Sunday, December 29, 2019

Ahad Terakhir Di Dekad Ini

Assalamualaikum wbt, 

Lagi dua (2) hari sahaja untuk kita menikmati tahun 2019. 
Bulan December ini terasa seperti begitu pantas berlalu. Seandainya Patung Beruang mampu untuk hentikan masa dari terus berjalan....

Setakat hari ini, banyak perkara yang Patung Beruang rancangkan untuk bulan Disember, berjalan lancar. Baik berkenaan urusan kerja, ataupun peribadi. Alhamdulillah. 



Happy Belated Birthday, Patung Beruang.... 
Untuk kesekian kalinya, ulang tahun hadir lagi. Sehingga bila agaknya Patung Beruang berpeluang untuk berjumpa dengan 12 December?  Mungkinkah ini yang terakhir?? Entahlah... 

12 December tahun ini Patung Beruang habiskan masa dengan Ibu, almost sepanjang hari. Really miss her, miss our bonding time. 

Seringkali Patung Beruang terfikir, apa gunanya berkerja keras siang dan malam, jika diri ini kehilangan masa bersama keluarga, mereka yang Patung Beruang sayang, yang sentiasa ada disamping diri ini walau apapun keadaan Patung Beruang. Duit tidak mampu membeli masa yang hilang. Yang ada hanyalah kenangan. Yang tersimpan kemas sehingga saat menutup mata... 


Untuk tahun ini, seperti biasa Patung Beruang beli hadiah untuk diri sendiri... Hehe... so funny kan? 

Tapi itulah hakikatnya. Bila dah bekerja ini, memang begitulah rutin tahunan Patung Beruang. Sebenarnya, lebih kepada momento untuk diri sendiri. 

Untuk birthday tahun ini, nothing much pun yang Patung Beruang hadiahkan pada diri sendiri. Cuma beli sebuah handbag jenama kegemaran Patung Beruang dan 6 buah naskah buku. 

Eh salah.. 7 buah naskah buku sebenarnya. 

Buku terakhir yang Patung Beruang beli adalah Dear God, karya Norhafsah Hamid. 

Nampaknya Patung Beruang kena cepat-cepat habiskan pembacaan semua buku-buku ini sebab tahun 2020 nanti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur diawalkan dari biasa.  Tak silap mereka akan buat pada bulan Mac or April. Lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini yang kebiasaannya pada bulan May. Sudah tentulah Patung Beruang akan shopping buku-buku lagi pada waktu itu... Adoi... Scarry nya... huhu.. 



Oh ye, untuk birthday tahun ini Patung Beruang dapat hadiah tau. Macam tak percaya pula, dah tua-tua macam ini masih lagi ada orang yang sudi untuk beri hadiah sempena birthday kita, hehe... 

Patung Beruang dapat sehelai tudung square jenama Ariani. Cantik sangat tudung tu. Pertama kali Patung Beruang tengok, terus jatuh cinta kerana 1st, ia berwarna biru (my favorite colour) dan 2nd, ia mudah untuk dipakai. 3rd pula, sebab tudung ini ada charm yang comel, hehe.. 

Kainnya lembut dan cantik je terletak bila pakai. Alhamdulillah. 

Honestly, ini lah pertama kali Patung Beruang pakai jenama Ariani, huhu..  Patung Beruang rasa segan pula. Yelah, kotak tudung je pun dah cantik dan exclusive. 

Terima kasih Sister. You know who you are.... 



16 December hari tu, Patung Beruang pergi Big Bad Wolf. Hooray... Sempat juga singgah ke sana walaupun hari terakhir. Tapi Patung Beruang agak kecewa sikit pada tahun ini. Banyak buku yang Patung Beruang cari, takde. Atau mungkin Patung Beruang yang tak nampak. 

Susunan buku-buku pun menyakitkan mata Patung Beruang. Ada section yang dipanggil Tresure Island. Di section ini, buku-buku disusun dengan tajuknya secara vertical. Jadi, pengunjung kena belek satu persatu tajuk tersebut, sebaris demi sebaris. Geramnya, setiap meja ada lebih kurang 5 baris pula tu, huhu...

Agak kurang friendly rasanya cara susunan begini. 

Mungkin ada antara buku-buku tersebut cuma ada satu atau 2 naskah saja. Jadi untuk jimatkan ruang, mereka susun dengan cara begitu. 

Takpelah..

Hopefully, tahun hadapan, Big Bad Wolf akan menawarkan banyak buku yang lebih menarik, dan buku-buku tersebut disusun dengan lebih baik, memudahkan pengunjung untuk mencari buku yang dihajati.. 



Oh ye, akhirnya, ahli baharu keluarga Patung Beruang pun menjelma. Pada hari Sabtu, 28 December 2019, lebih kurang pukul 11 malam. 

Welcome to our world, Hannah Eryna ... 

Alhamdulillah.. 
Hannah dan Ibunya sihat. Cuma buat masa ini, mereka masih lagi di hospital kerana Hannah dilahirkan secara pembedahan. Jadi, doctor kena pantau keadaan Ibunya beberapa hari selepas kelahiran. 

Jika tiada apa-apa halangan, Insya Allah, Hannah dan Ibunya akan dibenarkan pulang pada esok atau lusa. 

Semoga Hannah membesar menjadi anak yang solehah, disenangi semua penghuni langit dan bumi, bahagia dan berjaya dunia akhirat. Aamiin... 

Nampaknya, lepas ini Kembang dah ada competitor lah, hehe...
Sorry Kembang, baby always win. So, Kembang kenalah beralah ye... 


Nampaknya, malam pun dah semakin lewat ini. Esok nak kerja tapi entahlah, mata ini macam tak mengantuk pula. Mungkin Patung Beruang kena baca buku  dulu barang 1 atau 2 pages.. Baiklah, sampai disini dahulu coretan Patung Beruang ye. Assalamualaikum... 

Book Review: Heaven Sent

Tajuk : Heaven Sent

Penulis : Norhafsah Hamid

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah Heaven Sent ini Patung Beruang habis baca pada petang semalam. Thanks to Dilla sebab sudi pinjamkan buku ini pada Patung Beruang. 

Jika dibandingkan dengan Letters to God dan Rough Diamond, buku Heaven Sent ini agak sukar untuk dijumpai di kedai-kedai buku. Patung Beruang pun tidak pasti apa sebabnya. Mungkin kerana naskah ini diterbitkan oleh penerbit yang berbeza. 

Untuk kali ini, penulis membawa pembaca dengan lebih dekat tentang kehidupan Sarah di Reading University. Persahabatan Sarah dengan Gideon, Andy, Cynthia, Usman serta tidak dilupa juga Mat Bond dan Jaws. 

Sarah, si ulat buku ini gemar menghabiskan masa beliau di perpustakaan sehingga dia mempunyai favorite spot. Tempat yang sama yang akan didudukinya setiap kali dia berada di perpustakaan. 

Sarah sangat selesa dikelilingi dengan buku-buku dan sering tenggelam didalam bahan yang dibacanya. Sehingga tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya. 

Pertemuan yang pertama antara Sarah dan Jonah berlaku di perpustakaan tatkala Sarah menghadapi kesukaran untuk mengambil buku yang tersusun di rak buku yang tinggi. Simpati dengan kesukaran Sarah, Jonah telah membantunya untuk mengambil buku tersebut. Namun pertemuan yang pertama itu tidak berjalan lancar kerana Sarah menganggap Jonah adalah seorang kasanova apabila lelaki ini menyatakan hasrat untuk lebih mengenalinya. 

