Assalamualaikum
wbt..
Anyoung haseyo…
Cewah… feeling korea pula kan? Bajet sedang bertegur sapa dengan Woo Bin lah
tu, hehehe..
Hari ini 11hb Disember. Sekejap je masa berlalu.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan terakhir dalam 2016 ini. Nanti pejam
celik pejam celik lagi, masuklah 2017 pula. Lepas tu 2018, 2019, 2020, 2021 dan
seterusnya. Hai, duk sibuk menghitung tahun ini, macam confident je umur tu
panjang. Mana lah tau tiba-tiba Allah panggil pulang, tidak berapa saat ini.
Hilang semua perhitungan itu. Yelah, ajal ini kita bukan boleh tentu. Bila dah
sampai masanya, takkan terlewat walau sesaat pun. Jadi, lebih baiklah kita beringat
ye.
Oklah.. Ada yang perasan sejak akhir-akhir ini
Patung Beruang banyak sangat update Book Review. Adakah ini semua buku-buku
yang Patung Beruang baca dan selesaikan pembacaannya dalam tempoh beberapa
bulan ini?
Jawapannya… Ye lah…
Book review itu adalah buku-buku yang Patung
Beruang selesai membaca dalam tempoh terdekat ini.
Malah ada lagi 5 buah buku yang masih
belum sempat Patung Beruang tulis book review nya. Semuanya elok je tersusun di
rak buku baru tu. Ni kira backlog lah ni ye. Adoi.. bilalah Patung Beruang
boleh selesaikan semuanya ye?
Setelah dikira-kira, jumlah buku yang Patung
Beruang telah baca untuk sepanjang October, November dan beberapa hari Disember adalah 24 buah. Wah..
Banyaknya.. Capai target
tak Patung Beruang?
Hm…
honestly, Patung Beruang tak letak specific target pun berapa banyak buku yang
perlu dibaca dalam setahun. Entahlah, sebelum ini pun tak pernah ada target.
Cuma Patung Beruang berazam untuk membaca lebih banyak buku berbanding tahun
lepas. Itu je. Masalahnya berapa banyak buku yang Patung Beruang baca tahun
lepas pun Patung Beruang tak ingat. Nak harapkan Book Review yang ditulis
sepanjang tahun lepas pun tak boleh juga sebab banyak je buku-buku yang Patung
Beruang habiskan membaca tetapi tidak ditulis Book Review nya. Masalah sungguh
lah kan? Hehe..
Dah
tu, kenapa tiba-tiba sahaja Patung Beruang marathon membaca ini?
Ceritanya
begini…
Bulan
Disember ini Patung Beruang nak jumpa Serigala Besar Yang Jahat. Tak faham?
Hm.. Kalau tak faham, sila lah translate apa yang patut ye.
Memang
menjadi kebiasaan, Patung Beruang akan berdating dengan En Serigala ini beberapa
kali dalam setahun. Dan setiap kali dating, pasti ada buku-buku yang akan
Patung Beruang bawa pulang.
Last
Patung Beruang dating dengan En Serigala adalah masa bulan puasa dulu. Masa tu,
kami dating di One City je. Masa pun sangat pendek. Rasanya Patung Beruang
spend masa cuma 15 minit saja sebab dah nak dekat waktu berbuka.
Memikirkan
yang kami pasti akan dating lagi bulan Disember ini, jadi Patung Beruang kena
berusaha keras untuk membaca seberapa banyak buku-buku yang ada dirumah ini,
dan barulah Patung Beruang boleh bawa pulang buku-buku yang baru tanpa rasa
bersalah.
Malah,
pada saat catatan ini ditulis, Patung Beruang dah siapkan senarai buku-buku
yang Patung Beruang ingin miliki ketika sesi berdating nanti. Tapi jangan salah
faham ye, bukan semuanya buku yang disenaraikan itu untuk Patung Beruang
seorang. Ada juga untuk anak-anak angkat. Kesian mereka. Mereka nak sangat
membaca buku selain dari buku-buku sekolah. Jadi bila ada peluang, kita
berkongsi lah minat membaca ini dengan mereka. Harap minat membaca itu akan
berterusan sehinggalah mereka dewasa, sudah bekerja dan mampu untuk membeli
bahan bacaan sendiri.
Itulah
ceritanya kenapa tiba-tiba Patung Beruang asyik baca buku, baca buku dan baca
buku. Pergi mana-mana pun mesti bawa buku.
Baiklah.. Patung Beruang rasa cukup dulu sampai sini ye. Hari pun dah lewat malam, mata pun dah mula mengantuk ini. Nanti kita update lagi disini ok..
Baiklah.. Patung Beruang rasa cukup dulu sampai sini ye. Hari pun dah lewat malam, mata pun dah mula mengantuk ini. Nanti kita update lagi disini ok..
Bye
and annyeonghi jumuseyo
p/s: Dengan harapan
malam ini tidur dapat mimpikan Woo Bin, hehe
No comments:
Post a Comment