Cerita 3
Disuatu
pagi yang tenang, Patung Beruang dikejutkan dengan berita tragedi pembunuhan
seorang kanak-kanak lelaki dan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan di
sebuah penempatan rakyat.
Pertama kali membaca berita tersebut, Patung Beruang
rasa seperti kenal dengan dengan kawasan penempatan tersebut.
Setelah
berfikir beberapa detik, barulah Patung Beruang sedar yang ia adalah kawasan
yang seringkali sahabat Patung Beruang melakukan kerja-kerja kebajikan. Terletak
jauh di sebuah negeri lain.
Lantas,
Patung Beruang hubungi beliau untuk mengetahui cerita sebenar.
Rupanya kawasan
penempatan tersebut memang terkenal dengan masalah social yang meruncing.
Dilabelkan sebagai black area, kawasan ini seringkali terlepas dari pandangan
pihak yang bertanggungjawab.
Namun, tidak semua penduduk disitu jahat atau
menjalankan aktiviti atau pekerjaan yang tidak elok. Masih ramai lagi penduduk
yang berusaha keras mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga.
Dan
sahabat Patung Beruang ini juga berusaha keras membantu keluarga-keluarga yang
dalam kesempitan ini, agar mereka ada tempat berteduh, anak-anak tidak
kelaparan dan dapat pergi ke sekolah setiap hari.
Ternyata
tragedi itu sangat menyedihkan sahabat Patung Beruang.
Berkali-kali beliau
menangis pada pagi itu.
It was melancholy.
I had a huge lump in my chest which
felt as if it would burst. Hm….
Mungkin
salah Patung Beruang juga kerana tidak pernah hendak meluangkan masa melawat
kesitu walaupun telah dipelawa berkali-kali. Bukan tidak ingin pergi, tetapi
lokasi yang terlalu jauh (either Patung Beruang kena drive berjam-jam atau
menaiki kapal terbang) serta kekangan jadual seharian Patung Beruang.
Sebab
itulah, Patung Beruang hanya mampu membantu dari segi kewangan dan buah
fikiran.
Seandainya Patung Beruang pernah menjejakkan kaki ke situ, mungkin
keadaan sahabat ini akan berubah kerana beliau merasakan ada juga orang lain
yang nampak apa yang beliau nampak, saling bertukar pandangan dan idea, saling
berkongsi beban yang dipikulnya. Allahuakbar…
Disebabkan
tragedi tersebut, kawasan penempatan itu mula mendapat perhatian pihak
berwajib.
Alhamdulillah.
Banyak perkara yang mereka perlu lakukan untuk
memperbetulkan keadaan.
Sahabat
Patung Beruang masih tetap gigih berusaha membantu komuniti disana. Baginya,
masih ramai yang perlu dibantu berbanding mereka yang tidak ingin dibantu atau
tidak mahu dibantu.
Walau
jarak lokasi antara Patung Beruang dan sahabat ini jauh, ia tidak menghalang
untuk kami sentiasa berhubung.
Malah, beliau sentiasa setia memaklumkan
maklumat terkini berkenaan keadaan disana.
Dan sehingga catatan ini ditulis,
Patung Beruang hanya masih mampu membantu secara material bukannya secara
keberadaan disana.
In shaa Allah, satu hari nanti, Patung Beruang pasti akan
menjejakkan kaki disana, bersama-sama beliau membantu apa yang terdaya… Aamiin…
Ada
orang pernah bertanya kenapa sibuk nak buat charity works?
Kenapa sibuk nak
bantu orang lain?
Kerajaan dan pihak berwajib kan ada. Serahkan sahaja pada
mereka.
Tak perlu kita nak bersusah-payah. Diri sendiri pun tak cukup, ada hati
nak bantu orang lain.
Hm…
I understand that concern.
Logically,
we can’t help everyone who needed, outside there.
But at least we try to do
something, to spread the happiness, to give hope, to make this world is a
better place to live.
We
should infuse our life with action.
Don’t wait for it to happen. But we should
make it happen.