Jonah terperanjat dengan reaksi dingin Sarah. Inilah pertama kali seorang perempuan menolak pelawaannya malah menyindir pula sikap Jonah yang dilihat terlalu murah bagi Sarah. Jonah merasakan yang segala kelebihan yang dimilikinya samada rupa paras, sikapnya yang romantic dan bermulut manis seakan tidak berguna dihadapan Sarah. 

Setelah melalui beberapa episod penolakan dari Sarah, Jonah mula bertanya pada Jaws dan Mat Bond sebab mengapa Sarah bersikap sedemikian. Bagi menjawab persoalan Jonah itu, Mat Bond menerangkan kepadanya serba sedikit tentang Islam dan bagaimana Sarah berusaha keras untuk mempertahankan prinsipnya dan berusaha menjadi muslimah yang terbaik walaupun mereka semua berada di bumi asing, yang dikelilingi kehidupan bebas. 

Jonah mula membaca buku-buku berkaitan Islam dan mengikuti aktiviti keramaian yang berkaitan, bersama-sama dengan Jaws dan Mat Bond. Ketika Hari Raya Aidilfitri, Jonah menyedari yang Sarah tiada didalam keramaian tersebut. Akhirnya, ketiadaan Sarah di majlis tersebut terjawab apabila Mat Bond memberitahu yang Sarah menyambut Aidilfitri di London, bersama rakannya dari universiti lain. Dan pada hari itu juga Jonah mula mengetahui punca Sarah hanya bergaul dengan segelintir saja penuntut Malaysia di Reading, seperti Jaws dan Mat Bond sedangkan ada ramai lagi penuntut Malaysia yang lain, belajar di Reading ketika itu. 

Semakin Jonah belajar tentang Islam semakin beliau kagum dengan ketegasan Sarah dalam mempertahankan prinsipnya. Kini Jonah menyedari bahawa gadis lain yang dikenalinya termasuklah Linda jauh ke belakang berbanding Sarah. Ini menambahkan lagi perasaan tertariknya terhadap Sarah. Tetapi... Jonah sedar perasaan itu hanya kekal sebagai perasaan. Tidak akan mampu untuk diluahkan. Baginya, dirinya dan Sarah adalah dua manusia yang tidak mungkin akan bersatu sehingga bila-bila. 



Basically, untuk naskah Heaven Sent ini Patung Beruang sudah tahu endingnya kerana mereka berkongsi ending yang sama dengan Rough Diamond. Cuma dalam naskah kali ini penulis menceritakan dengan detail detik-detik pengakhirannya. 

Untuk kali ini, penulis menumpukan penceritaan kepada watak Sarah dan Jonah dari zaman mereka di Reading University sehinggalah mereka tamat belajar dan akhirnya sibuk dengan karier masing-masing. Cuma kagumnya adalah setelah bertahun-tahun mereka habis belajar, persahabatan yang terjalin tetap utuh, dan saling bertukar cerita walaupun mereka dipisahkan oleh benua yang berbeza. 

Patung Beruang baru saja miliki novel yang terbaru dalam sequel Letters to God, iaitu Dear God. Jika diteliti sinopsis di kulit belakang buku itu, seolahnya jalan ceritanya sama seperti Heaven Sent. Hm... pelik juga... 

Takpelah, biarlah Patung Beruang baca dulu naskah tersebut then baru boleh buat conclusion ye.. 

Wednesday, December 25, 2019

Book Review: Anne Frank - The Diary of A Young Girl

Tajuk : The Diary of A Young Girl 

Penulis : Anne Frank

Menariknya Naskah Ini : 
Alhamdulillah, akhirnya Patung Beruang jumpa naskah ini di Big Bad Wolf hari tu. Senyum sampai ke telinga bila saja ternampak naskah ini elok tersusun di atas meja. Tak sia-sia lah Patung Beruang berkunjung ke Big Bad Wolf seawal pukul 7 am, hehe.. 

Naskah ini baru saja Patung Beruang habiskan pembacaannya petang tadi. Kiranya fresh from oven lah ye. Patung Beruang excited sangat nak document kan di sini secepat mungkin sebab ada banyak lagi buku yang menunggu untuk Patung Beruang baca. Adoiii.. Sabar je lah.

Tapi bila fikir semula memang salah Patung Beruang pun. 

Bulan ini saja Patung Beruang beli 7 buah buku baharu termasuklah Anne Frank ini. Jadi, kalau tak habis baca dalam bulan ini juga, maksudnya buku-buku tersebut akan dibawa ke bulan depan, eh.. salah.. tahun depan i.e. 2020.  Maka, bertambahlah koleksi buku-buku yang belum dibaca yang elok je terletak didalam kotak ajaib di bilik belakang dan juga rak buku didalam bilik tidur..huhu... 

The Diary of A Young Girl ini memaparkan catatan harian yang ditulis oleh Anne Frank bermula pada tarikh 14 June 1942 (Ahad) sehinggalah ke catatan terakhir beliau pada 1 August 1944 (Selasa). 

14 June 1942 adalah hari ulang tahun kelahiran Anne yang ke-13. Diary ini pula hadiah yang diterimanya pada tahun 1942 itu. Jadi, tidak hairanlah jika catatan pertama Anne ditulis pada hari tersebut. 

Hari-hari terawal, Anne lebih banyak bercerita tentang majlis hari jadinya, kawan baiknya iaitu Lies Goosens dan Sanne Houtman, serta keluarganya sendiri. 

Catatan ke-4 yang ditulis pada 20 June 1942 (Sabtu), Anne mula memanggil diary nya dengan nama "Kitty". Oleh itu, setiap catatan akan dimulakan dengan "Dear Kitty,...... "
What a cute girl, hehe... 

8 July 1942 (Rabu) adalah hari yang sangat bersejarah buat keluarga Frank kerana pada hari itu lah mereka meninggalkan rumah dan pergi ke tempat persembunyian dipejabat Mr Frank. Keadaan semakin mendesak kerana keluarga ini telah menerima notis agar Margot, kakak Anne untuk melaporkan diri kepada pihak tentera. Keadaan yang sangat ditakuti oleh Mr Frank kerana sedar nyawa orang Yahudi seperti mereka berada didalam bahaya. 

Sebelum meninggalkan rumah, mereka meninggalkan ketulan daging didapur, untuk hidangan Moortje, kucing mereka. Mereka juga membiarkan hidangan sarapan tinggal begitu saja diatas meja dan katil-katil didalam bilik dalam keadaan kosong tanpa cadar. Semua itu untuk memberi tanggapan yang mereka sekeluarga telah pergi untuk mendapatkan perlindungan di luar.

Keluarga Frank bertindak sedemikian kerana mengetahui sehari dua selepas itu, pasti tentera akan datang menggeledah rumah mereka setelah Margot gagal melaporkan diri seperti yang dikehendaki. Oleh itu, keluarga Frank kini dianggap sebagai orang buruan dan sesiapa saja yang terlibat dalam melindungi mereka pasti akan menerima hukuman yang berat. 

Persembunyian mereka banyak dibantu oleh mereka yang berkerja di pejabat Mr Frank iaitu Mr Kraler, Mr Koophius, Miep Gies dan Elli Vossen dan juga suami Miep, bernama Henk. 

Bangunan pejabat 3 tingkat ini menempatkan ruang bekerja, bilik pejabat persendirian yang biasanya diduduki oleh Mr Frank dan Mr Kraler, dan beberapa bilik store. Namun, di ruang belakang bilik pejabat persendirian dan bilik store, telah diubah suai untuk dijadikan tempat persembunyian keluarga malang ini. 

