Tajuk: Diagnosis
Penulis:
1. Dr. Anwar Fazal
2. Dr. Aizzat
3. Dr. Azah
Menariknya Buku Ini:
Naskah Diagnosis ini menghimpunkan 21 cerita pendek karya dari 3 orang doctor perubatan.
Memulakan naskah dengan kisah pertama iaitu Kenapa Jadi Doktor? membawa pembaca kepada keistimewaan profesion ini dari sudut Islam, dimana profession ini bukan sahaja memberi peluang insan untuk mendapat kejayaan dunia namun juga kejayaan dan saham akhirat. Beruntungnya kerana berpeluang untuk memegang dunia dan akhirat serentak. Disebalik jerih perih mereka untuk menamatkan pengajian, susah payah mereka dialam pekerjaan, Allah telah sediakan ganjaran yang besar dan istimewa buat mereka seadainya mereka sentiasa berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.
Kisah ke-2: Denggi vs Dengki membawa kita kepada kisah Karim, seorang yang pemalas dan tidak menghiraukan kebersihan persekitaran rumahnya. Walau dikeliling jiran-jiran yang pembersih, tabiat itu masih belum melekat didalam dirinya. Kemuncaknya, Karim dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Dan doctor mengesahkan yang Karim dijangkiti denggi, penyakit bawaan nyamuk. Namun, tanpa dapat dikesan oleh doctor, Karim juga sebenarnya turut dijangkiti penyakit yang lain iaitu dengki.
Ada pekerja merasakan yang cuti sakit atau MC adalah hak mereka. Oleh itu, walau sakit sedikit mereka cepat sahaja berjumpa doctor untuk meminta MC. Tapi yang paling teruk sekali adalah mereka yang tidak jujur. Tidak sakit tetapi berpura-pura sakit dihadapan doctor dengan harapan doctor akan memberikan MC. Mereka menipu doctor, menipu majikan, menipu diri sendiri dan menipu Allah. Dan apabila doctor menyedari yang semuanya hanyalah lakonan semata-mata, ada caranya tersendiri untuk mengajar para penipu ini. Kisah ke-5: Suara Serak.
Gejala hamil luar nikah semakin menjadi-jadi di kalangan remaja. Pergi sahaja lah ke hospital-hospital kerajaan, pasti kita akan berjumpa dengan kes ini. Bukan satu, bukan dua, namun banyak. Masyarakat sering memandang serong golongan remaja ini. Merasakan yang golongan ini bermasalah sejak azali dan memang tiada harapan. Namun, petugas perubatan tidak berfikiran begitu. Bagi petugas perubatan, setiap kehamilan luar nikah itu pasti ada ceritanya yang tersendiri. Setiap remaja itu, tatkala dilahirkan berbelas tahun dahulu, mereka sangat suci. Namun, disepanjang laluan kehidupan mereka, pasti ada sesuatu berlaku yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak kepada kehamilan luar nikah. Oleh kerana itu, petugas perubatan selalunya sedaya upaya berusaha untuk mengenalpasti latar belakang dan sejarah kehidupan pesakit muda ini. Dan mereka tidak pernah berputus menasihati ibu dan bakal ibu ini agar kembali kepada ajaran agama. Kisah 16: Umur 15 Anak 1.
Baiklah, ini pertama kali Patung Beruang menatap naskah tulisan doctor perubatan. Cerita santai tetapi menarik dan ada pengajaran yang tersendiri. Kisah yang dipaparkan adalah kisah seharian yang dialami oleh para doctor dan petugas perubatan lain, dalam usaha mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada para pesakit. Tiada prejudis, tidak mengenal sempadan pangkat, kuasa, agama, bangsa dan jantina. Semuanya dilayan sehabis baik demi memastikan pesakit mereka sembuh atau dapat diselamatkan.
Pada pendapat Patung Beruang, semua cerita yang dipaparkan didalam naskah ini adalah sedap-sedap belaka. Namun, tidak adil jika Patung Beruang kongsikan semuanya disini. Kalau nak tahu lebih, kenalah milikinya. Sangat rugi lah pada siapa yang belum berkesempatan untuk membaca naskah ini.
No comments:
Post a Comment