Saturday, December 26, 2015

Book Review: Aku, Dia & Rezeki

Tajuk: Aku, Dia & Rezeki

Penulis:Mohamad Feroz Mohammad Zaini

Menariknya Buku Ini:

Buku Aku, Dia & Rezeki ini Patung Beruang beli ketika pertama kali menjejakkan kaki di Bookworld beberapa bulan lepas. 

Penulis, Mohammad Feroz Mohammad Zaini atau lebih dikenali sebagai Abg Long berkongsi cerita berkenaan pengalaman sebenar kehidupannya dari sisi mata seorang insan biasa, yang bertemu dengan pelbagai watak dan lapisan masyarakat sehari-harinya. 

Buku ini mengandungi 102 cerita yang menarik untuk ditatap. Abg Long memulakan buku ini dengan ingatan bahawa tulisan beliau hanyalah sebagai medium untuk beliau berpesan-pesan ke arah kebaikan. Dan beliau menulis demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Alhamdulillah, terima kasih Abg Long kerana mempunyai niat yang sebegini murni. Semoga kami yang membacanya juga turut mendapat pesanan dan iktibar yang ingin disampaikan, seterusnya menjadikan ia saham akhirat buat Abg Long juga.

Sedekah adalah satu perkataan yang sangat hebat bunyinya dan hebatnya juga kesannya. Ramai manusia yang suka bersedekah tanpa mengira kecil atau besar nilainya. Tetapi ramai juga manusia yang sering berkata-kata, 
    "Nanti bila aku dah kaya, aku nak bersedekah pada ramai orang. Aku nak bersedekah pada si polan, si polan."

      "Aku bukan tak nak bersedekah, tetapi duit yang aku ada ini pun cukup-cukup makan sahaja."

Membaca buku Abg Long ini membuatkan kita meneliti bahawa:


  • Tidak perlu kaya baru hendak bersedekah.
  • Bersedekahlah mengikut kemampuan kita. Jika tidak dengan wang ringgit, dengan tulang empat kerat, jika tidak dengan tenaga, dengan kata-kata pengucapan dan nasihat yang baik, dan mungkin juga dengan doa. Dan bermacam cara lagi.
  • Bersedekahlah walaupun sepuluh sen. Yang penting, ikhlas. 
  • Apabila Allah mempermudahkan urusan kita, hatta dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar urusan, ingatlah bahawa mungkin ia adalah berkat dari doa orang-orang yang pernah kita bantu. Kita tidak tahu, doa siapakah yang mustajab.
  • Kuasa Allah itu tiada batasannya. Mustahil bagi akal manusia tetapi tiada yang mustahil bagi Allah. 
  • Bersedekah lah kerana Allah. Pasti Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda.
  • Bersedekahlah walaupun dengan haiwan. 
Konsep sedekah, saling bantu-membantu adalah satu konsep yang universal. Didalam kisah Aksi Ngeri Dapat Air Satu Tin, Abg Long berkongsi berkenaan dengan pengalamannya ketika tayar motor pancit di tepi lebuhraya ketika perjalanan pulang ke rumah. Rakyat Malaysia sememangnya prihatin. Ketika Abg Long sedang menolak motosikalnya di sepanjang laluan motosikal di tepi highway, ramai penuggang motor yang memperlahankan motor mereka dan bertanya jika mereka boleh menghulurkan bantuan. Dan kemuncaknya adalah apabila sepasang suami isteri yang berketurunan Sikh memberikan setin air minuman kepadanya bagi menghilangkan dahaga dan pesanan agar beliau berhati-hati. Ya, mungkin ia nampak simple atau tidak bermakna bagi orang lain tetapi besar nikmatnya bagi seorang insan, yang terpaksa menolak motosikal ditepi jalan, dalam keadaaan cuaca yang panas terik. Rezeki datang tanpa diundang, melalui suasana dan perantara yang tidak terduga. 


Biasa kan kita nampak, ada kucing datang kepada kita ketika dirumah, untuk minta makanan. Kadang-kala ketika sedang minum di restoran, atau gerai-gerai, ada juga kucing yang datang sambil, mengiau minta simpati. Ramai orang yang bermurah hati untuk berkongsi sedikit rezeki yang mereka ada dengan kucing-kucing tersebut. Tetapi ramai juga yang hanya buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran kucing tersebut malah sampai ke tahap tergamak menghalau dan memukul haiwan yang tidak berdosa itu.    

Dalam kisah Aku Campak, Allah Hulur, Abg Long berkongsi berkenaan cerita bagaimana pada suatu malam beliau sangat keletihan akibat menguruskan pesanan pelanggan pada waktu siangnya. Apabila diteliti, rupa-rupanya jumlah tempahan novel dan buku yang diterimanya pada hari itu naik mencanak dari hari biasa. Setelah mengamati, barulah beliau tersedar yang pada sebelah paginya beliau ada mencampakkan seketul ayam goreng kepada seekor anjing yang kelaparan. Ternyata perbuatan baiknya itu dibalas Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka pada hari itu juga. Alhamdulillah...

Oklah, ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang ada didalam buku ini. Tetapi rasanya, lebih baik jika kita membacanya sendiri berbanding hanya membaca di blog Patung Beruang ini sahaja, betul tak? :) 

Pada Patung Beruang, buku yang bagus dan menarik patut dikongsi disini agar lebih ramai orang diluar sana yang membelinya dan berpeluang berkongsi kisah-kisah hebat didalamnya.

Buat Abg Long, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita suka duka, pengalaman hidup dengan kami para pembaca yang tidak pernah mengenal Abg Long secara personal. Moga usaha Abg Long ini diberkati Allah SWT, Aamiin... 

Friday, December 11, 2015

Cerita Audit - Asam Garam Dunia Internal Audit Part 2

Assalamualaikum wbt.. 
Hari ni Patung Beruang rasa gembira sangat. 1st sebab hari ni Selangor cuti, sempena birthday Patung Beruang esok.. Opss... salah, sempena birthday Sultan Selangor hari ini, hehe.. So, disebabkan ofis Patung Beruang di Selangor, boleh lah Patung Beruang menikmati Public Holiday ni dengan cara Parung Beruang sendiri :)

2nd, sebab hari ni Patung Beruang jumpa ex-CIA yang paling Patung Beruang sayang, hehe.. Pagi-pagi lagi Patung Beruang dah sampai kat Dayabumi. Yelah, appoinment dengan beliau pukul 9 pagi. Lagipun, malulah kalau auditor sendiri tak on time... Kita pandai tegur orang, tapi diri sendiri pun tak betul. Bukan ke itu macam ketam mengejar anak jalan lurus?? ish ish ish.. 

Mesti ramai orang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba Patung Beruang pergi jumpa ex-CIA tu? Nak hantar resume kah? Atau nak minta resume kah? Nak pancing orang kah? Atau sedang dipancing? Hm...

Sebenarnya, Patung Beruang dalam proses untuk set up semula Internal Audit Department. Sediakan documentation yang sepatutnya. Memandangkan Patung Beruang ada juga pegang portfolio operation, jadi Patung Beruang kena berhati-hati sebab takut ada conflict of interest di kemudian hari bila Patung Beruang nak buat audit. Plus ada beberapa isu lain yang Patung Beruang rasa patut untuk dapatkan opinion dan idea dari orang yang berpengalaman. So, appointment dengan ex-CIA pagi ni lebih kepada untuk meminta pandangan dan idea dari beliau on my current situation and my next steps.

Seronok sangat dapat jumpa beliau. Yelah, last perjumpaan kami awal tahun hari tu. So, this morning, I took this opportunity to gain his personal and honest opinion. Lepas sesi coaching and mentoring tu, kami bertukar-tukar cerita tentang latest updates dalam dunia korporat & internal audit. Tentang kerenah management, kerenah clients, kerenah Audit Committee, macam-macamlah.. Honestly, Patung Beruang rindu nak jadi staff beliau semula, rindu nak kerja dengan beliau, rindu nak ada discussion with him. Tapi, what past is past. Apa boleh buat, rezeki untuk kami berkerja sama-sama dalam satu bumbung setakat tahun lepas sahaja. Tak tau lah kalau ada rezeki lain dimasa akan datang..

Thanks a lot Mr. HMN for a very interesting and fruitful consultation session. Really appreciate when you willing to spend your 2 hours precious time with me. Nasib baik lah lokasi ofis Patung Beruang jauh dari Dayabumi. Kalau tak, mesti selalu Patung Beruang akan datang melawat beliau, hehe..

3rd thing yang buatkan Patung Beruang gembira hari ini adalah Patung Beruang ada lunch date dengan seorang sahabat lama. Alhamdulillah, berjumpa juga kami semula selepas setahun lebih. Rindunya Patung Beruang dengan beliau. 

Sahabat Patung Beruang ni seorang wanita yang sangat tabah dan penyabar. Banyak yang beliau dah lalui sama ada dalam kehidupan peribadi juga dalam alam pekerjaan. Beliau seorang auditor yang bagus dan sangat berdedikasi. 

Masa lunch date tu kami sempat lah lah bertukar-tukar cerita tentang perkembangan semasa syarikat dan juga Internal Audit Department sendiri. Sedih Patung Beruang bila dengar lepas seorang demi seorang team beliau mula bosan dan stress dengan environment yang ada sekarang. 

Lumrah Internal Audit Department memang sentiasa sibuk. Tak kiralah awal tahun, pertengahan tahun atau hujung tahun. Assignment sentiasa berderet-deret tetapi manpower pula sangat limited. Jadi, biasanya staff dan CIA akan buat sehabis baik untuk complete kan semua assignments yang ada dalam Annual Audit Plan. 

Akibatnya, beberapa assignments akan jalan serentak dan dilakukan oleh audit team yang sama. Pastu, habis je fieldwork, team akan balik ofis untuk siapkan Audit Report. Hantar je Audit Report untuk review, team akan terus buat planning untuk next assignment, dan esok atau lusanya terus keluar fieldwork di tempat lain pula. Non-stop. Back to back.

Itu adalah lumrah nature or environment didalam Internal Audit Department. Tetapi, CIA dan Audit Manager kena ingat, team kita ni terdiri daripada manusia. Bukannya robot. Bila keadaan berterusan begini untuk tempoh straight beberapa bulan atau lebih, sampai satu masa, team akan fed up dan mula memberontak. Selain itu, kita akan lihat, seorang demi seorang staff akan mula sakit, dan akhirnya akan nampak trend Medical Leave (cuti sakit) pula. Bukan sengaja mereka nak sakit, tapi fizikal dan mental mereka dah terlalu penat. Dan akhirnya, ia menjejaskan antibodi mereka sendiri. So, kita akan lihat, staff sentiasa demam, selesema, batuk, migrain, period pain yang teruk dan paling kronik, boleh kena heart attack and high blood pressure. 

Dah lah assignment non-stop, dapat pula Audit Manager dan/atau CIA yang perfectionist, high expectation dan tak reti nak jaga emosi dan hati staff. Bila staff buat salah sikit, mulalah suara tu nak tinggi sahaja, mula lah perkataan-perkataan yang tidak enak didengar keluar meluncur laju dari mulut bosses ini. Bosses asyik nak emotional tak bertempat. Kesannya, staff setiap hari datang ofis dengan perasaan yang tidak seronok, perasaan takut dan sentiasa bertanya pada diri, 
     "Adakah aku akan kena marah lagi hari ini???"

Kadang-kadang bosses ini dia dah ada insider information. Dia dah tahu apa masalah dan isu sebenar di tempat client, atau isu dalam audit scope tu. Tetapi, dia sangat kedekut untuk berkongsi information tersebut dengan team leader or audit team. Audit team pula dah berhempas-pulas buat audit sehabis baik. Malangnya, sample yang dipilih tidak pula terkena yang bermasalah. Jadi, bila habis fieldwork, audit team tak dapat nak raise isu yang bosses ini expect dari awal, maka, bosses ini mulalah mengamuk sakan. Kata audit team tak buat keje lah, audit coverage very shallow, tak reti buat audit lah dan sebagainya. Silap-silap, audit team terpaksa pergi semula ke ofis client dan godek lagi sekali untuk dapat isu yang bosses tu nak. Persoalannya sekarang adalah,
     "Kenapa dari awal, bosses kedekut nak berkongsi information tersebut????"

Jika soal confidential yang ditekankan, tak salah jika bosses bagi hint awal pada team leader, supaya team leader boleh zoom terus ke area tersebut. Definitely, team leader boleh dig dengan lebih baik. Dan dalam masa yang sama, team members boleh focus pada area lain pula. So, issue yang bosses expected, bole kita discover, dan issue yang baru juga tak mustahil boleh dijumpai.

See, menitik beratkan soal confidential itu sangat bagus, tetapi jangan sampai ia menyusahkan balik Internal Audit Department itu sendiri. 

Dalam keadaan high quantity of assignments on the line but limited manpower, the whole department, from CIA sampai lah audit team kena work smart, not work harder. For me, tak salah kalau bosses bagi hint pada team leader, sebab ia menjimatkan masa dan mengelakkan audit team cover area yang tak significant. 

Entahlah, Patung Beruang nak komen lebih-lebih pun susah. But, based on my personal experience, tak kisahlah kita ni Audit Manager, Senior Manager or CIA, kita kena treat orang bawahan kita sebagai manusia. Maksudnya, keperluan asas manusia bukan setakat wang ringgit dan makanan, tetapi pujian dan kata-kata galakan, motivasi. 

Memang lah kecewa bila audit team gagal bawa isu yang kita nak tetapi, percayalah, sebenarnya mereka dah buat sehabis baik. Cuma mungkin ia disebabkan oleh kekangan masa atau auditing skills yang belum kukuh atau mungkin pemilihan sample yang kurang tepat. Disebabkan itu, kita sebagai boss, kita jangan simply marah-marah atau pun condemn mereka. Nak marah atau nak menegur ada caranya. Jangan sampai kemarahan dan teguran kita itu melemahkan atau menjatuhkan self-esteem mereka, atau membuatkan mereka jadi benci dan tawar hati dengan kita. Kita kena ingat, jika kita tidak suka dilayan sedemikian rupa, sudah tentu orang lain juga tidak suka jika menerima layanan yang sedemikian rupa daripada kita. 

Selain itu, Internal Audit Department berdiri kukuh atas sebab teamwork. There is no such thing single player in the Department. Jika kita merasakan staff kita kurang berkemahiran, tanggungjawab kita lah untuk mentoring dan coaching dia. Atau hantar beliau pergi training yang bersesuaian. Janganlah lepas tangan buta-buta dengan harapan staff tersebut akan belajar sendiri. Ingat, bukan semua orang fast learner and self-learning. Ada orang memerlukan masa dan perlu ditunjuk ajar. Marah-marah tidak akan mengubah keadaan. Silap-silap, it become more worst. 

Ada sesetengah bosses ini, menjadi satu kebanggaan jika Audit Report mereka tebal. Atau menjadi satu kebanggaan jika mereka dapat highlight sehingga 60 ke 100 issues untuk satu audit assignment. Bila dah macam tu, issue yang remeh temeh pun mereka nak highlight. 

Honestly, Patung Beruang tak suka style macam tu. Sebelum raise sesuatu issue, kita kena fikir:
  "Apa impact issue tersebut pada client atau company??"
  "Significant ke impact nya???" 

Kita ni sebagai auditor, sepatutnya kita bantu client or company untuk lebih perform, bukannya untuk cari salah dan tunjuk senarai panjang salah laku mereka. Client akan jadi sangat menyampah dengan internal auditor bila kita bawa this kind of attitude. 

Daripada kita sibuk nak bawa issue remeh-temeh, lebih baik kita cari issue yang strategik atau ada significant impact pada company. Issue yang boleh membuka mata senior management dan Audit Committee. Issue yang boleh add value pada service kita. 

So..... betulkan semula niat kita bila nak buat audit. Kita tak nak lagi jadi policeman tetapi kita nak jadi partner pada management.... 

Begitulah serba sedikit apa yang berlaku dan sampai ke telinga Patung Beruang pada hari ini. Dunia Internal Audit yang sangat colourful. Penuh dengan kerenah dan ragam. Dari junior team member sampai lah ke peringkat CIA. Masing-masing ada kerenah tersendiri.... 

Hm..Rasanya dah panjang sangat Patung Beruang menulis kali ini. So, it is better if stop now.

