Tajuk: Saring Sebelum Mereng
Penulis: Mat Rodi
Menariknya Buku Ini:
Penulis membuka catatan dengan artikel pertama bertajuk Negara Maju Atau Berpendapatan Tinggi? Didalam artikel ini, penulis membentangkan tentang perbezaan konsep negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Malah persoalan berkenaan mampukah Wawasan 2020 dicapai, turut dilontarkan. Bagi penulis, negara maju berkisar kepada kemajuan dari segi sains dan teknologi, sedangkan negara berpendapatan tinggi pula memfokuskan kepada pendapatan per kapita yang tinggi yang dikecapi oleh rakyat. Oleh itu, mana lebih penting, negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Kemana sebenarnya hala tuju kita sekarang ini, negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Adakah segala usaha yang dijalankan sekarang bakal dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat? Atau mungkin hanya segelintir sahaja yang berupaya menikmati kek tersebut? Buka mata dan hati, perhatilah dengan teliti...
Artikel ke-2 bertajuk Definisi Negara: Jangan Defisitkan Pandangan membawa pembaca kepada isu yang sering dimainkan oleh pembangkang iaitu perbelanjaan boros kerajaan sehingga menyebabkan defisit kewangan dan seterusnya menyumbang kepada masalah ekonomi Malaysia. Persoalannya disini,

- Benarkah yang hutang kerajaan dan defisit negara akan menjatuhkan ekonomi Malaysia?
- Adakah kerajaan di negara luar yang tidak mempunyai defisit? Jika mereka tidak mempunyai defisit, bagaimana mereka menguruskan ekonomi negara mereka?
- Apa tujuan sebenar Malaysia berhutang?
- Jika tujuan Malaysia berhutang adalah untuk merancakkan lagi ekonomi, berapakah pendapatan yang berjaya diraih hasil dari hutang tersebut?
- Bagaimana pula dengan trend atau peratusan defisit negara, adakah semakin bertambah dari tahun ke tahun atau mungkin semakin berkurangan, seiring dengan masa?
Kesimpulannya disini, kita boleh bercakap berkenaan hutang negara, defisit, keadaan ekonomi Malaysia sama ada merudum atau meningkat, tapi mestilah dengan fakta. Tanpa fakta, kita seolah-olah seperti burung kak tua. Petah berkata-kata namun tidak faham walau sepatah.
Tatkala kita berada di atas jalan raya, toleh lah ke kanan dan ke kiri. Kita akan lihat pelbagai jenis kenderaan, model, keluaran tempatan atau luar negara memenuhi atas jalan. Ada orang sangat geli untuk memandu atau menaiki kereta jenama tempatan. Mereka merasakan kereta jenama tempatan ini tidak setanding dengan status mereka. Kereta jenama tempatan hanya untuk golongan kelas rendah sahaja. Namun, ada juga hartawan, jutawan, tokoh korporat, golongan profesional yang megah memandu kereta jenama tempatan. Bagi mereka, ini adalah salah satu cara untuk mereka menyatakan sokongan terhadap syarikat automotif tempatan. Persoalannya,
Sekadar pendapat peribadi, bagi Patung Beruang, Proton adalah lambang kegigihan dan usaha keras anak tempatan. Proton membina kenderaan dari ZERO!!!. Yes, zero. Kosong. Dan percaya lah, ia tidak mudah. Proton bukan setakat ambil model dari syarikat luar, tukar bumper, pasang skirting atau buat facelift serba sedikit, dan terus diletak logo syarikat Malaysia.
Proton membangunkan sesebuah model itu hasil dari R&D yang dilakukan bertahun-tahun serta modal yang teramat lah besarnya.
Malah Proton juga telah berjaya melahirkan ramai pakar dalam industri automatif yang terdiri dari anak tempatan. Mereka ini bukan calang-calang orang malah sering kali diuji dengan tawaran kerja yang lumayan dari syarikat automatif luar negara. Namun, atas semangat patriotik, sentimental value yang kuat, mereka rela pejamkan mata terhadap tawaran yang diterima. Umum mengetahui industri automatif memerlukan disiplin yang tinggi, sangat rumit dan sangat specialise. Maka tidak hairanlah jika khidmat mereka sentiasa diintai oleh syarikat-syarikat automatif lain.
Selain itu, Proton juga telah berjaya membangunkan usahawan tempatan dengan mewujudkan rantaian pembekalan yang sistematik. Peluang untuk melihat dan meneliti sendiri projek IFS antara Proton dan salah sebuah anak syarikat DRB, membuktikan yang sistem rantaian pembekalan antara vendor, warehouse serta Proton Production Plant tidak boleh dipandang remeh. Segala-galanya mesti tip top dan ikut schedule. Silap sedikit boleh menjejaskan operasi production plant dan seterusnya mengakibatkan pembaziran kos.
Berdamping dengan insan-insan yang pernah berkhidmat atau masih lagi berkhidmat dengan Proton, malah ada antara mereka pernah menjadi tulang belakang bagi penghasilan model keluaran Proton membuatkan Patung Beruang lebih memahami selok belok industri automatif serta susah payah Proton untuk bangun dan tegak berdiri. Sebagai mereka yang pernah menjadi salah seorang pelanggan Proton, Patung Beruang menghargai dan bangga dengan product mereka. Malah ada antara product keluaran mereka lebih baik dan value for money berbanding product luar. Percayalah..
Oklah.. kita tinggalkan dulu cerita Proton ini ye.
Honestly, Patung Beruang sangat suka dengan naskah Saring Sebelum Mereng ini. Boleh dikatakan hampir semua artikel yang ada didalam naskah ini menarik. Memang sengaja Patung Beruang kongsikan 3 artikel sahaja di blog ini kerana kalau nak baca kesemuanya, kenalah miliki buku ini.
Dalam dunia yang serba pantas, dimana segala maklumat ada dihujung jari, membuatkan kita terdedah dengan 1001 maklumat sama ada fakta atau auta. Yang menjadi masalahnya adalah kita mudah terpesona dengan kepetahan seseorang itu berkata-kata, atau dengan susunan ayat yang indah menjadi halwa telinga, atau cerita-cerita sensasi sehingga kita terlupa untuk menyelidik segala apa yang dibentangkan. Kita menerima segala maklumat itu bulat-bulat belaka dengan andaian ini lah kebenarannya.
Dan disinilah pentingnya kewujudan naskah ini. Bacalah dengan minda yang terbuka. Dan dalam masa yang sama, kita analisis lah setiap apa yang disampaikan oleh penulis. Nescaya kita akan nampak apakah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kesimpulannya, jangan mudah percaya apa yang ditulis di internet, di media sosial, di blog-blog kerana tidak semuanya benar belaka. Lebih banyaknya adalah sampah. Oleh itu, selidiklah dahulu kebenarannya sebelum kita menyebarkan dengan membuta tuli.
Tatkala kita berada di atas jalan raya, toleh lah ke kanan dan ke kiri. Kita akan lihat pelbagai jenis kenderaan, model, keluaran tempatan atau luar negara memenuhi atas jalan. Ada orang sangat geli untuk memandu atau menaiki kereta jenama tempatan. Mereka merasakan kereta jenama tempatan ini tidak setanding dengan status mereka. Kereta jenama tempatan hanya untuk golongan kelas rendah sahaja. Namun, ada juga hartawan, jutawan, tokoh korporat, golongan profesional yang megah memandu kereta jenama tempatan. Bagi mereka, ini adalah salah satu cara untuk mereka menyatakan sokongan terhadap syarikat automotif tempatan. Persoalannya,
- Adakah Proton mampu bersaing megah dengan lambakan jenama automatif dari negara luar?
- Atau mungkin suatu hari nanti, Proton akan dipaksa tutup dengan alasan tiada lagi permintaan terhadap kenderaan buatan mereka?
