Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Tuesday, June 18, 2024

Book Review: Menemui Camellia di Tanah Lincoln


Tajuk: Menemui Camellia di Tanah Lincoln 

Penulis: Rosmieza Che Mat

Menariknya Naskah Ini: 

Naskah Menemui Camellia di Tanah Lincoln ini adalah buah tangan ke-2 dari PBAKL 2024. Patung Beruang berjaya sudahkan pembacaannya malam tadi, Alhamdulillah. 

Penulis bermurah hati untuk berkongsi pengalaman beliau dan keluarga sepanjang menetap di daerah Lincoln, Christchurch, New Zealand selama 5 tahun bermula September 2007. 

Kehadiran penulis ke New Zealand adalah bagi menemani suami yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD disana. 

Terasa kehidupan ini berubah sepenuhnya. Dari seorang wanita bekerjaya dan berjawatan tinggi di Malaysia, kini berhijrah jauh meninggalkan tanah air, demi kejayaan suami. Wanita yang cekal ini hanya ditemani suami dan anak-anak, mengharungi segala pahit manis di perantauan. 

Demi meringankan beban kewangan keluarga, penulis bekerja sebagai cleaner di syarikat OCS Cleaning Services yang terletak kurang 5 minit dari rumah, jika berjalan kaki. 


Lumrah manusia, setelah bertahun-tahun berkerjaya hebat, duduk di kerusi empuk dan sering memberi arahan kepada pekerja bawahan, hati berbolak-balik tatkala memikirkan adakah bekerja sebagai cleaner ini satu keputusan yang tepat? 

Bagaimana persepsi pelajar Malaysia yang lain jika diketahui, isteri kepada  pensyarah senior di universiti ternama di Malaysia, bekerja sebagai tukang cuci di luar negara? 

Bagaimana pandangan orang tempatan terhadap orang asing yang bekerja disektor 3 D (dirty, dangerous & difficulty) ini? 


Walaupun begitu, penulis cekalkan juga hati untuk menjawat jawatan tukang cuci dengan niat membantu keluarga dan dalam masa sama, mohon agar Allah mencuci hatinya dan membentuk dirinya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. 


Ketika baru bermula, tempoh 2 jam bekerja itu terasa begitu lama dan panjang. Penat dan letihnya tidak mampu digambarkan. Urat dan anggota badan terasa lenguh dan berbisa.  Pekerjaan sebagai cleaner menuntut penulis mengangkat peralatan mencuci seperti mesin penyedut habuk, batang mop dan baldi berisi air yang berat keseluruhan hampir mencecah 10 kg. Selain itu, perlu juga mengangkat peralatan tersebut menaiki tangga menuju ruang pejabat yang lebih tinggi. 


Lama-kelamaan tubuh badan penulis dapat menyesuaikan diri dengan rutin pekerjaan baru ini. Disaat itu, penulis berazam untuk menjalankan tanggungjawab yang digalas dengan sehabis baik agar bukan saja mendapat imbuhan dunia tetapi di akhirat juga. 


Di tempat kerja, penulis dikeliling insan-insan yang baik walau berbeza bangsa dan pegangan agama. Alison W (atau mesra dipanggil Ali) adalah penyelia beliau. Wanita yang berusia hampir separuh abad ini sangat mesra dan menjaga kebajikkan anggota kerjanya. Bersama-samanya adalah Jacintha, anak gadisnya yang berumur 17 tahun. Gadis  muda ini telah bekerja secara rasmi dalam pasukan cleaner OCS sejak berumur 15 tahun. 

Penulis juga berdepan dengan kehilangan rakan sekerja apabila Mary meninggal dunia asbab kanser kolon tahap 4. Ali dan Jacintha adalah sahabat akrab Mary apatah lagi Ali dan Mary bersahabat sejak zaman sekolah. Mary hidup sendirian setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun lepas. Akrabnya Ali dan Mary sehingga kematian Mary memberi impak yang besar pada Ali. 



Naskah Menemui Camellia di Tanah Lincoln mengandungi 50 kisah yang dibahagikan kepada 5 bab iaitu: 

  • Bab 1: Aku Seorang "Cleaner"
  • Bab 2: Hadiah Berbalut Daripada Tuhan
  • Bab 3: Hidup Adalah Medan Ujian 
  • Bab 4: Universiti Kehidupan 
  • Bab 5: Travelog South Island 

Bagi Patung Beruang, naskah ini penuh dengan kejujuran penulis. Beliau tidak ragu-ragu mengungkapkan isi hati atau bisikan pada Tuhan, samada yang baik atau jelek, keterujaan atau ketakutan. Kejujuran itu bagai satu tamparan buat para pembaca kerana kita mungkin ada bisikan hati yang sama jika berada disituasi sebegitu. 

