Penulis : Naim Tamdjis
Menariknya Naskah Ini :
Antara page di FB yang Patung Beruang follow adalah page Mahakarya. Sebenarnya, page ini adalah kesinambungan dari page The Patriots.
Kenapa Patung Beruang follow page tersebut? Kerana ada banyak cerita bersiri menarik yang dikongsikan di situ. Salah satunya adalah The Arrival.
The Arrival akan upload di page tersebut setiap Sabtu malam. Setiap minggu, akan ada 3 episod yang upload disana.
Sejak episod pertama lagi, Patung Beruang sudah terpaku dengan karya ini. Setiap minggu tertunggu-tunggu apakah kesinambungannya. Sehinggalah episod ke 12 atau 13 tak silap, pihak admin membuat pengumuman yang The Arrival ini akan diterbitkan dalam bentuk buku. Wah... menariknya...
Naskah The Arrival ini sampai ke tangan Patung Beruang pada hari Isnin, 13 Julai 2020. Malam itu terus Patung Beruang balut buku ini dan malam itu juga lah Patung Beruang mula membaca. Alhamdulillah, Patung Beruang berjaya selesaikan pembacaan naskah ini dalam masa 24 jam.
The Arrival membawa pembaca tentang kemunculan seorang lelaki di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lelaki bernama Syeikh Mahadi ini mengaku kepada umum yang dia adalah Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman.
Kemunculan Syeikh Mahadi ini menimbulkan kucar-kacir terutama apabila dia secara terang-terang meminta agar Perdana Menteri, Tan Sri Jamalee meletak jawatan dengan alasan pemerintahan kerajaan pada waktu itu penuh dengan korupsi dan penyelewengan, serta gagal membela kebajikan rakyat seperti yang sepatutnya.
Keengganan Tan Sri Jamalee untuk meletak jawatan telah mencetuskan kemarahan pengikut Syeikh Mahadi sehingga mengakibatkan berlakunya rusuhan dan keganasan.
ASP Rahem, pegawai Polis Unit Khas IPK Kuala Lumpur ditugaskan untuk menahan Syeikh Mahadi. Ini bukanlah pertama kali ASP Rahem menerima tugasan berkenaan Syeikh Mahadi. Pertemuan antara keduanya telah berlangsung beberapa kali sebelum itu.
Perawat Islam yang tiba-tiba muncul ini benar-benar mencabar kebijaksanaan pihak berkuasa. Pada awalnya, Sheikh Mahadi popular kerana kejayaannya mengubati pesakit termasuklah pesakit kanser dengan menggunakan kaedah rawatan Islam.
Namun, popularitinya meningkat dengan mendadak apabila dia secara terbuka mengaku yang dirinya adalah Imam Mahadi. Susulan pengakuan tersebut, beberapa agen luar negara telah datang menyusup masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk membunuhnya. Tetapi, belum sempat pembunuhan dijalankan, agen-agen perisik tersebut telah mati. Anehnya, apabila disiasat, tiada tanda-tanda pergelutan terjadi. Seolah-olah agen terlatih itu tidak sedar akan maut yang sedang menghampiri mereka.
Dalam perlumbaan antara pihak berkuasa dan Syeikh Mahadi, banyak nyawa menjadi mangsa samaada terkorban ataupun cedera. Mangsa bukan saja terdiri dari orang awam yang tidak bersalah, namun termasuk juga ahli jemaah dan pengikut-pengikut Syeikh Mahadi serta anggota pihak berkuasa termasuklah Inspektor Farra, orang kanan ASP Rahem.
Menambahkan lagi kerumitan, pengikut Syeikh Mahadi juga terdiri dari individu yang berada dalam pasukan Polis dan juga badan berkuasa lain sehingga segala strategi pihak berkuasa mudah saja dibocorkan kepadanya. Lebih menyakitkan, mereka ini ibarat gunting dalam lipatan terhadap anggota pasukan mereka sehingga tiada rasa bersalah pun apabila melihat anggota pasukan mereka mati atau cedera disebabkan kekacauan yang dibuat oleh Syeikh Mahadi dan para pengikutnya.
Persoalannya, benarkan Syeikh Mahadi adalah insan yang ditunggu-tunggu bagi menyelamatkan umat manusia?
Atau mungkin, dia hanyalah seorang penipu yang mengambil kesempatan diatas ketaksuban para pengikutnya.
Netflix pernah mainkan series yang bertajuk The Messiah. Tema dia sama juga tentang seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi. Lelaki tersebut ditunjukkan sebagai mempunyai kelebihan di luar batas normal seorang manusia. Dan dek kelebihan itulah, ramai orang mula terpengaruh dengannya sehingga bersetuju untuk menjadi pengikutnya. Apa ending cerita itu? Entahlah... Sebab ending untuk 1st Season, tergantung. Dan khabarnya Netflix akan siarkan Season 2 pula. Jadi, kita tunggu sajalah.
Bila Patung Beruang membaca naskah The Arrival ini, di pertengahan naskah tiba-tiba Patung Beruang teringat sesuatu. Dalam The Messiah, ada satu babak ketika orang mempertikaikan kesahihan Messiah itu. Antara dialognya adalah lebih kurang begini,
"Jika hendak tahu apa benar dia adalah Imam Mahadi, lihat cara kehidupannya. Adakah selari atau tidak dengan Islam."
Walaupun The Arrival ini tidak berkait langsung dengan Netflix series The Messiah itu, tapi formula dalam dialog diatas boleh diguna pakai....
So, siapa sebenarnya Syeikh Mahadi tu?
Jawapannya...
Kenalah baca.... :)
No comments:
Post a Comment