Showing posts with label charity works. Show all posts
Showing posts with label charity works. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Free Market Seremban - Part 2

Assalamualaikum semua..
Wah, lamanya Patung Beruang tak update blog ni. Maaf lah ye sbb membiarkan blog ni bersarang labah-labah pulak, hehe.. 

Oklah, Patung Beruang tak nak cerita tentang kesibukan yang melanda sejak 2 menjak ni. Rasa macam masa 24 jam sehari tidak cukup pula. Kesana kesini, ada je kerja dan aktivitinya. Takpe, kita tinggalkan lah cerita kesibukan ini buat seketika ye.

Hari Sabtu lepas, 21 November 2015, Patung Beruang dan ibu join Free Market di Masjid Sikamat, Seremban. Free Market bermula pada pukul 10 pagi. Alhamdulillah, dalam pukul 8.45 pagi, kami dah sampai ke pekarangan Masjid Sikamat. Senang juga nak cari lokasi, guna Waze je :) 

Sampai je di Masjid, nampaknya meja-meja dah elok bersusun di perkarangan Dataran Berbumbung. Patung Beruang dan ibu terus memilih meja yang sesuai, luggage-luggage, beg dan kotak-kotak pun diletakkan dan Patung Beruang bergegas mencari Kak Effi, organiser Free Market ini.

Selama ini, Patung Beruang hanya communicate dengan Kak Effi melalui FB dan WhatsApp je. Pada pagi ni lah baru pertama kali bersua muka. Cantik dan peramah orangnya. Buatkan kita rasa selesa bila berurusan dengannya. Alhamdulillah :)

Setelah bersua dengan Kak Effi, dan juga kenalkan ibu dengan Kak Effi, maka, bermulalah aktiviti menyusun barang-barang untuk dipamerkan di gerai kami.

Pada hari tu Patung Beruang bawa buku cerita kanak-kanak, tudung, baju baby, baju kanak-kanak, baju lelaki & wanita dewasa. 

See, inilah gerai Patung Beruang & ibu. Terima kasih pada Kak Effi dan team sebab susah-susah je siapkan tag nama untuk semua pemilik gerai disana. Oh ye, tag nama tu Patung Beruang masih simpan sampai sekarang. Buat kenang-kenangan, hehe.

Pukul 9.10 pagi, pengunjung mula datang. Tapi, para contributor tidak dibenarkan lagi untuk membuat apa-apa transaksi dengan pengunjung. Pengunjung hanya boleh melawat gerai-gerai dan melihat-lihat barang-barang yang dipamerkan. 

Tepat pukul 9.45 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa. Dan selepas itu, bermulalah Free Market Masjid Sikamat, Seremban dengan rasminya.

Dari pemerhatian Patung Beruang, pengunjung & contributor untuk Free Market kali ini lebih ramai berbanding Free Market Seremban yang diadakan di Ampangan sebelum ini. Keadaannya lebih meriah, barang-barang pun lebih banyak dan yang paling best, ada pemeriksaan kesihatan percuma disediakan.

Ramai juga warga emas yang beratur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma. Terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan yang berkenaan kerana sudi memeriahkan Free Market kali ini. 

Alhamdulillah, barang-barang yang kami bawa cepat sangat habisnya. Tiada satu pun yang tertinggal. 

Dan plastik beg yang kami sediakan pun sangat berguna dimana ramai juga pengunjung yang datang kepada kami untuk minta plastik beg bagi mengisi barang-barang mereka. 

Lebih kurang pukul 11.45 pagi, Patung Beruang dan ibu pun berkemas untuk pulang semula ke Melaka. Pengalaman yang sangat berharga buat kami berdua. 

Terima kasih ibu sebab sanggup temankan anak dara sorang ni untuk event Free Market untuk sekian kalinya. Walaupun kami kena keluar rumah seawal pukul 7 pagi, tapi ibu tetap sabar melayan kerenah anak daranya yang sorang ni, hehe.. 

Terima kasih juga buat Kak Effi dan team yang bertungkus lumus menganjurkan Free Market ini. Lokasi yang sesuai, kelengkapan yang sesuai, pengunjung yang ramai dan perjalanan event yang sangat memuaskan. 