Namun, kejujuran itu juga yang mengikat pembaca untuk terus meneliti naskah ini sehingga selesai. Kita setia meneroka setiap perjalanan dan liku kehidupan yang dicoretkan diatas kertas dengan harapan kesudahan kisah kembara di tanah asing ini adalah penamat yang terbaik untuk penulis dan keluarga. 

Saturday, June 8, 2024

Book Review: 270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik


Tajuk: 270 Hari Perempuan Melayu di Afrika Sepanjang Pandemik

Penulis: Nora Jane Wahab 

Menariknya Naskah Ini: 

Ini adalah buku pertama dari PBAKL 2024 yang berjaya Patung Beruang selesaikan pembacaan, Alhamdulillah. 

Mengapa Patung Beruang pilih buku ini? 

Jujurnya, Patung Beruang pernah melihat Kiri mempromosikan buku ini di group Bibliophiles beberapa tahun dulu. Tetapi pada masa itu, belum tergerak hati untuk memilikinya. 


Sehinggalah ketika berkunjung ke PBAKL 2024 yang berlangsung pada minggu lepas, Patung Beruang berniat untuk mencari naskah kisah benar untuk lebih mengetahui perjalanan kehidupan insan di luar sana. 

Entah mengapa, terasa hidup ini agak stagnant dan memerlukan motivasi untuk kekal hidup, huhu. Ya, motivasi untuk kekal hidup. Jika tidak, rasa seperti jasad saja hidup namun jiwa sudah tiada. 

Bagaimana untuk mencari motivasi itu? Disebabkan Patung Beruang suka mengadap buku maka kita cubalah baca pengalaman atau kisah hidup insan lain. Mana tahu ada sesuatu yang boleh kita kutip dari pengalaman mereka. 


Siapakah Nora Jane Wahab ini? 

Beliau adalah professional dalam bidang oil & gas yang dihantar bertugas di Uganda pada Februari 2021. Majikan beliau berpengkalan di Abu Dhabi dan memang tertera di surat tawaran kerja yang beliau akan menjadi "pekerja nomad" iaitu ditugaskan di serata tempat berdasarkan keperluan. 

Diam tak diam, akhirnya beliau berada di bumi Afrika selama 270 hari. Selama itu, beliau telah menjelajah negara-negara benua Afrika seperti Uganda dan Sudan dalam suasana pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 


Jujur Patung Beruang akui yang naskah travelog ini banyak membuka mata Patung Beruang berkenaan negara Uganda. Terlalu banyak fakta baru yang diperolehi dan ada kalanya bercanggah dengan sangkaan kita selama ini. 


Penduduk Uganda majoritinya beragama Kristian. Penganut Islam tidak sampai 20%. Tetapi toleransi agama disini sangat kuat. Adalah menjadi kebiasaan untuk penganut Kristian membantu menyusun sejadah untuk Muslim ketika solat Aidilfitri. Selain itu, masjid dijadikan sebagai pusat kegiatan masyarakat seperti  meraikan pelajar cemerlang. Oleh itu, tiada halangan untuk penganut agama lain memasuki masjid bagi sama-sama meraikan majlis tersebut. 

Menariknya, kerajaan disana mewajibkan semua bekalan daging yang dijual mestilah daging yang disembelih dengan cara Islam. Makanya, semua penduduk tanpa mengira anutan agama bebas untuk membeli daging halal tersebut tanpa rasa was-was. 


Uganda adalah negara yang kaya dengan hasil bumi. Tanahnya subur sehingga sayur-sayuran dan buah-buahan sangat segar dan organic. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini dijual dengan harga yang murah. Lembu-lembu mereka juga berkembang biak menyebabkan bekalan daging dan produk tenusu mereka sangat banyak sehingga boleh dieksport ke luar negara. 

Oleh kerana makanan sihat dan organic sangat mudah didapati, rakyat Uganda mempunyai antibodi yang tinggi. Ditambah pula dengan kebanyakkan mereka tidak merokok kerana faktor kewangan dan rokok juga bukanlah budaya masyarakat mereka. Berjalan kaki pula adalah perkara biasa untuk rakyat Uganda. Disebabkan cara hidup dan corak pemakanan sihat, Covid-19 tidak memberi kesan kepada mereka. Mengikut statistic, kadar jangkitan dan kadar kematian Covid-19 di Uganda sangat rendah. 

Oh ye, perkara menarik lain di Uganda adalah maggi atau mee segera diharamkan disana kerana pakar pemakanan mereka mengatakan makanan tersebut mempunyai bahan-bahan yang tidak sihat dan membahayakan pengguna jika dimakan. Bagusnya.... 