To Mr HMN, all the best to you, sir. Being your staff is among the greatest moment in my career life. If have a chance, I'm looking forward to working with you again, in any organisation. 

To my old friend, a very talented auditor, very strong lady, I know that you can always do the best to motivate your team, and at the same time serve your boss the best that you can. Although it is very hard to stay in your position, but nothing will stop you to reach the highest. Great skills and competency, right attitude, mentality and intention, In Shaa Allah, your future will always brighter. Finally, don't forget that Allah always has the best plan for us. The right thing will come at the right time. So just follow the flow.. Good luck my dear...  

Sunday, December 6, 2015

Kerja, Strangers & Rumah..

Assalamualaikum.. Hooray, dah masuk bulan 12... Tak sabar Patung Beruang nak tunggu 12hb nanti.. Kenapa?? Jeng jeng jeng ;)

Nak tau tak, recently, Patung Beruang jarang ada di rumah. Selalu kesana sini, tidak kira lah hari biasa atau hujung minggu, sentiasa aje padat dengan aktviti..

Hal kerja pula, hm.. mcm biasalah.. Bila masuk operation ni, nature firefighting. Tak pernah habis. Makin bertambah adalah. Backlog pun dah mula ada. Adoi.. inilah yang paling merisaukan Patung Beruang. Sedaya updaya Patung Beruang cuba untuk control backlog ini. Bukan apa, nanti bila dah bertimbun, Patung Beruang juga yang merana. Time tu, memang tak cukuplah tangan yg ada ini. Mula lah rasa macam nak pinjam tangan octopus.. Nanti kena pula tukar nama kan? Dari Patung Beruang jadi Octopus.. Aiyo.. So scarryyyyy :(

Dalam kesibukan kerja ini, tadi Patung Beruang dapat berita gembira. Lepas ni, Patung Beruang kena continue semula utk setup Internal Audit Department di tempat Patung Beruang ini. Alhamdulillah... Berita yang dah lama Patung Beruang tunggu-tunggu. And the best part, Patung Beruang akan report direct terus ke pihak yang sepatutnya.. No more buffer.. N hopefully, more independent and more transparent.

So, dalam kepala otak ni, dah ada macam-macam plan, apa yg nak dibuat utk setup Department. 

Patung Beruang kena tengok balik Audit Charter. Kalau masih takde, kenalah develop. Pastu, kena develop Manual & SOP. Buat Audit Plan. Prepare Audit Committee Terms of Reference dan sebagainya. And yang paling best, Patung Beruang dah kena cari orang untuk support Patung Beruang. This time, Patung Beruang bukan sahaja handle Internal Audit, tapi kena juga handle Risk Management sekali. So, beban bertambah but in shaa Allah, kalau kita minat, kita akan buat sehabis baik. 

Bab cari staff, Patung Beruang tak boleh nak main tangkap muat je. Patung Beruang kena cari orang yang memang dah experienced dalam Internal Audit, orang yang boleh kerja independent, equip dengan necessary knowledge and skills as Internal Auditor dan yang paling penting jenis yang kerja cepat, proactive and meticulous. Siapa yang pernah kerja dengan Patung Beruang mesti dah faham yang Patung Beruang ni jenis suka push orang. So, kalau keje lambat-lambat, mereka juga yang akan stress nanti.. 

Oklah, kita tinggalkan dulu bab kerja ye. Citer pasal kerja ni, sampai bila pun tak kan abis, kan? 

Dalam masa seminggu 2 ni, Patung Beruang dapat 2 orang kawan baru. Satu tu kenal sebab beliau sangat berminat dengan dunia Internal Audit. So, banyak lah benda yang beliau tanya dan minta pendapat dari Patung Beruang. Patung Beruang seronok je berkongsi cerita dengan orang yang berminat.

Orang yang ke-2 pula kami berkenalan dengan cara yang sangat kelakar. Pagi tu, kami sama-sama parking di Putrajaya Sentral. Pastu, sama-sama naik ERL ke KLIA2. Naik flight yang sama juga. Bila dah mendarat, kami sama-sama duduk di lobi airport untuk tunggu orang datang pickup. Masa tu, kami masih tak kenal satu sama lain. Kami duduk di bangku bersebelahan, Patung Beruang sibuk check email dan dia pula sibuk berbual dengan orang disebelahnya. 

Malam tu, lepas Maghrib tiba-tiba ada orang ketuk bilik Patung Beruang. Bila dibuka, rupa-rupanya jiran sebelah bilik. Beliau pun mulalah memperkenalkan dirinya dan bercerita mengapa dia berada di accomodation Company Patung Beruang. Sedang dia bercakap, otak ni ligat berfikir kerana rasanya macam biasa dengar je suara ni..Bila ditanya, rupa-rupanya this lady adalah lady yg sama Patung Beruang jumpa sejak pagi tadi. Oh man!!! What a small world.. 

This lady adalah consultant yang datang kesini atas urusan kerja. Oleh kerana hanya kami berdua sahaja perempuan yang tinggal di accommodation ini, maka, HR letakkan kami bilik sebelah menyebelah, atas faktor keselamatan dan keselesaan. 

Perbualan kami berlanjutan lagi tetapi this time, kami hanya berbual dari bilik ke bilik. Hopefully, orang diluar tak dengar lah ye apa yang kami bualkan ye, hehe. Topik kami, macam biasalah, girl talk.. Dan esoknya, kami breakfast together sebelum kami beredar ke bilik kerja masing-masing, dan berjumpa semula pada malam itu, ketika di airport, untuk pulang semula ke KLIA. 

Begitulah ceritanya bagaimana Patung Beruang terjumpa strangers, bertukar-tukar cerita dan pandangan, walaupun di tempat dan occasion yang kita tak sangka-sangka. 

Hm.. Hari ini hari Ahad. Hujung minggu kali ini Patung Beruang habiskan masa dirumah saja. Mengemas rumah, buat laundry, mengemas barang-barang untuk next Free Market dan membaca buku dengan sepuas-puasnya. Really enjoy my precious personal space. Dah lama sangat rasanya Patung Beruang tinggalkan rumah ini. Dah rasa macam rumah hantu pula, huhu.. So bila ada peluang utk duduk di rumah ni, kalau boleh tak nak keluar-keluar lagi. 

Oklah, rasanya dah panjang lebar sangat Patung Beruang tulis ni. Masa untuk sambung membaca pula. In shaa Allah, ada masa nanti Patung Beruang tulis lagi ye. Selamat malam... 

Tuesday, November 24, 2015

Free Market Seremban - Part 2

Assalamualaikum semua..
Wah, lamanya Patung Beruang tak update blog ni. Maaf lah ye sbb membiarkan blog ni bersarang labah-labah pulak, hehe.. 

Oklah, Patung Beruang tak nak cerita tentang kesibukan yang melanda sejak 2 menjak ni. Rasa macam masa 24 jam sehari tidak cukup pula. Kesana kesini, ada je kerja dan aktivitinya. Takpe, kita tinggalkan lah cerita kesibukan ini buat seketika ye.

Hari Sabtu lepas, 21 November 2015, Patung Beruang dan ibu join Free Market di Masjid Sikamat, Seremban. Free Market bermula pada pukul 10 pagi. Alhamdulillah, dalam pukul 8.45 pagi, kami dah sampai ke pekarangan Masjid Sikamat. Senang juga nak cari lokasi, guna Waze je :) 

Sampai je di Masjid, nampaknya meja-meja dah elok bersusun di perkarangan Dataran Berbumbung. Patung Beruang dan ibu terus memilih meja yang sesuai, luggage-luggage, beg dan kotak-kotak pun diletakkan dan Patung Beruang bergegas mencari Kak Effi, organiser Free Market ini.

Selama ini, Patung Beruang hanya communicate dengan Kak Effi melalui FB dan WhatsApp je. Pada pagi ni lah baru pertama kali bersua muka. Cantik dan peramah orangnya. Buatkan kita rasa selesa bila berurusan dengannya. Alhamdulillah :)

Setelah bersua dengan Kak Effi, dan juga kenalkan ibu dengan Kak Effi, maka, bermulalah aktiviti menyusun barang-barang untuk dipamerkan di gerai kami.