Di ruang persembunyian yang dinamakan "Secret Annexe", tingkat 1 adalah dapur. Tingkat 2 pula menempatkan beberapa bilik tidur, ruang berehat dan sofa. Manakala di tingkat 3 pula terdapat meja yang boleh digunakan untuk bekerja atau belajar dan beberapa katil. Di tingkat 3 ini, ini juga terdapat attic yang boleh digunakan sebagai tempat simpanan makanan oleh penghuni yang bersembunyi ini. 

13 July 1942, keluarga Van Daan menyertai keluarga Frank, bersembunyi di Secret Annexe ini. Keluarga Van Daan terdiri daripada Mr Van Daan, yang merupakan rakan sekerja Mr Frank, isterinya Mrs Van Daan, seorang wanita yang sangat selfish dan bermulut celupar, anak lelaki mereka bernama Peter yang berusia 15 tahun (tidak silap), dan kucing mereka bernama Mouschi. 

Kini, Secret Annexe dihuni oleh 7 orang dan 1 ekor kucing. Tidak lama selepas itu, Mr Dussel, seorang doctor yang berbangsa Yahudi turut menyertai mereka di Secret Annexe, sebagai individu ke-8. 

Kehidupan di Secret Annexe ketika zaman peperangan sangatlah tidak menarik. Sumber makanan yang terhad, tidak boleh bergerak bebas termasuklah menggunakan bilik air ketika waktu siang, tidak boleh menghirup udara segar, bahan bakar yang terhad, aktiviti rutin yang sama, tahap kesihatan yang kurang memuaskan, segala-galanya menyeksakan mereka. 

Anne, Mr Frank dan Margot banyak menghabiskan masa dengan membaca dan belajar. Bahan bacaan mereka diperolehi melalui rakan-rakan lain seperti Miep dan Elli yang boleh bergerak bebas ke perpustakaan ataupun kedai-kedai diluar sana. Pada masa itu juga Anne mula bercita-cita untuk menjadi penulis. Oleh itu dia giat menulis catatan didalam diary nya dan juga cerita-cerita pendek, agar dapat diterbitkan selepas perang tamat. 

Selain itu, konflik sering berlaku antara keluarga Van Daan terutama Mrs Van Daan dengan keluarga Frank, dan juga Mr Van Daan dengan Mr Dussel. Setiap orang ada perangai dan pemikiran sendiri. Jika tidak mampu mengawal mulut atau kekal mempertahankan ego dan tabiat buruk masing-masing, pasti ada saja pertengkaran yang tercetus antara 8 orang ini. 

Dari 8 orang itu, hanya Mr Frank saja yang boleh dilihat sebagai paling rasional dan paling tinggi EQ nya. Oleh itu, Mr Frank lebih disegani dan dihormati oleh ahli-ahli Secret Annexe. 

Catatan terakhir yang ditulis Anne adalah pada 1 August 1944 iaitu 3 hari sebelum persembunyian mereka terbongkar. Pada 4 August 1944, tempat persembunyian tersebut di serbu oleh Gestapo pada waktu siang. Kesemua 8 inividu, bersama dengan Mr Kraler dan Mr Koophius telah dibawa pergi ke kem tahanan. 

Mr Koophius akhirnya dibebaskan kerana masalah kesihatan. Mr Kraler pula dihukum menjadi buruh selama 8 bulan diatas penglibatan beliau dalam komplot menyembunyikan orang-orang Yahudi ini. 

Seperti yang tercatat dalam Anne Frank Remembered (Patung Beruang pernah ulas disini hari itu), Mrs Frank, Margot dan Anne meninggal dunia ketika dalam tahanan di kem. Hanya Mr Frank saja yang bernasib baik dan dapat pulang ke Amsterdam, untuk meneruskan kehidupan. 



Oleh kerana Patung Beruang dah baca Anne Frank Remembered, tulisan Miep Gies terlebih dahulu, maka Diary of A Young Girl ini Patung Beruang baca dengan lebih santai. Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih terperinci keadaan pada masa peperangan tersebut, naskah Anne Frank Remembered lebih sesuai untuk dihadam. 

Diary Anne Frank ini sebenarnya lebih banyak berkisar tentang pergolakan emosi seorang remaja perempuan. Konflik dengan diri sendiri dan konflik dengan ibunya, Mrs Frank kerana merasakan yang wanita tersebut tidak menjadi role model yang sepatutnya untuk keluarga Mr Frank. 

Seperti remaja lain, Anne juga tidak terlepas dari keinginan untuk bercinta dan mempunyai pasangan. Diary ini banyak menceritakan tentang isi hatinya dan juga hubungan antara Anne dengan Peter Van Daan. Agak kelakar juga ketika membacanya kerana kelihatannya gadis ini sedang mabuk bercinta dengan Peter, sedangkan diluar sana keadaan sedang bergolak dan nyawa mereka sendiri menjadi taruhan. Tetapi, bila difikirkan semula, itu adalah naluri semulajadi remaja. Maka, kita maafkan lah ye. 

Honestly, Patung Beruang lebih menikmati Anne Frank Remembered berbanding dengan Diary of A Young Girl ini. Yelah, dah umur-umur macam ini, geli pula rasanya nak baca kisah cinta budak baru nak hidup. Cerita Hindustan pun Patung Beruang tak suka tengok, apalagi lah nak menikmati kisah cinta budak-budak ini, hehe... 

Sunday, December 22, 2019

Book Review: Monolog Kecil Tahun-Tahun Gelora

Tajuk : Monolog Kecil Tahun-Tahun Gelora

Penulis : Baha Zain 

Menariknya Naskah Ini: 
Naskah ini Patung Beruang beli ketika awal tahun 2018, jika tidak silap, di Kedai Buku Dewan Bahasa & Pustaka yang terletak di Taman Keramat. Nampaknya selepas setahun lebih barulah Patung Beruang berpeluang untuk meneliti naskah ini. 

Monolog Kecil Tahun-Tahun Gelora ini adalah himpunan 78 buah artikel tulisan Sasterawan Negara, Dato' Dr Haji Baharudin Zainal atau lebih dikenali Baha Zain. 

Artikel-artikel didalam naskah ini pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera antara tahun 2005 hingga 2011. 

Artikel pertama yang menarik perhatian Patung Beruang bertajuk Bahasa dan Teks: Bercerita Tentang Sejarah Bangsanya. Artikel yang disiarkan pada Disember 2005 ini memberi peluang kepada pembaca untuk berkongsi pengalaman penulis yang berkesempatan melawat Perpustakaan Awam Negara Jerman di Frankfurt, dan Perpustakaan Bavaria di Munich pada Oktober 2005. 

Untuk pengetahuan, Perpustakaan Awam Negara Jerman mempunyai 3 cawangan. Selain di Frankfurt, 2 cawangan lain terletak di Leipzig dan Berlin. Hebatnya negara Jerman ini apabila ketiga-tiga perpustakaan ini menyimpan sejumlah 22.2 juta bahan terbitan yang antaranya adalah:

  • semua bahan terbitan bercetak dan elektornik yang dikeluarkan di Jerman,
  • semua terbitan dalam bahasa Jerman yang dikeluarkan di luar negara,
  • semua terjemahan daripada bahasa Jerman yang diterbitkan di luar negara,
  • semua terbitan dalam bahasa asing tentang Jerman yang terbit di dunia, 
  • dan karya yang dicetak atau diterbitkan oleh pendatang asing yang berbahasa Jerman dari tahun 1933 sehingga 1945. 

