Assalamualaikum.. Hooray, dah masuk bulan 12... Tak sabar Patung Beruang nak tunggu 12hb nanti.. Kenapa?? Jeng jeng jeng ;)
Nak tau tak, recently, Patung Beruang jarang ada di rumah. Selalu kesana sini, tidak kira lah hari biasa atau hujung minggu, sentiasa aje padat dengan aktviti..
Hal kerja pula, hm.. mcm biasalah.. Bila masuk operation ni, nature firefighting. Tak pernah habis. Makin bertambah adalah. Backlog pun dah mula ada. Adoi.. inilah yang paling merisaukan Patung Beruang. Sedaya updaya Patung Beruang cuba untuk control backlog ini. Bukan apa, nanti bila dah bertimbun, Patung Beruang juga yang merana. Time tu, memang tak cukuplah tangan yg ada ini. Mula lah rasa macam nak pinjam tangan octopus.. Nanti kena pula tukar nama kan? Dari Patung Beruang jadi Octopus.. Aiyo.. So scarryyyyy :(
Dalam kesibukan kerja ini, tadi Patung Beruang dapat berita gembira. Lepas ni, Patung Beruang kena continue semula utk setup Internal Audit Department di tempat Patung Beruang ini. Alhamdulillah... Berita yang dah lama Patung Beruang tunggu-tunggu. And the best part, Patung Beruang akan report direct terus ke pihak yang sepatutnya.. No more buffer.. N hopefully, more independent and more transparent.
So, dalam kepala otak ni, dah ada macam-macam plan, apa yg nak dibuat utk setup Department.
Patung Beruang kena tengok balik Audit Charter. Kalau masih takde, kenalah develop. Pastu, kena develop Manual & SOP. Buat Audit Plan. Prepare Audit Committee Terms of Reference dan sebagainya. And yang paling best, Patung Beruang dah kena cari orang untuk support Patung Beruang. This time, Patung Beruang bukan sahaja handle Internal Audit, tapi kena juga handle Risk Management sekali. So, beban bertambah but in shaa Allah, kalau kita minat, kita akan buat sehabis baik.
Bab cari staff, Patung Beruang tak boleh nak main tangkap muat je. Patung Beruang kena cari orang yang memang dah experienced dalam Internal Audit, orang yang boleh kerja independent, equip dengan necessary knowledge and skills as Internal Auditor dan yang paling penting jenis yang kerja cepat, proactive and meticulous. Siapa yang pernah kerja dengan Patung Beruang mesti dah faham yang Patung Beruang ni jenis suka push orang. So, kalau keje lambat-lambat, mereka juga yang akan stress nanti..
Oklah, kita tinggalkan dulu bab kerja ye. Citer pasal kerja ni, sampai bila pun tak kan abis, kan?
Dalam masa seminggu 2 ni, Patung Beruang dapat 2 orang kawan baru. Satu tu kenal sebab beliau sangat berminat dengan dunia Internal Audit. So, banyak lah benda yang beliau tanya dan minta pendapat dari Patung Beruang. Patung Beruang seronok je berkongsi cerita dengan orang yang berminat.
Orang yang ke-2 pula kami berkenalan dengan cara yang sangat kelakar. Pagi tu, kami sama-sama parking di Putrajaya Sentral. Pastu, sama-sama naik ERL ke KLIA2. Naik flight yang sama juga. Bila dah mendarat, kami sama-sama duduk di lobi airport untuk tunggu orang datang pickup. Masa tu, kami masih tak kenal satu sama lain. Kami duduk di bangku bersebelahan, Patung Beruang sibuk check email dan dia pula sibuk berbual dengan orang disebelahnya.
Malam tu, lepas Maghrib tiba-tiba ada orang ketuk bilik Patung Beruang. Bila dibuka, rupa-rupanya jiran sebelah bilik. Beliau pun mulalah memperkenalkan dirinya dan bercerita mengapa dia berada di accomodation Company Patung Beruang. Sedang dia bercakap, otak ni ligat berfikir kerana rasanya macam biasa dengar je suara ni..Bila ditanya, rupa-rupanya this lady adalah lady yg sama Patung Beruang jumpa sejak pagi tadi. Oh man!!! What a small world..
This lady adalah consultant yang datang kesini atas urusan kerja. Oleh kerana hanya kami berdua sahaja perempuan yang tinggal di accommodation ini, maka, HR letakkan kami bilik sebelah menyebelah, atas faktor keselamatan dan keselesaan.
Perbualan kami berlanjutan lagi tetapi this time, kami hanya berbual dari bilik ke bilik. Hopefully, orang diluar tak dengar lah ye apa yang kami bualkan ye, hehe. Topik kami, macam biasalah, girl talk.. Dan esoknya, kami breakfast together sebelum kami beredar ke bilik kerja masing-masing, dan berjumpa semula pada malam itu, ketika di airport, untuk pulang semula ke KLIA.
Begitulah ceritanya bagaimana Patung Beruang terjumpa strangers, bertukar-tukar cerita dan pandangan, walaupun di tempat dan occasion yang kita tak sangka-sangka.
Hm.. Hari ini hari Ahad. Hujung minggu kali ini Patung Beruang habiskan masa dirumah saja. Mengemas rumah, buat laundry, mengemas barang-barang untuk next Free Market dan membaca buku dengan sepuas-puasnya. Really enjoy my precious personal space. Dah lama sangat rasanya Patung Beruang tinggalkan rumah ini. Dah rasa macam rumah hantu pula, huhu.. So bila ada peluang utk duduk di rumah ni, kalau boleh tak nak keluar-keluar lagi.
Oklah, rasanya dah panjang lebar sangat Patung Beruang tulis ni. Masa untuk sambung membaca pula. In shaa Allah, ada masa nanti Patung Beruang tulis lagi ye. Selamat malam...

No comments:
Post a Comment