Tajuk : Billion Dollar Whale
Penulis :
1. Tom Wright
2. Bradley Hope
Penterjemah : Zaleha Abidin
Menariknya Naskah Ini:
Selama ini Patung Beruang hanya berjumpa naskah asal yang berbahasa Inggeris. 3 minggu lepas, ketika di Borders IOI City Mall, Patung Beruang ternampak buku ini di rak buku terlaris. Sekali pandang, nampak macam biasa je. Tetapi bila di teliti, ada 2 perkara yang menarik tentang naskah ini yang terletak di rak tersebut.
Pertama, ini adalah edisi Bahasa Melayu. Seriously??? Wah.. Akhirnya, ada orang sanggup terjemahkan dan terbitkan buku ini dalam Bahasa Melayu. Maka, lebih ramai orang boleh membaca apa yang terkandung didalam naskah ini.
Kedua, naskah ini menawarkan discount 30% untuk members. Fuyooo... banyak tu. Harga asal adalah RM70. Tetapi Patung Beruang hanya bayar RM49 sahaja untuk memilikinya. Hoyehhh....
Balik je, Patung Beruang cepat-cepat balut buku ini dengan plastic, seperti kebiasaannya. Dan bermulalah pengembaraan Patung Beruang didalam meneliti naskah Billion Dollar Whale ini.
Pengembaraan naskah ini dimulakan dengan "Nota Pengarang". Nampak macam meh...... tapi, percayalah, tulisan dibahagian ini juga sudah menarik. Ia membuatkan Patung Beruang tidak sabar untuk tenggelam didalam naskah ini.
Seterusnya pembaca dibawa kepada "Senarai Watak". Disini disenaraikan watak-watak yang terlibat didalam kisah ini, dibahagikan kepada beberapa kategori seperti ahli keluarga, organisasi yang terlibat contohnya Goldman Sachs, AmBank, BSI dan akhir sekali kerjaya mereka seperti wartawan ataupun mereka yang terlibat didalam dunia hiburan.
Destinasi seterusnya adalah "Prolog". Disini pembaca dibawa menyelusuri suasana pesta yang diadakan pada 3-4 November 2012 di Las Vegas. Parti yang dihadiri ramai selebriti Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Kanye West, Kim Kardashian, Paris Hilton dan ramai lagi ini diadakan sempena birthday Jho Low yang ke-31.
Selepas "Prolog", penulis mula menceritakan sedikit demi sedikit kisah Jho Low dan kegiatan yang dilakukannya. Untuk memudahkan pembacaan, naskah ini terbahagi kepada 51 Bab yang dikumpulkan menjadi 5 Bahagian iaitu:
- Bahagian 1: Terciptanya Jho Low
- Bahagian 2: Jutawan Dalam Sekelip Mata
- Bahagian 3: Empayar
- Bahagian 4: Ledakan Rahsia
- Bahagian 5: Keputusan Kapten
Di Bab 1, penulis menceritakan perihal Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang dan anak kepada Larry Low, seorang usahawan yang kaya-raya hasil dari pelaburannya dalam kilang pakaian, serta ibunya, Goh Gaik Ewe pula adalah seorang suri rumah.
Jho Low pernah bersekolah di Harrow, selama 2 tahun. Harrow adalah sekolah berasrama elit di London dimana kebanyakkan penuntutnya adalah dari golongan hartawan di serata dunia. Walaupun yurannya mencecah $20k setahun tetapi bagi keluarga mereka, ia dianggap berbaloi kerana network yang mereka perolehi hasil dari pergaulan di sekolah ini.
Tabiat suka bermewah-mewah, berhibur dan berbelanja boros telah ada didalam dirinya sejak di zaman sekolah lagi. Malah, dia mengimpikan untuk hidup mewah tanpa perlu memikirkan kehabisan duit. Semua ini adalah kerana cemburu melihat gaya hidup rakan sekolahnya yang dari keluarga diraja Timur Tengah.
Impian tersebutlah yang mendorong Jho Low untuk melakukan apa sahaja asalkan impiannya menjadi kenyataan. Namun perancangan dan kegiatan untuk merealisasikan impian tersebut tidaklah dijalankan seorang diri. Dia dibantu oleh rakan sekutunya yang lain samaada di Malaysia, Singapura, Timur Tengah dan juga Amerika.
Baiklah.....
Sebenarnya, kalau ikutkan banyak yang ingin Patung Beruang kongsikan tentang naskah ini. Tetapi rasanya lebih baik jika Patung Beruang berhenti disini sahaja.
Naskah ini sangat menarik untuk dibaca. Walaupun kisah yang dipaparkan adalah kisah yang menggemparkan negara dan juga dunia kewangan antarabangsa, namun penulis membawa pembaca meneliti naskah ini secara teratur dan santai. Sehingga adakalanya Patung Beruang terasa seperti membaca novel.
Sepanjang pembacaan, Patung Beruang sering tertanya, adakah apa yang dipaparkan disini 100% benar?
Ataupun fakta yang telah dicampur dengan imaginasi?
Mungkin kerana gaya penceritaan yang sangat detail sehingga merasakan seolah-olah kita berada di situasi dan masa tersebut. Dan kita menyaksikannya sendiri dengan mata ini. Again..Patung Beruang terasa seperti membaca novel.
Naskah yang patut dibaca untuk kita tahu dengan lebih jelas apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana ia berlaku? Bila ia berlaku?
Tetapi..
Untuk mempercayai 100% apa yang dipaparkan, terpulanglah.....
No comments:
Post a Comment