Orang Jerman sangat suka membaca. Mereka membaca bukan sahaja karya yang diterbitkan didalam bahasa Jerman tetapi juga bahasa asing terutama yang membicarakan tentang kebudayaan asing di luar sana. Pembaca Jerman lebih banyak membaca terjemahan sastera asing berbanding pembaca Amerika Syarikat. Scenario ini menyebabkan setiap 10 buku yang diterbitkan di dunia, sebuah akan ada dalam bahasa Jerman. Kebiasaannya, 80 000 judul baharu dan ulang cetak akan dikeluarkan oleh negara Jerman setiap tahun. Pada masa itu, negara China dan Korea adalah negara yang paling banyak membeli hak terjemahan dan penerbitan karya dari negara Jerman. 

Membicarakan negara Jerman akan membuat segelintir dari kita teringat tentang Perang Dunia Kedua dan Hitler. Namun, ada juga perkara hebat yang berlaku di bumi Jerman ini terutama yang berkaitan dengan intelektual dan proses membijaksanakan bangsa mereka. Kata ahli falsafah Jerman, Arthur Schopenhauer; "Buku adalah ingatan kertas manusia." 

Jadi, bacalah buku dari penjuru dunia mana pun kerana kekayaan ilmu dan peradaban dunia itu bukan sahaja terletak di dalam Bahasa Inggeris sahaja tetapi juga terpendam dalam bahasa Arab, Mandarin, Jerman, Sepanyol, Perancis, Jepun dan Korea juga. 


Mengenali Kelakuan Orang Melalui Bahasanya yang disiarkan pada Ogos 2011 membicarakan tentang bagaimana nada bahasa yang seseorang itu ucapkan, gaya ungkapan yang digunakan, buah butir yang dikeluarkan dan anggota badan yang menyertainya sewaktu berucap, sebenarnya menjadi alamat tentang tingkah laku, perangai dan tabiat individu tersebut. 

Penulis berkongsi pengalaman beliau menghadiri bengkel berkenaan Language and Behavior Profile (LAB Profile), dimana pakar dari Kanada telah diundang untuk bengkel tersebut. Bengkel yang dihadiri oleh profesional, ahli akademik universiti, pegawai tinggi kerajaan dan perunding itu diadakan selama 2 hari. Para peserta diperkenalkan dengan pendekatan untuk mengetahui "sifat-sifat motivasi" dan "sifat-sifat bekerja" seseorang dalam situasi atau konteks kehidupannya. Maka, melalui pendekatan percakapan, pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepada seseorang, jawapan-jawapan daripadanya, dan body language nya, kita dapat menduga serba sedikit apa jenis manusia yang berada di depan kita. Kesimpulannya, bahasa menjadi jendela dan kunci yang banyak bercerita tentang tingkah laju, dan kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak dalam situasi tertentu. 


Baha Zain ialah seorang intelektual tersohor yang merenung dan menulis tentang berbagai-bagai sudut dan masalah manusia Malaysia. Jika diteliti, tahun 2005 hingga 2011 adalah tahun-tahun yang mencabar kepada pembangunan negara bangsa, baik dari segi pendidikan, sosial, ekonomi, ataupun politik. Maka, tulisan beliau ditebar luas, berserta hujah yang logik, tanpa prasangka dan prejudis, tetapi masih kekal manusiawi. 

Jujurnya, isu yang dibincangkan didalam naskah ini agak berat. Tetapi masih tidak mencacatkan momentum pembaca santai seperti Patung Beruang, yang membaca ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari kerja, dikelilingi manusia dan bunyi-bunyi yang bising. Isu yang dikupas dengan menarik, ditambah dengan perencah pengalaman peribadi penulis, menyebabkan Patung Beruang ralit keseorangan didalam naskah ini. Really a cup of my tea.... 

Saturday, December 21, 2019

Book Review: Tales of Mothers

Tajuk : Tales of Mothers

Penulis : Various authors 

Menariknya Naskah Ini: 
Naskah ini Patung Beli sama-sama dengan buku Being A Quran Tag Girl pada bulan lepas di Borders. Tak silap, Patung Beruang ambil masa seminggu juga untuk  selesaikan pembacaan naskah ini. Alhamdulillah.

Tales of Mothers ini menghimpunkan 8 kisah benar yang ditulis oleh para ibu diluar sana, pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. 

Kisah yang dipaparkan berada samaada di dalam dan juga di luar negara. Suka duka seorang ibu membesarkan anak-anak, menjaga keluarga sebaik mungkin dalam keadaan diuji dengan anak yang sakit, kes perceraian yang tiba-tiba berlaku, pasangan yang sedang melanjutkan pelajaran dan juga keadaan kehidupan di luar negara yang serba serbi asing dan jauh dari sokongan keluarga terdekat.

Antara kisah yang Patung Beruang suka adalah kisah ke-4 iaitu A Gift From God, nukilan Dr Nor Adlina Mustafa Kamal. Ketika Dr Adlina mula bertugas di Jabatan Pediatric, beliau tidak pernah menyangka yang kehadirannya disitu bukan setakat memberi kehidupan kepada pesakit kecil disana, tetapi pesakit kecil tersebut juga memberi kehidupan baru kepadanya. 

Seorang bayi lelaki, yang ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya, telah dihantar ke hospital kerana kesihatannya yang tidak memuaskan. Bayi lelaki tersebut baru berumur 2 bulan and was on regular nebulisers, chest physiotherapy and nasal prong oxygen. 

Bayi yang tidak bersalah ini  pantas mencuri perhatian kakitangan di Jabatan Pediatric termasuklah Dr Adlina. Setiap hari, bayi ini dengan sabar menunggu kakitangan hospital datang untuk menyuapkannya susu, diberikan ubat, dimandikan dan akhirnya ditidurkan. Adakalanya bayi ini teruja melihat bayi-bayi lain, di kiri dan kanannya. Sayangnya, bayi-bayi lain sedang nyenyak tidur didalam pangkuan ibu masing-masing, sedangkan dirinya bersendirian, jauh dari pelukan seorang wanita yang bernama ibu. 

Dari hari ke sehari Dr Adlina merasa ikatan yang kuat antara dirinya dan bayi lelaki tersebut. Dr Adlina akhirnya berterus-terang dengan keluarga berkenaan hasratnya untuk menjadikan bayi lelaki ini sebagai anak angkatnya. Bayi ini pantas mencuri perhatian dan kasih sayang dari keluarga Dr Adlina dan diberi nama Adam Firhan. 

Tahap kesihatan dan tumbesaran Adam menunjukkan peningkatan. Sehingga akhirnya Adam dibenarkan untuk keluar dari hospital. Bermulalah kehidupan Dr Adlina dan Adam diluar hospital, membesar di rumah sama seperti kanak-kanak yang lain. Dalam masa yang sama, Dr Adlina berdepan dengan cabaran terutama persepsi dan soalan-soalan dari masyarakat termasuk saudara-mara berkenaan keputusannya untuk memiliki anak angkat walhal dirinya masih belum berkahwin. Seolah-olahnya ia adalah satu kesilapan yang paling besar didalam kehidupan Dr Adlina. 

Selain itu, proses pengangkatan juga mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai dan melibatkan sesi soal jawab di mahkamah. Alhamdulillah, kini Adam sudah berusia 4 tahun dan mula menghadiri tadika. Melihat proses pembesaran Adam adalah antara kenangan terindah didalam kehidupan Dr Adlina sehingga segala susah-payah dan persoalan yang dihadap selama ini terasa hilang begitu saja. 


