Tajuk: Honor Among Thieves
Penulis: Jeffrey Archer
Cerita Patung Beruang:
Nampaknya, ini adalah Book Review yang pertama dari Patung Beruang dari tahun 2016 ini.
Maaflah sebab Patung Beruang dah jarang update. Material banyak, idea pun banyak, tapi dengan kekangan masa dan juga Cik Las yang menguasai diri ini, akhirnya blog ini macam terbiar seketika, huhu..
Ok, azam tahun baru, nak baca buku lebih banyak dari tahun lepas dan nak tulis book review lebih banyak. Dan sekarang ni, selepas Honor Among Thieves, ada lagi 6 buah buku yang Patung Beruang dah habis membaca dan perlu ditulis book review..... huhuhu.. Harap-harap Patung Beruang boleh selesaikan kalau tak semua, separuh pun jadilah book review tersebut hari ni juga.. Gambate!!!! :)
Menariknya Novel Ini:

Ini adalah novel ke-3 karya Jeffrey Archer yang Patung Beruang selesai menikmati. Dan seperti novel-novel Archer sebelum ini, Patung Beruang seronok mengikuti pengembaraan beliau dari satu plot ke plot yang lain, dari satu watak ke watak yang berikutnya.
Basically, Honor Among Thieves mengisahkan 2 watak utama iaitu Scott Bradley, seorang professor di Yale dan juga undercover CIA serta Hanna Kopec, seorang bekas model yang pada masa ini bertugas sebagai Agen Mossad.
Novel ini mengambil laterbelakang tahun 1993 dimana pada masa itu konflik antara Saddam Hussein di Iraq dan Amerika sedang berada di kemuncaknya.
Saddam Hussien merancang untuk memalukan Amerika dengan cara mencuri American Declaration of Independence yang disimpan di Arkib Negara dan membakarnya dihadapan public dengan disaksikan oleh media tempatan dan antarabangsa, pada 4 July. Kenapa tarikh 4 July yang dipilih? Ini adalah kerana tarikh tersebut adalah Independence Day untuk Amerika.
Untuk memastikan cita-citanya tercapai, mereka mendapatkan bantuan dari Antonio Cavalli, seorang peguam dan juga mafia di New York dengan bayaran $100 juta.
Dalam masa yang sama, Hanna Kopec terlibat dalam rancangan untuk membunuh Saddam Hussien. Selain dari meneruskan misi Mossad, Hanna mempunyai dendam peribadi terhadap Saddam kerana membunuh ahli keluarganya pada suatu masa dulu.
Scott Bradley pula telah ditugaskan oleh CIA untuk menjejak Hanna melalui Paris. Scott berjaya menemui Hanna dan beriteraksi dengannya. Dalam masa yang singkat, mereka berdua saling jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, disebabkan salah faham mengenai identiti Scott, Hanna telah membunuhnya dengan meletakkan racun didalam minuman atas arahan Mossad, di kediaman Scott sendiri.
Tanpa pengetahuan Hanna, Scott berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Amerika.
Sekali lagi, Scott ditugaskan oleh CIA tetapi kali ini untuk mendapatkan American Declaration of Independence, yang pada masa tersebut telah jatuh ke tangan Saddam Hussien, dan membawa Declaration tersebut pulang ke Amerika sebelum 4 July.
Dalam masa yang sama, Hanna telah berjaya masuk ke pejabat Saddam Hussien, dengan menyamar sebagai salah seorang pekerja disana. Dan Hanna mengetahui perancangan mereka untuk membakar Declaration tersebut dihadapan public apabila beliau ditugaskan untuk menaip minit mesyuarat oleh pegawai atasannya. Hannah memaklumkan kepada Mossad butir-butir perancangan tersebut.
Tidak berapa lama selepas itu, Hannah telah ditangkap oleh orang-orang Saddam dan dikurung. Rupa-rupanya, gerak geri Hannah selama ini memang telah diperhatikan. Dan mereka juga telah menghidu perancangan Mossad untuk membunuh Saddam Hussien.
Archer memang tidak pernah gagal untuk memberi kejutan kepada pembacanya. Kali ini, kejutan timbul apabila American Declaration of Independence yang berada di tangan Saddam Hussien itu, sebenarnya adalah versi yang palsu. Hanya ada satu kesilapan kecil sahaja yang tiada siapa pun sedari kecuali Calder Marshall dan Dollar Bill. Dollar Bill adalah individu yang bertanggungjawab untuk menulis/mencipta semula Declaration yang palsu untuk digantikan dengan versi yang asal di Arkib Negara. Dan Dollar Bill juga adalah individu penting di dalam team Antonio Cavalli.
Persoalannya, siapa yang memegang Declaration yang asli? Bukan lagi di Arkib Negara dan juga bukan lagi di tangan Saddam Hussien?
Bermakna, selama ini CIA, Mossad, Scott dan Hanna hanya membuang masa dan merisiko kan nyawa mereka dengan mengejar salinan yang palsu.
Bermakna, selama ini juga mereka sebenarnya ada musuh lain yang tidak diketahui.
Selain itu, kenapa Dollar Bill sanggup mengkhianati Antonio apabila beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan CIA? Sedangkan semua ahli kumpulan Antonio telah mendapat imbuhan yang lumayan, setelah mereka berjaya menyerahkan Declaration yang dicuri dari Arkib Negara kepada Saddam Hussien.
Dengan masa yang semakin singkat (sebelum 4 July), dapatkah mereka mencari Declaration yang asal dan bawa pulang ke Amerika untuk dikembalikan semula ke Arkib Negara?
Adakah Hanna akan kekal menjadi tawanan Saddam Hussien ataupun dihukum bunuh apabila misi sebenar beliau berada disana, terbongkar?
Oklah, Patung Beruang tak nak berkongsi disini jawapan-jawapan diatas. Kalau nak tau lebih lanjut, kenalah baca novel ini ye.. Bye.. :)

No comments:
Post a Comment