Tajuk: Jejak Mentor Pelaburan Saham - Panduan Asas Menjana Kekayaan Melalui Pasaran Saham
Penulis: Mohd Asri Ahmad
Menariknya Buku Ini:
Buku ini Patung Beruang beli pada pertengahan bulan Mac yang baru ini. Keputusan membeli kerana tertarik dengan penulis buku ini iaitu Tuan Hj. Mohd Asri Ahmad, salah seorang mentor tersohor dalam dunia pelaburan saham.
Buku ini mengandungi 25 bab dimana Bab 1 lebih kepada pembuka bicara Tn. Hj. Mohd Asri kepada para pembaca.
Di Bab 2: Rahsia Kekayaan Tersembunyi - Pelaburan Saham merupakan pengenalan kepada dunia pelaburan saham seperti mengapa terdapat segelintir manusia yang sangat suka melabur, apakah pilihan-pilihan pelaburan yang ada selain dari saham, mengapa perlunya melabur di pasaran saham dan bagaimana untuk menggandakan wang dengan bijak.
Seterusnya, pembaca dibawa pula kepada persoalan yang lebih terperinci berkenaan Kenapa Saham? Kenapa Bukan Pelaburan Lain? di dalam Bab 3. Dalam bab ini, penulis mengulas mengenai kelebihan pelaburan saham berbanding instrumen yang lain dimana ia adalah:
- Sekuriti yang dikawal dengan ketat . Oleh itu, ia menyukarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi atau menipu.
- Urusan jual beli yang pantas dimana para pelabur pada masa kini boleh berurusniaga hanya melalui laptop, tablet atau pun smartphone. Tidak perlu hadir ke bangunan Bursa Malaysia pun, hehe.
- Pulangan yang berganda. Selama ini kita sering berbangga dengan dividen ASB yang hanya 7% setahun. Tetapi, dengan pelaburan saham, kita boleh mendapat pulangan mencecah 25% dalam masa 3 minggu sahaja atau mungkin juga sehingga 450% dalam masa 2 - 3 bulan bergantung pada kaunter yang kita beli (pengalaman Patung Beruang sendiri).
- Tidak remeh dan tidak cerewet. Kita hanya perlu membuka dan memiliki akaun Central Depository System (CDS). Dan pastikan akaun CDS kita mempunyai wang untuk membolehkan kita berurusniaga. Semua urusniaga pula dijalankan didalam Ringgit Malaysia (RM). Jadi, dimana sahaja kita berada, tidak kira lah di Kedah ke, Vancouver ke, Kyoto ke, kita masih lagi boleh check perkembangan kaunter di Bursa Malaysia melalui aplikasi yang ada di smartphone/tablet/laptop dan seterusnya membuat urusniaga jual beli. Mudah bukan??
- Beli bisnes, beli tenaga manusia. Kita adalah manusia yang sangat bertuah jika kita mampu menggandakan wang kita menerusi perniagaan yang kita uruskan sendiri. Tetapi, berapa ramaikah manusia lain yang bertuah seperti kita? Bagaimana dengan mereka-mereka diluar sana yang mempunyai wang tetapi tidak mempunyai perniagaan?? Maka, pasaran saham adalah jawapannya. Apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, ia juga bermakna kita membeli syarikat tersebut. Dan secara tidak langsung, kita juga membeli tenaga kerja yang ada didalam syarikat itu yang berperanan untuk menggerakkan syarikat tersebut kearah lebih maju. Ingat tak, apa yang kita belajar dalam subjek Business Administration dulu?? Company's main objective is to maximize shareholders value. Nah, itulah sebabnya apabila kita melabur didalam sesuatu syarikat ia ibarat duit yang berkerja untuk kita. Duduk sahaja pun dapat pulangan. Tidak mahu kah??
Adakah keuntungan dijamin apabila kita melabur didalam pasaran saham ini?? JIka ya, berapa keuntungannya?? Pasti soalan-soalan itu akan berlegar-legar didalam fikiran kita kan? Realitinya pelaburan saham ini tidak semudah yang disangkakan. Dalam pasaran, terdapat berbagai-bagai jenis pelabur. Ada yang digelar Trader (Pelabur Jangka Pendek), ada Investor (Pelabur Jangka Panjang) dan ada juga Speculator (Pelabur Spekulasi). Pelabur manakah yang kita hendak jadi? Apa taktik dan tekniknya untuk memaksimumkan keuntungan? Ia diceritakan dengan terperinci dalam Bab 4: Realiti Pelaburan Saham.
