Tuesday, December 20, 2016

Book Review: One For My Baby

Tajuk: One For My Baby

Penulis: Tony Parsons

Menariknya Novel Ini:

Here comes Tony Parsons, one of my favorite authors. 

Bila dah lama tak menatap karya Parsons, rasa rindu pula. Jadi bila Patung Beruang terjumpa sahaja naskah ini dikelompok buku-buku yang masih belum dibaca, teruslah Patung Beruang capai dan mula membaca.

Untuk pengetahuan, ini adalah naskah ketiga dari Tony Parsons yang Patung Beruang baca selepas Man and Boy dan My Favorite Wife


One For My Baby mengisahkan Alfie Budd seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sebuah sekolah bahasa di UK. 

Sebelum ini Alfie menetap di Hong Kong dan mengajar Bahasa Inggeris kepada golongan kelas atasan China. Dan pada suatu hari, Alfie berkenalan dengan Rose, seorang peguam muda. Perkenalan yang singkat membuahkan cinta dan akhirnya mereka berkahwin. 

Namun, rumahtangga yang dibina akhirnya diuji apabila Rose meninggal dunia didalam kemalangan ketika menyelam di kepulauan Filipina. Kematian Rose membuatkan Alfie terasa yang hidupnya sudah tiada makna. 

Hari ke hari, Alfie kerap bersiar-siar di Hong Kong dan mengimbas semula kenangan bersama isterinya. Dan akhirnya, Alfie nekad untuk kembali ke UK bagi meneruskan hidup.

Keadaan di UK ketika kepulangannya agak berbeza. Alfie berdepan dengan kecurangan ayahnya, Mr Budd bersama dengan orang gaji mereka yang muda dan seksi, Lena. Kecurangan tersebut akhirnya terbongkar pada majlis jamuan Hari Jadi Mr Budd yang dirancangkan oleh isterinya. Kemuncaknya, Mr Budd keluar dari rumah, dan menyewa disebuah flat kecil bersama Lena. 

Percintaan Mr Budd dan Lena tidak bertahan lama. Perbezaan usia yang sangat ketara, minat dan matlamat yang berbeza menyebabkan Lena melangkah keluar dari apartment itu dan mengikut lelaki lain, yang lebih muda dan bergaya dari Mr Budd. 

Untuk ibu Alfie pula, kecurangan suaminya sangat menghancurkan hatinya. Baginya, pasangan suami isteri yang curang bukanlah pasangan yang ideal didalam keluarga di UK. Bagi mengubati hatinya, Mrs Budd focus pada minatnya yang suka berkebun disamping menghabiskan lebih banyak masa dengan Joyce Chang, seorang wanita berbangsa Cina yang membuka restoran makanan di kawasan penempatan mereka. 

Dalam masa yang sama, ibu Mr Budd, iaitu granny pula lebih selesa untuk tinggal bersendirian didalam flatnya, berbanding tinggal bersama dengan Mr Budd atau anak-anak yang lain. Mengetahui yang rumahtangga Mr Budd sedang goyah, granny menyatakan dengan terang yang dia sentiasa menyokong Alfie dan ibunya kerana kesilapan adalah berpunya dari Mr Budd sendiri. Walau tinggal berasingan dari anak, menantu dan cucunya, hubungan mereka tetap akrab kerana Alfie dan ibu bapanya menjadikan aktiviti melawat granny sebagai rutin buat mereka. 

Bagi Alfie pula, perkenalan dengan George Chang, suami kepada Joyce, disebuah taman rekreasi membuatkan Alfie tertarik untuk lebih mengenali keluarga Cina ini. Dan tarikan itu lebih kepada apabila melihat betapa harmoni dan bersatunya keluarga Cina ini. 3 generasi boleh hidup bersama didalam satu bumbung. Berbeza dengan Alfie dimana beliau, ibu, bapa dan granny tinggal berasingan di 4 buah kediaman yang berbeza. 

Alfie menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita bagi mengisi kekosongan hatinya selepas kematian Rose. Namun, perhubungan itu tidak berjalan lancar. Seorang demi seorang wanita meninggalkannya. Dan akhirnya Alfie rapat dengan Jackie, seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci namun bertekad untuk menyambung pelajaran di universiti demi memperbaiki hidupnya dan anak perempuannya, Plum.

Adakah perhubungan ini akan berjalan lancar? 

Atau Jackie akan turut meninggalkan Alfie sama seperti wanita-wanita yang lain, sebelum ini?

Setelah pemergian Lena, dapatkah rumahtangga ibu bapa Alfie pulih memandangkan mereka belum memfailkan perceraian secara rasmi?  

Atau mungkin ibu Alfie sudah hilang rasa cinta pada Mr Budd dek kerana kecurangannya?