And eventually, take it that all good deeds that we do to
today, will become our shares in Hereafter.
Saham Akhirat!!!
That’s should be our
priority objective.
Tak
dapat bantu satu kampung, bantu satu keluarga pun jadilah. Jika tak dapat bantu
satu keluarga, bantu seorang pun jadilah. Jika tidak dapat membantu sepanjang
masa, bantu sekali pun jadilah…
Susah sangat ke???
Pasal
diri sendiri pun tak cukup, manusia ini jika diberi 10 gunung emas pun memang
tetap akan merasa tidak cukup.
Always remember words from Mahatma Gandhi,
“There is a sufficiency
in the world for man’s need but not for man’s greed.”
Greed
is not a financial issue. It’s a heart issue.
So, are we one of those people
who have gruesome heart???
Fikir-fikirkan lah…
Cerita 4
Ada
seorang gadis, berumur awal 30-an, berpendidikan tinggi, berkerjaya namun masih
keseorangan.
Si gadis tidaklah terlalu memikirkan sangat keadaan dirinya yang
masih belum berpunya kerana beliau berpendapat perancangan Allah sentiasa yang
terbaik.
Sudah berusaha namun belum berhasil.
Yang penting beliau berusaha
menjadi hamba Allah yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi ahli
keluarga yang lebih baik, menjadi pekerja yang lebih baik dan menjadi ahli masyarakat
yang lebih baik.
Pada
suatu hari, datang undangan perkenalan dari seorang lelaki, melalui kenalan keluarga.
Mereka pun berkenalan dan
bersahabat untuk beberapa minggu.
Tidak
lama selepas itu, si lelaki tersebut mengundang si gadis untuk keluar bertemu.
Seperti dijanjikan, mereka bertemu di sebuah kedai makan, berdua sahaja. Mereka
mula berbual dan berbual sambil menjamu selera. Selepas beberapa jam, mereka
berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi di lain hari.
Selang
beberapa hari, si lelaki mengutarakan cadangan untuk bertemu lagi.
Kali ini, si
gadis meminta agar si lelaki datang menjemputnya dirumah.
Niatnya hanya satu,
biarlah si lelaki itu bertemu dengan kedua ibu bapa si gadis, dan meminta izin
untuk bersahabat dengan anak mereka. Si lelaki bersetuju dengan permintaan si
gadis.
Tiba
saat yang dijanjikan, si gadis sudah bersiap menunggu kedatangan si lelaki.
5
minit, 10 minit, 20 minit, 30 minit dan akhirnya 1 jam.
Masih tidak sampai
tetamu yang ditunggu.
Si gadis merasa sedih dan akhirnya membatalkan rancangan
mereka untuk bertemu. Biarlah, tiada rezeki pada saat itu.
Si
lelaki meminta maaf dan mencadangkan agar mereka bertemu pada suatu tarikh yang
lain.
Suatu
hari di penghujung bulan, si gadis cuti dari bekerja.
Selain ingin berehat dan
menghabiskan masa dengan keluarga, si gadis juga bercadang untuk berjumpa
dengan si lelaki seperti yang telah dirancang.
Dan seperti yang dijangka oleh
si gadis, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan kerana si lelaki mengulangi
kesilapan yang sama.
Lewat dan kini ditambah pula dengan tiada alasan mengapa
dia lewat.
Si
gadis merasa tawar hati dengan si lelaki.
Merasakan yang si lelaki hanya ingin
mempermain-mainkannya sahaja.
Akhirnya, si gadis menyepi dan mengabaikan semua komunikasi
dari si lelaki. Hatinya telah tertutup untuk si lelaki itu. Dan akhirnya si
lelaki juga berhenti dari menghubungi si gadis.
Tetapi…
ada perkara yang tidak mereka ketahui..
Si
lelaki ingin sekali mendekati si gadis.
Namun jadual kerjanya terlalu padat dan
tidak normal seperti orang lain, menyebabkan si lelaki tidak mampu meluangkan
lebih masa kepada si gadis.
