Tajuk: Act Like A Lady, Think Like A Man
Penulis: Steve Harvey
Menariknya Buku Ini:
Beberapa minggu kebelakangan ini Patung Beruang berpeluang menatap buku-buku yang bagus, karya-karya yang hebat yang membuatkan Patung Beruang terpaku menatapnya. Dan usai sahaja pembacaan, satu perasaan puas yang sangat sukar untuk digambarkan, wujud dalam diri ini. Dan honestly, buku ini adalah salah satu yang mewujudkan perasaan sedemikian.
Act Like A Lady, Think Like A Man karya Steve Harvey, seorang pengacara dan pelawak antarabangsa yang terkenal. Jika sesiapa yang pernah menonton Little Big Shots yang ditayangkan di saluran Diva, pasti tidak akan kering gusi melihat telatah Steve melayan tetamu ciliknya.
Naskah ini terbahagi kepada 3 Bahagian dan mempunyai 15 Bab. Secara umumnya, buku ini membawa kita, pembaca wanita masuk kedalam peti fikiran lelaki dan mula memahami cara pemikiran mereka dan rasional disebalik character mereka yang biasanya sukar diterima oleh wanita.
Ada banyak tips yang berguna didalam buku ini yang boleh digunapakai oleh wanita bagi memahami lelaki dengan lebih jelas iaitu:
1. Lelaki adalah makhluk Tuhan yang tidak cerewet, tidak kompleks dan mudah.
2. Lelaki dipacu oleh siapa diri mereka, apakah pekerjaan mereka dan berapakah jumlah wang yang mereka perolehi. Tidak kisahlah siapa pun mereka, golongan profesional, pekerja bawahan, buruh kasar, petani atau siapa saja, 3 perkara ini adalah asas yang menjadikan diri mereka seorang lelaki.
3. Selagi lelaki itu belum mencapai matlamatnya (iaitu 3 perkara asas diatas), selagi itulah wanita hanya memainkan peranan yang kecil dalam hidupnya.
4. Lelaki mahu berasa yang mereka lah lelaki nombor satu. Mereka mahu menjadi yang terbaik, tidak kisahlah dimana. Mereka mahu menjadi orang yang dipertanggungjawabkan. Mereka mahu diiktiraf dan dilayan seperti selayaknya sebagai ketua.
5. Cinta lelaki ditanda dengan 3 tindakan iaitu:
- Memberi Kenyataan. Dimana mereka menyatakan dengan jelas kedudukan seorang wanita itu sebagai pasangan mereka tatkala berkomunikasi dengan orang lain.
- Memberi Nafkah. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mencukupkan kehidupan keluarga kerana ia adalah satu kebanggaan buat mereka.
- Memberi Perlindungan. Mereka sentiasa berusaha melindungi keluarga dari disakiti, dihina, atau apa sahaja kesulitan, bencana yang melanda. Dan percayalah yang perkara ini telah diajarkan kepada lelaki semenjak dari dalam kandungan ibunya lagi - selamatkan ibu, lindungi ibu dan jangan biarkan sesiapa pun memburukkan atau menyakiti ibu. Sekiranya ibu disakiti, tentanglah orang itu.
6. Tiga perkara yang diperlukan oleh setiap lelaki: Dorongan, Kesetiaan dan Seks.
7. Wanita sering merasakan diri mereka dipermainkan oleh lelaki. Hakikatnya, mereka yang menjual diri mereka terlalu murah sehingga lelaki mudah mengambil kesempatan atas mereka.
8. Lelaki secara semulajadinya bukanlah seorang mind reader. Mereka sangat simple dan direct. Oleh itu, wanita kena menyatakan dengan jelas perasaan, pemikiran dan pendapat mereka pada lelaki. Lelaki tidak pandai membuat assumptions, hehe.. Bagi mereka, jika wanita hanya mendiamkan diri, itu petanda wanita itu bersetuju dengan tindakan atau tingkah laku mereka.
9. Key word paling mudah, komunikasi, komunikasi dan komunikasi. Namun, ia mestilah padat, tepat dan objektif. Bukan membebel tidak tentu hala.
10. Mengapa lelaki main kayu tiga?? Jawapannya adalah kerana...
- Mereka fikir mereka dapat melepaskan diri?
- Dia belum menjadi orang yang dia mahu jadi dan perlu jadi?
- Atau dia belum menemui apa yang dia benar-benar mahu jadi?
- Apa yang berlaku di rumah hari ini tidak seperti sebelumnya?
- Atau 1001 alasan lagi....
Tetapi, jawapan sebenarnya adalah.... TIADA alasan yang sebenar. Kerana apa-apa sahaja boleh menjadi alasan untuk mereka curang. Malah, mereka boleh juga memberi alasan, sebab ada wanita lain yang sukakan mereka, oleh itu, mereka layan je... What a reason... hehehe...
11. Lelaki menghormati standard. Oleh itu, wanita yang bijak perlu meletakkan standard mereka sendiri dan beritahu pada lelaki tersebut. Jika wanita tidak suka lelaki yang merokok, beritahulah. Jika tidak suka lelaki datang lambat, beritahulah. Jika tidak suka lelaki selekeh, beritahulah. Namun, wanita kena ingat, ada caranya untuk memberitahu lelaki berkenaan standard itu tanpa menjatuhkan ego dan air muka mereka. Ini kerana ego adalah perkara yang terbesar bagi seorang lelaki.
Baiklah, sebenarnya ada banyak lagi tips-tips yang dikongsikan oleh Steve didalam buku ini. Tapi tidak adil rasanya jika Patung Beruang kongsikan semua disini.
Yang pasti, jika sebelum ini Patung Beruang seronok membaca Why Mars and Venus Collide karya John Gray, naskah Act Like A Lady, Think Like A Man ini berkali-kali ganda lebih seronok. Terlalu seronok sehingga Patung Beruang habiskan pembacaan naskah ini hanya dalam masa 24 jam sahaja. Fuyooooo...hehe..
Ia membuka mata pembaca bagaimana untuk lebih memahami pemikiran dan tingkah-laku lelaki, bagaimana cara untuk berdamping dengan mereka, serta kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita apabila berhubungan dengan lelaki.
Tips-tips dalam ini bukan sekadar digunakan untuk hubungan suami isteri, malah boleh juga digunapakai untuk hubungan kekeluargaan, hubungan pekerja dan pihak atasan, juga hubungan persahabatan.
No comments:
Post a Comment