Basically, One For My Baby ini momentum dia agak lambat sedikit. Ok, jangan bandingkan Parsons dengan Archer. Mereka berlainan genre. Patung Beruang lebih gemar membandingkan Parsons dengan Paul Evans. Kedua-dua penulis ini membawa kisah kehidupan manusia yang penuh dengan suka duka, cinta, kecewa, ketawa dan sedih. Kisah yang kita akan jumpa setiap hari didalam kehidupan kita sendiri. Namun, gaya penceritaan Paul Evans agak pantas. Ibarat orang yang sedang marathon. Berbanding Parsons, yang memulakan perlumbaan dengan berjalan kaki sahaja. 

Awal-awal naskah ini Patung Beruang bergelut sedikit kerana agak perlahan dan membosankan. Namun, tatkala masuk 25%, penceritaannya jadi lebih menarik dan rasa teruja untuk menonton pengembaraan kehidupan Alfie ini. 

Sama seperti Man and Boy (karya pertama Tony Parsons), naskah ini juga mengandungi banyak emosi. Ada babak yang sedih, lucu, terperanjat dan marah. Tapi entah dimana silapnya Patung Beruang tidak rasa emosi tersebut. Rasanya Patung Beruang lebih menikmati Man and Boy dan seingat Patung Beruang, ada babak didalam Man and Boy yang telah berjaya menitiskan air mata ini. 

Apapun, walau ada kekurangan tersendiri, One For My Baby masih lagi berbaloi untuk dibaca. 

Memaparkan keutuhan nilai kekeluargaan Alfie dan Mr Chang, walau berlainan bangsa, berlainan acuan namun mereka ada cara tersendiri untuk menguruskan keluarga mereka. Memaparkan pengorbanan seorang anak dan menantu iaitu Mr Budd dan Mrs Budd yang sanggup buat apa sahaja asalkan granny gembira dan bahagia mengharungi sisa-sisa hidupnya. Memaparkan kesungguhan Alfie bagi mencari semula cinta selepas Rose meninggal dunia. Alfie tidak takut untuk jatuh cinta namun wanita yang dijumpainya tidak setanding Rose dan lebih malang wanita-wanita tersebut hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat. Memaparkan kegigihan dan ketabahan Jackie, seorang pelajar pintar tetapi terpaksa berhenti belajar kerana mengandung diusia muda. Dan kini, tatkala anak perempuannya, Plum semakin membesar, Jackie nekad mengubah hala tuju hidupnya demi masa depannya dan Plum. 

Tajuk One For My Baby diambil dari salah satu lagu Frank Sinatra. Didalam cerita ini, Frank Sinatra digambarkan sebagai artis kegemaran Alfie dan keluarganya. Mereka hidup dan membesar dengan lagu-lagu Frank. Malah, Alfie sendiri lebih gemar mendengar lagu-lagu Frank tatkala beliau rasa terlalu merindukan Rose. 

Menarik juga kan menjadikan lagu sebagai basis untuk sesuatu cerita? Dan mengaitkan keseluruhan cerita itu dengan lagu tersebut. 

Kalau ditanya Patung Beruang lagu apa yang Patung Beruang nak jadikan cerita, Patung Beruang akan pilih lagu Tourner Dans Le Vide, sebuah lagu Perancis nyanyian Indila. Sebuah lagu sedih yang mengisahkan seorang gadis aristokrat yang jatuh cinta pada seorang lelaki yang merupakan anak petani. Percintaan yang suci tetapi tidak kesampaian kerana tentangan golongan atasan yang mementingkan darjat dan kekayaan semata-mata. Dan akhirnya, lelaki itu dibunuh dan gadis itu pula kematian jiwanya. Itu sebab tajuknya Tourner Dans Le Vide, atau dalam bahasa Inggeris, Turn Into Empty. 

Lagu lain yang Patung Beruang mungkin akan pilih adalah Lava Song, dari Pixar Animation. Lagu dia agak catchy dan liriknya mempunyai cerita yang sangat menarik. Kisah male volcano yang setiap hari menyanyi dengan harapan akan ada female volcano yang sudi hidup dengannya. Tanpa diduga, nyanyiannya didengari oleh female volcano yang masih lagi tersembunyi dibawah laut. Her lava grew and grew because she believed that the song was meant for her. And finally, both of them meet above the sea. Lirik dia paling Patung Beruang suka adalah:

   I have a dream I hope will come true
   That you'll grow old with me and I'll grow old with you


Wahhhh... so sweet...  kesetiaan menunggu cinta sejati.. dan keinginan untuk menghabiskan usia kehidupan bersama-sama.. What a lovely love story.. 


Oklah, dah jauh pula menyimpang Patung Beruang ini. Dari cerita Tony Parsons, ke lagu sedih dan lagu Pixar pula. Macam-macam lah.. 

Tapi tu lah, siapa boleh menafikan yang adakalanya lagu yang kita dengar itu seperti menyampaikan isi hati kita atau seperti mencerita kisah hidup kita. Dan bila kita jumpa sahaja lagu begitu, kita terus jatuh cinta pada lagu tu walaupun mungkin bila orang lain dengar, rasa macam takde apa je, hehe..  Bye.... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...