Walaupun negara ini kaya dengan sumber, namun hasil sumber itu tidak diagihkan kepada rakyat secara adil. Kadar kemiskinan masih tinggi dan rakyat mereka berhempas-pulas bekerja untuk mengisi perut. Adalah normal untuk seorang penduduk melakukan 2 atau 3 pekerjaan. Kehidupan majoriti mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semua ini berpunca dari gejala rasuah yang melanda pemimpin dan kerajaan mereka. Rasuah yang kronik sehingga rakyat terhimpit. 


Bahasa utama yang menjadi medium komunikasi rakyat Uganda adalah bahasa Inggeris. Makanya, jangan terperanjat jika dikampung-kampung kita melihat anak-anak kecil petah berbahasa Inggeris. Seperti bangsa lain, mereka juga mempunyai bahasa tempatan sendiri serta pelbagai dialek. Namun, untuk memudahkan komunikasi dan mencapai persefahaman semua rakyat berbilang suku kaum, kerajaan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka.


Lumrahnya,naskah yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri ini, feel nya lain. Naskah ini mempunyai 416 muka surat namun Patung Beruang rasa ralit setiap kali membacanya kerana hati ini membuak-buak rasa ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. 

Apa lagi yang ditempuh penulis? 

Apa lagi fakta baru yang penulis perolehi dan sudi berkongsi dengan pembaca?

Apa lagi keunikkan benua itu yang tidak terdapat disini? 


Banyak yang penulis kongsikan didalam naskah ini seperti: 

  • Bagaimana pembersihnya masyarakat disana walaupun mereka miskin. 
  • Bagaimana tradisi hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. 
  • Sikap baik hati dan prihatin mereka terutama kepada orang luar. 
  • Kekaguman anak-anak kecil disana melihat rupa paras, warna kulit, dan rambut penulis yang dilihat sangat berbeza dengan mereka. 
  • Menu masakan utama kebanyakkan isi rumah disana. 
  • Kecantikan alam semulajadi di benua Afrika. 
  • Ketakutan rakyat biasa terhadap pasukan askar dan pelbagai lagi. 

Tapi maaflah, Patung Beruang tidak mampu untuk ceritakan disini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah baca naskah ini. 

Yang pasti, usai membaca naskah ini, Patung Beruang rasa macam nak ambil cuti selama 1 ke 2 bulan dan pergi menjelajah Uganda, hehehe.. 
Teringin juga untuk melihat dengan mata sendiri dan merasa sendiri pengalaman tinggal disana, bergaul dengan masyarakat tempatan. 


Terima kasih penulis kerana sudi berkongsi kisah pengalaman selama 270 hari disana. Pengalaman yang sangat menarik dan berkongsi dengan pembaca fakta-fakta baru berkenaan benua Afrika. 

Semoga ada rezeki Patung Beruang menjejakkan kaki ke sana, Aamiin.... 

Sunday, October 11, 2015

Book Review: The Last Lecture

Tajuk: The Last Lecture

Penulis: Randy Pausch 

Menariknya Buku Ini: 

Buku The Last Lecture ini Patung Beruang ambil masa hampir 5 hari untuk sudahkan pembacaannya. Oleh kerana buku ini warna cover dia lebih kurang sama macam warna The Alchemist, jadi ada yang menyangka Patung Beruang masih lagi membaca The Alchemist, heheh..

The Last Lecture adalah kisah benar seorang lelaki yang bernama Randy Pausch, seorang Professor dalam bidang Computer Science di Carnegie Mellon University, yang diberi peluang untuk menyampaikan "Kuliah Terakhir" beliau dihadapan ribuan manusia. 

Randy adalah seorang pengidap pancreatic cancer dimana cancer tersebut telah berada di tahap akhir dan doctor mengesahkan beliau hanya menunggu masa sahaja untuk pergi buat selama-lamanya. 

Dalam keadaan biasa, Last Lecture adalah sessi yang biasa dibuat oleh Carnegie Mellon sebagai platform for their professors to consider their demise and to ruminate on what matters most to them. And while they speak, audiences can't help but mull the same questions: 
  • What wisdom would we impact to the world if we knew it was our last chance? 
  • If we had to vanish tomorrow, what would we want as our legacy?  

Bagi Randy pula, his Last Lecture dijadikan platform untuk beliau mengucapkan selamat tinggal kepada semua, berkongsi segala kebahagiaan dan kegembiraan beliau selama ini, berkongsi cerita dan pengalaman serta nasihat kepada keluarga, pelajar, bekas pelajar, rakan sekerja, serta masyarakat umum.

