Tajuk: Aku, Dia & Rezeki
Penulis:Mohamad Feroz Mohammad Zaini
Menariknya Buku Ini:
Buku Aku, Dia & Rezeki ini Patung Beruang beli ketika pertama kali menjejakkan kaki di Bookworld beberapa bulan lepas.
Penulis, Mohammad Feroz Mohammad Zaini atau lebih dikenali sebagai Abg Long berkongsi cerita berkenaan pengalaman sebenar kehidupannya dari sisi mata seorang insan biasa, yang bertemu dengan pelbagai watak dan lapisan masyarakat sehari-harinya.
Buku ini mengandungi 102 cerita yang menarik untuk ditatap. Abg Long memulakan buku ini dengan ingatan bahawa tulisan beliau hanyalah sebagai medium untuk beliau berpesan-pesan ke arah kebaikan. Dan beliau menulis demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Alhamdulillah, terima kasih Abg Long kerana mempunyai niat yang sebegini murni. Semoga kami yang membacanya juga turut mendapat pesanan dan iktibar yang ingin disampaikan, seterusnya menjadikan ia saham akhirat buat Abg Long juga.
Sedekah adalah satu perkataan yang sangat hebat bunyinya dan hebatnya juga kesannya. Ramai manusia yang suka bersedekah tanpa mengira kecil atau besar nilainya. Tetapi ramai juga manusia yang sering berkata-kata,
"Nanti bila aku dah kaya, aku nak bersedekah pada ramai orang. Aku nak bersedekah pada si polan, si polan."
"Aku bukan tak nak bersedekah, tetapi duit yang aku ada ini pun cukup-cukup makan sahaja."
Membaca buku Abg Long ini membuatkan kita meneliti bahawa:
Biasa kan kita nampak, ada kucing datang kepada kita ketika dirumah, untuk minta makanan. Kadang-kala ketika sedang minum di restoran, atau gerai-gerai, ada juga kucing yang datang sambil, mengiau minta simpati. Ramai orang yang bermurah hati untuk berkongsi sedikit rezeki yang mereka ada dengan kucing-kucing tersebut. Tetapi ramai juga yang hanya buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran kucing tersebut malah sampai ke tahap tergamak menghalau dan memukul haiwan yang tidak berdosa itu.
Dalam kisah Aku Campak, Allah Hulur, Abg Long berkongsi berkenaan cerita bagaimana pada suatu malam beliau sangat keletihan akibat menguruskan pesanan pelanggan pada waktu siangnya. Apabila diteliti, rupa-rupanya jumlah tempahan novel dan buku yang diterimanya pada hari itu naik mencanak dari hari biasa. Setelah mengamati, barulah beliau tersedar yang pada sebelah paginya beliau ada mencampakkan seketul ayam goreng kepada seekor anjing yang kelaparan. Ternyata perbuatan baiknya itu dibalas Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka pada hari itu juga. Alhamdulillah...
Oklah, ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang ada didalam buku ini. Tetapi rasanya, lebih baik jika kita membacanya sendiri berbanding hanya membaca di blog Patung Beruang ini sahaja, betul tak? :)
Pada Patung Beruang, buku yang bagus dan menarik patut dikongsi disini agar lebih ramai orang diluar sana yang membelinya dan berpeluang berkongsi kisah-kisah hebat didalamnya.
Buat Abg Long, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita suka duka, pengalaman hidup dengan kami para pembaca yang tidak pernah mengenal Abg Long secara personal. Moga usaha Abg Long ini diberkati Allah SWT, Aamiin...

- Tidak perlu kaya baru hendak bersedekah.
- Bersedekahlah mengikut kemampuan kita. Jika tidak dengan wang ringgit, dengan tulang empat kerat, jika tidak dengan tenaga, dengan kata-kata pengucapan dan nasihat yang baik, dan mungkin juga dengan doa. Dan bermacam cara lagi.
- Bersedekahlah walaupun sepuluh sen. Yang penting, ikhlas.
- Apabila Allah mempermudahkan urusan kita, hatta dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar urusan, ingatlah bahawa mungkin ia adalah berkat dari doa orang-orang yang pernah kita bantu. Kita tidak tahu, doa siapakah yang mustajab.
- Kuasa Allah itu tiada batasannya. Mustahil bagi akal manusia tetapi tiada yang mustahil bagi Allah.
- Bersedekah lah kerana Allah. Pasti Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda.
- Bersedekahlah walaupun dengan haiwan.
Biasa kan kita nampak, ada kucing datang kepada kita ketika dirumah, untuk minta makanan. Kadang-kala ketika sedang minum di restoran, atau gerai-gerai, ada juga kucing yang datang sambil, mengiau minta simpati. Ramai orang yang bermurah hati untuk berkongsi sedikit rezeki yang mereka ada dengan kucing-kucing tersebut. Tetapi ramai juga yang hanya buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran kucing tersebut malah sampai ke tahap tergamak menghalau dan memukul haiwan yang tidak berdosa itu.
Dalam kisah Aku Campak, Allah Hulur, Abg Long berkongsi berkenaan cerita bagaimana pada suatu malam beliau sangat keletihan akibat menguruskan pesanan pelanggan pada waktu siangnya. Apabila diteliti, rupa-rupanya jumlah tempahan novel dan buku yang diterimanya pada hari itu naik mencanak dari hari biasa. Setelah mengamati, barulah beliau tersedar yang pada sebelah paginya beliau ada mencampakkan seketul ayam goreng kepada seekor anjing yang kelaparan. Ternyata perbuatan baiknya itu dibalas Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka pada hari itu juga. Alhamdulillah...
Oklah, ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang ada didalam buku ini. Tetapi rasanya, lebih baik jika kita membacanya sendiri berbanding hanya membaca di blog Patung Beruang ini sahaja, betul tak? :)
Pada Patung Beruang, buku yang bagus dan menarik patut dikongsi disini agar lebih ramai orang diluar sana yang membelinya dan berpeluang berkongsi kisah-kisah hebat didalamnya.
Buat Abg Long, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita suka duka, pengalaman hidup dengan kami para pembaca yang tidak pernah mengenal Abg Long secara personal. Moga usaha Abg Long ini diberkati Allah SWT, Aamiin...
No comments:
Post a Comment