- Adakah kerajaan terlalu berlembut dengan Proton atau sebenarnya kerajaan lah yang membuli Proton dengan cara terlalu berlembut dengan syarikat automatif luar?
- Atau mungkin sentimen rakyat yang kurang patriotik menyebabkan Proton kurang menjadi pilihan mereka?
- Kemanakah hala tuju industri automatif di Malaysia?
Artikel ke-9, Industri Automatif Negara: Pengajaran Dari Australia.
Proton membangunkan sesebuah model itu hasil dari R&D yang dilakukan bertahun-tahun serta modal yang teramat lah besarnya.
Malah Proton juga telah berjaya melahirkan ramai pakar dalam industri automatif yang terdiri dari anak tempatan. Mereka ini bukan calang-calang orang malah sering kali diuji dengan tawaran kerja yang lumayan dari syarikat automatif luar negara. Namun, atas semangat patriotik, sentimental value yang kuat, mereka rela pejamkan mata terhadap tawaran yang diterima. Umum mengetahui industri automatif memerlukan disiplin yang tinggi, sangat rumit dan sangat specialise. Maka tidak hairanlah jika khidmat mereka sentiasa diintai oleh syarikat-syarikat automatif lain.
Selain itu, Proton juga telah berjaya membangunkan usahawan tempatan dengan mewujudkan rantaian pembekalan yang sistematik. Peluang untuk melihat dan meneliti sendiri projek IFS antara Proton dan salah sebuah anak syarikat DRB, membuktikan yang sistem rantaian pembekalan antara vendor, warehouse serta Proton Production Plant tidak boleh dipandang remeh. Segala-galanya mesti tip top dan ikut schedule. Silap sedikit boleh menjejaskan operasi production plant dan seterusnya mengakibatkan pembaziran kos.
Berdamping dengan insan-insan yang pernah berkhidmat atau masih lagi berkhidmat dengan Proton, malah ada antara mereka pernah menjadi tulang belakang bagi penghasilan model keluaran Proton membuatkan Patung Beruang lebih memahami selok belok industri automatif serta susah payah Proton untuk bangun dan tegak berdiri. Sebagai mereka yang pernah menjadi salah seorang pelanggan Proton, Patung Beruang menghargai dan bangga dengan product mereka. Malah ada antara product keluaran mereka lebih baik dan value for money berbanding product luar. Percayalah..
Oklah.. kita tinggalkan dulu cerita Proton ini ye.
Honestly, Patung Beruang sangat suka dengan naskah Saring Sebelum Mereng ini. Boleh dikatakan hampir semua artikel yang ada didalam naskah ini menarik. Memang sengaja Patung Beruang kongsikan 3 artikel sahaja di blog ini kerana kalau nak baca kesemuanya, kenalah miliki buku ini.
Dalam dunia yang serba pantas, dimana segala maklumat ada dihujung jari, membuatkan kita terdedah dengan 1001 maklumat sama ada fakta atau auta. Yang menjadi masalahnya adalah kita mudah terpesona dengan kepetahan seseorang itu berkata-kata, atau dengan susunan ayat yang indah menjadi halwa telinga, atau cerita-cerita sensasi sehingga kita terlupa untuk menyelidik segala apa yang dibentangkan. Kita menerima segala maklumat itu bulat-bulat belaka dengan andaian ini lah kebenarannya.
Dan disinilah pentingnya kewujudan naskah ini. Bacalah dengan minda yang terbuka. Dan dalam masa yang sama, kita analisis lah setiap apa yang disampaikan oleh penulis. Nescaya kita akan nampak apakah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh penulis.
Kesimpulannya, jangan mudah percaya apa yang ditulis di internet, di media sosial, di blog-blog kerana tidak semuanya benar belaka. Lebih banyaknya adalah sampah. Oleh itu, selidiklah dahulu kebenarannya sebelum kita menyebarkan dengan membuta tuli.
No comments:
Post a Comment