Randy adalah seorang suami kepada Jai dan ayah kepada Dylan (6 tahun), Logan (3 tahun) dan Chloe (18 bulan). Perkara pertama yang Randy lakukan apabila beliau tahu yang masa hidupnya semakin singkat adalah berpindah dari Pittsburgh ke Virginia bagi memastikan isteri dan anak-anaknya dekat dengan ibu bapa Jai. Randy merasakan yang apabila beliau telah tiada, Jai pasti memerlukan sokongan moral yang sangat kuat. Maka, tinggal berhampiran dengan ibu bapanya akan membantu Jai untuk pulih dan bangkit meneruskan kehidupannya demi anak-anak mereka. 

Terdapat beberapa point yang sangat menarik untuk dikutip didalam Last Lecture ini seperti: 

1. Really Achieving Your Childhood Dreams 

Seperti kanak-kanak normal yang lain, Randy juga mempunyai senarai impian yang dibina dari zaman kanak-kanaknya iaitu:
  • Being in zero gravity
  • Playing in the NFL
  • Authoring an article in the World Book encyclopedia
  • Being Captain Kirk
  • Winning stuffed animals
  • Being a Disney Imagineer
Randy dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan pendidikan. Dan bacaan kegemaran mereka adalah dictionary dan World Book encyclopedia. 
Maka, tidak hairanlah jika Randy mempunyai impian untuk menulis didalam encyclopedia tersebut. 

Selama hidupnya, Randy berjaya merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya yang tercatat diatas kecuali satu sahaja iaitu bermain di NFL. Wow, hebat bukan? 

Beliau berpeluang berada dalam keadaan zero gravity apabila beliau menaiki The Weighless Wonder di NASA. The Weighless Wonder adalah plane yang digunakan oleh NASA for helps their astronauts acclimate to zero gravity. Peluang itu datang apabila beliau membawa students nya ke NASA untuk melakukan experiment di dalam kapal tersebut pada tahun 2001. 

Randy adalah seorang pakar dan pioneer didalam bidang Virtual Reality. Dan disebabkan kepakarannya itu, suatu hari beliau dijemput oleh World Book encyclopedia untuk menulis artikel berkenaan Virtual Reality. Yes, impian kanak-kanaknya sekali lagi menjadi kenyataan. 

Captain Kirk adalah watak yang tidak asing bagi peminat Star Trek. Bagi Randy, Captain Kirk adalah contoh seorang pemimpin yang mampu menyatukan anak buahnya yang mempunyai pelbagai kepakaran yang lebih hebat dari beliau. Leadership style itulah yang Randy aplikasikan dalam kehidupan pekerjaannya bagi memimpin Research Team beliau. Baginya, Research Team yang bagus adalah mempunyai kepakaran yang pelbagai, hubungan yang erat seperti keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain.

Oklah, sampai disini Patung Beruang tinggalkan kisah bagaimana Randy berjaya menjadi Imagineer di Disney dimana ia adalah pertembungan 2 dunia yang berbeza iaitu dunia akademik dan dunia hiburan, serta how happy he was every time he winning the stuffed animal ye. Kalau nak tahu lebih detail, kenalah baca buku ini. 

Yang pasti, Randy membuktikan yang impian zaman kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dengan syarat kita berusaha keras. Randy berusaha untuk hidup demi impian zaman kanak-kanaknya.  

2. Being arrogant may limit us to be able to accomplish in our life. 

How good are we, we shouldn't being arrogant to others. This is because we need a team to win the game, to achieve our dreams, objectives etc. It is never a single player who win the game. 

Sedar dengan kehebatan dan kepandaiannya dalam bidang Computer Science, Randy sering bersikap arrogant dengan orang sekelilingnya. Sehinggalah pada suatu hari, beliau ditegur secara lembut oleh Andy van Demand, seorang professor yang amat beliau kagumi ketika beliau menuntut di Brown University.

Andy nampak potensi besar yang ada didalam diri Randy tetapi bimbang dengan cara Randy membawa dirinya. Maka, atas dasar sayang pada anak muda ini, Andy memberikan kata-kata nasihat dengan cara yang paling halus tanpa menyinggung perasaan Randy. Teguran itu membuatkan Randy tersentak dan berfikir akan kebenarannya. Dan teguran itu juga membuatkan Randy mengubah pembawaan dirinya. 

3. Tembok Tinggi Bukan Penghalang

Jika berdepan dengan tembok tinggi di tengah-tengah perjalanan kita, jangan anggap ia sebagai halangan untuk kita meneruskan perjalanan. Berusahalah mengalahkan tembok tersebut sama ada dengan memecahkannya atau mungkin memanjatnya. Jangan berhenti dan berpatah semula kerana ia hanya akan membantutkan perjalanan kita. Tiada tembok yang tidak boleh dikalahkan. 