Pada hari tu Patung Beruang bawa buku cerita kanak-kanak, tudung, baju baby, baju kanak-kanak, baju lelaki & wanita dewasa. 

See, inilah gerai Patung Beruang & ibu. Terima kasih pada Kak Effi dan team sebab susah-susah je siapkan tag nama untuk semua pemilik gerai disana. Oh ye, tag nama tu Patung Beruang masih simpan sampai sekarang. Buat kenang-kenangan, hehe.

Pukul 9.10 pagi, pengunjung mula datang. Tapi, para contributor tidak dibenarkan lagi untuk membuat apa-apa transaksi dengan pengunjung. Pengunjung hanya boleh melawat gerai-gerai dan melihat-lihat barang-barang yang dipamerkan. 

Tepat pukul 9.45 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Dan selepas itu, bermulalah Free Market Masjid Sikamat, Seremban dengan rasminya.

Dari pemerhatian Patung Beruang, pengunjung & contributor untuk Free Market kali ini lebih ramai berbanding Free Market Seremban yang diadakan di Ampangan sebelum ini. Keadaannya lebih meriah, barang-barang pun lebih banyak dan yang paling best, ada pemeriksaan kesihatan percuma disediakan.

Ramai juga warga emas yang beratur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma. Terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan yang berkenaan kerana sudi memeriahkan Free Market kali ini. 

Alhamdulillah, barang-barang yang kami bawa cepat sangat habisnya. Tiada satu pun yang tertinggal. 

Dan plastik beg yang kami sediakan pun sangat berguna dimana ramai juga pengunjung yang datang kepada kami untuk minta plastik beg bagi mengisi barang-barang mereka. 

Lebih kurang pukul 11.45 pagi, Patung Beruang dan ibu pun berkemas untuk pulang semula ke Melaka. Pengalaman yang sangat berharga buat kami berdua. 

Terima kasih ibu sebab sanggup temankan anak dara sorang ni untuk event Free Market untuk sekian kalinya. Walaupun kami kena keluar rumah seawal pukul 7 pagi, tapi ibu tetap sabar melayan kerenah anak daranya yang sorang ni, hehe.. 

Terima kasih juga buat Kak Effi dan team yang bertungkus lumus menganjurkan Free Market ini. Lokasi yang sesuai, kelengkapan yang sesuai, pengunjung yang ramai dan perjalanan event yang sangat memuaskan. 

Terima kasih juga pada jiran-jiran di sebelah kanan dan kiri gerai Patung Beruang, kerana sudi bertukar-tukar cerita, sudi pinjamkan alas meja pada Patung Beruang (kami terlupa nak bawa alas meja, huhu), sudi menjalinkan silaturrahim dalam masa yang singkat. 

Terima kasih juga pada semua pengunjung Free Market kali ini terutama sekali yang sudi untuk memiliki barang-barang yang dipamerkan di gerai Patung Beruang. Semoga barang-barang tersebut memberi manfaat kepada pemilik barunya. 

Dan yang paling penting sekali, Patung Beruang berdoa agar apa yang kita lakukan ini menjadi saham akhirat kita. Aamin.. Moga ada rezeki untuk kami bersua lagi.



p/s: Latest update yang Patung Beruang dapat petang tadi, In shaa Allah, Kak Effi akan organise lagi Free Market di lokasi yang sama pada 21 hb December ini. Tema kali ini adalah Back To School. In Shaa Allah, jika umur panjang dan ada rezeki, kita jumpa lagi disana ye. Patung Beruang dah ada idea barang-barang yang nak dibawa nanti :) 

Monday, November 16, 2015

Book Review: Aci Patmabi


Tajuk: Aci Patmabi


Penulis: Azmi Iskandar Merican

Sinopsis Novel Ini:

Aci Patmabi adalah nama watak utama didalam novel ini. Patmabi adalah anak sulung dan satu-satunya anak gadis Mamak Maidin, seorang ahli perniagaan terkenal di Pulau Pinang.

Dibesarkan didalam keluarga elit, Patmabi membesar sebagai seorang gadis yang bersopan santun, terjaga perilakunya dan tutur katanya, cantik rupa parasnya serta cerdas mindanya.

Minatnya yang gemar membaca disokong kuat oleh Mamak Maidin dimana Mamak Maidin tidak berkira untuk membelikan buku-buku, kitab-kitab dan majalah Al-Imam bagi santapan minda anak gadisnya. 

Pada usia masih remaja, Patmabi dikahwinkan dengan Pakwan, anak sulung Mamak Seeni Rawther, peniaga emas, berlian dan permata terkenal di Pulau Pinang. Mamak Seeni Rawther digambarkan sebagai antara orang terkaya di Pulau Pinang. 

Perkahwinan dengan Pakwan telah mengubah kehidupan Patmabi sedikit demi sedikit. Keluarga Mamak Seeni Rawther ibarat seperti buah mangga. Nampak indah diluar tetapi isi didalam penuh dengan ulat. Kekayaan yang melimpah ruah tidak mampu membuatkan mereka bersyukur kepada Allah swt. Pegangan agama yang longgar, terlalu percaya pada kepercayaan yang karut marut dan perpecahan keluarga memburukkan lagi keadaan. 

Patmabi diuji apabila Pakwan lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti Club daripada menguruskan perniagaannya. Mula bermain perempuan, dan akhirnya terjerat dengan cinta palsu anak wayang. Pakwan hilang pertimbangan, harta benda habis diberikan semuanya kepada anak wayang, perniagaannya jatuh muflis dan diambil alih oleh pekerjanya sendiri. 

Tidak cukup dengan masalah yang dibawa Pakwan, anak-anak Patmabi juga tidak menjadi. Lebih gemar berfoya-foya, berjudi dan mengisap ganja sehingga akhirnya rumah pusaka Patmabi juga turut tergadai. 

Menariknya Novel Ini:
Novel ini membawa kita mengembara ke Pulau Pinang, pada zaman dahulu ketika British masih memerintah. Kehidupan golongan elit yang terdiri dari ahli perniagaan mamak, kaum cina, orang British dan juga tidak ketinggalan masyakarat melayu dan india yang tertinggal jauh pada masa itu. 

Turut dipaparkan tentang longgarnya institusi keluarga dimana anak-anak terlalu dimanjakan dengan wang ringgit dan kemewahan sehingga mereka jadi tidak berguna. Harta yang dikumpul oleh generasi terdahulu akhirnya tergadai kepada bangsa asing disebabkan kelalaian dan kemalasan mereka sendiri.

Sifat orang Melayu yang tidak suka melihat bangsa sendiri maju, ingin cepat kaya tetapi malas berusaha dan suka berpuak-puak turut dipaparkan. Pada masa itu, orang Melayu berlumba-lumba untuk menjual tanah-tanah mereka kepada tauke-tauke Cina dengan alasan mereka malas untuk menguruskannya. Walaupun harga yang dibayar terlalu murah tetapi mereka merasakan itu satu kebanggaan kerana mereka berjaya menjadi Orang Kaya Baru dalam sekelip mata. 

Bagi Patung Beruang, novel ini lain dari lain kerana ia mencerminkan keadaan sebenar sebenar apa yang berlaku pada masa itu. Malah, cerita yang sama turut boleh kita lihat dalam keadaan sekarang. Situasi seperti kelalaian dan kemalasan orang Melayu, keghairahan mengejar wang segera, tidak mementingkan pendidikan anak-anak, masih lagi kita boleh jumpa dalam keadaan sekarang. Dan yang pasti, ending novel ini adalah sesuatu yang berpijak di bumi nyata dimana jika kita dilahirkan dalam keadaan kaya-raya, belum tentu kita akan mati dalam keadaan kaya-raya juga. Tidak mustahil keadaan terbalik sepenuhnya... 


Sunday, November 15, 2015

Book Review: The Christmas Box

Tajuk: The Christmas Box

Penulis : Richard Paul Evans

Ceritanya Patung Beruang:

Maaf ye, Patung Beruang lama tidak menulis. Recently, Patung Beruang jarang ada kat sini. Asyik fly sahaja, huhu.. Sampai rasa rindu sgt dgn rumah ni.

Walaupun banyak buku-buku yang Patung Beruang berjaya habiskan pembacaannya, tetapi, disebabkan faktor masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk menulis, Patung Beruang tangguhkan dulu hasrat untuk berkongsi buku-buku tersebut disini.

