru. 

Penulis juga menyentuh tentang isu beban kerja para guru yang disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga matlamat utama mereka untuk mendidik dan memberi harapan kepada pelajar agar menjadi manusia berguna yang mempunyai peranan di dalam masyarakat, tersasar. 



Artikel-artikel di dalam naskah ini menarik. Walaupun topiknya pelbagai dan berat sedikit, namun ia tetap mampu dihadam oleh pembaca. 

Cuma mungkin susunan artikel boleh diperbaiki kerana momentum untuk naskah ini hanya Patung Beruang perolehi apabila sudah separuh naskah dibaca. Apapun, banyak pandangan menarik dan bernas yang dikongsikan di dalam naskah ini dan ia tidak bias, baik dari segi politik, agama dan konsep kehidupan seharian. 

Sunday, March 22, 2020

Kisah RMO

Assalamualaikum wbt...

Hari ini, Ahad adalah hari ke-5 kita di Malaysia menjalani Restrictions Movement Order ("RMO"). Suasana dan pengalaman yang baru untuk kita. 

Hari pertama RMO dikuatkuasakan, Patung Beruang masih lagi bekerja. Pada hari tersebut, Managament akhirnya finalise how we are going to handle this situation. Operasi kami berjalan seperti biasa sebab kapal beroperasi 24/7. Nature of our business termasuk dalam kategori essentials. Cuma kami terpaksa buat giliran siapa yang bekerja di ofis dan siapa pula yang berkerja di rumah. Communication tetap berlaku samaada melalui email, whatsapp atau phone calls. 

Dengan staff yang terhad di pejabat, kami berusaha meminimakan risiko berlakunya jangkitan. Setiap hari receptionist akan amik bacaan temperature setiap staff dan direkodkan dalam document. Walaupun kami sudah ada giliran untuk bekerja di ofis, jika staff merasakan mereka tidak sihat dan berisiko kepada orang disekeliling, mereka ditegah dari hadir ke ofis. 

Walaupun Perdana Menteri membuat pengumuman tentang RMO pada hari Isnin, namun ia hanya berkuatkuasa pada hari Rabu iaitu lusanya. Sebenarnya cara tersebut bagus sebab ia memberi peluang kepada semua pihak untuk membuat persiapan yang sepatutnya.

Perkara basic, bila staff diarahkan bekerja di rumah, IT kena memastikan access ke sistem syarikat boleh berjalan dengan lancar terutamanya jika selama ini access hanya dibenarkan melalui intranet saja. 

Waktu-waktu ini lah kita akan lihat keberkesanan Disaster Recovery Plan ("DRP") atau Business Continuity Plan ("BCP") sesuatu organisasi tersebut. 

Banyak organisasi diluar sana memandang ringan dengan DRP atau BCP. Bagi mereka, tak perlulah ada benda-benda ini semua sebab Malaysia bukannya ada gempa bumi atau tsunami ke, atau letusan gunung berapi ke.. Lagi satu, ofis semua tinggi-tinggi, takkan berlaku banjir lah yang menyebabkan kita tak boleh masuk ofis. Tak kan ada disaster lah.. 

Tapi siapa sangka Covid-19 ini melanda negara kita sehingga mencetuskan situasi RMO seperti sekarang?  

See... tak perlu banjir, gempa bumi, tsunami atau letusan gunung berapi pun kan.. 

So far, untuk organisasi Patung Beruang, Alhamdulillah we still able to access our shared folder, access to our internal system although we are working from home. As long as we have internet, tak kisah lah Unifi ke, broadband ke or hotspot dari our data plan ke we can do our work comfortably. Alhamdulillah... 



Semenjak RMO ini ada beberapa perubahan positif yang Patung Beruang hadapi. 1st, Patung Beruang boleh solat awal waktu tanpa gangguan. Kita yang susun kerja kita. Kita yang susun masa kita. Yang penting kerja siap. 

2nd, berpeluang untuk membaca Al-Quran setiap hari antara waktu Maghrib dan Isyak. Ya Allah, seronoknya... Dulu, solat Maghrib sama ada di ofis, di surau RnR atau surau LRT station. Baca Al-Quran pula biasanya di hujung minggu. Kalau hari bekerja, samaada Patung Beruang curi-curi baca sekejap waktu pagi before kerja, or ketika lunch. Sekarang ni bila boleh bersedia untuk Maghrib dan solat dengan tenang, terasa lain sangat. 