4. Don't Complain, Just Work Harder 

Too many people go through life complaining about their problems. Randy always believe that if we took one-tenth the energy we put into complaining and applied it to solving the problem, we'd be surprised by how well things can work out.  

Complaining does not work as a strategy. Semakin banyak masa yang kita gunakan untuk merungut dan berkata-kata atau berfikiran negatif, semakin jauh lah kita dengan matlamat dan impian kita. Jadi, stop complain, just work harder and keep focus on our journey. 

5. Treat The Disease, Not The Symptom

Ada satu kisah. Seorang gadis ini mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang. Hidupnya sangat stress dan dia mengambil keputusan untuk menghadiri kelas yoga setiap malam Selasa, dengan alasan untuk menenangkan diri dan fikirannya. 

Malangnya, setelah berbulan-bulan menghadiri kelas yoga, dia masih lagi stress. Ini kerana masalah kewangannya tetap tidak selesai. Malah, semakin bertambah pula hutangnya kerana interest yang makin meningkat setiap bulan.

Akhirnya, gadis ini mengambil keputusan untuk berhenti sebentar dari kelas yoga dan membuat kerja part-time pada waktu malam bagi memperolehi pendapatan tambahan. Dari situ, dia ada lebihan duit untuk digunakan bagi membayar hutang-hutangnya. Lama kelamaan gadis ini berjaya melangsaikan hutangnya dan dia kembali menghadiri kelas yoga pada setiap malam Selasa. 

Jadi, kenalpasti penyakit sebenar dan rawatlah ia, bukan tanda-tandanya...

6. Don't Obsess Over What People Think

Kita sering tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita? Apa pandangan orang lain terhadap keputusan atau idea kita? Apa tanggapan orang terhadap pencapaian atau kegagalan kita? Apa orang fikir itu... apa orang fikir ini.. 

Why we want to waste our time to know or to think on what people think??

Jika kita berterusan bersikap begini, kita akan jadi seorang yang penakut. Kita takut untuk suarakan pendirian kita atau idea kita. Kita takut untuk buat keputusan. Kita takut untuk buat perubahan. Kita takut untuk buat dan berkata apa yang sepatutnya kita buat dan kita katakan. Dan yang paling penting, kita takut untuk teruskan pengembaraan kita dalam kehidupan ini. 

Rugi bukan??

So, why we still want to waste our precious time???

7. Look For The Best In Everybody

Setiap orang ada kelebihannya dan kebaikkannya yang tersendiri. Sejahat-jahat seorang perompak, pasti ada secebis sifat murni didalam hatinya. Selemah-lemah seorang pelajar, pasti ada kehebatannya dari sisi lain yang mungkin tidak kita sedari. 

Jadi, jangan cepat menghukum dan membuat kesimpulan. Ambil lah masa untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam kerana suatu hari nanti, sisi kehebatan dan kebaikkannya pasti akan terserlah. 

8. The Lost Art of Thank-You Notes

Sudah berapa lama kita tidak mengucapkan "Terima Kasih" kepada orang yang telah membantu kita??

Kita berdiri di pintu masuk bank dan tiba-tiba seseorang membukakan pintu untuk kita masuk. Kita terus melangkah ke dalam bank dan menuju ke kaunter untuk membuat transaksi. Tiada ucapan "Terima Kasih" terlontar keluar dari mulut kita. 

Kita sedang menunggu makanan dan minuman di restoran. Pelayan datang membawa pesanan kita. Makanan dan minuman elok dihidangkan dihadapan kita. Pelayan pun berlalu pergi. Sekali lagi, tiada juga ucapan "Terima Kasih" dari kita. 

Kita melangkah ke dalam LRT bersama anak kecil. Seorang remaja bangun bagi memberikan tempat duduknya kepada kita. Kita terus duduk dan melayan anak kecik kita. Oh, kita terlupa nak ucapkan "Terima Kasih" kepada remaja tersebut yang prihatin dan sanggup mengorbankan tempat duduk beliau. 

Pelanggan datang ke kedai untuk membeli sebuku roti. Duit bertukar tangan dan barang juga bertukar tangan. Pelanggan melangkah pergi dan kita sebagai penjual masih lagi terlupa untuk mengucapkan "Terima Kasih" kerana membeli barang di kedai kita. Ala, sebuku roti je pun. Bukannya sekampit beras. Hati kita berkata-kata. 



Oklah, orang pun dah Azan Maghrib tu. Rasanya lebih baik Patung Beruang stop dulu coretan book review kali ini ye.