Dan longgokan buku-buku yang telah habis dibaca tetapi belum ditulis reviewnya semakin lama semakin tinggi. Mana taknya, tunggu ERL baca buku, dalam ERL baca buku, dekat airport baca buku, dalam flight baca buku, nak tido pun baca buku. Jadi, cycle untuk habiskan setiap satu buku tu pendek lah. 

So, pagi ni,  dengan masa singkat yang Patung Beruang ada dan sambil bersarapan baki pizza semalam (dah siap dipanaskan dengan oven ye hehe) , boleh lah Patung Beruang duduk menaip sebentar. 

Menariknya Buku Ini:

The Christmas Box yang pertama kali diterbitkan pada 1993 adalah medium yang digunakan oleh Richard Paul Evans untuk berkongsi dengan pembaca mengenai keadaan beliau dan isterinya, Keri serta anak perempuan mereka, Jenna ketika mereka menetap di Utah. 

Pada masa itu, Richard sedang bergelut untuk menstabilkan perniagaannya. Dan sebagai salah satu langkah penjimatan kewangan keluarga, mereka telah berpindah ke sebuah mansion, yang dimiliki dan dihuni oleh MaryAnne. 

MaryAnne, seorang wanita tua, tinggal bersendirian di mansion tersebut selepas kematian suaminya. Oleh kerana tidak mahu kesunyian dan memastikan rumahnya sentiasa terjaga kemas, MaryAnne telah mengiklankan hasratnya untuk mencari pasangan yang sudi tinggal bersamanya, dan sanggup mematuhi syarat-syarat yang tertentu. 

Kehadiran Richard dan keluarga diterima baik oleh MaryAnne. Malah, MaryAnne sangat tertarik hati dengan Jenna, anak kecil pasangan ini yang berumur 4 tahun. 

MaryAnne gemar bercerita kepada Jenna. Dan cerita kegemarannya adalah kisah-kisah klasik musim Christmas. 

Pada suatu hari, Richard dan Keri terjumpa Christmas Box di dalam salah satu bilik di mansion tersebut. Didalam Christmas Box tersebut mengandungi beberapa dokumen dan surat yang ditulis oleh MaryAnne. Namun, mereka tidak jumpa siapakah nama penerima surat tersebut. Luahan rasa yang ditulis oleh MaryAnne sangat menyayat hati dan ia menimbulkan misteri kepada siapakah surat-surat tersebut ditujukan.

Oleh kerana perniagaan Richard semakin berkembang, maka Richard banyak menghabiskan masa di luar rumah. Rutin kesibukan Richard disedari oleh MaryAnne dan pada suatu hari, MaryAnne mengajukan soalan, "Apakah hadiah Christmas yang pertama?"

Soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh Richard dan ia menimbulkan kemarahan MaryAnne. Dan sejak itu, tingkahlaku MaryAnne mula berubah. Beliau kerap keluar dan hanya pulang ketika waktu malam. Pulang dalam keadaan letih dan seperti baru lepas menangis. 

Sehiggalah pada suatu hari, MaryAnne jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Di sana, sedikit demi sedikit, rahsia hidup MaryAnne mula diketahui oleh Richard dan Keri. Dan Richard juga mula mendapat jawapan kepada soalan yang diajukan oleh MaryAnne padanya. 

Buku ini Patung Beruang amik masa lebih kurang sehari saja untuk habiskan pembacaannya. Mungkin dengan gaya bahasa Richard yang santai, dan jalan cerita yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga kecil di tengah bandar. 

MaryAnne digambarkan sebagai seorang wanita tua yang kaya dan bijaksana, yang kehilangan separuh hidupnya tatkala anak tunggalnya meninggal dunia di usia yang sangat muda, dan kehilangan baki separuh hidupnya apabila suaminya pula meninggal. Tetapi MaryAnne terus tabah dan hidupnya sentiasa dikelilingi insan-insan yang baik dan prihatin termasuklah jiran sekeliling. Kehadiran keluarga Richard membuatkan MaryAnne merasa beliau mempunyai keluarga semula. Dan oleh itu, MaryAnne berusaha keras untuk memastikan Richard sentiasa menghargai insan-insan yang ada disekelilingnya.

Membaca The Christmas Box seolah-olah membawa kita kepada kegembiraan hidup dikelilingi keluarga, pentingnya menghargai kasih sayang keluarga yang tidak berbelah bahagi selagi mereka masih ada...  

Tuesday, October 27, 2015

Book Review: Who Moved My Cheese?


Tajuk: Who Moved My Cheese?

Penulis: Dr. Spencer Johnson

Menariknya Buku Ini:

Who Moved My Cheese adalah antara buku yang dah lama Patung Beruang teringin untuk membacanya, rasanya semenjak tahun 2010 lagi. Ia dikategorikan sebagai antara buku perniagaan terbaik yang pernah diterbitkan. 

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Pertama mengisahkan Sesi Reunion yang dihadiri oleh Michael dan kawan-kawannya. 

Bahagian Kedua pula mengisahkan cerita di Daerah Maze, dimana watak utamanya adalah 2 orang kerdil yang bernama Hem dan Haw, dan 2 ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry. Dan misi utama kesemua 4 watak ini adalah untuk mencari bekalan keju yang banyak bagi menampung kehidupan seharian mereka. 

Pada suatu hari, mereka berjumpa dengan bekalan keju yang banyak di Stesen Keju C. Mereka berasa gembira kerana mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk menjelajah seluruh Daerah Maze semata-mata untuk mencari keju. 

Sniff dan Scurry masih lagi meneruskan rutin harian mereka dimana mereka keluar pada waktu yang sama setiap hari, menuju ke Stesen Keju C. Manakala Hem dan Haw pula semakin hari semakin lewat mereka sampai ke Stesen Keju C kerana merasakan yang tiada sesiapa pun yang akan mengambil keju mereka disana. Hem dan Haw mula bermalas-malasan dan bersikap sambil lewa.

Sniff dan Scurry sangat prihatin dengan persekitaran mereka. Oleh itu, mereka cepat menyedari yang bekalan keju di Stesen Keju C semakin berkurangan. Pada suatu hari, ketika sampai di Stesen Keju C, mereka mendapati tiada langsung bekalan keju disana. Oleh itu, tanpa membuang masa, mereka terus meninggalkan Stesen Keju C dan mula menjelajah semula Daerah Maze demi mencari keju. 

Bagi Hem dan Haw pula, mereka seperti tidak percaya apabila melihat tiada lagi keju di Stesen Keju C. Mereka mula marah dan bertanya siapakah yang telah mengalihkan keju-keju mereka? Setiap hari mereka setia datang ke Stesen Keju C dengan harapan keju-keju mereka akan diletakkan semula di sana. Malang bagi Hem dan Haw kerana tidak pernah sedar yang bekalan keju di Stesen Keju C semakin berkurangan sebelum ini. 

Siapakah sebenarnya yang telah mengambil keju-keju mereka?

Adakah keju-keju tersebut akan dipulangkan semula ke Stesen Keju C?

Adakah Hem dan Haw akan terus setia menunggu kembalinya keju-keju di Stesen Keju C?

Bagaimana pula dengan Sniff dan Scurry?

Adakah Sniff dan Scurry berjaya menjumpai stesen keju yang baru?

Atau mungkin Sniff dan Scurry akan pulang semula ke Stesen Keju C?

Patung Beruang tak nak jawab soalan-soalan diatas.
Jadi, siapa yang nak tahu jawapannya, kenalah baca Who Moved My Cheese? ye...

Basically, buku ini mengajar kita bagaimana untuk kita lebih prihatin & peka terhadap persekitaran kita. Mengapa ada masa-masanya kita perlu berubah dan jika kita masih berdegil, apa consequences diatas kedegilan kita itu.

Peka terhadap persekitaran, kesediaan untuk berubah, tidak semestinya hanya digunakan didalam perniagaan sahaja. Kita boleh je apply the same concept dalam kehidupan seharian kita, dalam menguruskan kerjaya kita, menguruskan keluarga dan sebagainya. 

For me, this is a good book walaupun ceritanya sangat simple dan bilangan muka surat pun sedikit je (kalau ikut standard Patung Beruang lah, heheh). Still it is worth it to read. 