Ada orang pernah bertanya Patung Beruang, bagaimana Patung Beruang memilih kaunter yang hendak diurusniaga? Ialah, di Bursa Malaysia kan ada beratus-ratus kaunter yang didagangkan. Jadi, macam mana kita nak tau Kaunter ABC ini bagus atau Kaunter XYZ ini tidak bagus. Basically, biasanya Patung Beruang akan buat analysis terdapat kaunter-kaunter ini. Ada 2 jenis analysis iaitu Fundamental dan Technical.
Fundamental Analysis lebih kepada performance syarikat diatas kertas. Kita akan teliti financial performance mereka seperti Profit & Loss, debt ratio, cash flow, equity dan yang seumpamanya. Technical Analysis pula kita perlu lihat Charts. Disini, kita akan masuk ke dalam platform yang disediakan dan mengkaji psikologi pelabur dan carta pergerakan kaunter tersebut untuk tempoh tertentu. Kita akan tengok Moving Average, Bolinger Bands, Momentum dan lain-lain. Didalam buku ini, penulis berkongsi ilmu beliau dengan pembaca berkenaan cara-cara memilih kaunter yang bagus didalam Bab 18: Analisa Teknikal sehinggalah Bab 22: 4 Cara Memilih Syarikat Berkualiti - Strategi Labur dan Untung.
Apabila baca buku ini, Patung Beruang teringat pengalaman menghadiri kelas pelaburan saham anjuran Tuan Eizaz Hasanan kerana point-point yang ada dalam buku ini sama seperti apa yang Patung Beruang pelajari. Kiranya, baca buku ini ibarat sesi ulangkaji lah ye, heheh..
Secara umumnya, buku ini sangat bagus untuk mereka-mereka yang sedang bercadang untuk menceburkan diri atau sedang menceburkan diri dalam pasaran saham. Ditulis dengan bahasa yang santai, mudah difahami tetapi padat dengan pengisian. Tidak rugi jika kita mengeluarkan sedikit duit untuk membeli naskah ini dan kemudian memperuntukkan sedikit masa untuk menelaah.
Yang pasti, Patung Beruang sentiasa ingat pesan Abg Long,
"Apapun yang kita nak buat, kena ada ilmu. Nak main saham ke, main property ke, main gold or forex ke, semuanya kena ada ilmu."
Yes, i strongly agree with his statement. Honestly, before ini, Patung Beruang pun takut untuk melabur dalam saham. Tapi, bila tengok Abg Long berjaya dalam property investment dia, Patung Beruang pun nak juga jadi macam tu. But, I don't have huge capital like him :(
Sampailah 1 day, Patung Beruang diajak untuk join kelas Tuan Eizaz Hasanan mengenai pelaburan saham. He was a schoolmate of my brother in 1 of boarding school di Johor. Hebat orangnya. Beliau adalah Top 10 SPM utk the whole Malaysia tahun 2004, if I not mistaken.
So, Patung Beruang spend sedikit duit and masa, pergi ke kelas basic bersama-sama dengan Abang. Dan ia benar-benar mengubah persepsi Patung Beruang selama ini terhadap pelaburan saham. Finally, I attended advance class yang dijalankan selama 2 hari berturut-turut di UTM. Dan selepas itu, sehingga lah sekarang, Patung Beruang tidak menoleh ke belakang lagi. Sentiasa dalam proses pembelajaran tetapi tetap berani untuk berurusniaga di pasaran.
Adat melabur, ada untung ada rugi. Sama juga dengan Patung Beruang. Setiap keuntungan yang dijana, adalah rezeki dari Allah SWT, Alhamdulillah. Dan setiap kerugian pula adalah teguran lembut dari Allah SWT untuk kita mengkaji dimana kesilapan kita. Bagi Patung Beruang, kemahiran pelaburan ini tidak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan ilmu dan usaha yang berterusan. Yang penting, kita jangan tamak dan sentiasa ingat, rezeki itu datangnya dari Allah.
Jadi, seperti kata sifu Patung Beruang,
"Mari kita sama-sama jadi pelabur yang bijak dan menjadi jutawan pada suatu hari nanti. Aamin.. "
No comments:
Post a Comment