Boleh kata kan semua kisah didalam naskah ini Patung Beruang suka. Oh ye, pembaca kena baca juga kisah ke-2, The Journey I Travel Alone. Nusrat dan suami diuji apabila anak sulung mereka, Sunan yang berumur 3 tahun disahkan autism. Kedua-dua suami isteri yang berasal dari Bangladesh ini sangat terkejut dengan pendedahan tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk segera terbang ke Singapura dan menjalani pemeriksaan di National University Hospital, untuk second opinion. Sekali lagi, doctor menyampaikan keputusan yang sama. Maka bermulalah episod baru didalam keluarga mereka. Nusrat dan Sunan kerap berulang-alik antara Bangladesh dan Singapura, demi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Sunan. Disebabkan kesibukan suaminya sebagai ahli perniagaan, Nusrat lebih banyak menguruskan Sunan secara bersendirian. 

Tetapi kos perubatan, penerbangan, penginapan dan perbelanjaan di Singapura sangat mahal. Maka, Nusrat dan suami mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan mula mencari pusat rawatan dan pendidikan yang terbaik untuk Sunan. Membesarkan anak autism sangat mencabar terutama apabila kebanyakkan masa hanya Nusrat seorang yang menguruskan segalanya. Dan beban semakin bertambah apabila Nusrat mengandung dan melahirkan anak kedua yang bernama Awan.... 

Sunday, December 8, 2019

Book Review: Anne Frank Remembered - The Story of the Woman Who Helped to Hide the Frank Family

Tajuk : Anne Frank Remembered -The Story of the Woman Who Helped to Hide the Frank Family

Penulis : 
1. Miep Gies
2. Alison Leslie Gold

Menariknya Naskah Ini: 
Honestly, Patung Beruang rasa tak sabar sangat nak share naskah ini di sini. Naskah yang sangat menarik dan menyentuh perasaan ini baru saja Patung Beruang selesaikan pembacaannya minggu lepas. Tak lama pun nak habiskan naskah ini. Adalah lebih kurang 3 ke 4 hari saja. 

Jika selama ini kita sering melihat buku Anne Frank : The Diary of A Young Girl, yang memang ditulis oleh gadis cilik itu, kali ini, Anne Frank Remembered pula adalah tulisan Miep Gies, seorang wanita yang sangat berani dan juga tulang belakang kepada keluarga Frank ketika tahun-tahun 1940-an dahulu. 


Miep Gies dilahirkan pada tahun 1909 di Vienna, Austria. Ketika Miep berumur 5 tahun, perang Dunia Pertama mula meletus. Miep dilahirkan didalam keluarga yang besar. Kesusahan hidup menyebabkan dirinya kekurangan zat makanan dan ia nyata terlihat dengan fizikalnya yang lemah dan tidak bermaya. 

Ketika Miep berumur 11 tahun, beliau dihantar ke Holland untuk tinggal bersama dengan keluarga angkat berketurunan Dutch. Program keluarga angkat ini adalah khas untuk kanak-kanak Austria yang kelaparan dan kekurangan nutrisi. Tujuan utamanya adalah untuk memulihkan dan memperbaiki tahap kesihatan kanak-kanak ini. 

Di Holland, Miep diterima baik oleh keluarga angkatnya dan juga rakan-rakan di sekolah barunya. Miep seorang yang cerdik. Oleh itu, beliau sentiasa dinobatkan sebagai pelajar cemerlang disana sehinggalah beliau meningkat remaja dan tamat persekolahan. 

Tamat persekolahan, Miep mula bekerja. Setelah bertukar kerja dari satu syarikat ke satu syarikat, akhirnya pada tahun 1933, Miep menyertai Travies and Company, yang terletak di tengah-tengah Amsterdam. 

Travies and Company berasal dari Cologne, Germany. Syarikat ini pakar didalam peralatan memasak di rumah dan pelanggan utama mereka ada para surirumah. Melihat sambutan yang menggalakan dari pelanggan, syarikat ini membuka cawangan di Amsterdam. Cawangan di Amsterdam ini diketuai oleh Mr Otto Frank. 

Hari pertama Miep di Travies and Company, Mr Frank mengajar Miep cara-cara membuat jem, menggunakan resepi dan langkah-langkah yang disediakan oleh Travies and Company di German. Selepas 2 minggu, apabila melihat Miep sudah sangat cekap mengendalikan resepi dan proses pembuatan jem, Mr Frank menugaskan Meip menjadi staff yang akan melayan segala pertanyaan dan aduan dari pelanggan. 

Setelah itu, Miep juga ditugaskan untuk menguruskan hal-hal pentadbiran, akaun dan kewangan pejabat. 

Bertahun-tahun Miep di Travies and Company, hubungan beliau dan rakan sepejabat termasuk Mr Frank dan ahli keluarganya sangat rapat seakan seperti sebuah keluarga yang besar. Malah Miep juga bercinta dengan salah seorang bekas pekerja disana, yang bernama Henk. Hubungan Miep dan Henk diketahui oleh semua termasuk Mr Frank sekeluarga. 

Dalam masa yang sama, mereka mendapat khabar tentang keadaan di Germany terutama tindakan tentera Nazi terhadap golongan Yahudi. Sebagai seorang yang berketurunan Yahudi, Mr Frank merasakan yang keluarganya berisiko tinggi seandainya tentera Nazi meluaskan penguasaan mereka ke Amsterdam. Mr Frank sangat risau tentang masa depan isterinya, Edith dua anak mereka iaitu Margot dan Anne. 

Akhirnya tentera Nazi sampai ke Amsterdam. Keadaan yang aman dan tenang mula hilang. Penduduk di Amsterdam terutamanya yang berketurunan Yahudi menjadi takut dan mula melarikan diri ataupun bersembunyi. 

Mr Frank telah menjadikan satu ruang di bahagian belakang pejabat Travies and Company sebagai tempat persembunyian. Oleh sebab Travies and Company menduduki ketiga-tiga tingkat bangunan tersebut, maka tempat persembunyian itu juga setinggi 3 tingkat. 

Ruang masuk ke tempat persembunyian itu adalah melalui pejabat persendirian yang biasanya diduduki oleh Mr Frank, yang terletak dibilik belakang. 

Tempat persembunyian ini pada awalnya diduduki oleh Mr Frank dan keluarga sahaja yang berjumlah 4 orang. Namun seminggu selepas itu, persembunyian itu turut disertai oleh Mr Van Daan, isterinya Patronella dan anak lelaki mereka Peter serta kucing mereka, Mouschi. Kini, tempat persembunyian tersebut dihuni oleh 7 orang dan seekor kucing. 

Dan bermulalah aktiviti Anne Frank menulis diary atau catatan bagi merekodkan keadaan dan pengalaman yang dialaminya diwaktu-waktu yang sukar ini.

Tentera Nazi kian memperhebatkan usaha mereka untuk menghapuskan golongan Yahudi di Amsterdam. Operasi besar-besaran dijalankan. Makanan dan keperluan harian dicatu. Keadaan ini menyebabkan penduduk Amsterdam sukar untuk membeli makanan. Dalam masa yang sama, larangan untuk menyembunyikan orang Yahudi dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang diketahui bersubahat ataupun menyembunyikan orang Yahudi akan dikenakan hukuman yang berat oleh tentera Nazi.  

Kehidupan Mr Frank, Mr Van Daan dan keluarga mereka semakin tertekan. Begitu juga dengan Miep dan Henk. Setiap hari yang berlalu sangat menyeksakan kerana mereka sedar bila-bila masa saja pejabat Travies and Company boleh diserbu. Nyawa mereka ibaratnya dihujung tanduk. Tiada kepastian apa yang bakal berlaku di penghujung hari dan hari-hari mendatang. 