Terima kasih juga pada jiran-jiran di sebelah kanan dan kiri gerai Patung Beruang, kerana sudi bertukar-tukar cerita, sudi pinjamkan alas meja pada Patung Beruang (kami terlupa nak bawa alas meja, huhu), sudi menjalinkan silaturrahim dalam masa yang singkat. 

Terima kasih juga pada semua pengunjung Free Market kali ini terutama sekali yang sudi untuk memiliki barang-barang yang dipamerkan di gerai Patung Beruang. Semoga barang-barang tersebut memberi manfaat kepada pemilik barunya. 

Dan yang paling penting sekali, Patung Beruang berdoa agar apa yang kita lakukan ini menjadi saham akhirat kita. Aamin.. Moga ada rezeki untuk kami bersua lagi.



p/s: Latest update yang Patung Beruang dapat petang tadi, In shaa Allah, Kak Effi akan organise lagi Free Market di lokasi yang sama pada 21 hb December ini. Tema kali ini adalah Back To School. In Shaa Allah, jika umur panjang dan ada rezeki, kita jumpa lagi disana ye. Patung Beruang dah ada idea barang-barang yang nak dibawa nanti :) 

Wednesday, October 7, 2015

Free Market Ampangan - Sharing Is Caring

Hari Ahad lepas, 4 October 2015, Patung Beruang dan ibu join Free Market di Ampangan, Seremban. Pukul 7.15 am, kami bertolak dari rumah di Melaka dan sampai di Surau Blok C, Kg Baru Ampangan pada pukul 8 am. Alhamdulillah, masih banyak parking kosong. Jadi, Patung Beruang pun parking kereta di luar pagar Surau berkenaan. 

Sampai-sampai je terus angkat luggage, rak penyangkut baju dan juga meja kecil. Patung Beruang pilih booth yang ketiga dari depan supaya pengunjung senang nampak. 

Tepat pukul 8.30 am, orang mula membanjiri perkarangan Surau tersebut. Masa tu Patung Beruang dan ibu masih lagi buat preparation untuk buka booth. 

Pada hari tu, barang-barang yang kami bawa adalah baju-baju lelaki dan wanita dewasa, tudung-tudung dan juga buku-buku seperti novel, buku motivasi dan komik. 

Dan pada pukul 9 am, Free Market pun dimulakan dengan rasminya dengan bacaaan doa dari salah seorang penganjur.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Booth Patung Beruang adalah antara booth yang paling awal habis atau dalam erti kata lain, barang-barang kami paling laris, hehe.. 

Dan setelah itu, tanpa disangka ada beberapa orang contributors yang baru sampai ke Free Market, minta tolong untuk kami display dan distribute barang-barang mereka di booth kami. Takde masalah pun. Patung Beruang seronok je berinteraksi dengan pengunjung-pengunjung Free Market ini, berbual dengan mereka dan paling puas jika barang-barang yang kita pamerkan itu, menarik perhatian mereka dan akhirnya menjadi milik mereka. 

