Penulis : Mitch Albom
Menariknya Naskah Ini :
Naskah ini adalah sambungan dari naskah karya Mitch yang bertajuk The Five People You Meet in Heaven.
The Next Person You Meet in Heaven ini membawa pembaca kepada kisah Annie. Siapa pula Annie ini?
Ingat tak, dalam naskah sebelum ini iaitu The Five People You Meet in Heaven, watak utamanya adalah Eddie. Eddie meninggal dunia kerana kemalangan di taman tema Ruby Pier dan kematiannya berpunca dari tindakannya yang berusaha untuk melindungi nyawa seoarang kanak-kanak perempuan bernama Annie, dari ditimpa oleh bebanan besi yang jatuh ketika itu.
Dan Annie inilah yang menjadi watak utama dalam naskah The Next Person You Meet in Heaven.
Annie adalah anak tunggal dalam sebuah keluarga yang berantakan. Ayahnya seorang kaki mabuk dan kaki pukul, sering menjadikan ibu Annie, Lorraine sebagai mangsanya. Pada suatu hari, disebabkan kerana merasa terganggu dengan pertanyaan Annie yang masih kecil, beliau dipukul oleh ayahnya. Insiden itu menyebabkan Lorraine menyedari yang mereka perlu keluar dan meninggalkan lelaki tersebut secepat mungkin.
Setelah bercerai, Lorraine mula mencari kasih sayang dari lelaki-lelaki di luar sana. Kebahagiaan palsu yang dicari akhirnya memakan dirinya sendiri. Ketika kejadian di kemalangan di Ruby Pier, Annie yang ketika itu berumur 8 tahun, keseorangan mundar-mandir mencari ibunya sedangkan wanita itu leka berkasih dengan teman lelakinya.
Sejurus selepas kemalangan, Annie telah dikejarkan ke hospital tanpa Lorraine. Lorraine hanya menyedari bahawa anak kecilnya itu ditimpa kemalangan apabila kelibat Annie tidak lagi kelihatan di Ruby Pier.
Kehidupan 2 beranak ini berubah dengan mendadak selepas kemalangan tersebut. Sejurus keluar dari hospital, mereka berpindah ke bandar lain kerana tidak tahan diganggu oleh wartawan dan orang awam yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemalangan tersebut.
Mereka berdua tinggal di dalam caravan. Hubungan ibu dan anak ini juga semakin keruh. Mereka jarang bercakap dan apabila bercakap, ia akan kerap berakhir dengan pertengkaran. Menyedari yang Annie kebosanan apabila ditinggal bersendirian, Lorraine menghadiahkan seekor anak anjing yang diberi nama Cleo kepada Annie. Cleo adalah seekor anak anjing yang cedera akibat ditembak oleh manusia. Annie dan Cleo saling memahami antara satu sama lain. Sayangnya, usia Cleo pula tidak panjang. Kematian Cleo menambahkan lagi kepiluan dalam hidup Annie.
Kehidupan Annie tidak seperti remaja seusianya. Disekolah Annie sering dibuli oleh rakan sekelasnya kerana keadaan fizikalnya. Annie tiada kawan kecuali Paulo, seorang budak lelaki yang memahami dirinya. Sayangnya, tidak berapa lama kemudian, keluarga Paulo berpindah ke Italy.
Annie membesar dalam keadaan yang tertekan. Beliau merasakan kebahagiaan itu bukan miliknya. Selepas tamat persekolahan, Annie keluar meninggalkan Lorraine dan menetap bersama teman lelakinya. Kehidupan dua orang remaja ini akhirnya menyebabkan Annie hamil. Sayangnya, bayi tersebut hanya mampu bertahan beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kini, Annie sudah dewasa dan bekerja sebagai seorang nurse. Beliau merasakan pekerjaannya itu sangat bermakna dan merasa terhutang budi dengan pakciknya, Uncle Dennis, yang juga seorang pakar bedah di hospital yang sama. Uncle Dennis lah yang berusaha untuk mengembalikan kehidupan dan keyakinan diri Annie kerana menyedari hanya Lorraine dan Annie sahaja ahli keluarganya yang masih hidup di dunia ini.
Pada suatu hari, ketika sedang menuju ke tempat kerja, Annie bertembung dengan Paulo, sahabat lelaki ketika zaman persekolahan. Pertemuan kedua insan ini menyambung semula persahabatan mereka dan akhirnya mereka pun berkahwin.
Di usia yang menginjak 31 tahun, Annie merasakan beliaulah wanita paling bahagia ketika itu. Malangnya, malam pertama mereka sebagai pasangan suami isteri berakhir dengan tragedi apabila mereka berdua terlibat dalam kemalangan belon panas. Pasangan pengantin baharu ini dihantar ke hospital dan petugas kesihatan termasuklah Uncle Dennis berusaha untuk menyelamatkan pasangan sejoli ini.
Adakah ini pengakhiran kehidupan dan kebahagiaan Annie?
Seperti biasa buah tangan Mitch Albom sarat dengan emosi. Naskah ini juga tidak terkecuali.
Patung Beruang berjaya menghabiskan naskah ini dalam masa 36 jam. Ya Allah... jujurnya Patung Beruang penat menangis tatkala membaca naskah ini. Duduk di tepi sudut living area, sambil ditemani Bibi, air mata tidak berhenti-henti mengalir tatkala menatap helaian demi helaian.
Kenapalah cerita ini terlalu sedih?
Watak Annie seperti sering dirundung malang. Disaat kita merasakan Annie sudah berjumpa cinta hati dan kebahagiaannya, malang pula menimpa.
Namun, kemalangan belon panas yang menimpa Annie dan Paulo bukanlah pengakhiran, sebaliknya ia adalah permulaan kepada kisah Annie. Permulaan kepada pengembaraan Annie bagi mencari makna sebenar disebalik kehidupannya selama ini. Terlalu banyak rahsia yang terbongkar sehingga akhirnya Annie sedar perjalanan kehidupannya tidaklah sepilu yang difikirkannya.
Ada beberapa petikan yang Patung Beruang suka sangat seperti:
- No story sits by itself. Our lives connect like threads on a loom, interwoven in ways we never realise.
- Loneliness, Annie. That's what I am here to explain. You suffered it. You tortured yourself over it. But you never understood it.
- Do you think, if you hadn't felt so lonely, you would have chosen me at the shelter? Or taken off my collar to let me eat that first morning? Your loneliness gave me a home. And happiness.
All endings are also beginnings....
No comments:
Post a Comment