Tajuk: The Steve Jobs Way - iLeadership For A New Generation
Penulis: Jay Elliot dan William L. Simon
Cerita Patung Beruang:
Buku The Steve Jobs Way (TSJW) ini adalah buah tangan dari Big Bad Wolf tahun 2014 atau 2013 kalau tak salah lah (Patung Beruang pun tak ingat, heheh).. Baru sekarang Patung Beruang dapat membacanya. Tu lah kan, beli ikut nafsu, ini lah jadinya.. Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang elok terletak di rak buku dalam bilik ini, masih ada lebih dari 10 buah buku yang Patung Beruang belum sempat baca lagi. Ada antara tu, elok cantik masih berbalut plastik lagi. Tetapi yang peliknya, setiap bulan mesti kaki ni gatal sangat nak pergi shopping di kedai buku.. Adoi.... Membazir itu kan amalan syaitan :(
Menariknya Buku Ini:
Buku TSJW adalah nukilan Jay Elliot yang merupakan bekas Senior Vice President di Apple dan juga salah seorang yang rapat dengan Steve Jobs. Kisah didalam TSJW ini adalah kisah benar yang berlaku pada beliau, Steve Jobs, Apple dan organisasi lain yang berkaitan seperti Pixar, jatuh bangun Jobs dan organisasi yang dipimpinnya.
TSJW dimulakan dengan bab Prologue dimana ia mengisahkan seorang lelaki muda yang baru meletakkan jawatan dari Intel, sedang duduk di restoran dan membaca berita berkenaan Eagle Company yang baru sahaja diniagakan di pasaran saham, tetapi malangnya ia musnah sekelip mata selepas kematian CEO nya akibat kemalangan jalanraya. Lelaki muda ini pula keluar dari Intel dengan niat untuk menyertai Eagle Company. What a frustrating story... Selesai membaca berita tersebut, beliau berbual pula dengan seorang lelaki yang berada disebelahnya berkenaan dengan nasib yang menimpa Eagle Company dan para pekerjanya. Dan itulah detik perkenalan antara Jay Elliot dan Steve Jobs. Selepas bertukar-tukar cerita mengenai dunia IT dan korporat, Jobs mempelawa Elliot untuk menyertai Apple Computer memandangkan pengalaman yang beliau perolehi ketika bersama Intel. Dan 2 minggu selepas itu, Elliot menyertai Jobs, berkhidmat di Apple dan bersama-sama membangunkan organisasi tersebut sehingga ke tahap seperti hari ini.
Bab 1: Passion For The Product mengisahkan karektor Jobs yang sangat taksub dengan kesempurnaan product. Jobs melihat produk yang dihasilkan oleh syarikatnya bukan sahaja dari sudut keuntungan semata-mata tetapi dari sudut pengguna. Jobs meletakkan dirinya sebagai seorang pengguna yang cerewet, yang mendambakan bukan sahaja produk yang cantik dan hebat, tetapi juga mestilah mudah dikendalikan, praktikal, unik dan memenuhi citarasa dan kehendak pengguna.
Bab 2: Success Is In The Details membawa pembaca kepada pentingnya karektor yang perfectionist dalam memacu kejayaan. Seperti statement Elliot, "Steve's level of focus on details is one of the most crucial aspects of his success and the success of his products." Formula Jobs simple sahaja, semua features atau application adalah berguna dan amat diperlukan oleh pengguna. Tidak perlu cramming everything, tetapi kita hanya perlukan sedikit kreativiti dan innovation untuk memastikan semua benda / perkara yang diperlukan, ada didalam 1 gadjet. Dan ia mestilah sempurna.
Kesimpulannya, ada beberapa point penting yang boleh Patung Beruang kongsikan hasil dari pembacaan TSJW ini:
- Kita wajib mengenali dengan SANGAT RAPAT produk yang kita hasilkan. Setiap perincian, proses, kehebatan, kekurangan, objektif, hala tuju, pesaing, target market dan sebagainya.
- Jika kita GAGAL mengenali produk kita, bermakna kita juga akan gagal mengenali pengguna dan bakal pengguna kita.
- Buatlah apa yang kita minat dengan sepenuh hati kerana minat itu akan membuatkan kita meletakkan 1200% komitmen. Tetapi, jika kita tidak berminat, keluarlah dari situ dan cari lah apa yang kita minat. Tiada istilah terlambat untuk mencipta kejayaan.
- Jika saya seorang pemilik perniagaan, put the customer as me, me as the customer.
- Kita memerlukan mereka-mereka yang bijak, hebat dan berbakat untuk support perniagaan kita. Jadi, jangan kedekut untuk berbelanja for Human Capital.
- Tersilap langkah atau tersilap membuat keputusan? Ambillah pengajaran darinya kerana kita tidak sepatutnya silap untuk kali ke-2.
- Lakukan perubahan yang kecil tetapi mendatangkan impak yang besar dan bukan sebaliknya.
- Be A Pirate, Not a Navy. Ini adalah salah satu motto untuk team building Apple. What are the differences between Pirate and Navy? Pirate berkerja keras tanpa terikat dengan apa2 protokol atau standard. Tiada perasaan takut, risk taker dan enthusiastic. Berbanding Navy yang banyak protokol, standard dan arahan yang perlu dipatuhi untuk setiap operasi. Dan kekangan ini biasanya membantutkan daya kreativiti mereka.
- Holistic Product Development bukan 1 khayalan. Tiada yang mustahil dalam R&D.
- Adakah pekerja kita juga adalah pengguna setia produk kita? Jika ya, baguslah. Jika tidak, rugilah. Pekerja adalah sumber maklumat yang paling dekat dan murah.
Ikutkan ada banyak lagi point yang penting dan menarik untuk dikongsikan disini. Tapi, tak best lah kalau Patung Beruang kongsikan semua, ye tak? Kalau nak tau lebih banyak, kenalah baca sendiri buku ini.
Diluar sana ada banyak buku- buku mengenai Steve Jobs. Tetapi, Patung Beruang rasa ini adalah the best amongst the best. He is absolutely one of a kind...
No comments:
Post a Comment