Assalamualaikum wbt
Salam Ramadan.
Pejam celik pejam celik sudah masuk 5 Ramadan. Ya Allah... Betapa besarnya ujian yang melanda kita pada kali ini. Menyambut Ramadan dalam keadaan Restriction Movement Order (RMO). Tidak boleh keluar sesuka hati. Dan yang paling sayu, tiada solat Tarawih berjemaah di surau atau masjid seperti kebiasaannya. Ia benar-benar pengalaman pertama kali untuk semua orang.

Pagi tadi, Patung Beruang telefon rumah. Allah saja yang tahu betapa rindunya hati ini untuk berjumpa dengan keluarga. Walaupun RMO ini menampakkan kesan positif, Patung Beruang tidak fikir pihak berkuasa akan lift the Restriction by 12 May ini. Knowing rakyat Malaysia, the moment it lifted, semua orang akan berduyun-duyun keluar rumah, balik kampung lah, pergi gathering dengan family and friends lah, pergi shopping lah, all about Raya dan akhirnya risiko untuk berlaku penyebaran virus pun semakin tinggi.
Maka, andai kata authority decide untuk extend the Restriction sampai raya, kita berlapang dada lah ye. Terima lah hakikat yang raya tahun 2020 ini tidak akan sama seperti raya tahun-tahun sebelum ini.
Antara perkara menarik menyambut Ramadan ketika RMO ini kita boleh menjalani ibadah dengan tenang. Tiada lagi kelam kabut untuk pulang dari ofis, menempuh kesesakkan jalan raya yang sangat mengarut ketika Ramadan, berpusu-pusu di bazar Ramadan, lepas tu berpusu-pusu di pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan raya, sibuk buat kuih raya, or sibuk siapkan tempahan kuih raya, or sibuk memilih kuih raya yang hendak dibeli dan 1001 lagi persiapan raya yang akhirnya membuat kita hilang focus pada Ramadan.
Sedih kan?
Ramadan datang setahun sekali tetapi kita tidak menghargainya.
Kita lebih sibuk dengan raya, raya dan raya.
Beberapa tahun dulu, Patung Beruang ada seorang sahabat yang akan cuti dari pejabat beliau untuk 2 minggu terakhir Ramadan. Sedangkan Patung Beruang pula bergelut dengan kerja-kerja yang tiada kesudahan. Nak balik on time atau awal, susah sangat. Apalagi lah nak cuti lama sampai berminggu-minggu.
Patung Beruang ingat lagi yang Patung Beruang meluahkan rasa sedih ini pada Ibu. Patung Beruang teringin nak cuti untuk focus pada ibadah Ramadan. Tetapi Ibu memujuk dengan kata, setiap orang itu ada bahagian masing-masing. Ada orang yang boleh tinggalkan organisasi mereka dengan senang hati seperti sahabat Patung Beruang itu. Tetapi bukan semua orang diberi kemudahan begitu..... Kita mungkin terlupa, kerja juga satu ibadah. Jadi, walaupun beban kerja kita tidak memungkinkan untuk kita bercuti, kita berusaha sehabis baik untuk laksanakan tanggungjawab itu sebagai satu ibadah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Somehow, kata-kata Ibu itu sangat simple but menyejukkan hati Patung Beruang. And sejak itu Patung Beruang sedar, kalau ada rezeki untuk Patung Beruang cuti dari kerja bagi memberi tumpuan kepada ibadah di bulan Ramadan, Alhamdulillah.. Namun, jika tiada peluang untuk bercuti, juga Alhamdulillah. Kita masih boleh beribadah semampu kita. Bukankah Islam itu tidak membebankan penganutnya?
Selain itu, bagi mereka yang bekerja di KL dan Selangor, jem di waktu petang di bulan Ramadan adalah satu perkara yang normal dan sangat menguji kesabaran. Bagi Patung Beruang pula, pejabat yang terletak di tengah bandar KL, jadi apabila habis saja waktu kerja, kenderaan sudah berbaris sesak didepan ofis, semuanya berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.
Cakap je lah keluar ofis pukul berapa? Pukul 4 petang, 4.30 petang, 5 petang, 5.30 petang, 6 petang, 6.30 petang, jem dia sangattttt mengarut.
