Penulis: Emmy Hermina Nathasia
Menariknya Naskah Ini:
Ini adalah naskah ke-12 yang Patung Beruang selesaikan pembacaannya pada tahun lepas, Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit Patung Beruang cuba update book review untuk buku-buku yang selesai dibaca pada tahun lepas. Sabar ya...
Ketika Kiridaren maklumkan dalam group Whatsapp Bibliophile yang beliau baru saya menerbitkan karya ini, Patung Beruang sudah berazam untuk memilikinya.
Seorang bibliophile ini seringkali dilihat sebagai individu yang pelik. Duduk berseorangan di cafe, tekun membaca buku sambil ditemani secawan kopi dan sepotong kek. Atau duduk di bangku taman selama berjam-jam, ditemani kicauan burung-burung, dikelilingi pokok-pokok yang menghijau, berdepan dengan tasik yang mendamaikan. Namun, di tangan setia dengan buku dan mata ralit meneliti satu persatu aksara sehingga terlupa akan masa yang berlalu.
Makanya, bila ada sebuah buku yang berkisar tentang bibliophile, sudah pasti Patung Beruang tidak sabar untuk menelitinya. Untuk menjawab persoalan:
"Adakah aku memang seorang yang pelik?" ; atau
"Oh, orang lain pun bertindak atau berperilaku yang sama."
Haish....
Naskah Dunia Dalam Perenggan ini menghimpunkan 18 buah artikel yang ditulis penulis berkisarkan hobi membaca dan isu-isu semasa dunia perbukuan.
Melalui perenggan-perenggan yang menenangkan, penulis membawa pembaca menyelami dunia batin seorang pencinta buku (bibliophile) - tentang membaca sebagai pelarian (escapism), sebagai teman setia, dan sebagai ruang sunyi untuk memahami diri.
Naskah ini tidak dibina atas plot atau konflik konvensional, sebaliknya bergerak melalui serpihan pemikiran, kenangan, dan pemerhatian kecil yang sering terlepas pandang. Setiap perenggan menjadi rak tersendiri - menyimpan rasa rindu, kekaguman terhadap kata-kata, dan kesedaran bahawa buku bukan sekadar objek, tetapi saksi kepada perjalanan hidup pembacanya.
Antara kekuatan utama Dunia Dalam Perenggan adalah keupayaannya menjadikan pengalaman membaca sesuatu yang sangat peribadi, namun terasa dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah menjadikan buku sebagai tempat pulang. Penulis tidak cuba mengajar atau mengagungkan ilmu, sebaliknya merakam perasaan: kesunyian di antara halaman, kesetiaan terhadap buku lama, dan kelegaan yang hadir apabila kata-kata akhirnya menemukan pembacanya.
Jujurnya, membaca naskah ini seperti membaca cerita berkenaan diri sendiri kerana apa yang dialami penulis, Patung Beruang juga mengalaminya. Contohnya:
- "Keseronokkan setiap kali ke kedai buku untuk membeli buku itu, hanya peminat dan pembaca buku saja yang tahu! Jantung berdegup kencang, berpeluh-peluh, berjalan pantas mahu cepat sampai. Dan apabila berada di kedai buku pula, penulis mengambil masa yang lama untuk memilih, kerana terdapat banyak pilihan namun penulis hanya boleh pilih satu buku sahaja." -
- (Ya Allah.. this is exactly what I feel. The adrenalin rush masih ada walaupun setelah Patung Beruang berumur 40-an. Berkenaan dengan hanya boleh pilih satu buku saja, yes, inilah yang Patung Beruang alami ketika zaman belajar dan zaman baru mula bekerja. Sebab itu, ketika zaman muda dulu, antara motivasi Patung Beruang untuk bekerja keras, kumpul duit dan asset adalah supaya Patung Beruang boleh pergi kedai buku bila-bila masa, dimana saja, dan boleh beli apa saja buku tanpa perlu berfikir berapa duit yang tinggal dalam akaun simpanan, hehehe..)
- "Alangkah bertuahnya penulis kerana kini setelah 13 tahun bekerja, penulis boleh membeli beberapa buah buku setiap bulan mengikut kemampuan."
- (Yes, ini antara benda yang Patung Beruang rasa bersyukur sangat sejak sekian lama. Rezeki yang melimpah-ruah sehingga Patung Beruang tidak pernah berkira untuk membeli buku.
- Setiap kali Patung Beruang stress kerja, keluar saja dari pejabat, kedai buku adalah destinasi yang dituju. Dan bila sudah masuk ke kedai buku, Patung Beruang akan beli paling kurang sebuah buku. Tetapi kebiasaannya, lebih dari sebuah.
- Patung Beruang suka pergi Kinokuniya KLCC, Tsutaya Pavilion Bukit Jalil, Borders IOI City Mall (dulu), Popular IOI City Mall, MPH TRX dan Kinokuniya Pavilion Damansara. Kedai buku yang besar, ada pelbagai pilihan tajuk, genre, penulis, yang membuatkan diri ini rambang mata sehingga setiap kali shopping buku, kosnya mencecah 3 atau 4 angka untuk satu pembelian.)
- "Apakah tujuan anda membaca? Ada banyak faktor yang menyebabkan manusia membaca. Ada yang menganggap membaca sebagai satu aktiviti mengisi masa lapang, hobi yang bermanfaat. Ada yang menggunakan aktiviti ini sebagai satu kaedah escapism, untuk lari seketika dari dunia nyata dan masuk ke dunia lain. Ada yang menggunakan aktiviti ini sebagai kaedah untuk berehat dan merawat minda dan rohani."