Basically, jika ada sesiapa yang berminat untuk join Free Market sebagai salah seorang contributor seperti apa yang Patung Beruang lakukan, ada beberapa tips yang boleh diamalkan: 
  • Datang awal ke lokasi Free Market, sebaik-baiknya 1 jam awal. Ini memudahkan kita untuk parking kenderaan, memilih booth yang strategik dan kita mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan booth kita. Nampak macam senang tapi banyak je kerja nak buat. Yelah, nak pasang rak, nak pasang meja, nak susun barang-barang agar nampak kemas dan menarik, gantung pakaian-pakaian dan tudung-tudung serta pelbagai tugasan lain. Jadi, sangat digalakkan untuk kita sampai awal. 
  • Sila bawa peralatan sendiri seperti rak tempat gantung pakaian, hanger, meja kecil, tikar atau apa-apa yang boleh kita gunakan untuk display barang-barang sumbangan kita. Ada juga yang hanya bawa tikar sahaja dan semua barang-barang sumbangan mereka disusun kemas diatas tikar. Terpulanglah. Ikut keselesaan masing-masing ye. 
  • Pastikan barang-barang yang ingin kita sumbangkan masih berkeadaan elok, baik, berfungsi dan orang yang menerimanya suka atau gembira untuk menerimanya. Kalau dapat barang baru, sangatlah beruntungnya. Jika barang lama pun tidak mengapa. Pakaian, kasut, beg, buku, teddy bear, alat mainan, peralatan elektrik dan sebagainya, biarlah masih dalam keadaan yang elok. Letakkan diri kita sebagai seorang penerima. Apa perasaan penerima jika barang yang diperolehi tidak memuaskan hati? Pasti sedih bukan? Free Market bukan platform untuk kita membuang barang-barang atau lebih layak dipanggil sampah. Free Market adalah platform untuk kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Platform untuk kita memberi hadiah kepada insan lain yang lebih memerlukan. Platform yang membolehkan orang yang menerima itu mengukir senyuman dan berasa gembira. Dan yang paling penting, Free Market juga adalah platform untuk kita menjana saham akhirat. Memberi dan menerima dengan seikhlas hati.   
  • Tidak kedekut untuk berkongsi booth atau space. Adakalanya, space atau booth yang disediakan oleh pihak penganjur adalah terhad. Dan bilangan contributors pula adalah ramai. Maka, tidak salah jika kita berkongsi space atau booth dengan contributors yang lain. Sama-sama dapat menyertai event ini. Bukankah matlamat kita sama sahaja iaitu untuk memberi dan menerima seikhlas hati? 
  • Sediakan beg plastik atau shopping bag in case pengunjung tidak membawa beg. Tidak semua pengunjung tahu yang mereka digalakkan untuk membawa beg bagi mengisi barang-barang yang mereka dapat. Oleh itu, kita sebagai contributor, tak salah jika kita juga menyediakan beg untuk kegunaan para pengunjung. Itu pun satu amal jariah juga, kan? 
  • Bermuka manis dan mulut manis. Bayangkan jika kita adalah seorang pengunjung, adakah kita nak singgah di booth yang penjaganya muka masam je? Mestilah tidak kan, hehe.. Jadi, walaupun urusniaga di Free Market adalah percuma sepenuhnya, tak salah untuk kita bermuka manis dan bermulut manis dengan para pengunjung. Senyum itu kan sedekah? Dan kata-kata yang menyenangkan juga adalah sedekah :) 
  • Jaga keselamatan barang-barang peribadi. Dalam kita sibuk melayan pengunjung yang ada di booth kita, jangan kita lupa untuk tengok-tengokkan sekali barang-barang peribadi kita seperti handbag, telefon bimbit dan juga beg duit. Masa Ahad hari itu, Patung Beruang berada di hadapan booth untuk melayan para pengunjung dan ibu pula duduk di belakang booth bagi memantau keadaan barang-barang peribadi kami. Walaupun handbag kami dah simpan siap2 dalam luggage, but tetap kena dipantau sepanjang masa. Yelah, tak salah kan kalau kita lebih berhati-hati?
  • Bersopan dan berbudi bahasa. Bukan kata pengunjung je kena bersopan dan berbudi bahasa, kita sebagai contributor juga sama. Layanlah pengunjung dan contributor yang lain, selayaknya sebagai manusia. Bayangkan jika kita berada ditempat mereka, pasti kita juga tidak suka jika menerima layanan yang buruk atau kurang ajar kan? Jadi, jangan buat benda yang sama pada orang lain. 
  • Jaga kebersihan kawasan booth dan persekitarannya. Menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan kebersihan di kawasan Free Market adalah terjaga. Yelah, ini kan charity event, jadi jangan lah berharap akan ada cleaner yang tolong bersihkan kawasan kita itu. Kita lah yang kena jaga dan bersihkan kawasan kita. Jadilah contributor yang bertanggungjawab dan prihatin. 
Oklah, itulah serba sedikit tips yang boleh Patung Beruang kongsikan hasil dari pengalaman Patung Beruang sendiri. 

Terima kasih pada ibu sebab sudi temankan anak dara sorang ni menyertai Free Market di pagi Ahad. Time orang sedang berehat-rehat dirumah, kita pula bertungkus-lumus di booth. 

Terima kasih juga pada Qila and the team kerana sudi menganjurkan Free Market ini. Jika ada event lagi selepas ini, in shaa Allah ada rezeki pasti Patung Beruang akan join lagi. 

Dan terima kasih juga pada sahabat-sahabat baru Patung Beruang hasil dari Free Market ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi booth, bercerita dan memanjangkan silaturrahim. Moga ada peluang lagi untuk kita join charity event akan datang, Aamiin :)

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi, Bunny and Dak Yot...