Hari ini hari Jumaat, hari ke-24 Restriction of Movement Order (RMO).
Pukul 4 petang tadi, Perdana Menteri telah umumkan yang tempoh RMO ini dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.
Selepas 3 minggu, rasanya ramai saja orang di luar sana yang sudah mula membiasakan diri dengan RMO ini. Mana yang diberi kemudahan berkerja dari rumah, teruskan kerja seperti biasa.
Untuk Patung Beruang pula, dalam seminggu Patung Beruang akan masuk office sehari atau 2 hari saja. Macam minggu ini, Patung Beruang hanya masuk hari Rabu saja. Dan minggu sebelum itu pula hanya pada hari Isnin saja.
Office lengang dan sunyi sangat. Rasa macam rumah hantu pula. Ada je staff lain tapi bilangannya sangat minimum. Bagusnya ketika di office, momentum kerja sentiasa peak. Bila dah sibuk tak perasan pun yang masa berlalu dengan cepat. Tahu-tahu saja jam dah pukul 5 dan Patung Beruang pun berkemaslah untuk pulang.
Untuk hari yang lain, hari Patung Beruang biasanya bermula seawal Subuh. Dah biasa bangun awal maka mata ini automatic saja akan terbuka sendiri walaupun tanpa alarm, hehe..
Selepas Subuh, Patung Beruang akan breakfast. Duduk di rumah ini, boleh lah breakfast dengan proper sambil menikmati udara pagi. Kalau ada roti dan telur, Patung Beruang masaklah roti telur. Or paling simple, roti sapu dengan peanut butter atau jem, lepas tu bakar. Sedapnya.. Nak lagi sedap, buat lah secawan kopi.. Wah... I'm in heaven....
Kalau malas, Patung Beruang just breakfast dengan nestum atau oat saja. Simple.
Lepas tu, mula lah duduk di workstation dan buatlah apa yang patut.
Bohonglah kalau cakap Patung Beruang tak stress masa RMO ini. Patung Beruang dah biasa pergi ofis setiap hari, spend more than 12 hours di luar rumah, sometimes almost 14 to 15 hours, balik rumah hanya untuk tido saja.
Lepas kerja, boleh pergi kedai buku. Or menyinggah pergi makan, pergi window shopping. Or paling tidak, duduk lepak baca buku. But now, I spend 24 hours at home.. Hari pertama, seronok. Hari ke-2, ok lagi. Hari ke-3, dah rasa pening. And now, bila dah masuk hari ke-24, dah rasa macam zombie....
Jadi Patung Beruang sibukkan diri dengan kerja, kerja dan kerja. Macam-macam kerja Patung Beruang buat. Dan macam-macam ad hoc assignments Patung Beruang execute waktu-waktu ini. Bila dah penat, Patung Beruang baca buku pula. Baca, baca dan baca. That's how I maintain my sanity, heheh...
Bila masuk waktu solat, solatlah dengan tenang. Waktu inilah kita dapat berehat dari dunia yang melelahkan. Ambil masa untuk mengadu dan meluah segalanya pada Yang Maha Dengar.
Dalam keadaan sekarang, kita manusia ni kudrat sangat terhad. Sampai satu saat, kita tidak berdaya untuk buat apa-apa, rasa helpless. Jadi, mohon saja bantuan dari Allah SWT. Bukankah Dia sebaik-baik Perancang?
Bila masuk waktu solat, solatlah dengan tenang. Waktu inilah kita dapat berehat dari dunia yang melelahkan. Ambil masa untuk mengadu dan meluah segalanya pada Yang Maha Dengar.
Dalam keadaan sekarang, kita manusia ni kudrat sangat terhad. Sampai satu saat, kita tidak berdaya untuk buat apa-apa, rasa helpless. Jadi, mohon saja bantuan dari Allah SWT. Bukankah Dia sebaik-baik Perancang?
Hari Jumaat malam or weekend, Patung Beruang amiklah masa sikit untuk layan Netflix. Tapi bukanlah sepanjang hari. Hanya a few hours to divert my mind from all those tasks and books.
Waktu siang, bila dah penat buat kerja, Patung Beruang tengoklah pemandangan di luar. Tapi itulah, hanya mampu lihat saja.
Macam siang tadi, sambil duduk berehat di living area, baru Patung Beruang perasan yang cuaca sangat baik dan langit pula sangat cantik.
Langit yang biru dan dihiasi dengan gumpalan-gumpalan awan.
Bila fikir semula, banyak hikmah disebalik RMO ini. Bila urusan kehidupan dan perniagaan terhenti, industri semua terhenti, pencemaran pun berkurangan.
Udara semakin bersih, langit semakin cerah, sungai kembali jernih, burung-burung kembali datang, bintang-bintang mula kelihatan, alam berterima kasih pada manusia kerana mengembalikan ia semula kepada fitrah.
