Hari ini Patung Beruang sempat sampai rumah pada pukul 6.50 petang walaupun keluar ofis pada pukul 6.20 tadi. Alhamdulillah..
Dan bila sampai awal ni, mestilah nak tengok Emergency Couple. Tak sangka pula hari ini episod akhir. I'm so lucky.... heheh..
Emergency Couple berkisarkan kepada pasangan doktor pelatih iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee, yang bertugas di wad kecemasan di hospital yang sama.
Sebenarnya, mereka adalah bekas pasangan suami isteri. Tetapi disebabkan mereka berkahwin ketika belajar, sama-sama tidak matang dan pelajaran mereka terjejas, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Selepas bercerai, masing-masing meneruskan pelajaran didalam bidang perubatan dan bertemu semula selepas 6 tahun.
Mereka sering bertengkar ketika mula bekerja bersama di hospital. Tetapi, lama kelamaan mereka menyedari yang mereka sebenarnya saling memahami antara satu sama lain, sangat serasi dan saling bantu membantu setiap masa. Dalam masa yang sama, Oh Jin Hee mengagumi ketua mereka yang merupakan doktor pakar, Dr. Gook. Dan Dr. Gook pula menyimpan perasaan kepada Jin Hee. Tetapi, akhirnya Dr. Gook mengalah kerana menyedari Jin Hee dan Chang Min saling melengkapi satu sama lain.
Patung Beruang jarang tengok cerita Korea. Last cerita Korea yang Patung Beruang follow adalah The Heirs, yang pernah dimainkan di Astro One pada tahun 2013 rasanya. Sanggup balik awal setiap hari Rabu & Khamis. Kalau terlepas, sanggup tunggu siaran ulangan pada hari Sabtu atau Ahad.. Kuat betul penangan Kim Tan dan Eun Sang, heheheh..
Emergency Couple ni pun Patung Beruang start follow since bulan Feb hari tu. Tapi tak konsisten sbb bukan boleh gerenti kita boleh balik on time setiap hari.. So, bila sempat, tengok lah.. Kalau tak sempat, baca je sinopsis kat Internet.. Senang kan??
Apa yang Patung Beruang suka dengan Emergency Couple ini adalah determination seseorang untuk mencapai impiannya. Contohnya Jin Hee adalah seorang dietician. Tetapi, disebabkan minat dengan bidang perubatan, Jin Hee berusaha keras untuk memastikan beliau layak menjadi seorang doktor walaupun umurnya lebih tua berbanding pelajar-pelajar yang lain. Determination dan kerja keras tanpa kenal penat lelah akhirnya membuahkan hasil apabila Jin Hee dianggap antara doktor pelatih yang bagus di hospital itu.
Begitulah juga dalam kehidupan kita. Setiap orang pasti ada minat. Tetapi, sejauh mana kita berusaha untuk memastikan minat kita itu memberi kejayaan yang besar kepada diri kita?? Tepuk dada dan tanya lah diri kita..
Seorang auditor mungkin berminat dengan Project Management. Seorang Engineer mungkin berminat dengan human psychology. Tetapi, adakah minat kita itu hanya sekadar minat, atau mungkin kita sanggup pupuk minat tersebut sehingga ia boleh memberi faedah kepada kita dan orang disekeliling.
Tidak salah kiranya Isnin-Jumaat, kita ligat menjalankan kerja-kerja audit. Tetapi, Sabtu dan Ahad pula, kita memberi kelas percuma berkenaan Project Management kepada mereka-mereka yang memerlukan. Ataupun, kita menjadi advisor tidak rasmi untuk 1 project mega didalam syarikat kita. Memang nampak salah dari sudut governance, sebab kelak siapa yang akan audit project tersebut?? Tetapi, jika kita ada ilmu yang tidak seberapa ini, apa salahnya kita kongsi untuk kebaikan bersama? Apatah lagi mungkin Project Management concept adalah sesuatu yang masih alien untuk mereka.
Jika selama 5 hari seminggu kita bertungkus lumus di R&D department untuk design produk baru, apa salahnya 1 hari di hujung minggu kita peruntukkan pula untuk menabur bakti di rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Mungkin kita tidak mampu menderma duit mencecah ribuan ringgit setiap bulan, tetapi kita boleh hadiahkan tenaga, buah fikiran dan masa kita kepada mereka. Yakinlah, kehadiran kita disana pasti disambut dengan senyum gembira dari mereka.
Oleh itu, apa pun minat kita, masih belum terlambat untuk kita mulakan langkah pertama. Dan berusahalah agar minat kita itu dapat disalurkan ke tempat yang betul dan paling penting sekali dapat digunakan untuk menjana saham Akhirat. Kita tidak akan hidup selama-lamanya. Jadi, pastikan kehadiran kita memberikan impak kepada semua orang. Aamin...
No comments:
Post a Comment