Selamat membaca... :)

Sunday, October 18, 2015

Pergi Untuk Selama-Lamanya..

Pada waktu pagi di ketika Khamis lepas, 15 October 2015, Patung Beruang dikejutkan dengan pemergian seorang ahli keluarga yang kembali kepada Maha Pencipta.

Perasaan Patung Beruang masa itu???
Terkedu..
Terperanjat...
Sebak ...
Semuanya bercampur-baur. 

Hati ini rasa tidak tenang. 

Dan selang sejam selepas itu, Patung Beruang dikejutkan sekali lagi dengan pemergian seorang ahli keluarga sahabat Patung Beruang. Ya Allah.. 2 berita yang menyedihkan dalam satu masa.

Semoga damai dan berbahagia lah dia disana. Moga pemergian ini dapat menghentikan segala kesakitan dan penderitaan yang ditanggung selama ini.

Jujurnya, semenjak pertemuan kami yang terakhir beberapa minggu lepas, Patung Beruang tidak lupa untuk menyebut namanya ketika menghadiahkan ayat-ayat suci Al-Quran usai solat. Dan moga Patung Beruang terus istiqamah untuk sentiasa menitipkan hadiah buatnya dan insan-insan lain yang Patung Beruang sayangi selagi diri ini masih bernyawa.

Tahun lepas, ketika waktu-waktu begini, seorang ahli keluarga Patung Beruang telah pergi. Dan tahun ini, seorang lagi menyusul. Mati itu memang pasti. Cuma bila, dimana dan apa keadaannya saja yang masih menjadi misteri.......

Sunday, October 11, 2015

Book Review: Pilo Toq

Tajuk: Pilo Toq

Penulis: 
1. Op Zaharin
2. Azzam Supardi
3. Bahruddin Bekri

Menariknya Buku Ini:

Buku Pilo Toq ini baru sahaja Patung Beruang sudahkan pembacaannya pada pukul 3.30 petang tadi. Sebelum Patung Beruang tulis Book Review untuk The Last Lecture. 

Patung Beruang hanya ambil masa kurang dari 24 jam untuk selesaikan buku ini. Mula membaca pukul 9.30 malam semalam. Hah, jangan pula ingat Patung Beruang tak buat apa-apa ye, hanya baca buku sahaja. Salah tu.. Hari ni, Patung Beruang sempat je masak untuk lunch, sidai baju, angkat baju, kemas rumah sikit-sikit, baca paper heheh.. Then, barulah duduk membaca Pilo Toq ni.. 

Oklah.. habis cerita Patung Beruang.. Sekarang, jom kita tengok apa yang seronoknya Pilo Toq ni. 

Pilo Toq ini ditulis oleh 3 penulis yang berbakat dan sangat bersahaja. Bahagian pertama dimulakan dengan coretan dari Azzam Supardi. Gaya penulisan Azzam Supardi sangat santai dan banyak kisah mencuit hati yang dikongsi oleh beliau. Malah, ada banyak kisah yang berjaya membuatkan Patung Beruang tertawa sendiri ketika membacanya. 

Antara kisah yang Patung Beruang suka adalah Kelebihan Lelaki. Sebagai seorang yang addict dengan buku, duduk didalam kedai buku adalah ibarat seperti duduk didalam syurga. Ketika sedang menunggu isteri beliau yang sedang membeli-belah, penulis sempat membeli sebuah novel walaupun pada awalnya telah diingatkan oleh si isteri agar tidak membeli buku lagi. Bukan tak bagi sebab kedekut tetapi sebab masih banyak buku dirumah yang penulis belum lagi baca. Novel yang dibeli itu, disorokkannya didalam baju. Namun apabila ditanya si isteri, adakah beliau membeli apa-apa buku? Dengan pantas penulis menafikan sambil mencuit-cuit hidungnya sendiri. Dan tingkah-laku spontan itu memberi isyarat yang jelas kepada si isteri yang penulis sedang menyembunyikan sesuatu. Kantoi, heheh...   

Adakalanya kita sanggup berpura-pura seperti semuanya ok demi tidak mahu menyinggung perasaan orang lain. Penulis dan isteri baru pulang dari klinik dan singgah di restoran untuk mengisi perut. Penulis yang sedang kesakitan akibat gout terpaksa berjalan dengan tempang. Selepas makan, ketika hendak beredar, kaki penulis masih lagi terasa sakit dan ingin untuk jalan tempang semula. Tetapi tiba-tiba penulis ternampak seorang pak cik yang tempang sedang berjalan menuju ke meja sebelah. Untuk tidak mahu menyinggung perasaan pak cik tersebut, penulis gagahkan juga untuk berjalan seperti normal. Begitu hebat pengorbanan penulis seperti yang tercatat dalam Duka Demi Bahagia

Kisah yang paling mencuit hati Patung Beruang adalah Silap Pegang dimana penulis terjalan bersama-sama dengan sekumpulan Bangla, sehingga kelibat beliau tidak disedari oleh si isteri yang setia menunggu di luar bank. Dan komen si isteri adalah "Patutlah tak perasan... muka hampir sama," hehehe... 

Bahagian ke-2 pula ditulis oleh Bahruddin Bekri. Jika coretan Azzam Supardi sebelum ini kebanyakkan kisah-kisah lucu yang membuatkan pembaca tersenyum atau tertawa sendiri, Bahruddin Bekri pula lebih selesa dengan kisah-kisah serius dan seram. 

Rezeki berkisar tentang masalah kewangan yang tiba-tiba melanda penulis pada bulan itu apabila laptopnya rosak. Dan Alhamdulillah, si isteri sudi untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban penulis. Benarlah kata orang, bernikah itu menjemput rezeki. Oleh itu jangan takut untuk bernikah. Allah akan berikan rezeki untuk si isteri dan pasti suami juga akan dapat tempiasnya. 

Pulang pula membawa kisah seram apabila penulis dihantui mimpi yang sama selama tiga malam berturut-turut. Igauan itu terhenti apabila penulis dikejutkan oleh isterinya. Ketika hendak sambung tidur, penulis dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu bilik tidur. Pada mulanya, penulis tidak berminat untuk melayan ketukan itu. Tetapi, apabila ketukan tersebut semakin kuat, penulis pun membuka pintu bilik tersebut dan segera kelihatan si isteri sedang berdiri di depan pintu. Penulis mula kaget melihatnya apatah lagi apabila terlihat isteri yang sama juga sedang berada diatas katil didalam bilik tidur tersebut. Adoi... Siapa sebenarnya mereka ini??? Manusia kah atau .... 

Kisah yang paling Patung Beruang gemari dari penulis ini adalah Gelap. Penulis dan keluarga dalam perjalanan untuk pulang ke kota, setelah menghabiskan masa di kampung. Dalam perjalanan, tayar kereta mereka pancit di tengah-tengah kebun getah, dalam suasana gelap malam. Tiba-tiba penulis dan isteri didatangi seorang lelaki tua yang fizikalnya agak tidak masuk diakal. Dalam keadaan ketakutan, tanpa diduga muncul sebuah lori yang melalui jalan tersebut. Lori tersebut berhenti dan pemandunya membantu penulis untuk menukar tayar yang pancit itu. Selesai tugasan, pemandu lori bercerita tentang kelibat lelaki tua yang gemar mengusik pengguna jalan disitu. Khabarnya lelaki tua tersebut telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk melawat anak cucunya di kota. Namun kisah tersebut tidak tamat disitu sahaja. Apabila penulis memaklumkan kepada si pemandu lori yang lelaki tua itu baru sahaja mengusik beliau dan keluarganya, keadaan terus bertukar. Rupa-rupanya si pemandu lori juga sama keadaannya dengan orang tua tersebut..... huhuhu.. 

Bahagian ke-3 dan terakhir adalah nukilan dari Op Zaharin. Seperti mengembalikan semula mood Patung Beruang, banyak kisah-kisah yang dikongsi oleh penulis adalah kisah-kisah sweet dan mencuit hati. 