Rumah Patung Beruang memang akan dengar azan dan bacaan Imam setiap kali solat Maghrib dan Isyak. Boleh dengar bacaan "Aamiin" dari makmum lagi. Tapi sejak RMO ini, hanya kedengaran azan saja. Itupun adakalanya azan yang dilaungkan bernada sedih. Tiada lagi kedengaran bacaan Imam seperti kebiasaannnya. So sad, huhu... 

3rd, our siblings whatsapp group sangat aktif setiap hari, hehe.. 

Hari-hari kami akan dimulai dengan daily report dari Hannah, biasanya memaparkan wajah comel si kecil ini yang tersenyum gembira setiap hari. Macam-macam aksi ada. 

Kadang-kadang tu setiap hari berkeping-keping pictures kak chik masukkan dalam group ini. Gambar Hannah baru bangun tido, lepas mandi, tengah bermain, tengah nak tido, tengah tido, tengah baca buku, macam-macam lah... 

Bila tengok gambar Hannah, buat hati ini rasa nakkkkk sangat balik Melaka. Jumpa Hannah, jumpa my parents..

Tapi keadaan tidak mengizinkan..  Area KL dan Selangor adalah hot area. Patung Beruang takut kalau-kalau Patung Beruang adalah carrier dan berpotensi untuk menyebarkan kepada orang lain. Yelah, walaupun setahunya diri ini tiada direct contact dengan mereka yang dijangkiti tetapi itu tidak bermakna virus tersebut tiada disekeliling kita.. 

Sedih sebenarnya bila mengenangkan keadaan ini. Yelah, siapalah yang tak rindu pada family.. Tapi rindu macam mana pun, Patung Beruang kenalah tahan. Kesihatan mereka dan Patung Beruang adalah priority utama. Jadi bersabar je lah.... huhuhu.. 

Selain gambar Hannah, we keep on updating our menu.. Menu lunch lah, hi tea lah, dinner lah.. Tapi semua menu simple2 asalkan boleh dimakan. 

Bila dah berada di rumah, rutinnya buat keje, baca buku, mengemas, laundry dan memasak. 

Bila time-time macam ini lah, tekak tu nak makan macam-macam.. Masalahnya bahan-bahan dalam peti sejuk adalah terhad. Plus kita kena berjimat cermat dengan bahan mentah yang ada untuk mengurangkan kekerapan kita keluar rumah.  Jadi kita lodeh je lah apa yang ada. Janji boleh alas perut.

4th, Patung Beruang boleh baca buku dengan senang hati. Ok, jangan salah faham ye. Baca buku hanya ketika waktu malam dan juga hujung minggu. Maknanya, ia langsung tidak mengganggu waktu kerja Patung Beruang. 

Untuk tempoh RMO ini Patung Beruang nak cuba habiskan seberapa banyak buku yang boleh. Jadi, selepas ini bila nampak berderet-deret Book Review disini maknanya usaha Patung Beruang tersebut berjaya. 



Tipulah kalau kata Patung Beruang tidak bosan ketika tempoh RMO ini. Bosan.. Tapi nak buat macam mana? Bukannya boleh keluar rumah sesuka hati. 

Nasib baiklah Iman ada. So Patung Beruang boleh lah juga bersembang dengan Iman. Adalah kawan nak bergosip dan layan Netflix bila masing-masing dah penat buat keje. 

Selain itu, Encik kura-kura pun baik. Duduk je dalam aquarium. Kalau dulu, sehari dalam aquarium, sebulan dia duduk bersembunyi dalam bilik belakanglah, belakang rak tv lah, dalam bilik air lah. Tapi sejak Patung Beruang bagi dia makan lettuce ni, behave pula dia. Mungkin lettuce tu lebih sedap dari pallets. Tu yang dia tak keluar-keluar lagi dari aquarium. Hai.... bela kura-kura pun complicated.. 

Selain Encik kura-kura, Abg Long Kawasan pun rajin datang melawat. Biasanya, pagi-pagi lepas Subuh dah dengar suara Abg Long Kawasan mengeow untuk minta makanan. Lepas makan, dia pun berjalan lah. Entah pergi mana lah agaknya tu. Mungkin melawat kawasan....  



Harap-harap inilah pertama kali dan terakhir kali kita berhadapan dengan RMO ini. Dan harap-harap RMO ini akan berakhir pada 31 Mac ini. 