Selain itu, si lelaki merasakan dia mungkin tidak
setaraf dengan si gadis.
Si gadis tidak banyak bercerita mengenai diri dan
keluarganya.
Tetapi, melihat dari tas tangan yang dipakai, kasut yang tersarung
di kaki, kereta yang dipandu, tutur patah yang keluar dari mulut si gadis serta
cara pembawaan dirinya, si lelaki dapat menangkap yang si gadis ini bukan
calang-calang orang.
Sangat menenangkan dan bijak.
Pasti bekerjaya hebat dan
berpendapatan tinggi.
Jauh berbeza dengan dirinya, anak kampung, makan gaji di
sektor perindustrian dan menjalankan 1001 pekerjaan sampingan demi mencari
rezeki halal.
Si
gadis juga ingin mengenali si lelaki dengan lebih dekat.
Walau menyedari yang
si lelaki kurang berkemampuan dari segi material dan pendidikan berbanding
dirinya.
Dan perkara yang membuatkan si gadis terpaut adalah kejujuran si
lelaki serta kerja kerasnya bagi mencari rezeki yang halal.
Kegigihannya untuk
hidup terlukis dengan jelas di raut wajah dan fizikalnya.
Si
lelaki ragu-ragu untuk meneruskan hubungan dengan si gadis, bimbang dirinya
ditolak mentah-mentah atau tidak dipandang oleh keluarga disebelah sana.
Si
gadis pula kecewa apabila si lelaki tidak menghormati masanya.
Kecewa kian
bertambah tatkala mengenangkan betapa dia sanggup merendahkan egonya dengan menerima
salam perkenalan dari si lelaki yang zahirnya tidak sepadan, berusaha keras
menjaga tutur kata dan perilaku agar tidak terlihat ketara jurang antara
mereka.
Kini….masing-masing
membawa haluan sendiri.
Berpisah tanpa ucapan perpisahan.
Tiada kata putus.
Hanya senyap sunyi seperti tidak pernah mengenali.
Si
lelaki kembali ligat dengan urusan kerjanya. Dan beliau merasakan betapa tiada
lagi peluang untuknya mendampingi si gadis. Maka, tumpuan kembali terarah
kepada meningkatkan ekonomi diri dan menjaga ibu bapa yang semakin uzur.
Si
gadis pula seperti biasa jadual hariannya di dunia korporat sentiasa padat.
Mendaki satu persatu anak tangga sehingga ke puncak. Hatinya seakan tertutup
terhadap makhluk yang bernama lelaki. Seumur hidupnya, hanya 2 lelaki sahaja
yang pernah diimpikan untuk menjadi suaminya. Cinta hati yang pertama, yang
dikenali ketika zaman belajar dan akhirnya serius ketika di alam pekerjaan.
Namun tiada jodoh antara mereka. Perpisahan yang sangat memeritkan buat si
gadis sehingga beberapa lelaki yang hadir selepas itu, tetap tidak mampu
mengetuk pintu hatinya. Dan tatkala si lelaki hadir seketika, untuk kali ke-2,
si gadis terfikir, mungkin inilah jodohnya.
Perbezaan status dan latar belakang
diketepikan kerana si gadis merasakan ada perkara yang lebih penting dan
berharga selain dari duit, kedudukan dan pangkat.
Namun, ia tetap tidak
kesampaian.
Cuma bezanya, kali ini si gadis menerima perpisahan dengan tenang.
Mungkin kerana si gadis yang terlebih dahulu memulakan langkah untuk memutuskan
perhubungan itu.
Tiap kali ditanya status hubungannya bersama si lelaki, si
gadis dengan tenang berkata, “I dumped
him.”
Apakah
kesudahan kisah kehidupan mereka?
Entahlah…
Patung Beruang pun tidak tahu.
Cuma
simpati pada mereka.
Namun
bila difikir semula, mungkin memang jodoh mereka belum sampai.
Kerana biasanya
bila Allah kata itu hak kita, Allah akan permudahkan jalannya.
Tidak
mengapalah. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua.
Bukankah perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik???