Hari Sabtu lepas (10 January 2026), aku dapat life lesson yang tidak pernah terjangka...
Ada hari yang kita rancang biasa-biasa, namun terasa seolah-olah telah ditulis rapi oleh Tuhan. Pagi itu bermula dengan satu mesej ringkas from my former C-suite, KM:
“Ily, we need to talk. About the corporate exercise in my company. Are you free today? 2.30pm at a café in Bukit Kiara. Aunty May will join us too.”
Aku membaca mesej itu lama. Sabtu itu kosong. Tiada rancangan pun. Hanya rutin biasa: brisk walk di taman, beri makan stray cats, buat laundry, dan kemas rumah yang sebenarnya sudah pun kemas. Makanya, aku setuju. Tanpa tahu, hari itu sedang menyimpan sesuatu untuk aku.
Di café Bukit Kiara, kami duduk bertiga. Aku dan KM berbincang
tentang hala tuju corporate exercise - principal advisor, regulatory requirements, financial valuations dan pelbagai perkara teknikal lain. Aunty May pula, seperti biasa leka membaca buku. Duduk tenang di satu sudut
meja. Seakan tidak terjejas dengan perbincangan kami.
KM bercakap seperti biasa. Teratur. Berfakta. Menyakinkan. More
than 35 years in corporate world, across various industries. Akhirnya, seperti
dijangka, KM repeat the job offer to me. This time with roles and
responsibilities, expectations and perks.
Aku mendengar. Dan seperti hujung 2025 lepas, aku ulang jawapan yang sama.
Aku suka corporate exercise, aku suka membantu syarikat
pulih dan bangkit, memenuhi expectation shareholders and stakeholders.
Tetapi…
Kali ini aku memilih untuk kekal dengan audit.
Cuma…
Aku ok saja untuk jadi ghost advisor, ghost think-tank,
ghost special officer seperti biasa. Namaku tiada dalam payroll, tapi ideaku
bertebaran di syarikat. Token of appreciation? Kita bincang kemudian...
Keputusan itu terasa tepat, buat masa ini.
Di tengah perbincangan, aku perasan there is 1 girl
with purple dress duduk tidak jauh dari kami. This purple dress girl kerap
memandang ke arahku. Setiap kali mata kami bertentang, aku senyum kecil. Tiada
apa-apa yang istimewa, fikirku. Mungkin sekadar kebetulan.
Selesai urusan kerja, aku berbual dengan Aunty May - tentang buku, anak-anak dan cucu-cucunya. Perbualan yang ringan, selamat, dan menenangkan.
Namun, the purple dress girl masih sesekali memandang ke arahku. Hati berbisik, “Ada apa-apa yang pelik pada wajah aku hari ini?”
Kami berpisah tidak lama kemudian. Keluar dari café dan
menuju ke kereta masing-masing.
Aku masuk ke dalam Si Putih. Baru sahaja tangan mahu
menekan butang lock, tiba-tiba pintu belakang dibuka. Ya Allah, jantung aku
hampir gugur.
Aku menoleh. The purple dress girl sudah duduk di seat belakang.
Dia tersenyum dan membuat isyarat meminta tolong.
Dalam kekalutan itu, aku nampak KM dan Aunty May berlari
kearah keretaku. Rupa-rupanya Aunty May perasan gadis itu masuk ke dalam
keretaku.
Aku bertanya perlahan, kenapa dia disini? Adakah dia mahu aku menghantarnya kemana-mana?
Gadis itu menjawab dengan bahasa isyarat. Rupanya dia bisu
dan pekak. Allahuakbar...
Dan aku pula… langsung tak tahu bahasa isyarat. Adoiiii…
Nasib baiklah Aunty May tahu. Mereka berdua berkomunikasi,
sementara aku dan KM terpinga-pinga.
Gadis itu meminta aku menghantarnya pulang ke rumah. Tidak jauh dari café. Dia hulurkan sekeping kad kecil, tertulis alamat. Aku setuju. Atas factor keselamatan, Aunty May duduk di seat belakang bersama gadis itu. KM pula memandu keretanya sendiri dan mengekori kami.
Sepanjang perjalanan, tangan Aunty May dan gadis itu tidak berhenti bergerak. Bahasa yang aku tidak faham. Sesekali, melalui cermin, aku nampak gadis itu memandang ke arahku.
Sampai dirumahnya, seorang wanita Filipino menyambut kami - pembantu rumah barangkali. Gadis itu tersenyum lebar, berulang-kali membuat isyarat terima kasih.
Tiba-tiba, dia memelukku. Erat. Lama. Dalam pelukan itu, aku perasan matanya berkaca. Seolah-olah menahan sesuatu yang telah lama tersimpan. Aku benar-benar tidak faham apa yang sedang berlaku. Aku hanya tahu, pelukan itu bukan pelukan biasa.
Akhirnya, aku, KM dan Aunty May pulang ke rumah
masing-masing. Alhamdulillah....
Malam itu, selepas Isyak, Aunty May menelefonku. Dia bercerita tentang the purple dress girl. Rupanya, gadis itu asyik memandangku kerana katanya aku sangat mirip dengan kakaknya. Dia rindu kakaknya.
Kakaknya sudah lama “pergi”. Tidak pasti sama ada berpindah jauh atau sudah tiada. Gadis itu anak bongsu. Hari itu, ayahnya keluar bermain golf. Ibunya pula bercuti ke luar negara. Abangnya pula entah ke mana. Dia bosan. Dan kebosanan itu membawanya ke café.
Bila aku setuju menghantarnya pulang, dia rasa seolah-olah Allah
pinjamkan semula kakak yang telah lama hilang.
Barulah aku faham.
Hari itu, aku benar-benar merasai sakitnya rindu.
Pelukan gadis itu terlalu lama untuk sekadar ucapan terima kasih. Dalam pelukan
itu, aku rasa semua rindu yang dia simpan bertahun-tahun dilepaskan dalam satu
saat.
Sebelum tamatkan panggilan, Aunty May berkata:
“Ily, you’re a nice girl. I’m so happy to know
you. Jangan tutup pintu hati lama sangat ye. Whatever trauma or worries that
you have, please let it go slowly. Aunty selalu doakan Ily jumpa good guy that
will look after you, protect you, till the end.”
Aku terdiam. Kata-katanya lembut, tidak menghakimi. Doanya ikhlas. Dan entah kenapa, ia tembus terus ke dada.
Mungkin betul aku pegang erat trauma itu. Berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik saja. Seolah-olah aku kuat kerana aku mampu. Terlalu cekap mengurus hidup, hingga terlupa bagaimana rasanya menjadi manusia.
Namun untuk insan yang benar-benar peduli seperti Aunty May, mampu melihat sisi rapuh itu tanpa aku perlu bersuara.
Nasihat yang datang tanpa diminta, kadang-kadang bukan untuk mengubah arah hidup. Cukuplah sekadar mengingatkan – bahawa hati juga perlukan ruang untuk bernafas.
Hari itu berakhir dengan doa. Bukan doa yang meminta, tetapi doa yang menenangkan.
Dan aku tersedar: menjadi kuat tidak bermakna menutup semua pintu. Dan menjadi manusia pula, bukanlah satu kelemahan.
Ia hanyalah tanggungjawab kepada diri sendiri….


No comments:
Post a Comment