Ini adalah catatan pertama Patung Beruang untuk tahun 2016 ini. Betapa masa begitu mencemburui kita. Rasanya baru saja semalam Patung Beruang menyambut kedatangan 2015.
Tahun baru sinonim dengan azam baru. Semua orang berlumba-lumba membentangkan azam baru mereka. Adakalanya, tidaklah baru mana pun. Mereka hanya recycle sahaja azam mereka tahun-tahun lepas, yang tidak tercapai. Hehe.. kelakar bukan?
Bagi Patung Beruang pula, tahun baru sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu diraikan, dengan besar-besaran pun. Ya, syukur Alhamdulillah, kerana Allah swt masih lagi beri kita peluang untuk menghirup udara segar di bumi bertuah ini. Masih lagi berpeluang menikmati alam semulajadi yang menghijau, berinteraksi dengan makhluk Allah yang lain, dan mengutip secebis pengalaman hidup buat bekalan dikemudian hari.
Tetapi, tahun baru juga bermakna umur yang makin bertambah. Dan indirectly, ia juga menunjukkan yang kehidupan ini makin hampir ke penghujungnya. Dimanakah penghujungnya? Sebentar lagi kah? Esok kah? Lusa kah? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Atau mungkin tahun-tahun yang mendatang? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Jadi, jika kita meneliti semula objektif sebenar kehidupan kita ini iaitu untuk mencari keredhaan Allah swt dan juga menghuni Syurga-Nya yang abadi, kita akan sedar bahawa Syurga itu mahal harganya. Terlalu banyak pengorbanan dan persediaan yang mesti dilakukan. Dan persediaan dan pengorbanan tersebut mestilah dibuat ketika kita masih hidup dan mampu bernafas dengan selesa ini, bukannya apabila sudah berpindah ke alam barzakh.
Oklah, Patung Beruang pun tak nak bercerita panjang. Cukuplah sekadar ini walaupun dalam kepala ini ada banyak idea yang ingin dilontarkan. In shaa Allah, ada kesempatan nanti Patung Beruang akan menulis lagi ye.
Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan, kebahagian dan keceriaan buat kita, di dunia dan akhirat. Moga kita menjadi hamba-Nya yang disayangi dan dirindui oleh Allah swt, para malaikat dan para Rasul-Nya. Dan moga hidup kita memberi impak yang positif kepada orang disekeliling kita. Amiinn....
No comments:
Post a Comment