Penulis: Karina Robles Baharin
Menariknya Naskah Ini:
Ini adalah naskah ke-16 yang Patung Beruang baca pada tahun lepas. See, 16 August 2025 Patung Beruang sudah habis baca tapi baru hari ini dapat berkongsi book review. Haish.. Lama sungguh..
The Accidental Malay membawa pembaca mengenali Jasmine Leong, seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan pewaris dan calon CEO kepada syarikat keluarganya - Phoenix.
Phoenix bukan sekadar perniagaan biasa. Ia adalah sebuah empayar bernilai berbilion ringgit. terkenal dengan produk bak kwa (daging khinzir yang dikeringkan), yang menjadi legasi keluarga Leong sejak turun-temurun.
Sejak kecil, Jasmine dibesarkan sebagai seorang Cina dan beragama Kristian. Seluruh hidupnya dibina atas kepercayaan bahawa warisan, identiti dan masa depannya berakar daripada keluarga Leong. Namun, selepas kematian neneknya, Jasmine terkejut apabila mengetahui bahawa identiti sebenarnya adalah Melayu.
Identiti sebenar ini berpunca daripada perkahwinan anak lelaki sulung keluarga Leong dengan seorang wanita Melayu. Demi melindungi Jasmine, dan didorong rasa bersalah yang mendalam selepas kematian ayah kandung Jasmine dalam tragedi 13 Mei, neneknya memilih untuk menyembunyikan kebenaran itu selama berdekad-dekad.
Pendedahan ini menggugat seluruh kehidupan Jasmine.
Impian untuk mengambil-alih Phoenix menjadi goyah apabila identitinya dipersoal. Tekanan sosial dan politik semakin menghimpit. Media mula membedah asal-usulnya.
Dalam masa yang sama, Jasmine turut keliru dengan hubungan cintanya. Satu bersama lelaki Melayu yang dicintainya sejak zaman universiti, kini sedang mendaki tangga korporat dan politik. Seorang lagi pula adalah sahabat sejak kecil dari Ipoh, sama-sama berbangsa Cina, dan kini menjadi ahli pernigaan berjaya di Australia.
Bagi Patung Beruang, The Accidental Malay ialah naskah yang menggabungkan tema identiti, bangsa, agama dan kuasa politik dalam konteks Malaysia moden. Ia adalah karya yang tajam, cerdas dan provokatif - membuka perbincangan tentang bagaimana struktur sosial dan undang-undang boleh menentukan arah hidup seseorang, tanpa mengambil kira pengalaman peribadi.
Kekuatan naskah ini terletak pada watak Jasmine - seorang wanita yang kuat, berdikari, dan tidak takut untuk menentang sistem yang cuba menetapkan identitinya bagi pihaknya. Naskah ini tidak menyajikan situasi hitam - putih, tetapi menggambarkan warna-warna kompleks kehidupan di persimpangan budaya dan agama. Seterusnya memaksa kita sebagai pembaca untuk memikirkan semula hubungan antara bangsa, agama dan kuasa dalam masyarakat.
Beberapa tahun lalu, Patung Beruang pernah dilabel sebagai liberal hanya kerana koleksi buku di perpustakan peribadi, antaranya karya Marina Mahathir and Dr Azly Rahman.
Reaksi Patung Beruang ketika itu?
Patung Beruang hanya tersenyum.
Tiada niat untuk berdebat atau mempertahankan diri, kerana ayat yang dilemparkan hanyalah:
"Oh, you're liberal".
If he change it to, "Are you liberal?",
Definitely Patung Beruang more than happy to answer,
"No sir, I'm not. I just love to read, and I love to explore different opinions and perspectives."
Begitu juga naskah The Accidental Malay, ada yang mungkin melabelnya sebagai liberal.
But for me - nope..
Kerana konflik Jasmine Leong bukan sekadar :
"Aku Cina atau aku Melayu??" ..
Konflik sebenar Jasmine adalah
"Siapa yang berhak menentukan aku??"
Dia dibesarkan sebagai bukan Melayu, bukan Muslim, dan seluruh hidupnya dibina atas realiti itu. Apabila sistem mengumumkan bahawa dia "sebenarnya Melayu", ia bukanlah pendedahan neutral - tetapi ia adalah satu pengambilalihan identiti.
Apa yang Patung Beruang lihat, Jasmine tidak menolak Islam atau kemelayuan secara emotional, tetapi dia menolak pemaksaan. Penolakan itu lahir daripada trauma kehilangan kawalan terhadap hidupnya sendiri.
Dalam situasi Jasmine, agama hadir dalam hidupnya bukan sebagai pilihan spiritual, tetapi sebagai alat pentadbiran dan kuasa. Justeru, reaksi Jasmine lebih bersifat psikologi daripada teologi.
Dan kerana itulah Patung Beruang berpendapat karya ini tidak liberal. Watak Jasmine sangat manusiawi. Kita tidak membenci sesuatu kepercayaan, tetapi kita boleh trauma terhadap cara kepercayaan itu dipaksakan...
Mungkin kerana pernah serik dilabel liberal, Patung Beruang letak disclaimer siap-siap ketika berkongsi tentang naskah The Accidental Malay ini di Whatsapp status-
"I'm not liberal. I read because I want to understand other perspectives. I still have strong faith in Islam, Insya-Allah."
.......


No comments:
Post a Comment