- (Betul... Patung Beruang membaca sebagai escapism dan juga untuk memujuk diri sendiri.
- Pekerjaan Patung Beruang menuntut minda ini sentiasa berfikir di luar kotak, dan sentiasa menganalisis maklumat dan situasi. Aktiviti ini memenatkan minda. Itu belum campur dengan kerenah stakeholders yang ada pelbagai ragam dan drama. Sebab itu, cara untuk Patung Beruang lari sebentar dari dunia nyata adalah dengan membaca. Terasa seperti kita masuk ke dunia lain, mengembara bersendirian, menikmati perjalanan kehidupan insan lain, atau belajar ilmu baru yang tiada kaitan dengan dunia korporat...
- Berkenaan memujuk diri, merawat minda dan rohani pula, kehidupan Patung Beruang tidak lari dari ujian. Setiap masa, ada saja ujiannya. Suka duka, pahit manis, terkejut, kecewa, teruja, itu semua ujian. Dan Patung Beruang pula adalah spesis manusia yang sangat reserved, sukar untuk bercerita tentang diri sendiri atau kehidupan peribadi dengan orang kecuali berkisar tentang kerja atau urusan professional. Sebab itulah, ramai orang kenal Patung Beruang bertahun-tahun tetapi mereka hanya kenal Patung Beruang sebagai auditors, strategist, or sebagai corporate advisor for organisation, bukannya sebagai seorang manusia (or seorang insan??? Maaf, I'm struggling to put it in words, hehehe...)
- Contohnya, berapa ramai saja yang benar-benar tahu status sebenar diri Patung Beruang? Or .. Patung Beruang anak ke berapa dalam keluarga? Or.. as simple as apa makanan kegemaran atau minimum kegemaran Patung Beruang? Apa hobi Patung Beruang? What I likes? What I dislikes?
- Makanya, disebabkan these reservations, Patung Beruang jarang bercerita atau meluah emosi dengan orang lain, kecuali dengan selected people (or should i call "My favourite people") that I feel very comfortable, I feel very safe to communicate. But, not every time Patung Beruang akan bercerita dengan these favourite people. Makanya, buku adalah cara alternative untuk Patung Beruang memujuk diri apabila bergelut dengan emosi yang kurang menyenangkan. Tulisan-tulisan Mizi Wahid, Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Hasrizal, Prof Kamil banyak yang menyejukkan hati ini seolah-olah seperti mereka sedang berinteraksi berdepan dengan kita.)
- "Kajian dalam jurnal Social Science Research mendapati bahawa kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah dan persekitaran yang memiliki buku akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan akademik dan karier. Hal ini kerana rumah yang memiliki buku secara tidak langsung akan membantu menggalakkan budaya membaca dalam keluarga."
- Betul.. Patung Beruang sangat setuju. Minat atau kegilaan membaca Patung Beruang sudah ada sejak zaman kecil.
- Patung Beruang berterima kasih sangat-sangat pada Ibu dan Ayah sebab dari kami kecil lagi, setiap bulan mereka akan bawa Patung Beruang dan adik-adik ke kedai buku, dan mereka tidak pernah lokek untuk mengeluarkan duit untuk membeli buku-buku kami, bukan setakat buku sekolah tetapi juga bahan bacaan lain.
- In fact, seingat Patung Beruang sejak kecil lagi, Ayah memang sudah melanggan surat khabar yang dihantar ke rumah kami setiap hari. Setiap kali keluar berjalan pula, Ibu Ayah akan pesan pada kami adik-beradik untuk bawa buku, dibaca ketika dalam perjalanan. Sebab itu, sehinggalah sekarang Patung Beruang tiada masalah untuk membaca dalam kenderaan yang bergerak. Alhamdulillah, tidak rasa pening pun, hehehe...
- Beberapa tahun lepas, Patung Beruang pernah membaca naskah Leaving Microsoft to Change the World, tulisan John Wood. Naskah ini sangat memberi kesan pada Patung Beruang dimana setelah tamatnya naskah itu, Patung Beruang membuat kesimpulan, jika ibu bapa anda mampu menyediakan bahan bacaan selain dari buku sekolah, ketahuilah yang anda adalah kanak-kanak yang paling beruntung. Kerana di dunia ini ada ramai kanak-kanak diluar sana yang teringin nak membaca buku, tetapi tidak berkesempatan. Mungkin kerana masalah kewangan, masalah tiada access untuk dapatkan bahan bacaan, tiada kesedaran dari ibu bapa, orang dewasa disekeliling, atau juga kerana buta huruf...
Bagi Patung Beruang, naskah Dunia Dalam Perenggan ini ialah sebuah bacaan yang tidak menuntut perhatian besar, tetapi memberi kesan yang mendalam. Ia adalah buku untuk mereka yang mencintai kesunyian, menghargai kata-kata, dan percaya bahawa kadangkala, satu perenggan sudah cukup untuk menemani hati.
Naskah yang ditulis oleh bibliophile, untuk bibliophiles...
Juga naskah yang boleh dibaca jika anda ingin mengenali dengan lebih dekat siapakah bibliophile itu, dan apakah isi hati mereka...


No comments:
Post a Comment