Akhirnya, pada suatu hari, ketakutan mereka menjadi kenyataan. Selepas beberapa kali pejabat Travies and Company dipecah masuk di waktu malam, dan pejabat tersebut digeledah, akhirnya tentera Nazi menyerbu tempat persembunyian mereka dan membawa mereka, semua orang Yahudi yang ada disitu.

Peristiwa itu sangat menyedihkan Miep dan Henk kerana mereka merasakan mereka telah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan Mr Frank sekeluarga. 

Miep masuk ke tempat persembunyian dan berusaha untuk mengutip diary dan semua kertas tulisan Anne. Niatnya hanya satu, untuk menyimpan kesemua catatan tersebut agar dapat dipulangkan semula pada Anne apabila gadis kecil ini dibebaskan dari tahanan..... 



Buku ini sangat detail, penuh dengan emosi tetapi sangat menarik. Gaya penceritaan yang dipersembahkan menyebabkan Patung Beruang sukar untuk berhenti membaca. Sentiasa ingin tahu apa kesudahan naskah ini walaupun logiknya kita boleh mengagak apakah kesudahan kisah keluarga Mr Frank. 

Honestly, Patung Beruang tidak pernah membaca naskah Anne Frank: A Diary of Young Girl. Patung Beruang hanya baca sinopsis sahaja. Tetapi selepas membaca buku tulisan Miep ini, Patung Beruang kena cepat-cepat miliki Anne Frank's Diary untuk mengetahui apa pula luahan hati gadis kecil itu... Baiklah, kena masukkan buku ini dalam list Big Bad Wolf untuk tahun ini... 

Thursday, December 5, 2019

Book Review: Billion Dollar Whale

Tajuk : Billion Dollar Whale 

Penulis : 
1. Tom Wright 
2. Bradley Hope 

Penterjemah : Zaleha Abidin 

Menariknya Naskah Ini: 
Selama ini Patung Beruang hanya berjumpa naskah asal yang berbahasa Inggeris. 3 minggu lepas, ketika di Borders IOI City Mall, Patung Beruang ternampak buku ini di rak buku terlaris. Sekali pandang, nampak macam biasa je. Tetapi bila di teliti, ada 2 perkara yang menarik tentang naskah ini yang terletak di rak tersebut.

Pertama, ini adalah edisi Bahasa Melayu. Seriously??? Wah.. Akhirnya, ada orang sanggup terjemahkan dan terbitkan buku ini dalam Bahasa Melayu. Maka, lebih ramai orang boleh membaca apa yang terkandung didalam naskah ini.

Kedua, naskah ini menawarkan discount 30% untuk members. Fuyooo... banyak tu. Harga asal adalah RM70. Tetapi Patung Beruang hanya bayar RM49 sahaja untuk memilikinya. Hoyehhh....

Balik je, Patung Beruang cepat-cepat balut buku ini dengan plastic, seperti kebiasaannya. Dan bermulalah pengembaraan Patung Beruang didalam meneliti naskah Billion Dollar Whale ini. 

Pengembaraan naskah ini dimulakan dengan "Nota Pengarang". Nampak macam meh......  tapi, percayalah, tulisan dibahagian ini juga sudah menarik. Ia membuatkan Patung Beruang tidak sabar untuk tenggelam didalam naskah ini. 

Seterusnya pembaca dibawa kepada "Senarai Watak". Disini disenaraikan watak-watak yang terlibat didalam kisah ini, dibahagikan kepada beberapa kategori seperti ahli keluarga, organisasi yang terlibat contohnya Goldman Sachs, AmBank, BSI dan akhir sekali kerjaya mereka seperti wartawan ataupun mereka yang terlibat didalam dunia hiburan. 

Destinasi seterusnya adalah "Prolog". Disini pembaca dibawa menyelusuri suasana pesta yang diadakan pada 3-4 November 2012 di Las Vegas. Parti yang dihadiri ramai selebriti Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Kanye West, Kim Kardashian, Paris Hilton dan ramai lagi ini diadakan sempena birthday Jho Low yang ke-31. 

Selepas "Prolog", penulis mula menceritakan sedikit demi sedikit kisah Jho Low dan kegiatan yang dilakukannya. Untuk memudahkan pembacaan, naskah ini terbahagi kepada 51 Bab yang dikumpulkan menjadi 5 Bahagian iaitu: 

  • Bahagian 1: Terciptanya Jho Low 
  • Bahagian 2: Jutawan Dalam Sekelip Mata
  • Bahagian 3: Empayar 
  • Bahagian 4: Ledakan Rahsia 
  • Bahagian 5: Keputusan Kapten 


Di Bab 1, penulis menceritakan perihal Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang dan anak kepada Larry Low, seorang usahawan yang kaya-raya hasil dari pelaburannya dalam kilang pakaian, serta ibunya, Goh Gaik Ewe pula adalah seorang suri rumah. 

Jho Low pernah bersekolah di Harrow, selama 2 tahun. Harrow adalah sekolah berasrama elit di London dimana kebanyakkan penuntutnya adalah dari golongan hartawan di serata dunia. Walaupun yurannya mencecah $20k setahun tetapi bagi keluarga mereka, ia dianggap berbaloi kerana network yang mereka perolehi hasil dari pergaulan di sekolah ini. 

Tabiat suka bermewah-mewah, berhibur dan berbelanja boros telah ada didalam dirinya sejak di zaman sekolah lagi. Malah, dia mengimpikan untuk hidup mewah tanpa perlu memikirkan kehabisan duit. Semua ini adalah kerana cemburu melihat gaya hidup rakan sekolahnya yang dari keluarga diraja Timur Tengah. 

Impian tersebutlah yang mendorong Jho Low untuk melakukan apa sahaja asalkan impiannya menjadi kenyataan. Namun perancangan dan kegiatan untuk merealisasikan impian tersebut tidaklah dijalankan seorang diri. Dia dibantu oleh rakan sekutunya yang lain samaada di Malaysia, Singapura, Timur Tengah dan juga Amerika. 



Baiklah..... 
Sebenarnya, kalau ikutkan banyak yang ingin Patung Beruang kongsikan tentang naskah ini. Tetapi rasanya lebih baik jika Patung Beruang berhenti disini sahaja. 

Naskah ini sangat menarik untuk dibaca. Walaupun kisah yang dipaparkan adalah kisah yang menggemparkan negara dan juga dunia kewangan antarabangsa, namun penulis membawa pembaca meneliti naskah ini secara teratur dan santai. Sehingga adakalanya Patung Beruang terasa seperti membaca novel. 

Sepanjang pembacaan, Patung Beruang sering tertanya, adakah apa yang dipaparkan disini 100% benar? 
Ataupun fakta yang telah dicampur dengan imaginasi? 

Mungkin kerana gaya penceritaan yang sangat detail sehingga merasakan seolah-olah kita berada di situasi dan masa tersebut. Dan  kita menyaksikannya sendiri dengan mata ini. Again..Patung Beruang terasa seperti membaca novel.

Naskah yang patut dibaca untuk kita tahu dengan lebih jelas apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana ia berlaku? Bila ia berlaku? 
Tetapi..
Untuk mempercayai 100% apa yang dipaparkan, terpulanglah.....

Sunday, December 1, 2019

Bulan Terakhir Di Tahun 2019

Assalamualaikum wbt..