Penulis membuka catatan beliau dengan Nilai Kasih Sayang dimana cerita tentang trend lelaki yang tolong membawakan beg tangan teman wanita, tunang atau isteri mereka ketika sedang berjalan-jalan atau membeli-belah. Namun, seperti kebanyakkan lelaki macho yang lain, penulis berjaya untuk tidak membawa beg tangan isterinya yang bernama Mulan, kecuali ketika Mulan pergi ke ladies. Yes, pada pandangan peribadi Patung Beruang juga, kalau sayang macam mana pun, janganlah sampai tahap bawakan handbag pasangan kita. Kalau dia memang tak cukup tangan sebab bawa banyak barang-barang yang dibeli ataupun sebab dukung anak, apakata lelaki lah yang tolong bawakan barang-barang tersebut ataupun dukung anak, hehe..

Membuat kerja-kerja pejabat ketika berada dirumah bukan lah satu tabiat yang baik (walaupun hakikat sebenarnya Patung Beruang pun selalu buat, huhu)... Tapi adakalanya, keadaan mendesak dan kita tiada pilihan melainkan membawa ia pulang ke rumah untuk disiapkan pada malam itu juga. Namun, jika asyik sangat mengadap kerja tu, nanti pasangan bising pula. Mula lah kata yang dia dimadukan dengan computer atau laptop. Tapi bak kata penulis dari coretannya yang bertajuk Madu, lebih baik dimadukan dengan computer dari dimadukan dengan Maya Karin, heheh..  Nasib badan lah... 

Dalam berpuluh-puluh kisah yang dikongsikan oleh 3 orang penulis di dalam Pilo Toq ini, ada satu kisah yang sangat menyentuh hati Patung Beruang dan kisah ini adalah kisah yang palingggggg Patung Beruang suka. Kisah ini adalah kisah ke-2 terakhir didalam Pilo Toq.  Hari Kasih Sayang menukilkan kerinduan penulis dan Mulan kepada anak mereka Asyran. Ya Allah, jika sepanjang membaca Pilo Toq ini Patung Beruang banyak tersenyum dan tertawa sendiri, tetapi membaca kisah yang satu ini, air mata Patung Beruang mengalir tanpa disedari. 

NoorJay, you are such a strong woman, dear. 
Moga Allah beri yang terbaik untuk dirimu dan keluarga, Aamiin... 

Oklah, Patung Beruang tak nak cerita panjang lebar tentang Pilo Toq. Buku yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk dibaca oleh semua orang. 

Oh ye, ada 2 perkara menarik tentang buku ini yang boleh diberi perhatian oleh penulis dan penerbit diluar sana, walaupun ia nampak simple tapi sebenarnya memberi impak yang besar iaitu:
  • Susunan cerita yang menarik perhatian pembaca dan mengekalkan momentum pembaca. Sebagai seorang pembaca, apabila memontem pembacaan kita konsisten, kita tak kan sedar yang pembacaan kita beralih dari satu mukasurat ke mukasurat yang lain, dari satu kisah ke satu kisah yang lain. Kita rasa seronok je nak baca dan tak nak berhenti pun. Dan inilah kekuatan Pilo Toq dimana pada malam semalam, hanya dalam tempoh 1 jam, Patung Beruang berjaya membaca hampir separuh isi kandungannya. Tanpa Patung Beruang sedar pun, huhu.. 
  • Saiz font yang besar dan spacing yang lebar. Orang yang suka membaca, dia akan membaca dimana sahaja dan dalam apa jua keadaan. Macam Patung Beruang, jika waktu siang, Patung Beruang suka membaca sambil duduk di atas sofa. Cahaya matahari yang terang dari luar cukup untuk memberi pencahayaan kepada Patung Beruang. Tetapi, jika waktu malam terutama waktu hendak tidur, Patung Beruang biasanya akan membaca sambil baring atas katil, sebelah tangan peluk Bibi dan sebelah tangan pegang buku, dan the best part is Patung Beruang tak buka pun lampu bilik. Hanya mengharapkan cahaya yang datang dari lampu yang terang di luar rumah. (Sekarang mesti dah tahu kan, kenapa Patung Beruang asyik kena marah bila setiap kali jumpa optometrist, huhuhu..) Bukan lah nak jimat bil elektrik, tapi sebenarnya malas nak bangun untuk tutup suis lampu nanti, heheh... Jadi, bila saiz font dan spacing sesebuah buku tu besar dan lebar, ia sangat memudahkan untuk Patung Beruang membaca dan terus membaca walaupun dalam keadaan pencahayaan yang kurang. 
Baiklah, rasanya dah panjang lebar Patung Beruang tulis tentang Pilo Toq ini. Naskah yang berjaya membawa senyum, tawa, seram, serius, terharu dan simpati, diadun dengan baik dan menjadi satu hidangan yang sangat lazat untuk dinikmati oleh pembaca.... 

p/s: NoorJay dear, congratulations to your husband and his team for a such good book that able to entertain readers. Kalau Patung Beruang masih lagi di Dayabumi, nak juga minta tolong dapatkan autograph dari 3 jejaka ini, heheh... 

Book Review: The Last Lecture

Tajuk: The Last Lecture

Penulis: Randy Pausch 

Menariknya Buku Ini: 

Buku The Last Lecture ini Patung Beruang ambil masa hampir 5 hari untuk sudahkan pembacaannya. Oleh kerana buku ini warna cover dia lebih kurang sama macam warna The Alchemist, jadi ada yang menyangka Patung Beruang masih lagi membaca The Alchemist, heheh..

The Last Lecture adalah kisah benar seorang lelaki yang bernama Randy Pausch, seorang Professor dalam bidang Computer Science di Carnegie Mellon University, yang diberi peluang untuk menyampaikan "Kuliah Terakhir" beliau dihadapan ribuan manusia. 

Randy adalah seorang pengidap pancreatic cancer dimana cancer tersebut telah berada di tahap akhir dan doctor mengesahkan beliau hanya menunggu masa sahaja untuk pergi buat selama-lamanya. 

Dalam keadaan biasa, Last Lecture adalah sessi yang biasa dibuat oleh Carnegie Mellon sebagai platform for their professors to consider their demise and to ruminate on what matters most to them. And while they speak, audiences can't help but mull the same questions: 
  • What wisdom would we impact to the world if we knew it was our last chance? 
  • If we had to vanish tomorrow, what would we want as our legacy?  

Bagi Randy pula, his Last Lecture dijadikan platform untuk beliau mengucapkan selamat tinggal kepada semua, berkongsi segala kebahagiaan dan kegembiraan beliau selama ini, berkongsi cerita dan pengalaman serta nasihat kepada keluarga, pelajar, bekas pelajar, rakan sekerja, serta masyarakat umum.

Randy adalah seorang suami kepada Jai dan ayah kepada Dylan (6 tahun), Logan (3 tahun) dan Chloe (18 bulan). Perkara pertama yang Randy lakukan apabila beliau tahu yang masa hidupnya semakin singkat adalah berpindah dari Pittsburgh ke Virginia bagi memastikan isteri dan anak-anaknya dekat dengan ibu bapa Jai. Randy merasakan yang apabila beliau telah tiada, Jai pasti memerlukan sokongan moral yang sangat kuat. Maka, tinggal berhampiran dengan ibu bapanya akan membantu Jai untuk pulih dan bangkit meneruskan kehidupannya demi anak-anak mereka. 

Terdapat beberapa point yang sangat menarik untuk dikutip didalam Last Lecture ini seperti: 

1. Really Achieving Your Childhood Dreams 

Seperti kanak-kanak normal yang lain, Randy juga mempunyai senarai impian yang dibina dari zaman kanak-kanaknya iaitu:
  • Being in zero gravity
  • Playing in the NFL
  • Authoring an article in the World Book encyclopedia
  • Being Captain Kirk
  • Winning stuffed animals
  • Being a Disney Imagineer
Randy dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan. Dan bacaan kegemaran mereka adalah dictionary dan World Book encyclopedia. 
Maka, tidak hairanlah jika Randy mempunyai impian untuk menulis didalam encyclopedia tersebut. 

Selama hidupnya, Randy berjaya merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya yang tercatat diatas kecuali satu sahaja iaitu bermain di NFL. Wow, hebat bukan? 

Beliau berpeluang berada dalam keadaan zero gravity apabila beliau menaiki The Weighless Wonder di NASA. The Weighless Wonder adalah plane yang digunakan oleh NASA for helps their astronauts acclimate to zero gravity. Peluang itu datang apabila beliau membawa students nya ke NASA untuk melakukan experiment di dalam kapal tersebut pada tahun 2001. 