Honestly, ramai yang terkesan dengan perintah ini. Tapi inilah yang terbaik untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Jadi, nak tak nak, kita kena bersabar lah menempuh masa-masa ini. 

Apapun, buatlah aktiviti yang bermanfaat dan ambil peluang untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Pencipta dan juga our family. Tak boleh jumpa tak bermakna tak ada communication. Boleh call, whatsapp, video call, Skype semualah.. 

Dan pada waktu-waktu sulit begini, hanya pada Allah saja lah yang kita boleh mengadu. Sesungguhnya, Dia lah Sebaik-Baik Perancang.....

Book Review : Kelopak Yang Gugur

Tajuk : Kelopak Yang Gugur 

Penulis : Mohd Fauzi Abdul 

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah ini membawa pembaca kepada kisah kemiskinan Awang dan keluarganya yang sering dicemuh oleh kebanyakkan orang kampung hanya kerana keluarganya miskin, dirinya tidak berpelajaran dan tidak mempunyai kerja tetap. 

Lelaki berusia penghujung 40-an dan buta huruf ini tinggal di Kampung Teluk Sembilang mencari rezeki dengan cara memungut kerang-kerang di laut, mencari besi buruk, memungut tin minuman kosong, mengumpul barangan kitar semula atau mengambil upah menebang dan menebas. 

Pasangan Awang dan Saemah mempunyai 5 orang anak iaitu Haryati, Arman, Hasan, Ani dan Saufi. Usia perkahwinan Awang dan Saemah hampir 17 tahun, seusia dengan anak sulung mereka, Haryati. Ini juga bermakna sudah hampir 17 tahun Awang berpindah ke Kampung Teluk Sembilang, sebuah perkampungan nelayan yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai. 

Sebelum berkahwin, Awang tinggal bersama dengan bapa dan ibu tirinya. Ketika berusia 5 tahun, bapanya Majid bercerai dengan ibu kandungnya. Setelah itu, dia dan bapanya membawa diri, menumpang lori keluar dari utara dan akhirnya berhijrah ke Sekinchan, Selangor. Awang seorang saja yang dipelihara oleh ayahnya. Abang dan adik perempuannya dipelihara oleh ibu mereka di Perlis. 

Selain kemiskinan, keluarga Awang juga diuji dengan kecacatan anak kedua mereka, Arman yang kini berumur 15 tahun. Anak ini lumpuh sejak lahir dan mengalami kecacatan dari pinggang hingga hujung kaki. Namun begitu, otot lengannya besar dan kuat. 

Arman sudah berhenti sekolah seawal usia 13 tahun demi memberi laluan kepada Haryati dan Hasan meneruskan persekolahan. Arman seorang yang tidak banyak bercakap. Jika berkata, suaranya agak keras. Jiwanya sukar dibaca. Kadang-kadang dia hanya berinteraksi melalui ekspresi wajah, gerakan kepala dan jelingan mata saja. 

Sejak akhir-akhir ini Arman menunjukkan sikap yang agresif seperti menghempas pinggan nasi dan menumbuk pintu bilik air sehingga pecah. Semuanya berpunca kerana Saemah menegurnya dengan cara yang melampau. Ada saja perkara yang dirungutkan Saemah. Apa saja kelakuan dan tindakan Arman pasti tidak disenangi Saemah. Sehingga kini Saemah seolah-olah tidak memahami kesusahan dan kepayahan anak keduanya itu dalam menguruskan diri sendiri seharian. 

Saemah, walaupun berbelas-belas tahun hidup didalam kemiskinan, sikap dan perangainya masih tidak berubah. Sering meminta-minta dari Awang, suka membuang masa tidak tentu hala, bermulut lancang dan tahi judi. Agak pelik bunyinya tetapi suri rumah yang seorang ini suka membeli nombor ekor walaupun sudah ditegah berkali-kali oleh Awang. Semuanya kerana Saemah terpengaruh dengan Zahari dan Ameran, kutu di kampung mereka.

Tragedi keluarga Awang bermula apabila Awang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menebang di kawasan hutan simpan kekal dengan upah RM30 sehari. Setelah itu, Awang ditangkap sekali lagi kerana menyimpan barang-barang curi. Kedua-dua kejadian berlaku disebabkan sikap Awang yang mudah percaya pada orang lain menyebabkan dirinya diperangkap oleh mereka yang jahat. 