Hari ini 1 December 2019. Bermaksud, tinggal 30 hari sahaja lagi untuk kita menikmati tahun 2019. Entah ada rezeki atau tidak untuk kita berjumpa 2020. Manalah tahu kan, esok lusa, Allah panggil kita pulang. Suka tak suka, kita tetap akan dijemput. Cepat ke, lambat ke, dimana, bagaimana, semuanya rahsia Allah. 

Untuk bulan terakhir di tahun 2019 ini Patung Beruang sudah susun jadual sehabis baik. Tapi.. Kita hanya mampu merancang sebab perancang dan pengatur yang terbaik tetap Allah swt. Apapun, kita buat sahaja yang termampu ok. 

Jika apa yang dirancangkan menjadi kenyataan, Alhamdulillah.
Jika sebaliknya, Alhamdulillah juga kerana Patung Beruang yakin yang Allah ada aturan yang sempurna. 


Untuk bulan ini, Patung Beruang nak settle kan audit assignment yang terakhir untuk tahun ini. Insya-Allah, opening meeting akan dibuat pada minggu ini juga. Dalam masa yang sama Patung Beruang target nak keluarkan 2 audit reports untuk ad-hoc assignments yang sedang berjalan. Agak pening juga sebab kedua-dua assignments ini berbeza nature nya. Satu berkenaan sistem, satu lagi berkenaan operation. Audit fieldwork sudah selesai. Audit observation pun dah ada. Cuma nak kena structure je balik dan jadikannya draft report. Semoga Allah permudahkan urusan kerja Patung Beruang, Aamiin... 


Bulan ini juga Patung Beruang akan bercuti panjang. 1st cuti bermula dari 11 December sehinggalah 16 December 2019. Really longggggg weekend for me, hehe.. Cuti sebab apa? Hm.. Sebab my birthday, lepas tu majlis pertunangan dan akhir sekali untuk my "me" time... I really need that. Go somewhere and  do something that I want, to rejuvenate myself. 

2nd batch cuti pula bergantung pada bila Baby lahir ke dunia ini.. Hai... Semua orang termasuklah Patung Beruang dah tak sabar nak jumpa Baby ini. Setiap hari kami tertunggu-tunggu, bilalah detik yang bermakna ini akan menjadi kenyataan. Andai kata Baby keluar ketika Patung Beruang long holiday, Alhamdulillah. Tetapi andai kata Baby keluar selepas itu, then Patung Beruang kena ambil cuti untuk kali ke-2 pula lah ye. 


Bulan ini juga akan ada Big Bad Wolf. Hooray... My must destination every end of the year.... Cuma tahun ini mungkin Patung Beruang tak boleh nak shopping sakan di Big Bad Wolf sebab masih ada banyak lagi buku kat rumah ini yang Patung Beruang belum baca. Risau pula tengok, huhu.. Apapun, untuk Big Bad Wolf tahun ini Patung Beruang dah ada wish list iaitu:

  • The Walk karya Richard Paul Evans. Ini adalah buku pertama dalam The Walk Series. Untuk pengetahuan, Patung Beruang memiliki kesemua naskah dari buku ke-2 hinggalah buku terakhir iaitu yang ke-5. Dan kesemuanya telah Patung Beruang kongsikan book review nya disini. Walaupun Patung Beruang sudah tahu kesudahan kisah ini, tetapi tidak lengkap rasanya jika tidak memiliki dan meneliti buku pertama iaitu The Walk. Doakan Patung Beruang berjumpa dengan buku pertama ini ye sebab pencarian di Big Bad Wolf tahun lepas tidak berhasil, huhu.. 
  • Tell Tale karya Jeffrey Archer. Naskah ini adalah short stories yang diterbitkan pada 2017. Tak silap Patung Beruang dah 10 tahun Jeffrey Archer tidak keluarkan short stories. Jadi bila tiba-tiba beliau keluarkan Tell Tale ini, mesti ada banyak cerita menarik didalamnya. 
  • Nothing Ventured karya Jeffrey Archer. Ini adalah karya terbaru Jeffrey Archer yang baru je terbit pada September hari itu. Patung Beruang terserempak dengan naskah ini 3 minggu lepas ketika melawat Borders. Untuk sesiapa yang telah baca Clifton Chronicles, mesti akan ingat ketika watak utama iaitu Harry Clifton menyamar menjadi Tom Bradshaw, beliau kemudiannya dipenjarakan di America atas kesalahan yang dilakukan oleh Tom Bradshaw sebenar. Ketika di dalam penjara, Harry Clifton ataupun Tom Bradshaw menulis novel fiction yang watak utamanya bernama Detective William Warwick. Selepas Harry dibebaskan, novel-novel Detective William Warwick ini dikomersialkan, mendapat sambutan hangat di Britain dan Amerika. Maka, bermulalah kehidupan Harry Clifton sebagai seorang penulis sepenuh masa. 
  • Patung Beruang tidak pernah sangka yang Jeffrey Archer akan keluarkan satu siri baru yang berkisar kepada Detective William Warwick ini pula. Kreatifnya beliau.. huhu... Selepas buku terakhir untuk Clifton Chronicles diterbitkan beberapa tahun lepas, Patung Beruang terfikir betapa sedihnya kami peminat Archer ini sebab sudah tiada lagi buku bersiri dari beliau yang boleh kami tunggu-tunggu selepas ini. Rupanya, fikiran Patung Beruang salah..hehe.. 

Basically, itu adalah 3 buku yang Patung Beruang nak sangat cari di Big Bad Wolf nanti. Tetapi, jika terjumpa buku lain yang menarik terutamanya karya Archer yang belum Patung Beruang miliki, Insya Allah Patung Beruang akan beli. Hai... Tak sabarnya nak jumpa dengan "serigala jahat" ini.. 


Oleh kerana Patung Beruang akan tambah koleksi buku-buku, maka Patung Beruang kenalah berusaha untuk habiskan sebanyak mana buku yang ada kat rumah ini. Tu yang momentum membaca tu datang mencurah-curah.. 

So far, minggu ini Patung Beruang berjaya habiskan sebuah lagi buku.  Tajuknya Tales of Mothers. Insya-Allah, Patung Beruang akan kongsikan book review nya disini seberapa cepat ye. Dalam masa yang sama, ada sebuah buku berbahasa Melayu yang tinggal beberapa bab je lagi untuk habis. Naskah Sasterawan Negara, Baha Zain yang bertajuk Monolog Kecil Tahun-Tahun Gelora.  

Sebenarnya, Patung Beruang memang membaca kedua-dua naskah ini serentak. Rasa seronok pula sebab satu naskah berbahasa Inggeris dan satu lagi berbahasa Melayu. Kedua-duanya menampilkan genre berbeza. Satu tentang pengalaman hidup dan suka-duka, kisah benar seorang wanita bergelar ibu. Satu lagi naskah adalah coretan Baha Zain yang pernah diterbitkan di Majalah Dewan Sastera. Coretan beliau berkisar tentang dunia politik, dunia sastera, kisah masyarakat, kisah kehidupan dan macam-macam lagi. 

Boleh ke Patung Beruang tukar focus dalam waktu singkat? Setakat ini, tiada masalah pun. Ok je. Alhamdulillah.. Hasilnya, Patung Beruang tidak bosan dan tidak terperangkap dalam buku yang sama untuk satu tempoh yang panjang. Selain itu, Patung Beruang boleh habiskan lebih banyak buku dalam waktu yang singkat. 


Baiklah, jam pun dah pukul 10 malam ini. Dah sampai masa untuk Patung Beruang tidur. Insya-Allah, ada masa nanti kita jumpa lagi ye disini. Sebenarnya hajat hati nak update Book Review untuk Billion Dollar Whale. Tapi, idea tersangkut pula, huhu.. Sabar je lah..
Good night... 

