Penulis: Mitch Albom
Cerita Patung Beruang:
Ini adalah buku ke-18 yang Patung Beruang selesaikan pembacaannya pada tahun lepas, Alhamdulillah...
Patung Beruang ingat lagi, ketika penghujung September 2025, waktu tu di ofis, tiba-tiba Patung Beruang dapat Whatsapp dari Alia. She said that this book sudah masuk Malaysia!!!
Alia ini former officemate Patung Beruang, seorang chartered accountant yang in-charge on financial reporting. Alia banyak bantu Patung Beruang prepare cashflow simulation masa kami dalam fasa stabilkan company. We developed many strategies and simulations just to ensure that company stay afloat and we have enough funds for payroll and operation.
Dari situlah kami berdua makin rapat. Kebetulan, both of us are bibliophiles and berkongsi senarai penulis kegemaran yang sama iaitu Mitch Albom dan Jeffrey Archer. So, lagilah seronok bekerjasama sebab bila stress pasal cashflow, kami sembang sekejap pasal buku.
From that moment, we keep on update each other bila ada buku baru from these authors. Selain itu, kami juga suka share buku yang baru selesai dibaca di Whatsapp Status, and exchange list of interesting or good books to be read either fiction or non-fiction.
Now masing-masing sudah tinggalkan company tersebut but our friendship still remains because of books. The power of bibliophiles, hehehe...
Disebabkan text dari Alia itu, esoknya, selepas kerja Patung Beruang teruslah pergi Kinokuniya, KLCC. Masuk je pintu utama Kino, Patung Beruang nampak pekerja mereka sedang susun buku Twice ini di ruang "New Arrivals". Ya Allah.... Perasaan teruja nampak buku yang dicari-cari ini, tak dapat nak digambarkan. Ibarat macam menang loteri yang hadiahnya adalah unlimited book supplies, regardless of genre and authors, for the rest of my life. I'm in heaven...
Menariknya Naskah Ini:
Twice adalah karya fiction yang membawa pembaca mengenali watak utamanya, Alfie Logan. Alfie mempunyai kebolehan untuk mengulang kembali detik-detik tertentu dalam hidupnya, sekali saja, dengan berkata "twice".
Kebolehan ini disedari oleh Alfie ketika dia berumur 8 tahun, setelah dia menyaksikan kematian ibunya.
Naskah ini bermula dengan keadaan sekarang, dimana Alfie sudah lanjut usia dan kini ditahan di Bahamas setelah dia menang jutaan dolar di sebuah kasino. Pihak polis yakin yang Alfie menipu sehingga membawa kepada kemenangan dalam jumlah yang besar. Tetapi Alfie menafikan dan menjelaskan yang kemenangan tersebut adalah kerana kebolehannya untuk mengulang semula peristiwa yang telah berlaku.
Ketika sesi soal siasat, Alfie memberi diarinya pada Detektif Vincent LaPorta untuk dibaca. Diari tersebut mengandungi kisah kehidupan Alfie dari waktu kecilnya yang penuh rasa sakit (atas kematian ibunya) dan malu (kerana hidup dalam keluarga yang kurang sempurna), hingga perjalanan panjangnya mencari cinta sejati. Dalam tempoh itu, Alfie mengulang kembali detik-detik dalam kehidupannya demi menghindari kesalahan-kesalahan kecil, kesakitan dalam hidup atau juga mengambil risiko dengan melakukan aktiviti extreme, sehinggalah dia bertemu dengan Gianna, wanita yang dirasakannya sebagai cinta sejatinya.
Namun, pengajaran terpahit yang Alfie perolehi dari kebolehannya adalah walaupun dia boleh membetulkan banyak hal dalam kehidupannya, cinta adalah satu-satunya hal yang tidak mampu dibetulkan. Cinta tidak mampu diulang hanya dengan sebutan "twice".
Bagi Patung Beruang, konsep kehidupan "kali kedua" membuatkan kita berfikir, bagaimana jika kita boleh memperbaiki kesilapan kita? Atau memperbaiki kelemahan kita?
Alfie's journey is deeply relatable, exploring human vulnerabilities, grief, and the longing for connection. Pembaca dibawa menyelami his rollercoaster life journey, feeling both his joy and sorrow.
Twice adalah sebuah karya fiction yang membawa kepada tema penyesalan, pilihan, cinta yang tidak mampu diulang dan kegigihan menerima takdir seadanya. Naskah ini membuat kita bertanya, "Jika kita diberi kesempatan kedua dalam hidup ini, apakah kita akan bersungguh membuat dengan lebih baik???"
Dan Mitch Albom pula seperti biasa, naskahnya jarang mengecewakan. Albom berjaya menterjemahkan complex philosophical ideas into readable concept for a broad audience.
Adakah ini karya Albom yang Patung Beruang paling suka???
Nah...
The top 5 of the best Albom's books for me are:
2. The Magic Strings of Frankie Presto;
3. The Little Liar;
4. The Five People You Meet in Heaven; dan
5. The Next Person You Meet in Heaven.
Bak kata Alia, karya-karya Mitch Albom layak untuk jadi collectible items for bibliophiles dan diwariskan pada young generation.
Ya.. I agree.. Sebab itulah Patung Beruang dah pesan siap-siap pada Imran: "Nanti bila Patung Beruang sudah tiada, please ask all our nieces and nephews to take whatever books in my collection that they like. And the remaining books, silalah derma pada public libraries, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua, penjara or any charity bodies, supaya lebih ramai orang ada access pada buku-buku yang menarik."
Sekarang ini pun banyak juga buku-buku yang Patung Beruang sudah lepaskan pada sesiapa yang berminat. Yang tinggal dalam my personal library cuma yang Patung Beruang betul-betul sayang, as a memento.. Yelah, kita tak tahu bila kita nak pergi. So, baiklah kita bersiap-sedia dari sekarang...
.jpg)

No comments:
Post a Comment