Tajuk : Tales of Mothers
Penulis : Various authors
Menariknya Naskah Ini:
Naskah ini Patung Beli sama-sama dengan buku Being A Quran Tag Girl pada bulan lepas di Borders. Tak silap, Patung Beruang ambil masa seminggu juga untuk selesaikan pembacaan naskah ini. Alhamdulillah.
Tales of Mothers ini menghimpunkan 8 kisah benar yang ditulis oleh para ibu diluar sana, pelbagai bangsa, agama dan latar belakang.
Kisah yang dipaparkan berada samaada di dalam dan juga di luar negara. Suka duka seorang ibu membesarkan anak-anak, menjaga keluarga sebaik mungkin dalam keadaan diuji dengan anak yang sakit, kes perceraian yang tiba-tiba berlaku, pasangan yang sedang melanjutkan pelajaran dan juga keadaan kehidupan di luar negara yang serba serbi asing dan jauh dari sokongan keluarga terdekat.
Antara kisah yang Patung Beruang suka adalah kisah ke-4 iaitu A Gift From God, nukilan Dr Nor Adlina Mustafa Kamal. Ketika Dr Adlina mula bertugas di Jabatan Pediatric, beliau tidak pernah menyangka yang kehadirannya disitu bukan setakat memberi kehidupan kepada pesakit kecil disana, tetapi pesakit kecil tersebut juga memberi kehidupan baru kepadanya.
Seorang bayi lelaki, yang ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya, telah dihantar ke hospital kerana kesihatannya yang tidak memuaskan. Bayi lelaki tersebut baru berumur 2 bulan and was on regular nebulisers, chest physiotherapy and nasal prong oxygen.
Bayi yang tidak bersalah ini pantas mencuri perhatian kakitangan di Jabatan Pediatric termasuklah Dr Adlina. Setiap hari, bayi ini dengan sabar menunggu kakitangan hospital datang untuk menyuapkannya susu, diberikan ubat, dimandikan dan akhirnya ditidurkan. Adakalanya bayi ini teruja melihat bayi-bayi lain, di kiri dan kanannya. Sayangnya, bayi-bayi lain sedang nyenyak tidur didalam pangkuan ibu masing-masing, sedangkan dirinya bersendirian, jauh dari pelukan seorang wanita yang bernama ibu.
Dari hari ke sehari Dr Adlina merasa ikatan yang kuat antara dirinya dan bayi lelaki tersebut. Dr Adlina akhirnya berterus-terang dengan keluarga berkenaan hasratnya untuk menjadikan bayi lelaki ini sebagai anak angkatnya. Bayi ini pantas mencuri perhatian dan kasih sayang dari keluarga Dr Adlina dan diberi nama Adam Firhan.
Tahap kesihatan dan tumbesaran Adam menunjukkan peningkatan. Sehingga akhirnya Adam dibenarkan untuk keluar dari hospital. Bermulalah kehidupan Dr Adlina dan Adam diluar hospital, membesar di rumah sama seperti kanak-kanak yang lain. Dalam masa yang sama, Dr Adlina berdepan dengan cabaran terutama persepsi dan soalan-soalan dari masyarakat termasuk saudara-mara berkenaan keputusannya untuk memiliki anak angkat walhal dirinya masih belum berkahwin. Seolah-olahnya ia adalah satu kesilapan yang paling besar didalam kehidupan Dr Adlina.
Selain itu, proses pengangkatan juga mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai dan melibatkan sesi soal jawab di mahkamah. Alhamdulillah, kini Adam sudah berusia 4 tahun dan mula menghadiri tadika. Melihat proses pembesaran Adam adalah antara kenangan terindah didalam kehidupan Dr Adlina sehingga segala susah-payah dan persoalan yang dihadap selama ini terasa hilang begitu saja.
Boleh kata kan semua kisah didalam naskah ini Patung Beruang suka. Oh ye, pembaca kena baca juga kisah ke-2, The Journey I Travel Alone. Nusrat dan suami diuji apabila anak sulung mereka, Sunan yang berumur 3 tahun disahkan autism. Kedua-dua suami isteri yang berasal dari Bangladesh ini sangat terkejut dengan pendedahan tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk segera terbang ke Singapura dan menjalani pemeriksaan di National University Hospital, untuk second opinion. Sekali lagi, doctor menyampaikan keputusan yang sama. Maka bermulalah episod baru didalam keluarga mereka. Nusrat dan Sunan kerap berulang-alik antara Bangladesh dan Singapura, demi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Sunan. Disebabkan kesibukan suaminya sebagai ahli perniagaan, Nusrat lebih banyak menguruskan Sunan secara bersendirian.
Tetapi kos perubatan, penerbangan, penginapan dan perbelanjaan di Singapura sangat mahal. Maka, Nusrat dan suami mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan mula mencari pusat rawatan dan pendidikan yang terbaik untuk Sunan. Membesarkan anak autism sangat mencabar terutama apabila kebanyakkan masa hanya Nusrat seorang yang menguruskan segalanya. Dan beban semakin bertambah apabila Nusrat mengandung dan melahirkan anak kedua yang bernama Awan....
No comments:
Post a Comment