Saturday, April 18, 2020

Book Review : Dasar Pandang Ke Jepun

Tajuk : Dasar Pandang Ke Jepun

Penulis : Moustapha Abbas

Menariknya Naskah Ini : 

Naskah ini sebenarnya Patung Beruang sudah selesai baca sejak hujung minggu lepas. Tapi disebabkan Cik Las  ("malas") datang, jadi Patung Beruang tangguhkan dulu hasrat untuk tulis Book Review disini. 

Pada 8 Februari 1982 (alamak, Patung Beruang pun belum lahir lagi, huhuhu..), Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan satu dasar ekonomi yang dinamakan Dasar Pandang ke Timur. 

Antara negara yang disebut oleh Tun Dr Mahathir dalam Dasar Pandang ke Timur adalah Jepun. Hebat sangatkah Jepun sehingga kita disaran untuk mencontohi mereka?  


Melalui naskah Dasar Pandang ke Jepun ini, penulis berkongsi analisis beliau dari kedua-dua sisi iaitu baik dan buruk mengenai Jepun dan rakyatnya melalui 43 buah artikel. 

Artikel-artikel di dalam naskah ini meliputi:
  • Kisah sejarah Jepun seperti kesetiaan kepada maharaja dan pengiktirafan samurai sebagai Warisan Khazanah Jepun. 
  • Isu-isu kemasyarakatan seperti masalah perumahan, taraf dan layanan terhadap Orang Kurang Upaya, kasta yang tersembunyi dalam masyarakat, masalah populasi rakyat Jepun, amalan pembunuhan warga emas, Yakuza dan peranannya didalam masyarakat Jepun.
  • Keunikkan budaya dan cara hidup masyarakat disana seperti ratusan festival yang ada, fenomena mesin layan diri, urban legend (kisah-kisah seram) dalam masyarakat Jepun dan tradisi melihat bunga sakura berkembang.
  • Kehebatan ekonomi dan teknologi Jepun seperti Shinkansen dan bagaimana Jepun bangkit semula sebagai kuasa ekonomi yang besar. 
  • Warna-warna politik Jepun seperti kisah kerajaan sepenggal. 

Didalam artikel pertama yang bertajuk Sejarah Dasar Pandang Ke Timur ("DPT"), penulis ada berkongsi beberapa kelemahan DPT yang dilancarkan pada tahun 1982 yang telah mengurangkan keberkesanannya seperti:
  • Pemindahan teknologi yang diharapkan berlaku secara menyeluruh tidak berjaya dilaksanakan walaupun kita telah memiliki kepakaran. Namun, jika ada pun sebarang bentuk pemindahan teknologi, ia tetap masih di dalam kawalan negara asal. 
  • Rakyat Malaysia obses terhadap produk buatan Jepun dan Korea kerana beranggapan ia lebih berkualiti berbanding produk tempatan. Obsesi tidak sihat ini telah menyebabkan wujudnya situasi monopoli oleh firma-firma dari kedua-dua negara.
  • Isu pengurusan sumber alam dan sisa pepejal terlepas dari perhatian kerajaan ketika melaksanakan DPT yang pertama. Seandainya kedua-dua bahagian ini diambil kira ketika itu, mungkin ia boleh menjadi penyelesaian kepada isu krisis air dan masalah sampah bertimbun di tempat-tempat pelupusan sampah yang kita hadapi pada hari ini. 


Jepun dan mesin layan diri memang tidak dapat dipisahkan sehingga negara mereka dinobatkan sebagai negara yang mempunyai kepadatan mesin layan diri paling tinggi di dunia. 

Apa yang tidak dijual di mesin layan diri Jepun?
Makanan dan minuman termasuklah buah-buahan adalah produk yang biasa. 
Product lain adalah seperti rokok, buku dan majalah, pakaian dalam, payung dan sebagainya.

Selain itu, ada juga mesin diri yang bukan menjual product tetapi menjual curiosity (rasa ingin tahu), hehe.. Tetapi tujuan asal mesin layan diri tersebut adalah lebih kepada marketing. Mungkin mereka ingin memberitahu tentang kewujudan produk atau perkhidmatan baru di pasaran. Atau juga untuk mempromosikan rancangan televisyen atau filem terbaru.

Mengapa mesin layan diri sangat popular di Jepun? Ada beberapa faktor seperti:
  • Kadar jenayah yang rendah menyebabkan kurangnya risiko kejadian vandalisme terhadap mesin layan diri tersebut. 
  • Harga hartanah yang tinggi sehingga menyukarkan peniaga untuk membuka kedai runcit fizikal seperti yang biasa terdapat di negara kita. 
  • Waktu kerja yang lama sehingga mencecah 12 jam sehari. Jadi mesin layan diri membolehkan mereka membeli barang pada bila-bila masa. 


Ikut hati, nak aja Patung Beruang kongsikan lagi artikel-artikel menarik dari naskah ini. Tetapi.....
Rasa mengantuk pula sampai tak boleh focus menaip,heheh... Maaflah ye. 
Sebenarnya sudah beberapa malam Patung Beruang tidur tak lena kerana otak asyik berkerja saja walaupun ketika tidur. Dan keesokkannya, pukul 5 am atau paling lewat 5.30 am, Patung Beruang sudah bangun. 

Baiklah, i think i should take a nap. 
Then, petang nanti boleh sambung baca buku lagi. 

La ini Patung Beruang sedang baca 3 buah buku iaitu Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran, Anak Seorang Drebar dan An Insighful Journey Into Emirates Airline Sukuk.   Nanti bila sudah selesai baca, Patung Beruang kongsikan disini ye... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...