Tuesday, December 27, 2016

Book Review: Dari KLCC Ke Tanjung Malim

Tajuk: Dari Tanjung Malim Ke KLCC

Penulis: Fduas Ahmad

Menariknya Buku Ini:

Naskah Dari Tanjung Malim Ke KLCC ini menghimpunkan 53 buah cerita pendek berkisar kepada pengalaman hidup penulis, kejadian atau peristiwa yang berlaku serta pendapat penulis mengenai sesuatu isu. 

Penulis memulakan naskah ini dengan kisah pertama bertajuk Imperial College. Mengisahkan seorang staff baru di pejabat, yang bernama Zamal. Staff tersebut baru sahaja menamatkan pengajian dari Imperial College, London dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kehadiran staff tersebut disambut dengan perasaan kagum oleh staff-staff lain. Maklumlah bukan calang-calang orang dapat mengikuti pengajian di Imperial College, yang tersenarai dalam Top 10 pusat pengajian terbaik di dunia. Namun, ada seseorang yang salah anggap dengan Imperial College itu, dan beranggapan yang ia mungkin sama sahaja seperti college-college lain di Malaysia ini. Adoiii.. Sabar je lah, heheh..

Dulu masa kecik-kecik, mesti pernah curi-curi makan ketika bulan puasa or dalam istilah sopan sikit, tuang puasa. Biasalah budak-budak belum baligh, huhu. Dan tabiat itu berhenti setelah akil baligh dan sedar yang ia adalah berdosa. Namun, bagaimana pula jika orang dewasa yang tuang puasa tanpa alasan yang kukuh? Sebab itulah, setiap tahun pasti kita akan lihat Jabatan Agama Islam menjalankan operasi menangkap pesalah-pesalah ini dan dibawa menaiki van jenazah. Dimanakah port mereka? Kedai makan cina, dalam tandas, pintu belakang kedai mamak dan lain-lain. Tetapi ada orang yang lebih hardcore, mereka curi-curi makan di Bilik Mayat. OMG!!!!! Dengan berbekalkan kepercayaan yang semua syaitan, jin, iblis dan makhluk sewaktu dengannya diikat semasa bulan puasa, hehe.. Kisah ke-7: Port Tuang Puasa

Kisah ke-11: Cerita Fateem Di Hari Raya mengisahkan keletah budak kecil, bernama Fateem yang teruja membuka sampul duit raya yang diterima dari tuan rumah.  Dan keterujaannya itu dikongsi dengan ibu bapanya apabila anak kecil ini dengan nada yang selamba memberitahu nilai duit raya yang diterimanya, dihadapan tuan rumah tersebut. Hm.. benarlah, kanak-kanak memang tidak pandai menipu. 

Biasa menggunakan Cash Deposit Machine atau Cheque Deposit Machine? Mesti biasakan.. Dan mesti kita akan perasan betapa berbezanya rupa paras Cash Deposit Machine dan Cheque Deposit Machine. Tetapi, bagaimana jadinya jika ada yang tidak perasan dan tergunakan Cheque Deposit Machine untuk deposit duit?? Kisah ke-19: Seorang Makwe Membuat Aduan Di Maybank


Keseluruhannya naskah Dari KLCC Ke Tanjung Malim banyak menyajikan kisah-kisah lucu, yang berlaku dalam kehidupan seharian penulis. Namun, ada juga yang kisah-kisah serious yang boleh diambil pelajaran. 

Menatap naskah ini seperti menatap cerita kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Mungkin perilaku tersebut nampak simple namun memberi impak kepada diri sendiri dan/atau orang lain. 

Patung Beruang menatap naskah ini ketika hendak tidur, sambil melayan mata yang hampir tertutup ini. Dan Patung Beruang hanya mengambil masa 2 malam sahaja untuk menghabiskannya. Jujurnya, Patung Beruang seronok membaca kesemua cerita-cerita yang ada malah ada banyak sahaja cerita yang berjaya membuatkan Patung Beruang tertawa sendirian diatas katil. Bacaan santai yang sangat sesuai untuk merehatkan minda selepas penat seharian. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...