Ketika polis datang untuk menangkapnya, Awang hilang pertimbangan sehingga menyerang anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Awang dijatuhkan hukuman penjara. 

Kini keluarga Awang hilang tempat bergantung. Perangai tahi judi Saemah semakin menjadi-jadi sehingga sanggup meminjam wang dari along. Namun wang tersebut akhirnya lenyap apabila ditipu oleh Zahari dan Ameran. 

Sebagai anak sulung, Haryati rasa tertekan. Apatah lagi apabila mereka adik-beradik terpaksa berpisah setelah dibawa pergi oleh Jabatan Kebajikan.

Masih adakah sinar untuk keluarga ini bersatu?

Atau mungkin kemiskinan yang melanda menyebabkan mereka sekeluarga terumbang-ambing dan akhirnya terpisah membawa haluan sendiri? 



Naskah Kelopak Yang Gugur ini menggambarkan realiti kehidupan masyarakat kampung, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jauh dari kemajuan, sikap orang kampung yang suka menghukum, kecuaian pemimpin untuk membantu pengikut mereka, sikap malas dan suka berjudi segelintir manusia, miskin yang membawa kepada kekufuran dan 1001 kisah yang sangat "tense" bila kita membacanya. 

Patung Beruang faham ini lah yang berlaku di luar sana. Ye, kejadian itu tiada dihadapan mata kita tetapi itu tidak bermakna ia tidak berlaku atau tidak mungkin berlaku. Cuma kita saja yang tak nampak atau tidak pernah terserempak kerana perbezaan taraf hidup dan sosial, juga perbezaan lingkungan persekitaran. 

Naskah ini sedap sebab berpijak di bumi nyata, cuma again, it tense... Sehingga I keep on asking myself, why this things happen? Why nobody cares? Why? Why? and Why?.... 

Saturday, March 21, 2020

Book Review : Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

Tajuk : Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

Penulis : Syaari Ab Rahman 

Ceritanya Patung Beruang: 

Naskah ini Patung Beruang beli ketika Pesta Buku Selangor (PBS) yang berlangsung awal bulan Mac. Awalnya tak bercadang pun nak pergi PBS sebab Patung Beruang dah target nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini di PWTC. 

Tapi, bila tiba-tiba pengajur keluarkan pengumuman yang PBAKL ditangguhkan sebab wabak Covid-19, Patung Beruang dah rasa OMG, sedihnya!!!!

Finally, hari Jumaat 6 March 2020, selepas waktu kerja, Patung Beruang larilah ke SACC, Shah Alam untuk melawat PBS. Basically, bilangan booth tidak lah sebanyak PBAKL, tapi boleh lah. Publisher yang besar-besar kebanyakkannya ada. Cuma yang Patung Beruang ralat sikit adalah tidak banyak discount yang ditawarkan di sini berbanding PBAKL. 

Untuk bibliophile, lawatan ke PBS dah kira memadai untuk menghilangkan sebentar kesedihan kami kerana penangguhan PBAKL. Selain itu, dikeliling buku-buku yang menarik dan pelbagai genre juga adalah satu escapism untuk kami, hehehe....


Menariknya Naskah Ini:

Naskah Perempuan Baik-Baik Dalam Al-Quran membawa pembaca kepada 8 Bab yang menarik mengenai wanita-wanita hebat, yang diceritakan didalam Al-Quran seperti:
  • Surah Al-Qasas : Ibrah Kisah Ibu Nabi Musa AS
  • Surah Maryam : Perempuan Yang Didatangi Jibrail 
  • Surah Al-Mujadalah : Perempuan Yang Mengadu 
  • Surah At-Tahrim : Perempuan Yang Bisik-Bisik 

Antara yang menarik didalam naskah ini yang dapat Patung Beruang kongsikan disini adalah:  

Dalam Surah An-Nisa, ayat 21 (terjemahannya): 

"Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?" 


Dalam ayat ke-21 diatas terdapat perkataan "miitaqan ghaliizan" yang menggambarkan ikatan perkahwinan, iaitu akad nikah. 

Menariknya, perkataan "miitaqan ghaliizan" ini kemudian berulang pada hujung ayat ke-154, Surah An-Nisa (terjemahannya): 

"Dan Kami telah mengangkat 'Gunung Tursina' ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: 'Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri' dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu', dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya)."

Dalam ayat ke-154 diatas, perkataan "miitaqan ghaliizan" itu merujuk kepada janji antara kaum Bani Israel dengan Allah SWT. Ia berkaitan dengan kisah kaum Bani Israel di mana batu-batu diangkat dan diletakkan di atas kepala mereka disebabkan kebongkakan mereka. Selepas nyawa mereka diragut dengan gempa bumi dan petir, Allah SWT menghidupkan mereka kembali dengan doa Nabi Musa AS. 70 orang kaum Bani Israel yang ketakutan selepas menghadapi kematian ini akhirnya melakukan taubat, baiah dan janji dengan Allah SWT. 

Pengulangan perkataan "miitaqan ghaliizan" yang sama itu menunjukkan perjanjian pernikahan itu adalah sama berat dengan perjanjian kaum Bani Israel dengan Allah SWT. 



Dalam Bab ke-3, penulis berkongsi tentang Surah Maryam dimana ia bermula dengan kisah Maryam memencilkan diri, sebab-sebabnya dan dimana peristiwa tersebut berlaku. 

Ayat ke-20 Surah Maryam (terjemahannya) adalah:
"Maryam menyatakan (dengan cemas), 'Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan seorang perempuan jahat?"

Ayat ke-20 diatas menggunakan kalimah "walam aku baghiyya".  Jika diikutkan pada struktur Arab klasik, kita tidak boleh menggunakan perkataan "aku". Sepatutnya ia berbunyi "walam akun baghiyya" yang bermaksud  "aku tidak pernah menjadi pelacur". 

Dalam 2 ayat ini, perbezaan yang ada hanyalah pada satu huruf yang telah digugurkan iaitu huruf "nun" pada perkataan "akun" menjadi "aku"

"Baghiyya" pula bermaksud melakukan sesuatu yang haram dengan mana-mana lelaki atau mana-mana perempuan. 

Bagi Maryam, perkataan "baghiyya" dengan dirinya seolah-olah langsung tidak boleh berdekatan antara satu sama lain. Bermaksud Maryam tidak kenal apa itu maksiat. Beliau dengan pelacuran itu adalah 2 perkataan yang terlalu asing antara satu sama lain dan janggal jika di letak bersebelahan. Begitulah sucinya Maryam yang Allah SWT gambarkan di dalam ayat ini. 


Selain itu, ayat ke-23 dalam Surah Maryam (terjemahannya) berbunyi: 
"Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!" 

Dalam ayat ini, Maryam meluahkan keinginannya untuk mati bukan kerana sakit untuk melahirkan anak semata-mata. Namun, beliau sudah membayangkan apa yang bakal berlaku apabila tangisan anak ini mula didengari orang ramai. Orang akan mula bertanyakan pelbagai perkara dan satu Baitul Maqdis akan mendapat berita yang Maryam telah melahirkan anak. 

Ucapan beliau yang dirakamkan didalam ayat ke-23 diatas menunjukkan Maryam sanggup mati jika hidupnya pada waktu itu memberikan fitnah kepada agama. Betapa Allah SWT telah menggambarkan dengan jelas yang Maryam ini mengutamakan agama melebihi dirinya.... 



Secara umumnya buku ini sangat bagus untuk membantu kita tadabbur Al-Quran dengan lebih baik. Walaupun hanya ada 8 Bab, namun kupasan yang diberikan oleh penulis sangat jelas untuk kita lebih memahami ayat-ayat Al-Quran yang dinyatakan.

Patung Beruang suka membaca Al-Quran yang disertakan dengan terjemahan dimana habis saja membaca satu mukasurat, Patung Beruang akan membaca terjemahan untuk mukasurat tersebut sebelum beralih ke mukasurat seterusnya. Sebagai seorang yang tidak mahir Bahasa Arab (bukan lah tidak tahu sebab 3 tahun Patung Beruang belajar Bahasa Arab ketika sekolah agama dulu, huhu..),  membaca terjemahan membantu Patung Beruang untuk memahami apa yang disampaikan di dalam Al-Quran itu. 

Namun, apabila membaca buku ini Patung Beruang lebih memahami initipati disebalik ayat-ayat yang diceritakan, sebab-sebab ia diturunkan, sebab-sebab mengapa Allah jadikan susunan ayat itu begitu, hikmah dan pengajaran yang boleh dikutip dari ayat tersebut....

Honestly, it is really a good book and recommended for everyone who has intention to learn more about Al-Quran...   

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...