Tajuk : Dunia Tanpa Tembok
Penulis : Ayman Rashdan Wong
Menariknya Naskah Ini :
Naskah Dunia Tanpa Tembok ini Patung Beruang habiskan beberapa hari yang lepas. Cuma Patung Beruang rasa tak de mood je nak tulis book review. Itu yang lambat update di sini.
Ayaman Rashdan Wong adalah antara individu yang aktif menulis di Facebook tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa. Rasanya sudah hampir atau mungkin lebih 2 tahun Patung Beruang follow account beliau.
Apa yang menarik tentang tulisannya adalah beliau menulis sesuatu isu itu dengan gaya yang santai dan menarik tetapi masih mampu memberi ilmu dan kefahaman kepada pembaca. Terutamanya pembaca umum yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pendidikan.
Jujurnya, pada mula dulu, Patung Beruang bukanlah minat sangat dengan bidang geopolitik dan hubungan antarabangsa ini. Persepsi Patung Beruang adalah kedua-dua bidang ini sangat complicated.
Tetapi bila dah selalu baca artikel tulisan beliau, Patung Beruang mula nampak tarikan dalam kedua bidang ini. Ia bukanlah politik semata-mata tetapi ia juga menyentuh psikologi manusia, falsafah, sejarah, ekonomi dan macam-macam ilmu lagi. Sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang pemimpin itu mungkin bukan pilihan yang popular, tetapi diambil setelah memikirkan 1001 aspects yang adakalanya, kita orang biasa ini tidak nampak.
Naskah Dunia Tanpa Tembok ini membariskan 50 artikel yang menarik, berkisar tentang:
- Asal usul Malaysia seperti nama Malaysia itu sendiri, kisah bendera kita iaitu Jalur Gemilang;
- Kisah geopolitik Amerika termasuk kisah Donald Trump, hubungan antara US dan Russia;
- Syria dan geopolitik Rusia;
- Geopolitik dan nasionalisme China, termasuklah One Belt One Road (OBOR);
- Kebangkitan Jepun selepas Tragedi Hiroshima dan Nagasaki;
- Perpecahan Korea, kisah nuklear Korea Utara serta krisis diplomatik Malaysia dan Korea Utara;
- Politik di Timur Tengah seperti Saudi dan Yaman;
- Susuk pemimpin politik Turki seperti Recep Tayyip Erdogan;
- Keunikkan pemimpin Filipina bernama Rodrigo Duterte;
- Konflik Palestin dan Israel;
- Kisah Rohingya di Myanmar; dan
- Isu geopolitik Batu Putih.
Artikel US Kembali Menjadi Proteksionis menceritakan perihal pembatalan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) oleh Donald Trump dan mengapa Trump membuat keputusan sedemikian. Dalam teori-teori international political economy (IPE) terdapat konflik antara dua pendekatan utama dalam IPE iaitu perdagangan bebas (free trade) dan dasar perlindungan (protectionism). Oleh itu, kapitalis juga boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kapitalis perdagangan bebas dan kapitalis proteksionis.
Free trade atau perdagangan bebas merujuk kepada perdagangan tanpa halangan seperti cukai / tarif keatas barangan import dan halangan bukan tarif (non-tariff barrier). Kelebihan free trade ini adalah ia dapat meminimakan kos transaksi, sekaligus memaksimumkan keuntungan pedagang walaupun dalam keadaan harga barang rendah. Tetapi, free trade ini tidak melindungi kepentingan tempatan. Maksudnya, jika masyarakat suka membeli barangan buatan Korea, maka keuntungan dari jualan akan terus pergi ke Korea.
Protectionism pula dimana pelbagai halangan diwujudkan untuk meminimakan kemasukan barangan dan modal asing demi melindungi kepentingan tempatan sama ada industri ataupun masyarakat. Disebabkan adanya tarif, barangan import akan menjadi lebih mahal. Tetapi kelemahannya adalah pengguna mempunyai pilihan yang terhad. Malah banyak kes dimana pengguna terpaksa membeli barangan tempatan walaupun ia berkualiti rendah kerana barangan import terlalu mahal.
Berdasarkan sejarah, US pernah mengamalkan dasar protectionism dari tahun 1865 hingga 1933.
Sebenarnya, tidak semua kapitalis di US menyokong free trade. Ini kerana, terdapat kapitalis yang untung jika pasaran US ditutup. Oleh itu, kedua-dua dasar iaitu free trade dan protectionism mempunyai penyokongnya yang tersendiri.
Ekonomi US yang mengalami kelembapan sejak 2008 menyebabkan sebahagian besar rakyat mereka mempersoalkan keberkesanan dasar free trade US dan mendesak agar US kembali ke protectionism policy.
Bagi Trump, alasan beliau membatalkan TPP adalah untuk meminimakan persaingan asing di US. Serta dalam masa yang sama beliau ingin menghukum pedagang dan pelabur US yang ingin melabur di luar.
Persoalannya, siapa yang paling untung apabila Trump membatalkan TPP? Jawapannya adalah..... China.
Dalam artikel Syria dan Obsesi Geopolitik Russia, penulis berkongsi tentang mengapa dari dahulu lagi iaitu sejak pemerintahan Peter the Great, Joseph Stalin dan sehingga kini Vladimir Putin, Russia sentiasa berdepan dengan masalah geopolitik yang sama iaitu ketiadaan pelabuhan air suam (warm water port) walaupun satu.
Warm water port ini merujuk kepada pelabuhan yang airnya tidak beku di musim sejuk. Dan percaya atau tidak bahawa warm water port ini adalah obsesi geopolitik Russia, yang menentukan hidup mati dasar luar mereka.
Disebabkan tiadanya warm water port ini, Russia tidak dapat menjadi kuasa laut setanding Portugal dan Britain.
Tetapi apa kaitannya dengan Syria?
Hah... yang ni kenalah baca sendiri ye..
Naskah Dunia Tanpa Tembok ini sebenarnya berat tetapi ia menarik kerana ia membantu pembaca untuk lebih memahami isu-isu geopolitik berkenaan negara kita dan juga negara luar, yang adakalanya kita tidak dapat di dalam suratkhabar.
Walaupun topik yang diketengahkan adalah berat namun penulis berjaya menyampaikannya tanpa menimbulkan rasa bosan kepada pembaca.
Selain itu, naskah ini banyak menggunakan jargon dan Patung Beruang suka kerana boleh menambahkan lagi vocab yang tidak berapa nak banyak ini, hehe..
Cuma bila ada antara jargon itu diberi literal translation dari English ke Bahasa Melayu, yang berbeza cuma ejaan saja, rasa mcm kurang syok sikit. Bila berjumpa dengan literal translation macam tu, Patung Beruang lebih selesa guna perkataan asal terus.
Apapun, this is a good book for us to know more about international affairs and politics. Insya Allah, kalau Patung Beruang jumpa naskah Dunia Tanpa Tembok II dan III, Patung Beruang akan beli.
No comments:
Post a Comment