Kesimpulannya, The Last Lecture adalah kisah hidup yang sangat menarik untuk kita tatapi. Banyak lagi point-point bagus yang Randy kongsikan dalam buku ini, dan kalau nak tahu, kenalah baca sendiri ye. 

Selepas habis baca buku ini, Patung Beruang sedar yang kejujuran dan kerendahan hati Randy sebagai penulis untuk mencoretkan kisah hidupnya adalah resepi yang paling menarik hati pembaca. Maka tidak hairanlah jika buku The Last Lecture ini telah terjual lebih dari 5 juta salinan. Oh ye, bagi yang bertanya apakah kesudahan buku ini, endingnya adalah Randy Pausch meninggal dunia pada 25 July 2008 dan meninggalkan The Last Lecture sebagai legasinya. Legasi yang masih terus ditatap sehingga kini.....

Saturday, May 17, 2014

Book Review: Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik


Tajuk: Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik

Penulis: Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Sinopsis:

Buku ini memuatkan 38 kisah yang menarik dan disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang dapat menggagumkan dan memberi keinsafan kepada pembaca.
 
Mengapa Buku Ini Menarik:
Jujurnya, Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed adalah salah seorang penceramah dan penulis yang amat Patung Beruang gemari. Suatu waktu dahulu, boleh dikatakan hampir setiap pagi Patung Beruang akan mendengar rancangan tafsir Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan di radio Ikim FM, pada pukul 6.30 - 6.45 pagi. Cuma, apabila Patung Beruang mula lewat untuk ke tempat kerja, kesempatan untuk mendengar rancangan tersebut sudah hilang.
 
Sebelum mula membaca buku ini, Patung Beruang mempunyai expectation yang tinggi memandangkan Ustaz Zahazan adalah seorang tokoh agama yang mempunyai ilmu tinggi dan memiliki gaya penyampaian yang mampu menarik perhatian pendengar dan pembaca.
 
Antara kisah yang menarik perhatian Patung Beruang adalah Kisah ke-3 iaitu, Jenazahnya Dilindungi Lebah Berbisa. Ia mengisahkan 'Asim bin Tsabit, seorang sahabat Rasulullah SAW yang gagah dan mempunyai keazaman tinggi dan telah berjanji untuk berjuang berhabis-habisan ketika Perang Uhud. Namun, ditakdirkan beliau gugur sebagai syahid. Kematian beliau amat dinanti-nantikan oleh golongan Quraisy dari Makkah akibat dendam mereka kepada 'Asim kerana telah membunuh orang-orang Musyrik. Namun, Allah telah memelihara jasad hamba-Nya dari disakiti dengan mengutuskan ribuan lebah dan tebuan padang pasir untuk menghurung jasad 'Asim seolah-olah mempertahankan sarang mereka dari diceroboh oleh penceroboh.
 
Kisah ke-16 pula menceritakan tentang Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi SAW. Pada suatu waktu, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah dengan meletakkan dibelakangnya batang pokok kurma. Pada suatu hari, seorang wanita dalam kalangan Ansar telah meminta izin daripada Nabi SAW untuk membuatkan mimbar untuk Baginda. Setelah dipersetujui, mimbar tersebut pun dibuat. Maka, pada hari Jumaat berikutnya Rasulullah SAW mulalah menggunakan mimbar baru itu dan meninggalkan batang pokok kurma yang biasanya menjadi tempat Baginda bersandar semasa khutbah sebelum itu. Namun pokok kurma itu menangis bagaikan bayi dan Nabi SAW memberitahu para sahabat yang pokok kurma itu kesedihan kerana ditinggalkan. Maka, Nabi SAW kembali kepada pokok kurma tersebut dan mengusapnya sehingga pokok itu tenang kembali. Setelah itu, Nabi SAW kembali semula menaiki mimbar Baginda. Kisah ini menunjukkan betapa dalamnya cinta pokok kurma tersebut kepada Rasulullah SAW. Ia memberi keinsafan kepada Patung Beruang dimana adakah kita sebagai umat Baginda, mempunyai rasa cinta yang sedalam itu kepada Baginda? Ya Allah, Engkau suburkan rasa cinta kami kepada Engkau dan Rasulullah SAW didalam jiwa kami sebagaimana Baginda mencintai Engkau dan kami umatnya, Amin.
 
