Assalamualaikum
wbt..
Cuaca beberapa hari ini mendung dan hujan sahaja. Buat Patung Beruang rasa mendung juga untuk menghabiskan sisa-sisa 2016 ini, huhu..
Untuk
tahun 2016 ini Patung Beruang banyak berjalan, banyak meneroka, banyak
memerhati dan banyak menempuh pengalaman baru. Ada suka, duka, masam, manis,
lucu, simpati, empati dan 1001 emosi lain.
Ada beberapa cerita yang Patung Beruang teringin sangat untuk kongsikan disini. Kita lihat lah ye...
Cerita 1
Ada
satu peristiwa, seorang wanita bertemu sepasang warga emas, dan duduk berbual
selama hampir 2 jam. Akhirnya barulah diketahui yang pasangan warga emas
itu adalah ibu dan ayahnya. Wanita ini sudah berkeluarga dan tinggal di kawasan
lain. Oleh kerana beliau tidak reti memandu, beliau hanya berharap jika suami
atau salah seorang anaknya sudi untuk menghantar beliau ke rumah ibubapanya
selama beberapa jam dalam seminggu. Pada hari itu, beliau dihantar oleh anak
perempuan sulungnya.
Tatkala
baru bertemu, si wanita, anak perempuannya, dan pasangan warga emas itu duduk
semeja sambil minum dan mengunyah hidangan ringan. Kelihatannya mereka rancak
berbual dan sesekali anak perempuannya yang pada hemat Patung Beruang mungkin
berumur awal 30-an, turut sama menyertai perbualan tersebut. Selepas beberapa
minit, kelihatan anak perempuannya berpindah meja, meninggalkan wanita tersebut
bersama ibu bapanya. Si anak yang sudah bertukar tempat duduk ini menghabiskan
masanya dengan membaca buku sambil wanita tadi menyambung perbualan beliau
dengan pasangan warga emas tersebut.
Berbual
dengan si anak, beliau memberitahu yang wanita tersebut iaitu ibunya,
seboleh-bolehnya akan melawat warga emas tersebut paling kurang seminggu
sekali. Dan jika beliau yang membawanya, beliau lebih selesa duduk jauh sedikit
dari mereka dan menghabiskan masa dengan membaca. Baginya, itu adalah masa
dimana wanita itu berpeluang untuk bercerita dan meluah perasaan dengan ibu
bapanya. Masa dimana wanita itu menjadi seorang anak dan bermanja dengan ibu
bapanya yang semakin meningkat usia.
Bagi
Patung Beruang pula, Patung Beruang teringat isi kandungan buku yang pernah
dibaca dulu berkisar tentang psikologi wanita.
Wanita ini secara semulajadinya
mereka suka bercerita. Mereka bercerita bukan untuk mendapatkan jawapan
terhadap permasalahan yang dihadapi tetapi lebih kepada meluah perasaan. Dan
dengan bercerita ini sebenarnya mereka dapat melegakan beban emosi dan
psikologi yang dihadapi.
Namun, sikap mereka ini seringkali disalahtafsir oleh
lelaki. Lelaki beranggapan yang apabila wanita itu bercerita bermakna mereka
meminta pertolongan lelaki untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
It is
wrong…
Mereka meminta pertolongan lelaki untuk menjadi pendengar bukannya
penyelesai masalah.
Melainkan jika wanita sendiri menyatakan dengan jelas
meminta bantuan atau idea atau pandangan dari lelaki, then barulah lelaki itu
layak mengutarakan apa yang dimintanya.
Jika tidak, just sit and listen.
That’s
what they, those ladies outside there are needed....
Cerita 2
Pada
suatu pagi, Patung Beruang berhenti sebentar di sebuah tempat permainan
kanak-kanak dan duduk di bangku yang disediakan. Terlebih dahulu Patung Beruang telah singgah
di sebuah kedai serbaneka yang dibuka seawal pagi untuk beli air mineral dan puff
pastry, just untuk alas perut. Maklumlah tak sempat sarapan sebelum keluar,
huhu...
Elok
je Patung Beruang hendak mengunyah, datang seorang wanita berusia dan berbangsa
asing, tersenyum dan dengan sopannya meminta izin untuk duduk disebelah Patung
Beruang.
Usai
melabuhkan punggung, beliau dengan ramahnya bertanya khabar Patung Beruang,
bertanya tentang tempat asal Patung Beruang dan apa yang membawa Patung Beruang
kesini.
Selepas itu, beliau bercerita serba sedikit tentang diri beliau dan
tentang betapa beliau geram dengan perangai generasi muda yang kurang kesedaran
civic ketika menggunakan pengangkutan awam.
Rupanya,
beliau termasuk dalam kategori warga emas dan dengan bangganya beliau
menunjukkan kad warga emas miliknya. Dengan kad warga emas itu, beliau layak
mendapat diskaun setiap kali menaiki pengangkutan awam serta boleh duduk di
kerusi yang dikhaskan untuk warga emas.
Tetapi sedihnya kata beliau ramai je
orang-orang muda yang sengaja duduk di tempat yang dikhaskan untuk warga emas
dengan alasan tempat duduk tersebut kosong. Dan apabila mereka ternampak ada
warga emas didalam pengangkutan awam tersebut, mereka akan buat-buat tidak
nampak, buat-buat tidur atau khusyuk membaca.
Wanita ini bercerita yang beliau
sering sahaja berdepan dengan masalah tersebut. Oleh itu, jika beliau tidak
larat untuk berdiri lama atau terlalu penat, beliau dengan sengaja akan meminta
tempat duduk dari penumpang yang tidak sepatutnya duduk di tempat yang
dikhaskan untuk warga emas.
Bagaimana caranya?
Beliau akan menunjukkan kad
warga emas miliknya dan meminta dengan sopan. Dan kebiasaannya, permintaan
beliau ditunaikan. Ternyata tidak ramai orang yang sudi untuk melepaskan tempat
duduk mereka tanpa diminta, kepada insan lain yang lebih memerlukan.
Cerita
ini membuatkan Patung Beruang teringat situasi pengangkutan awam di KL.
Ye,
dulu ketika Patung Beruang kerja di tengah bandar KL, selalu je Patung Beruang
menggunakan perkhidmatan ERL dan LRT. Dan situasinya sama sahaja seperti apa
yang diceritakan oleh wanita tersebut.
Nampaknya, civic-minded masih lagi
sesuatu yang aneh dan janggal di sesetengah tempat termasuklah di kota
metropolitan.
Selain
itu, peristiwa ini juga membuatkan Patung Beruang terfikir, sudah berapa lama
kita tidak berbual dengan orang asing, orang yang tidak kita kenali?
Perbualan
Patung Beruang dan wanita ini biasa-biasa sahaja. Hanya bercerita tentang
tempat asal masing-masing serta kehidupan beliau sebagai warga emas. Topik yang
umum dan santai. Sepanjang perbualan, wanita ini kerap tersenyum dan ketawa
kecil. Memberi petanda beliau selesa
duduk bersebelahan dan berbual dengan seorang gadis muslimah yang tidak pernah
dikenalinya seumur hidup ini.
Namun
perbualan kami tidak lama kerana Patung Beruang ada tempat lain yang hendak
dituju.
Malah tujuan asal Patung Beruang duduk disitu hanyalah untuk duduk
sebentar bagi membolehkan Patung Beruang makan sedikit untuk mengalas perut.
Yelah, kan tidak sopan jika makan sambil berjalan, huhu..
Ternyata masa yang
singkat itu memberi kenangan manis dan menceriakan hari Patung Beruang :)
No comments:
Post a Comment