Monday, November 25, 2019

Postpone Diet

Assalamualaikum wbt.. 
Hujan-hujan ini buat perut rasa lapar pula, mata pun rasa mengantuk je. Sabar je lah kan.. 

Sekejap saja dah masuk hujung November. Lepas tu, hujung December. And tahu-tahu je dah masuk 2020... 

Bila dah masuk hujung tahun ini, barulah Patung Beruang terfikir tentang azam yang tidak kesampaian. Antaranya adalah azam nak berdiet, hehe.. Sebenarnya, selalu je fikir tapi buat-buat lupa.. Biasalah, Melayu kan mudah lupa? 

Rasanya, setiap tahun pun memang ada je azam nak berdiet tu. Tapi excited nya awal tahun saja. Atau pun beberapa minggu. Lepas tu, azam kemana, diet pun kemana. 

Petang tadi, masa di ofis, hati dah berniat, 
"Oklah Yana, malam ini tak nak makanlah. Ingat, last makan pukul 6.30 petang ye.." 

Sekali, tiba-tiba Iman ajak makan Secret Recipe. Alasannya, hari ini ada promo, buy 1 free 1. Ceh.... Sabar je lah budak kecik ini..

Sebenarnya, Iman memang dah maklumkan tentang promo Secret Recipe ini sejak beberapa bulan yang lalu. Promo ini hanya untuk hari Isnin je.

Tapi, disebabkan sibuk, Patung Beruang tidaklah berkesempatan untuk merasanya. Nampaknya malam ini baru berpeluang.

Disebabkan tak sampai hati nak biarkan Iman makan sorang-sorang, Patung Beruang pun postpone lah diet ke malam esok. Boleh kan? hehehe... 

See, nampak tak game dia disitu? 
Acah-acah nak mengelat lah tu ;) 


So far, menu yang ditawarkan oleh Secret Recipe untuk promo setiap Isnin ini ada 5 menu iaitu:
  • Nasi Kari Jepun (ayam)
  • Nasi Goreng Kimchi
  • Lasagna (ayam / daging)
  • Aglio Olio Udang
  • Asam Laksa Penang

Air tak termasuk dalam promo ye.. Jadi, silalah pilih air ikut apa yang tekak kita nak minum.

Patung Beruang makan Nasi Kari Jepun dan Iman pula Nasi Goreng Kimchi. Nasi Kari Jepun oklah. Ada rasa authentic Jepun sikit. 

Tapi kalau ikut tekak Patung Beruang, antara Nasi Kari Jepun yang sedap, yang Patung Beruang pernah makan kat KL or Selangor ini adalah di Kodawari Menya dan juga Rakuzen. 

Paling sedap adalah di Kodawari Menya. Patung Beruang suka pergi branch dia di Mytown. Rasa dan portion dia sangat berbaloi dengan harganya. Service dia pun tip top. 

Untuk Secret Recipe ini ok lah. 

Portion dia lagi banyak dari Nasi Kari Jepun Sushi King. Jadi, kalau tiba-tiba mengidam nak makan kari Jepun, boleh lah singgah di sini. 

Nak pergi Sushi King jauh sangat. Kena sampai D'Pulze Cyberjaya ataupun Alamanda Putrajaya. Petrol lah, tol lah, parking lagi. Macam tak berbaloi je demi sepinggan kari Jepun. 


Tengok, licin kan Patung Beruang makan?
Hai... macam mana lah nak diet?? huhu..

Oh ye, ada hidangan sampingan pula iaitu french fries. Memang sengaja kami order untuk mengunyah sementara nak tunggu main dish.. 

Untuk selamatkan keadaan, kami order plain water je. No sugar drinks ye malam-malam ini, termasuklah fruit juice. Fruit juice pun ada sugar dan kalori juga tau.. 

Oklah, sekian lah saja coretan Patung Beruang malam ini.
Sebenarnya saja tangan gatal nak menaip di sini. Nak tulis Book Review, otak Patung Beruang dah penat. Letih memerah otak siang tadi untuk siapkan report COO, huhu...  Tu yang entry diet tak jadi ni pun boleh termasuk disini. 

Insya Allah, nanti Patung Beruang tulis lagi.
Patung Beruang baru je habis baca buku Billion Dollar Whale. Hm.. macam-macam perasaan timbul bila baca naskah itu. Tak sabar pula rasanya nak tulis book review disini, huhu..

Baiklah.. mata pun dah mengantuk ini. Cuaca diluar sejuk je. Jadi, jomlah kita tidur ye...

Assalamualaikum... 

Saturday, November 23, 2019

My Paws Diary #3

Dear Paws Diary,

We meet again. Today is raining. I feel so lazy. Hence, I prefer to sleep the whole day. 

My hooman Kakak went back last week. But she's alone. I didn't see my hooman Abangadik. Maybe that guy so busy with his work. Or his class?? 

I remember that a week before, he told the family that he just started class for new term. Well.. It means that he can't visit me often anymore. Seems that I will miss him.

Sometimes, I don't understand hooman. Why they still studying although they already grown up?? 
Why can't they just live as it is like me??
Spending the whole day, lying under this Triton.. 
Waiting for my hooman family to feed me. Or maybe waiting my new cat girlfriend to come. Or waiting my paw neighbors to call me for our gossiping session.. Hm....

Oh ya, speaking about my paw neighbors, those ducks showed their laid eggs a few weeks ago. There were some eggs but I lost count after five, huhu.. 
Sorry, my paw diary. I think I should attend school like my hooman Abangadik.... So I can learn mathematics and show off my counting skills to those ducks and dog.. hehehehe... 

The next day, I saw Aunty Amy gave some of the eggs to my hooman Ibu. Both women so happy chatting about those ducks and the eggs. I have no idea what happened to the eggs after that because I never see any ducklings in my house. Hm.... weird..


Dear Paws Diary, 
I'm still not fully recover. Still having flu and sneeze once a while especially when weather so cold. I hate eat medicine especially the blue color pill. It tastes yukssss.. You want to know how I skip from eating it? Shhhhhh.... 

Let me share my secret. 

My hooman Ibu Ayah will gave this blue pill through my wet food. So I will just eat half of that wet food, and the remaining will be ate by my cat girlfriend. Hence, chances for me to eat that blue pill is 50% only. 
But.... most of the time, it will be ate by my girlfriend, muahahahaha... 
It doesn't matter to her as long as she can enjoy my wet food.

See... I kill two birds with one stone. 
I don't have to eat that pill. And I can share my wet food with my girlfriend. She's happy. I'm happy. And our tummy also happy :)   


Dear Paws Diary,
But... My hooman Kakak knew my tactic. She is so clever. 


Last week, she gave me wet food and that blue pill inside that. I saw that thing!!!

See.. The thing in that red circle, huhu..

I purposely avoid that pill but she keeps on stroke me while I'm eating. I can't focus on my food. And second I know, that pill was in my mouth, then to my esophagus and finally to my stomach....

Yukssss... I hate that pill!!! 
My hooman Kakak is sooooo meannnn...
But it's too late for me to do anything.... 
The pill now happily stay in my stomach. Waiting to fight all the flu bacteria.


Dear Paws Diary, 
Thinking about the blue pill makes me exhausted. May I just stop writing eh no... typing this diary now? Plss....
Plus, I think my cat girlfriend is just meow to me.. I should go and get her.. Am I a good cat boyfriend?  ...wink wink... 


Love,
Kembang

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...