Tanda Putih Di Telapak Tangan Uwais yang dipaparkan didalam kisah ke-34 mengisahkan Uwais al-Qarni, seorang pemuda yang berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau telah memeluk Islam semasa hayat Nabi SAW tetapi tidak berkesempatan untuk bersua muka dengan Baginda. Uwais seorang anak yang taat yang menjaga ibunya yang telah tua dan lumpuh. Uwais sangat mencintai Baginda dan berhajat untuk bertemu dengannya. Namun, dek tanggungjawabnya terhadap ibu yang telah uzur, Uwais pendamkan sahaja hasratnya untuk bertemu Baginda. Sehinggalah pada suatu hari, ibunya mengizinkan beliau untuk bertemu Nabi SAW. Namun apabila sampai di Madinah, hajatnya tidak kesampaian kerana Baginda tiada pada masa itu. Sehingga kewafatan Nabi SAW, Uwais masih tidak berkesempatan untuk bertemu dengan kekasih Allah ini. Namun, Nabi SAW mengetahui kerinduan umatnya ini dan pernah berpesan kepada Sayidina Ali r.a. dan Saiyidina Umar r.a. bahawa "Uwais adalah seorang yang mempunya tanda putih ditengah-tengah telapak tangannya. Dan apabila berjumpa dengannya, mohonlah  doa dan istighfarnya kerana doanya dimustajabkan Allah SWT". Kisah ini menunjukkan betapa anak bertanggungjawab menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua dan Allah SWT telah menyediakan ganjaran yang besar kepada anak-anak yang menjalankan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh.
 
Kesimpulannya, buku ini amat sesuai untuk dijadikan bacaan seisi keluarga kerana ia mengajak pembaca untuk berfikir mengenai kebesaran Allah SWT, memberi motivasi agar kita berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini.
 
 

Tuesday, August 13, 2013

Book Review: Tuesdays With Morrie



Tajuk: Tuesdays With Morrie

Penulis: Mitch Alborn

Sinopsis & Menariknya Buku Ini:

Ini adalah buku ke-2 nukilan Mitch Alborn (Mitch) yang ada dalam simpanan Patung Beruang. Selepas Patung Beruang membaca For One More Day, Patung Beruang rasa tidak sabar untuk membaca karya-karya Mitch yang lain. Mitch adalah antara penulis yang paling jujur, yang pernah Patung Beruang temui.
Tuesdays With Morrie (TWM) adalah kisah bagaimana Prof. Morrie Schwartz (Prof. Morrie) menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya dari kaca mata Mitch. Prof. Morrie adalah pensyarah yang paling rapat dengan Mitch ketika beliau dialam universiti. Prof. Morrie banyak mempengaruhi hidup Mitch sehingga pada satu ketika Mitch bertekad untuk menjadi seorang insan yang berkeperibadian luhur, penuh dengan kasih sayang, menghargai setiap orang dan makhluk yang ada disekeliling hidupnya, tidak mengejar kekayaan wang ringgit dan harta tetapi kekayaan jiwa dan raga.

Namun, apabila tamat universiti, alam pekerjaan telah mengubah hampir keseluruhan hidup Mitch. Tuntutan kerjaya yang sibuk ditambah godaan materialistik seakan menjadi motivasi kepada Mitch untuk mendaki puncak karier dengan bersungguh-sungguh. Dalam usia yang muda, Mitch boleh berbangga dengan pencapaian kerjaya dan kedudukannya.

Sehinggalah pada satu malam, ketika Mitch menonton television yang menyiarkan temu ramah dengan seorang tokoh akademik, Mitch mula menyedari yang tokoh tersebut adalah Prof. Morrie. Insan yang banyak berjasa dan amat disayanginya ketika beliau di alam universiti. Prof. Morrie pada ketika itu kelihatan uzur akibat Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang mula memamah jasad beliau.

Mitch mula menjejaki semula Prof. Morrie dan pertemuan antara seorang pelajar dan pensyarah bermula semula dimana ia menjadi rutin mingguan yang diadakan setiap hari Selasa. Pada setiap pertemuan, Prof. Morrie memberi kuliah peribadi kepada Mitch cuma kuliah kali ini diadakan tanpa silibus yang telah diatur, tanpa peperiksaan, kerja kursus, pembentangan dan tiada gred yang akan diberikan.

Sessi dua hala yang dijalankan pada setiap Selasa dimanfaatkan sepenuhnya oleh si pelajar untuk mengadu masalah kehidupan dan jiwa raganya. Si pensyarah pula yang sentiasa setia mendengar segala keluhan dan rungutan, memberi kata-kata perangsang, pandangan, ilmu dan teguran kepada si pelajar. Kuliah tersebut mula memberi kesan kepada si pelajar dimana beliau mula merasakan hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk dibazirkan dengan tuntutan material semata-mata sehingga jiwa seseorang itu menjadi kosong dan tidak ubah seperti robot.

