Sunday, December 1, 2019

Bulan Terakhir Di Tahun 2019

Assalamualaikum wbt..

Hari ini 1 December 2019. Bermaksud, tinggal 30 hari sahaja lagi untuk kita menikmati tahun 2019. Entah ada rezeki atau tidak untuk kita berjumpa 2020. Manalah tahu kan, esok lusa, Allah panggil kita pulang. Suka tak suka, kita tetap akan dijemput. Cepat ke, lambat ke, dimana, bagaimana, semuanya rahsia Allah. 

Untuk bulan terakhir di tahun 2019 ini Patung Beruang sudah susun jadual sehabis baik. Tapi.. Kita hanya mampu merancang sebab perancang dan pengatur yang terbaik tetap Allah swt. Apapun, kita buat sahaja yang termampu ok. 

Jika apa yang dirancangkan menjadi kenyataan, Alhamdulillah.
Jika sebaliknya, Alhamdulillah juga kerana Patung Beruang yakin yang Allah ada aturan yang sempurna. 


Untuk bulan ini, Patung Beruang nak settle kan audit assignment yang terakhir untuk tahun ini. Insya-Allah, opening meeting akan dibuat pada minggu ini juga. Dalam masa yang sama Patung Beruang target nak keluarkan 2 audit reports untuk ad-hoc assignments yang sedang berjalan. Agak pening juga sebab kedua-dua assignments ini berbeza nature nya. Satu berkenaan sistem, satu lagi berkenaan operation. Audit fieldwork sudah selesai. Audit observation pun dah ada. Cuma nak kena structure je balik dan jadikannya draft report. Semoga Allah permudahkan urusan kerja Patung Beruang, Aamiin... 


Bulan ini juga Patung Beruang akan bercuti panjang. 1st cuti bermula dari 11 December sehinggalah 16 December 2019. Really longggggg weekend for me, hehe.. Cuti sebab apa? Hm.. Sebab my birthday, lepas tu majlis pertunangan dan akhir sekali untuk my "me" time... I really need that. Go somewhere and  do something that I want, to rejuvenate myself. 

2nd batch cuti pula bergantung pada bila Baby lahir ke dunia ini.. Hai... Semua orang termasuklah Patung Beruang dah tak sabar nak jumpa Baby ini. Setiap hari kami tertunggu-tunggu, bilalah detik yang bermakna ini akan menjadi kenyataan. Andai kata Baby keluar ketika Patung Beruang long holiday, Alhamdulillah. Tetapi andai kata Baby keluar selepas itu, then Patung Beruang kena ambil cuti untuk kali ke-2 pula lah ye. 


Bulan ini juga akan ada Big Bad Wolf. Hooray... My must destination every end of the year.... Cuma tahun ini mungkin Patung Beruang tak boleh nak shopping sakan di Big Bad Wolf sebab masih ada banyak lagi buku kat rumah ini yang Patung Beruang belum baca. Risau pula tengok, huhu.. Apapun, untuk Big Bad Wolf tahun ini Patung Beruang dah ada wish list iaitu:

  • The Walk karya Richard Paul Evans. Ini adalah buku pertama dalam The Walk Series. Untuk pengetahuan, Patung Beruang memiliki kesemua naskah dari buku ke-2 hinggalah buku terakhir iaitu yang ke-5. Dan kesemuanya telah Patung Beruang kongsikan book review nya disini. Walaupun Patung Beruang sudah tahu kesudahan kisah ini, tetapi tidak lengkap rasanya jika tidak memiliki dan meneliti buku pertama iaitu The Walk. Doakan Patung Beruang berjumpa dengan buku pertama ini ye sebab pencarian di Big Bad Wolf tahun lepas tidak berhasil, huhu.. 
  • Tell Tale karya Jeffrey Archer. Naskah ini adalah short stories yang diterbitkan pada 2017. Tak silap Patung Beruang dah 10 tahun Jeffrey Archer tidak keluarkan short stories. Jadi bila tiba-tiba beliau keluarkan Tell Tale ini, mesti ada banyak cerita menarik didalamnya. 
  • Nothing Ventured karya Jeffrey Archer. Ini adalah karya terbaru Jeffrey Archer yang baru je terbit pada September hari itu. Patung Beruang terserempak dengan naskah ini 3 minggu lepas ketika melawat Borders. Untuk sesiapa yang telah baca Clifton Chronicles, mesti akan ingat ketika watak utama iaitu Harry Clifton menyamar menjadi Tom Bradshaw, beliau kemudiannya dipenjarakan di America atas kesalahan yang dilakukan oleh Tom Bradshaw sebenar. Ketika di dalam penjara, Harry Clifton ataupun Tom Bradshaw menulis novel fiction yang watak utamanya bernama Detective William Warwick. Selepas Harry dibebaskan, novel-novel Detective William Warwick ini dikomersialkan, mendapat sambutan hangat di Britain dan Amerika. Maka, bermulalah kehidupan Harry Clifton sebagai seorang penulis sepenuh masa. 
  • Patung Beruang tidak pernah sangka yang Jeffrey Archer akan keluarkan satu siri baru yang berkisar kepada Detective William Warwick ini pula. Kreatifnya beliau.. huhu... Selepas buku terakhir untuk Clifton Chronicles diterbitkan beberapa tahun lepas, Patung Beruang terfikir betapa sedihnya kami peminat Archer ini sebab sudah tiada lagi buku bersiri dari beliau yang boleh kami tunggu-tunggu selepas ini. Rupanya, fikiran Patung Beruang salah..hehe.. 

Basically, itu adalah 3 buku yang Patung Beruang nak sangat cari di Big Bad Wolf nanti. Tetapi, jika terjumpa buku lain yang menarik terutamanya karya Archer yang belum Patung Beruang miliki, Insya Allah Patung Beruang akan beli. Hai... Tak sabarnya nak jumpa dengan "serigala jahat" ini.. 


Oleh kerana Patung Beruang akan tambah koleksi buku-buku, maka Patung Beruang kenalah berusaha untuk habiskan sebanyak mana buku yang ada kat rumah ini. Tu yang momentum membaca tu datang mencurah-curah.. 

So far, minggu ini Patung Beruang berjaya habiskan sebuah lagi buku.  Tajuknya Tales of Mothers. Insya-Allah, Patung Beruang akan kongsikan book review nya disini seberapa cepat ye. Dalam masa yang sama, ada sebuah buku berbahasa Melayu yang tinggal beberapa bab je lagi untuk habis. Naskah Sasterawan Negara, Baha Zain yang bertajuk Monolog Kecil Tahun-Tahun Gelora.  

Sebenarnya, Patung Beruang memang membaca kedua-dua naskah ini serentak. Rasa seronok pula sebab satu naskah berbahasa Inggeris dan satu lagi berbahasa Melayu. Kedua-duanya menampilkan genre berbeza. Satu tentang pengalaman hidup dan suka-duka, kisah benar seorang wanita bergelar ibu. Satu lagi naskah adalah coretan Baha Zain yang pernah diterbitkan di Majalah Dewan Sastera. Coretan beliau berkisar tentang dunia politik, dunia sastera, kisah masyarakat, kisah kehidupan dan macam-macam lagi. 

Boleh ke Patung Beruang tukar focus dalam waktu singkat? Setakat ini, tiada masalah pun. Ok je. Alhamdulillah.. Hasilnya, Patung Beruang tidak bosan dan tidak terperangkap dalam buku yang sama untuk satu tempoh yang panjang. Selain itu, Patung Beruang boleh habiskan lebih banyak buku dalam waktu yang singkat. 


Baiklah, jam pun dah pukul 10 malam ini. Dah sampai masa untuk Patung Beruang tidur. Insya-Allah, ada masa nanti kita jumpa lagi ye disini. Sebenarnya hajat hati nak update Book Review untuk Billion Dollar Whale. Tapi, idea tersangkut pula, huhu.. Sabar je lah..
Good night... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...