Randy adalah seorang pakar dan pioneer didalam bidang Virtual Reality. Dan disebabkan kepakarannya itu, suatu hari beliau dijemput oleh World Book encyclopedia untuk menulis artikel berkenaan Virtual Reality. Yes, impian kanak-kanaknya sekali lagi menjadi kenyataan. 

Captain Kirk adalah watak yang tidak asing bagi peminat Star Trek. Bagi Randy, Captain Kirk adalah contoh seorang pemimpin yang mampu menyatukan anak buahnya yang mempunyai pelbagai kepakaran yang lebih hebat dari beliau. Leadership style itulah yang Randy aplikasikan dalam kehidupan pekerjaannya bagi memimpin Research Team beliau. Baginya, Research Team yang bagus adalah mempunyai kepakaran yang pelbagai, hubungan yang erat seperti keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain.

Oklah, sampai disini Patung Beruang tinggalkan kisah bagaimana Randy berjaya menjadi Imagineer di Disney dimana ia adalah pertembungan 2 dunia yang berbeza iaitu dunia akademik dan dunia hiburan, serta how happy he was every time he winning the stuffed animal ye. Kalau nak tahu lebih detail, kenalah baca buku ini. 

Yang pasti, Randy membuktikan yang impian zaman kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dengan syarat kita berusaha keras. Randy berusaha untuk hidup demi impian zaman kanak-kanaknya.  

2. Being arrogant may limit us to be able to accomplish in our life. 

How good are we, we shouldn't being arrogant to others. This is because we need a team to win the game, to achieve our dreams, objectives etc. It is never a single player who win the game. 

Sedar dengan kehebatan dan kepandaiannya dalam bidang Computer Science, Randy sering bersikap arrogant dengan orang sekelilingnya. Sehinggalah pada suatu hari, beliau ditegur secara lembut oleh Andy van Demand, seorang professor yang amat beliau kagumi ketika beliau menuntut di Brown University.

Andy nampak potensi besar yang ada didalam diri Randy tetapi bimbang dengan cara Randy membawa dirinya. Maka, atas dasar sayang pada anak muda ini, Andy memberikan kata-kata nasihat dengan cara yang paling halus tanpa menyinggung perasaan Randy. Teguran itu membuatkan Randy tersentak dan berfikir akan kebenarannya. Dan teguran itu juga membuatkan Randy mengubah pembawaan dirinya. 

3. Tembok Tinggi Bukan Penghalang

Jika berdepan dengan tembok tinggi di tengah-tengah perjalanan kita, jangan anggap ia sebagai halangan untuk kita meneruskan perjalanan. Berusahalah mengalahkan tembok tersebut sama ada dengan memecahkannya atau mungkin memanjatnya. Jangan berhenti dan berpatah semula kerana ia hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tiada tembok yang tidak boleh dikalahkan. 

4. Don't Complain, Just Work Harder 

Too many people go through life complaining about their problems. Randy always believe that if we took one-tenth the energy we put into complaining and applied it to solving the problem, we'd be surprised by how well things can work out.  

Complaining does not work as a strategy. Semakin banyak masa yang kita gunakan untuk merungut dan berkata-kata atau berfikiran negatif, semakin jauh lah kita dengan matlamat dan impian kita. Jadi, stop complain, just work harder and keep focus on our journey. 

5. Treat The Disease, Not The Symptom

Ada satu kisah. Seorang gadis ini mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang. Hidupnya sangat stress dan dia mengambil keputusan untuk menghadiri kelas yoga setiap malam Selasa, dengan alasan untuk menenangkan diri dan fikirannya. 

Malangnya, setelah berbulan-bulan menghadiri kelas yoga, dia masih lagi stress. Ini kerana masalah kewangannya tetap tidak selesai. Malah, semakin bertambah pula hutangnya kerana interest yang makin meningkat setiap bulan.

Akhirnya, gadis ini mengambil keputusan untuk berhenti sebentar dari kelas yoga dan membuat kerja part-time pada waktu malam bagi memperolehi pendapatan tambahan. Dari situ, dia ada lebihan duit untuk digunakan bagi membayar hutang-hutangnya. Lama kelamaan gadis ini berjaya melangsaikan hutangnya dan dia kembali menghadiri kelas yoga pada setiap malam Selasa. 

Jadi, kenalpasti penyakit sebenar dan rawatlah ia, bukan tanda-tandanya...

6. Don't Obsess Over What People Think

Kita sering tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita? Apa pandangan orang lain terhadap keputusan atau idea kita? Apa tanggapan orang terhadap pencapaian atau kegagalan kita? Apa orang fikir itu... apa orang fikir ini.. 

Why we want to waste our time to know or to think on what people think??

Jika kita berterusan bersikap begini, kita akan jadi seorang yang penakut. Kita takut untuk suarakan pendirian kita atau idea kita. Kita takut untuk buat keputusan. Kita takut untuk buat perubahan. Kita takut untuk buat dan berkata apa yang sepatutnya kita buat dan kita katakan. Dan yang paling penting, kita takut untuk teruskan pengembaraan kita dalam kehidupan ini. 

Rugi bukan??

So, why we still want to waste our precious time???

7. Look For The Best In Everybody

Setiap orang ada kelebihannya dan kebaikkannya yang tersendiri. Sejahat-jahat seorang perompak, pasti ada secebis sifat murni didalam hatinya. Selemah-lemah seorang pelajar, pasti ada kehebatannya dari sisi lain yang mungkin tidak kita sedari. 

Jadi, jangan cepat menghukum dan membuat kesimpulan. Ambil lah masa untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam kerana suatu hari nanti, sisi kehebatan dan kebaikkannya pasti akan terserlah. 

8. The Lost Art of Thank-You Notes

Sudah berapa lama kita tidak mengucapkan "Terima Kasih" kepada orang yang telah membantu kita??

Kita berdiri di pintu masuk bank dan tiba-tiba seseorang membukakan pintu untuk kita masuk. Kita terus melangkah ke dalam bank dan menuju ke kaunter untuk membuat transaksi. Tiada ucapan "Terima Kasih" terlontar keluar dari mulut kita. 

Kita sedang menunggu makanan dan minuman di restoran. Pelayan datang membawa pesanan kita. Makanan dan minuman elok dihidangkan dihadapan kita. Pelayan pun berlalu pergi. Sekali lagi, tiada juga ucapan "Terima Kasih" dari kita. 

Kita melangkah ke dalam LRT bersama anak kecil. Seorang remaja bangun bagi memberikan tempat duduknya kepada kita. Kita terus duduk dan melayan anak kecik kita. Oh, kita terlupa nak ucapkan "Terima Kasih" kepada remaja tersebut yang prihatin dan sanggup mengorbankan tempat duduk beliau. 

Pelanggan datang ke kedai untuk membeli sebuku roti. Duit bertukar tangan dan barang juga bertukar tangan. Pelanggan melangkah pergi dan kita sebagai penjual masih lagi terlupa untuk mengucapkan "Terima Kasih" kerana membeli barang di kedai kita. Ala, sebuku roti je pun. Bukannya sekampit beras. Hati kita berkata-kata. 



Oklah, orang pun dah Azan Maghrib tu. Rasanya lebih baik Patung Beruang stop dulu coretan book review kali ini ye.

Kesimpulannya, The Last Lecture adalah kisah hidup yang sangat menarik untuk kita tatapi. Banyak lagi point-point bagus yang Randy kongsikan dalam buku ini, dan kalau nak tahu, kenalah baca sendiri ye. 

Selepas habis baca buku ini, Patung Beruang sedar yang kejujuran dan kerendahan hati Randy sebagai penulis untuk mencoretkan kisah hidupnya adalah resepi yang paling menarik hati pembaca. Maka tidak hairanlah jika buku The Last Lecture ini telah terjual lebih dari 5 juta salinan. Oh ye, bagi yang bertanya apakah kesudahan buku ini, endingnya adalah Randy Pausch meninggal dunia pada 25 July 2008 dan meninggalkan The Last Lecture sebagai legasinya. Legasi yang masih terus ditatap sehingga kini.....

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...