Gaya penulisan Mitch berjaya membuatkan sesiapa sahaja yang membaca TWM turut sama merasa segala perasaan yang ada didalam buku tersebut. TWM sarat dengan emosi. Ada ketika Patung Beruang tersenyum dan tergelak sendirian sambil menelaah baris demi baris ayat tetapi dimasa yang lain air mata ini mengalir tanpa disedari dek simpati pada kesakitan yang ditanggung oleh Prof. Morrie ataupun kerana rasa terharu dengan kekuatan semangat dan ketabahan jiwa Prof ini.  

Sunday, July 7, 2013

Book Review : Manisnya Kurma Ini

Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh Patung Beruang tidak update blog ini. Maaflah, kekalutan jadual seharian telah menghalang Patung Beruang untuk berkongsi bahan bacaan hebat yang telah berjaya dihabiskan.
 
Hari ini Patung Beruang berhasrat untuk mengulas buku yang agak menarik iaitu:

Tajuk: Manisnya Kurma Ini

Penulis: Dr. Fauziah Mohd Noor

Sinopsis: Dr Fauziah ataupun lebih dikenali sebagai Madam Fauziah dikalangan para pelajar adalah seorang pensyarah di Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 
Buku Manisnya Kurma Ini bole diibaratkan sebagai catatan kehidupan seorang wanita, guru, pensyarah, isteri, ibu, dan juga anak dalam mengharungi kehidupan seharian. Buku ini mengisahkan kehidupan suka duka yang beliau tempuh dimana Patung Beruang percaya pengalaman yang sama juga pernah ditempuh oleh insan lain. Yang membezakannya adalah setiap pengalaman yang dikutip, diteliti secara positif bagi mencari hikmah dan iktibar.
 
Buku ini mengandungi 22 cerita ringkas yang meliputi aspek kehidupan beliau dan diolah dengan begitu bersahaja.
 
Menariknya Buku Ini:
Patung Beruang pertama kali terpandang buku ini ketika menghadiri jualan buku oleh Popular Bookstore yang diadakan di luar Central Market, KL. Buku yang menjadikan ilustrasi kartun sebagai penghias kulitnya ditambah dengan dialog kartun tersebut membuatkan Patung Beruang beranggapan ia adalah buku bacaan ringan tetapi menyentuh berkenaan alam rumahtangga.
 
Namun, ternyata tanggapan awal Patung Beruang tidak lah tepat 100%, hehe.. Ye, memang buku ini adalah bacaan ringan tetapi ia tidak hanya menyentuh isu rumahtangga saja.
 
Jujurnya, boleh dikatakan hampir 80% dari 22 cerita ringkas yang dipaparkan amat memikat hati Patung Beruang.
 
Dr Fauziah berjaya menarik perhatian pembaca dengan meletakkan Kisah Disebalik Sebuah Gelaran sebagai cerita pertama didalam buku ini. Cerita pertama ini menyorot kehidupan susah payah beliau ketika menimba ilmu diperingkat PhD dimana beliau diuji dengan  kehidupan berkeluarga  yang hidup merantau di UK (pada masa itu beliau bergelar isteri dan ibu serta beliau juga hamil anak ke-3 dan ke-4 ketika pengajian sedang berlangsung), kehilangan adik lelaki bongsu akibat kemalangan, musibah kediaman beliau dimasuki perompak, dibelenggu masalah kewangan serta 1001 detik yang mengharukan & menginsafkan yang berlaku.
 
Kisah Keluarga Ustaz A pula memperlihatkan tentang sebuah keluarga yang mengamalkan poligami tapi masih mampu untuk hidup bahagia, tenang, aman dan damai walaupun tinggal serumah. Alhamdulillah, hebat sungguh keluarga ini sehinggakan mereka masih tinggal bersama walaupun apabila ketua keluarga telah dijemput Allah.

Kita seringkali cemburu apabila melihat insan lain yang dirasanya lebih hebat, mempunyai kehidupan yg sempurna dan bahagia. Tetapi, kita terlupa bahawa mungkin apa yang dilihat pada mata kita berbeza sama sekali dengan kenyataannya. Kisah Yang Ternampak Di Mata, Yang Tersimpan Di Hati mengupas lara hati seorang wanita yang kurang dihargai oleh suami sendiri walaunpun pengorbanan yang dicurahkan tidak ternilai.

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikupas oleh Dr. Fauziah didalam buku ini dan kebanyakkan kisah-kisah ini juga berlaku pada kita atau orang disekeliling kita. Memang tidak rugi jika meluangkan masa untuk sama-sama menghayati tulisan beliau kerana pengolahan yang santai membuatkan kita leka untuk menghabiskan pembacaan ke muka surat terakhir.
 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi, Bunny and Dak Yot...