Thursday, July 9, 2020

Rutin Yang Dirindukan

Assalamualaikum wbt..

Jumaat lepas, 3 Julai 2020, Patung Beruang pulang ke Melaka selepas waktu bekerja. Seronoknya dapat pulang ke rumah, Allah saja yang tahu. 

Minggu itu cuma Patung Beruang saja yang pulang. Iman ada training, Abang dan Kak Chik pula sibuk dengan kerja. Tidak mengapalah.. Nanti the following week, orang lain pula akan pulang. 

Seperti biasa, Patung Beruang duduk makan malam dengan parents. Sambil makan sambil bercerita. Dan cerita masih lagi bersambung walaupun selepas habis makan, dan juga selepas meja makan siap dibersihkan, hehehe.. 

Sebenarnya baru 2 minggu Patung Beruang tak jumpa parents, tapi perasaannya macam 2 tahun tak jumpa. Ada saja cerita yang nak dibualkan. Pasal kerja, isu semasa, ekonomi, politik dan juga kesesakan jalan raya di highway pada malam itu, hehehehe.. 

Esoknya, hujan turun sedari pagi lagi. Kebiasaannya, Patung Beruang tidak tidur lepas Subuh. Penat dan mengantuk macam mana pun, Patung Beruang akan cuba bertahan. 

Sedang elok duduk di balconi tingkat atas, menikmati hawa sejuk dan pemandangan hujan yang mendamaikan, tiba-tiba ayah datang dan ajak kami bersiap untuk jalan-jalan cari makan di Parit Jawa. Amboi.... jauh sungguh perjalanan. Sampai merentas negeri. 

Pagi itu, kami sekeluarga pun keluarlah ke Parit Jawa. Alhamdulillah, dapatlah makan asam pedas yang sedap di sana. Kami pulang semula ke rumah ketika pukul 12 tengahari. 

Selepas Zohor, Patung Beruang dan Ibu keluar. Destinasi kami adalah Jusco Ayer Keroh. Inilah pertama kali kami keluar berdua selepas beberapa bulan, huhuhu.. 

Di sana, seperti biasa, kami duduk minum-minum sambil berbual. Sudah lama sangat kami tak spend time berdua diluar seperti ini. Rasanya last kami keluar berdua ketika Hannah belum lahir. Sekarang Hannah dah berumur hampir 7 bulan.

Selepas puas duduk bersantai di restoran, kami naik ke tingkat atas, menuju ke Popular. Ini juga salah satu tempat yang kami rindukan, huhuhu.. 

Masing-masing leka membelek buku, dari satu rak ke satu rak. Banyak juga buku yang menarik sampai rambang mata dibuatnya. 

Dalam leka membelek tu, sempat juga Patung Beruang jadi paparazzi kejap. See.... seseorang sedang leka membelek buku yang menarik perhatian beliau.. 

Pengunjung ramai di Jusco Ayer Keroh sampai hampir penuh parking lot semua. Dan seperti biasa, Popular tetap lengang. Bersangka baik saja. Mungkin orang masih selesa membeli buku secara online.

Bagi Patung Beruang pula, seronok je suasana kedai buku lengang begitu. Selesa untuk membelek buku-buku dengan aman dan damai. Apakah hasilnya dari lawatan kami ke Popular pada hari itu?


Jeng jeng jeng... ini lah hasilnya... 
Patung Beruang beli 4 buah buku terus pada hari itu. 3 buah buku yang teratas adalah kepunyaan Patung Beruang, dan buku yang terakhir itu adalah ibu punya..

Hoooray...

Nikmatnya dapat membeli buku ini hanya bibliophile saja yang faham tau. Gembiranya seperti mendapat seguni emas..



Sebenarnya, inilah rutin bulanan kami selama ini. Sebelum kelahiran Hannah, sebelum Malaysia ada MCO. 

Keluar berdua, makan-makan or minum-minum while having girls talk, spend time di kedai buku, membelek dan membeli buku-buku terkini di pasaran, membeli-belah bersama.. Just two of us only. Dan jujurnya, ia bagaikan satu terapi untuk kami. 

Mungkin bagi orang lain, ia tiada makna. Yelah, apalah sangat aktiviti yang kami buat tu kan? And destinasi pun bukanlah jauh atau gah sangat. Setakat Jusco Ayer Keroh yang perjalanannya hanya 10 minit dari rumah. 

Tetapi untuk kami yang tinggal berasingan ini, yang hanya mampu bersua 2 atau 3 minggu sekali, ia adalah moment yang sangat berharga dan bermakna. We share our stories, laughing and crying together. 

Biasanya, ketika sedang memandu pulang ke Selangor, Patung Beruang sering berfikir sambil bila Allah rezeki kan kami untuk melakukan rutin ini? Mungkin sehingga minggu ini? Bulan ini? Tahun ini? Atau lagi 5 tahun? Atau 10 tahun? Entahlah...Hanya Allah saja yang tahu.

Kerana MCO kami tidak dapat bersua selama beberapa bulan. Dan kerana MCO juga rutin kami terhenti. Kini, kami dapat menyambung semula rutin kami seperti kebiasaannya... Alhamdulillah... Nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kami dustakan? ...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...