Mungkin selamat di depan ofis, tetapi belum tentu selamat di atas jalan. Belum tentu selamat di NPE ke, di NKVE ke, di LDP ke, di Elite ke, or paling tidak, di bulatan puaka untuk masuk ke taman perumahan or di flyover untuk masuk ke taman. Stress sangat...
At the end, Patung Beruang akan sampai di rumah just nice beberapa minit sebelum berbuka puasa. Nak pergi bazar Ramadan? Jangan mimpi. Bazar Ramadan hanya akan dijejaki pada hari Sabtu atau Ahad. Hari lain, beli saja di kedai atau foodcourt, mana yang sempat.
Tetapi untuk tahun ini, ia tidak berlaku. Ramai yang work from home. Patung Beruang pun masuk ofis 2 hari seminggu. Jadi, kesesakkan jalan raya di waktu petang adalah hanya kerana roadblock polis untuk menangkap mereka yang keluar suka-suka hati ketika MCO ini. Itupun hanya di selected tempat dan kesesakkannya tidaklah mengarut seperti tahun-tahun dulu. Alhamdulillah....
Bazar Ramadan pula memang tiada. Jadi, Patung Beruang akan masak saja juadah berbuka. Bolehlah masak lebih sikit supaya cukup sampai sahur. Kalau tak sempat, Patung Beruang beli saja main dish di food court atau kedai. Satu dua lauk sudah cukup.
Seronoknya Ramadan tahun ini adalah kita boleh beribadah dengan tenang. Boleh mengaji dan tadabbur Al-Quran dengan tidak tergesa-gesa. Take our own sweet time.
Jika orang lain mungkin sasarkan untuk khatam Al-Quran dalam masa sebulan, Patung Beruang tidak pula. Patung Beruang target untuk lebih mendalami setiap ayat yang Patung Beruang baca. Lebih mentadabbur apa makna disebalik sesuatu ayat atau surah yang Allah turunkan itu. Oleh itu, berapa pun juzuk yang Patung Beruang dapat habiskan, itu rezeki. Yang penting adalah kualiti pemahaman kita terhadap isi kandungan Al-Quran, bukannya kuantiti.
Macam sekarang, bermulanya Ramadan, Patung Beruang sedang berada di juzuk 9. Jadi teruskan saja. Tidak perlu bermula dari juzuk 1.
Patung Beruang berharap usaha untuk mentadabbur Al-Quran akan berterusan konsisten walaupun apabila sudah habis Ramadan. Insya-Allah...
Kuih raya? Hm.... I'm not a fan of kuih raya. Kata Ibu pun dari kecik lagi Patung Beruang senang kena cherry berry (cirit-birit) kalau makan kuih raya. Yes, perut ini sangat sensitif terutama jika ia melibatkan tepung dan makanan itu disimpan berhari-hari. Maafkan lah ye, hehehe..
Patung Beruang hanya seronok makan kuih raya yang fresh...Dengan kata lain, yang baru masak, baru siap. Kalau kuih raya yang tersimpan dalam balang atau botol, yang sudah dibuka tutupnya berkali-kali, hm...bersedia je lah untuk jadi pelawat tetap tandas.
So dalam keadaan sekarang, Patung Beruang tak fikir pun pasal kuih raya. Plus, tiada sesiapa pun yang akan datang rumah, jadi, buat apa nak ada kuih raya? Hehehe..
Tapi malam tadi tiba-tiba Iman tanya pasal kuih raya. Hm...nak buat? Memang tak lah kan. Simple solution, Patung Beruang minta Iman tanyakan saja dengan office mates dia. Biasanya, kakak-kakak di ofis lebih tahu siapa pengusaha kuih raya tersohor. So kalau Iman nak, biar saja dia yang beli. Patung Beruang setakat jamah sekeping dua, boleh lah...
Ada lagi 25 hari Ramadan untuk kita tempuh, jika ada rezeki, jika panjang umur, jika diizinkan Allah. Yelah, mana lah tahu, ajal datang menjemput, tiadalah kita berkesempatan untuk menghadapi Ramadan sehingga penghujungnya.
Patung Beruang pun tak mampu nak bayang what will happen tomorrow? Things going to change? or remains as it is?
Apa yang boleh kita buat, doa dan mohon yang baik-baik saja dari Allah. Apa yang berlaku, kita terimalah dan redha. Bukankah Allah itu sebaik-baik Perancang?