Friday, April 24, 2015

Tak Seronok Pun Perasaan Marah Itu...

Assalamualaikum wbt & selamat pagi.. Pukul 5 pagi lagi Patung Beruang dah terjaga. Walaupun badan dan otak ni penat sangat, tapi rasanya mata ni tak mampu nak tutup lagi. So nak tak nak, kenalah bangun..

Hari ini hari ke-2 Patung Beruang di Terengganu. Sampai sini, hari Rabu pukul 11.30 malam. 

Kedatangan ke Terengganu kali ini tak lah best sangat seperti 2 minggu lepas. This time, banyak benda yang mencabar kesabaran Patung Beruang. Dan kemuncaknya, adalah insiden pertengkaran mulut antara Patung Beruang dan seorang otai disini pada petang semalam. 

Prinsip Patung Beruang senang je. 

"Jika company ini, company kita, adakah kita akan buat sesuka hati?" 

Of course lah TIDAK kan?? Maksudnya, kita akan jalankan tugas & tanggungjawab kita dengan sehabis baik, semua decision dibuat dengan pertimbangan yang rasional, dan kita akan berusaha untuk memastikan company ini boleh survive selama-lamanya. 

Cuba lihat bangsa yang satu itu. Jika sekarang Si A ni buka company, lagi 40 tahun akan datang, bila Si A sudah tua, kita akan lihat company itu masih kukuh berdiri dan selalunya lebih kukuh keadaannya dari sebelum itu, dan ia diuruskan oleh anak Si A tadi. Dan 40 tahun yang seterusnya, kita akan nampak company tadi megah menjadi syarikat korporat yang ternama, dan kini ia diuruskan pula oleh cucu Si A tadi. Dan begitulah seterusnya.. Maksudnya, mereka mendirikan sesuatu perniagaan bukan untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk diwariskan kepada generasi mereka di masa akan datang.

Tetapi, cuba lihat company yang ditubuhkan oleh bangsa kita. Maaf ye, Patung Beruang bukan untuk menjatuhkan bangsa sendiri, cuma untuk berkongsi cerita yang sering berlaku didepan mata kita. Hari ini Si B membuka perniagaan. Baru untung lebih sedikit pada tahun pertama dan ke-2 beroperasi, kualiti produk dan perkhidmatan sudah mula menurun. Tidak focus dan banyak berlaku pembaziran. Akhirnya, genap 3 tahun, company itu terus tutup. 

Ada pula cerita lain, dimana Si C ini berjaya membuka perniagaan dan bertahan sehingga 20 tahun. Alhamdulillah. Dan akhirnya, perniagaan tersebut diwariskan kepada anaknya untuk diuruskan. Tetapi, sayangnya anak Si C ini malas untuk menguruskannya. Segala perjalanan urusan syarikat diserahkan bulat-bulat kepada orang bawahannya. Dia lebih seronok untuk melancong ke Paris, London atau Gold Coast dan melawat showroom kereta-kereta mewah, serta bersantai di Kelab-kelab Golf dari duduk di pejabat. Akhirnya, perjalanan syarikat menjadi tunggang langgang, berlaku penyelewengan dikalangan pekerja, dan kemuncaknya, syarikat tersebut difailkan bankrap kerana tidak mampu membayar liabiliti mereka. 

See, sayang kan? Nak bangunkan company bukan senang. Tetapi, nak jatuhkan company, hanya semudah ABC sahaja. 

Dan itulah juga yang sering Patung Beruang tekankan dengan team sekarang ini. Ye, kita bukan pemilik company ini. Kita hanya bekerja sahaja disini. Cukup bulan dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Tetapi, kita kena sedar, setiap decision dan tindakan yang kita ambil akan memberi kesan kepada company ini. Jangan ingat corporate yang kukuh dan ternama tidak boleh jatuh tersungkur. Didalam dunia korporat ini, tiada yang mustahil. Singa yang digeruni boleh menjadi kecil seperti tikus, dan si tikus yang sering dibuli boleh menjadi singa si raja rimba dalam sekelip mata. 

Seronok ke bila marah orang? Atau bertengkar dengan orang? Jawapannya adalah TIDAK SERONOK LANGSUNG. Bukan niat untuk bersikap kurang ajar dengan orang tua (otai ini umurnya lebih 20 tahun++ dari umur Patung Beruang), tetapi dalam urusan kerja, jika keputusan yang dibuat itu tidak rasional, salah, menyebabkan company expose to higher lost, sedangkan we have better alternative, tidak salah kiranya Patung Beruang menegur. Cuma apabila teguran telah dibuat berkali-kali, tetapi keadaan masih tidak berubah, pasti lah kita akan marah. 

Tolong lah.. Patung Beruang datang sini dengan niat nak membantu. Ye, tiada orang yang sempurna dan tahu semua benda. Tu sebab kita kena berkerjasama. Kalau tak tahu, kami boleh ajar. We don't have problem to share our knowledge and expertise. Tapi, bila orang yang nak diajar tu, terlalu degil dan ego, susah lah. Tak rasa malu ke, disebabkan decision kita yang tidak bijak itu, company terpaksa menanggung kerugian yang besar?  Bukan sekali, tetapi berkali-kali. 

Orang bijak pandai ada cakap, 

"Kesilapan hanya berlaku pertama kali sahaja. Tetapi, jika kesilapan yang sama kita ulang untuk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya, itu TIDAK BIJAK namanya"..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...