Tajuk :
1. Selamat Tinggal Purnama : Strain Pertama
2. Selamat Tinggal Purnama : Strain Kedua
Penulis : Teme Abdullah
Menariknya Naskah Ini:
Hooray... Akhirnya Teme keluar buku baru. Alhamdulillah.....
Oleh kerana kedua-dua buah buku ini berkait, maka, Patung Beruang tulis book review sekaligus ye..
Oh ye, kedua-dua buah buku ini Patung Beruang beli hari Sabtu lepas, 4 Julai 2020. Dan Patung Beruang mula membaca Strain Pertama pada hari Isnin atau Selasa malam tak silap. Akhirnya, semalam pagi baru Patung Beruang selesaikan pembacaan untuk kedua-dua buah buku ini. Alhamdulillah...
Selamat Tinggal Purnama membawa pembaca kepada kisah seorang penyanyi terkenal di Nusaraya yang bernama Latif Purnama. Latif adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Latif tidak pernah mengenali ibu bapanya atau ahli keluarganya. Latif sebatang kara.
Namun, Latif dikurniakan dengan satu bakat yang sangat unik, iaitu telinganya sangat peka dengan bunyi dan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang nyanyian.
Latif bermula dengan bernyanyi di tepi-tepi jalan demi mengumpul kredit yang cukup agar dia dapat terus hidup di dunia.
Lahir dan membesar sebagai manusia berkolar hitam membuatkan Latif sedar dia perlu memastikan kolar hitam itu bertukar sekurang-kurangnya ke warna kelabu sebelum Latif mencapai usia 25 tahun. Jika tidak tamatlah riwayat hidupnya di dunia itu.
Rezeki Latif mencurah-curah di dalam bidang nyanyian. Dia dilamar syarikat rakaman Mawar Records. Lagu-lagu dan album yang diterbitkan oleh Mawar Records mendapat sambutan yang hangat bukan saja dari penduduk Nusaraya tetapi juga di peringkat antarabangsa. Latif Purnama adalah penyanyi terkenal yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, latar belakang dan bahasa pertuturan.
Dalam terkenalnya figura bernama Latif Purnama di mata masyarakat, dia masih lagi insan biasa yang merendah diri dan suka menghiburkan peminatnya. Latif dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang rapat dengannya seperti Doctor Adda, Eric, Kapten Musa, Doctor Omar, wartawan hiburan bernama Kak Shelby dan juga pengawal peribadi yang setia iaitu Wak Entel.
Ketika berada di puncak kejayaan, Latif mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Doctor Adda, seorang doctor perubatan yang mengenali Latif semenjak Latif masih di dunia busking lagi. Namun, perkahwinan Latif dan Doctor Adda rupanya tidak disenangi oleh Doctor Omar dan juga Sinar Mawar, pemilik Mawar Records.
Doctor Adda mula terkena tempias dunia hiburan. Kehidupannya tiada lagi privacy seperti sebelumnya. Keguguran kandungan anak pertama mereka yang berlaku sejurus selepas konsert mega Latif Purnama benar-benar memberi tamparan yang besar kepada pasangan suami isteri ini.
Selain itu, tembelang Doctor Omar atau nama sebenarnya Bella, seorang psychopath yang berusaha keras untuk menghancurkan Latif mula terbongkar sedikit demi sedikit. Malangnya, Latif tidak menyedari tentang bahayanya psychopath yang berpura-pura menjadi sahabat baiknya itu. Maka, Latif berusaha untuk melindungi Omar atas alasan persahabatan walaupun perlindungan itu akhirnya memakan dirinya sendiri.
Tekanan yang dialami oleh Latif Purnama semakin memuncak. Pihak Mawar Records meletakkan syarat agar Latif menyiapkan albumnya dalam masa 1 bulan saja. Kehidupan peribadi Latif dan keluarga dicerobohi sesuka hati oleh masyarakat dan media. Latif terpaksa bergantung dengan bahan terlarang demi memastikan dia dapat bekerja sehabis baik demi memuaskan hati syarikat rakaman dan peminatnya. Latif mengorbankan prinsipnya demi menjaga dan melindungi keluarga kecilnya.
Namun, adakah berbaloi pengorbanan Latif itu?
Atau mungkin pengorbanan itu memakan diri Latif sendiri?
Sudah lama Patung Beruang tidak menatap naskah Teme. Oleh itu, bila karya terbaru Teme berada di pasaran, Patung Beruang tidak melepaskan peluang untuk memilikinya.
Seperti biasa, karya Teme "dibenarkan" untuk memotong giliran untuk dibaca. Beli hari Sabtu, hari Isnin atau Selasa malam Patung Beruang sudah mula membaca. Sedangkan banyak je lagi buku-buku yang sudah dibeli tapi masih belum dibaca. Hebat Teme... hehehe..
Honestly, naskah ini panjang tetapi tidak membosankan langsung. Strain Pertama lebih kepada pengenalan kepada watak Latif dan orang-orang terdekatnya. Serta cabaran yang dihadapi Latif sebelum dan setelah bergelar penyanyi terkenal.
Strain Kedua pula lebih kepada kehidupan Latif selepas berumahtangga dengan Doctor Adda. Bagaimana susah payahnya Latif untuk melindungi keluarga tersayang. Dalam masa yang sama, konflik semakin memuncak antara Omar, Latif dan juga Mawar Records yang tidak pernah putus-putus memeras dan mengambil kesempatan ke atas kebaikkan Latif. Dalam Strain Kedua ini juga ditunjukkan bagaimana media dan masyarakat sangat sukar untuk berlaku adil terhadap artis. Fitnah bermaharajalela, kata-kata kutukan, sindiran dan cacian menjadi amalan. Sehingga mereka seolah-olah terlupa, Latif juga manusia seperti mereka, punya hati dan perasaan.
Patung Beruang tertarik dengan catatan yang ditulis Teme di belakang kedua-dua naskah:
Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.
"Such a waste of talent, achievements, popularity and even wealth," bisik hati aku.
Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.
Yes, naskah ini menceritakan penderitaan yang ditanggung seseorang, toxic nya persekitaran yang ada sehingga menjejaskan mental health nya.
Jika pembaca merasakan cuma Latif Purnama saja yang berdepan dengan mental illness, jawapannya salah... Bagi pendapat Patung Beruang, selain Latif, Omar dan Mawar juga boleh dikatakan sakit mental. Personaliti yang kejam, tiada timbang rasa, tiada empati, selfish, segalanya nampak abnormal untuk seorang manusia yang normal.
Bagi orang kebanyakkan, mental illness sering dikatakan berpunca sebab seseorang tersebut tidak tahan dengan tekanan, kurang pegangan agama, mental terlalu lembik atau 1001 sebab yang menyalahkan si pesakit. Tetapi kita terlupa, mungkin kita juga salah satu puncanya. Kata-kata kita, expectation kita, reaction kita, tindakan kita, semuanya boleh menjadi punca kepada mental illness orang lain.
Seperti kata Sinar Bustamin, mantan Presiden Nusaraya, "Media sudah "membunuh" Latif ketika dia masih bernyawa. Dia dah tak ada kehidupan."
Ending naskah ini??
Patung Beruang boleh katakan endingnya bijak dan tidak mustahil. Bukan ending yang cliche.
Terima kasih Teme sebab hadiahkan karya yang sedap, matang dan berpijak di bumi nyata untuk pembaca. Semoga ada rezeki kami untuk menikmati lagi karya-karya terbaru Teme dimasa akan datang.... Aamiin..
Minta izin rujuk untuk pertandingan��
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt. Ye, sila lah. Saya izinkan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Patung Beruang. Best baca review ini. Boleh ke kami mohon keizinan untuk guna review ini bagi tujuan promosi Selamat Tinggal Purnama sempena kempen Te-Mei di media sosial IMAN Publication? Terima kasih :)
ReplyDeleteWaalaikumsalama Cik Puan Arinah. Terima kasih kerana sudi baca review ini. Ya, saya izinkan pihak Cik Puan untuk gunakan review ini. Mohon maaf jika ada kekurangan diatas review ini. Terima kasih.
ReplyDeleteboleh saya tahu siri ni dah tamat atau akan ada sambungan? saya nk beli buku teme abdullah tpi saya tak suka buku yg masih on going
ReplyDeleteSiri Selamat Tinggal Purnama ini sudah tamat. Sila lah beli. Insya Allah tidak rugi menikmati naskah ini.
Delete