Tajuk : Nearness To You
Penulis : Nur Fadhilah Wahid
Menariknya Naskah Ini :
Pertama kali Patung Beruang ternampak naskah ini, hati rasa sejuk saja. Mungkin sebab cover dia warna biru awan macam ini.
Ini adalah batch pertama buku yang Patung Beruang beli ketika musim MCO ini. Actually, tak lah pertama sangat sebab the first batch adalah buku-buku untuk Hannah, hehe.. Kira ini adalah second batch lah ye.
Untuk second batch ini, Patung Beruang beli 2 buah buku saja sebab nak test the system. Nak tengok delivery cepat ke tidak. Kan Poslaju sendiri declare yang mereka menerima 700,000 parcel untuk diuruskan setiap hari ketika MCO ini. Itu satu angka yang banyak.
Alhamdulillah, parcel ini sampai ke tangan Patung Beruang selang sehari selepas pembelian.
Nearness to You ini Patung Beruang habiskan pembacaannya pada Ahad pagi hari tu. Naskah ini berkenaan perjalanan seorang gadis dalam mencari Tuhan. Penuh dengan inspirasi dan catatan yang menjentik emosi kita.
Antara catatan yang paling Patung Beruang suka adalah bertajuk Intimate Conversation. Kita tahu dan faham Allah itu ada. Malah, sejak kecil lagi kita telah diajar yang Allah itu ada dimana-mana. Tetapi, bagaimana kita hendak berhubung dengan Allah?
Jawapannya, adalah solat..
Yes, solat atau prayer.
Prayer is the connection between the lover and the Beloved. Solat menghubungkan kekasih dan Kekasih Hatinya.
Kita menganggap hubungan dengan Allah adalah satu hubungan yang sangat istimewa. Hubungan yang sangat intim sehingga kita boleh bercerita dan meluah apa saja dengan Allah. Perkara yang kita tidak boleh atau tidak mampu berkongsi dengan manusia, kita kongsikan dengan Allah. Jadi, bukankah itu petanda hubungan ini sangat istimewa? Sangat erat? Sangat bermakna?
Kita boleh lihat bagaimana Rasulullah SAW sangat ternanti-nantikan waktu solat. Waktu solat adalah waktu Baginda boleh memutuskan hubungannya dengan dunia dan meletakkan jasad, lidah, hati dan pemikirannya hanya kepada Allah SWT. Beliau memberi sepenuh kasih sayang, cinta dan harapan hanya kepada Kekasih Hati yang satu, dihadapannya.
Malah apabila Baginda SAW meminta Sayyidina Bilal untuk melaungkan azan, Baginda akan berkata,
"Give us relief and rest with the solah, ya Bilal."
Terdapat satu peristiwa dimana Baginda SAW bersolat disepanjang malam dan hanya menuturkan satu ayat saja berulang-ulang iaitu;
"If You should punish them (o Allah) - indeed they are Your servants; but if You forgive them - indeed it is You who is the Exalted in Might, the Wise."
Surah Al-Maidah, ayat 118.
Di sepanjang malam, dalam keadaan menangis, Rasulullah SAW merayu dan merintih kepada Yang Satu, agar mengampunkan umatnya yang sangat disayanginya, iaitu kita. Sepanjang malam. Hanya satu ayat. Diulang-ulang. Tanpa kenal erti penat, erti jemu.
Tergamakkah kita, sebagai umat Rasulullah SAW masih ingin membuat kerosakan di bumi ini? Masih ingin mensia-siakan baki umur yang kita ada dengan membuat maksiat?
Dan tidak terkesankah kita dengan kualiti solat Rasulullah SAW?
Setiap pergerakan, setiap butir bicara yang keluar dari mulut ini, penuh dengan emosi. Penuh dengan pengharapan. Penuh dengan pergantungan. Sentiasa rasa tertunggu-tunggu untuk setiap waktu solat. Tidak sabar untuk berdampingan dengan-Nya.
Dalam catatan Better Than No One, penulis berkongsi tentang pertanyaan yang diajukan oleh seorang ustaz, selepas bercerita kisah mereka yang alim dan mereka yang pendosa dalam kalangan Bani Israel. Ustaz tersebut bertanya,
"Ada sesiapa yang tahu, siapakah mereka yang alim dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW?"
"Dan siapa pula pendosa dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW?"
Jemaah yang mendengar soalan-soalan ustaz ini berkata sesama sendiri. Mereka sedar soalan ini adalah adalah lebih kompleks dari apa yang dilihat secara zahirnya.
Akhirnya, ustaz tersebut menjawab soalannya sendiri;
"Orang alim dalam kalangan umat Rasulullah SAW adalah semua orang kecuali kamu... dan pendosa dalam kalangan ummah adalah tiada sesiapa pun kecuali kamu."
Yes.. itu lah prinsipnya. Dan selagi kita berpegang dengan prinsip ini, kita akan sedar dan faham bahawa kita ini tiada lebih baiknya dari orang lain. We are nothing. Nothing.
Dan kita sepatutnya rasa lebih malu di depan Allah SWT kerana kita tiada apapun yang boleh dibanggakan.......

No comments:
Post a Comment