Jadi, janganlah merungut bila kita terkurung buat sementara waktu. Selama ini, alam ini sudah terlalu rosak dikerjakan oleh manusia yang rakus. Kita seolah-olah terlupa yang kita sedang meminjam alam dari generasi akan datang. Alangkah malunya jika kita memulangkan alam ini kepada generasi masa depan dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Selain itu, seperti biasa Patung Beruang akan tertunggu-tunggu Daily Report Hannah. Macam-macam ragam si kecil itu. Hannah baru bangun tidur lah, Hannah tengah poopoo lah, Hannah tengah nak tidur lah, Hannah tengah makan lah, semua Hannah, Hannah dan Hannah.
Bila dah ada Hannah ini baru Patung Beruang sedar rupanya sangat mencabar menjadi ibu bapa pada masa sekarang. Dunia di luar sangat competitive. Jadi, ibu bapa kena persiapkan anak-anak mereka agar dapat bersaing dan survive di dunia yang serba-serbi mencabar.
Bayangkanlah, Hannah baru berumur 3 bulan lebih. 28 hb April ini baru lah genap 4 bulan. Tapi ibu dan ayah dia dah expose kan dia dengan macam-macam.
Setiap petang, jika cuaca baik, Hannah akan main air di kolam. Tujuannya untuk latih otot kaki dan tangan Hannah. Baby secara semula jadinya sangat suka dengan air. Sama juga dengan Hannah. Pantang jumpa air, gembira sangat.
Selain itu, bila Hannah dah besar sikit nanti, boleh lah ajar dia berenang pula. Ikut kajian, seawal umur setahun, seseorang baby itu sudah boleh belajar berenang dengan selamat. Dengan syarat, sentiasa ada pengawasan dari orang dewasa.
Waktu malam pula adalah masa untuk Hannah belajar.
Pada waktu ini Hannah akan didedahkan dengan buku-buku yang mempunyai gambar-gambar dan warna-warna yang menarik.
Seronok juga tengok gambar-gambar dan video-video dia sedang membelek buku. Biasanya mulut Hannah akan bising seolah-olah mengikut setiap apa yang dibaca oleh ibunya.
Kadang-kadang, ibu Hannah sengaja bercakap dengannya dalam bahasa Mandarin. Ini adalah cara agar Hannah didedahkan dengan pelbagai bahasa sejak dari kecil. Otak kanak-kanak seperti sponge. Mereka akan menyerap apa yang diajar, termasuklah kemahiran berbahasa.
Esok Patung Beruang nak shopping buku untuk Hannah, hoorayyyy.
Jangan risau, Patung Beruang shopping online saja. Beberapa hari lepas, masa browse di my favorite online bookstore, Patung Beruang terjumpa beberapa buah buku yang sangat menarik untuk toddler. Tapi disebabkan nak cepat, Patung Beruang tak sempat nak click purchase, huhuhu... Sabar ye Hannah...
Patung Beruang dah rindu sangat nak balik Melaka dan kumpul 1 family. Allah saja yang tahu betapa rindunya hati ini pada parents, pada Abg, Kak Chik and family dan of course, Kembang.
Nasib baiklah Iman ada kat sini. At least, Patung Beruang masih ada kawan. Or else, cuma Patung Beruang, Bibi dan Encik Kura-Kura je lah dalam rumah ini, huhuhu...
Abg lah yang paling kesian sebab dia keseorangan kat Johor sana. Dengan tak boleh keluar rumahnya. Makanya, whatsapp dan video call je lah yang menghubungkan kami.
Bila difikir semula, dalam keadaan kita stress sebab tak boleh keluar rumah, at least kita masih ada kediaman yang selesa untuk kita diami, untuk kita buat kerja dengan tenang. Bahan makanan ada dirumah. Kalau tak nak masak, masih boleh order food delivery. Kita masih ada pekerjaan tetap yang gaji dan allowance dibayar cukup setiap bulan.
Sedangkan di luar sana ramai yang sedang bergelut dengan kehidupan. Terputus mata pencarian. Gusar memikirkan bagaimana hendak menyediakan makanan pada hari tersebut agar anak-anak dirumah tidak kelaparan.
Jadi apalah sangat stress kita itu???
Ramai orang di luar sana lebih susah keadaannya. Malah, ada yang diluar jangkauan pemikiran kita.
Bersyukur saja dengan kehidupan yang kita ada. Nikmat Allah yang mana lagi yang ingin kita dustakan???
Sekurang-kurangnya, kita masih mampu untuk tidur lena setiap malam. Sedangkan ada orang tidak mampu melelapkan mata walau secebis.
Dalam keadaan sekarang, apa yang kita boleh bantu, bantulah. Tidak salah untuk berkongsi rezeki yang kita ada dengan orang lain yang lebih memerlukan. Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain.
Anggap saja ini peluang yang Allah berikan untuk kita membuat amal kebajikan dengan lebih banyak, demi mengumpul bekalan untuk dibawa pulang ke Negeri Abadi....
No comments:
Post a Comment